Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Moga sihat ceria, dimurahkan rezeki sentiasa dan dipermudah kan semua urusan nya.
Aamiin Ya Rabbal Aalamiin.
Slow sikit sekarang ni, nak update blog dan bw. Memacam kisahnya. Compile je lah mana sempat. Rindu, takkan tak rindu blog. Bulan ni cukup 20 tahun rasanya umur blog ni.
Memang musim majlis perkahwinan sekarang ini.
Bulan Oktober memang tiap weekend ada undangan majlis perkahwinan. 3/10 menyantuni majlis perkahwinan anak schoolmate lagi.
Antara yang berkesempatan hadir.
Puan Rumah dan Dr A yang balik bercuti dari Bahrain. Bukan untuk ke F1 katanya, sweet sokmo lah dia ni.
Selagi sempat bergambar.
Schoolmate @ Mak Pengantin ni asal Temerloh. Yumms ada lauk dan kuih favorite saya.
Kami keluar dewan tepat 3.30pm, waktu habis majlis hehe.
TAMAN PUTRA PERDANA, PUTRAJAYA
Ahad pagi 4/10.
First time ke sini. Singgah breakfast dulu di Food Court Presint 16.
Pernah ke Laman Megalit sebelum ini tapi dari TANGGA PUTRAJAYA.
LAMAN MEGALIT
...ialah sebuah taman bersejarah luar yang terletak di dalam Taman Putra Perdana di Presint 1, Putrajaya, menampilkan lebih 80 batu berdiri menegak kuno.
• Lokasi: Taman Putra Perdana , Presint 1, 62000 Putrajaya
• Waktu Operasi: Isnin hingga Ahad, 7:00 PG – 8:00 PTG
• Asal: Batu megalit ditemui pada 1989 di Kampung Gelanggang, Negeri Sembilan, oleh Petronas semasa kerja-kerja penggalian untuk saluran paip gas, dan kemudiannya dipindahkan ke Putrajaya.
Sorotan & Mitos
• Batu Hidup: Penduduk tempatan kadangkala memanggil menhir menegak ini "batu hidup" kerana kepercayaan lama bahawa batu-batu itu menjadi lebih tinggi dari semasa ke semasa.
• Realitinya: Para saintis menjelaskan bahawa pertumbuhan yang ketara itu disebabkan oleh hakisan tanah jangka panjang di sekitar pangkalan, yang secara beransur-ansur mendedahkan lebih banyak batu yang tertimbus.
• Replika: Tapak ini juga menampilkan replika artifak sejarah terkenal yang terdapat di Pengkalan Kempas, Negeri Sembilan, termasuk struktur batu yang berbentuk seperti pedang, kemudi, dan sudu.
Yang ini rasanya hanya replika.
Nun di sana kubah MASJID PUTRA
TANGGA PUTRAJAYA
Cuaca agak berjerebu maka kabur lah pemandangan nya.
ROUNDTABLE CAFE, belum dibuka di waktu pagi.
MAGIKA MONTEREZ
Meraikan majlis perkahwinan anak schoolmate lagi. Moga pengantin berbahagia hingga ke syurga. Juga moga ukhwah kami kekal selamanya.
Kalau ke majlis perkahwinan, saya tak ambil nasi sangat. Tengok menu lain dulu. Yumms ada SENGKUANG CALIT, ROJAK BUAH, APAM JOHOL (DAUN RAMBAI), MEE KARI, GARLIC BREAD + MUSHROOM SOUP, JELI DADIH & banyak lagi, Alhamdulillah. Tapi bila majlis perkahwinan anak schoolmate, makan tak banyak mana, borak yang tak pernah habis.
Isnin 5/10. Akhirnya serah diri di sini. Alhamdulillah tiada yang serius. Doktor suruh datang untuk sessi physio dan sports medicine. Dari zaman sekolah hingga ke UITM, memang lasak sangat kisahnya. Alhamdulillah hilang risau resahnya. Kena disiplin banyak benda lepas ni.
Balik dari PPUM, singgah PASAR UNITEN. Macam-macam ada. First time try KUIH SOPANG GULO ANAU ni. Sedap sangat, rasa seakan kuih koci yang lain bentuknya dan ada lagi sejenis kuih tu, alaa lupa nama. Kena cepat-cepat sebelum melarat nak beli lebih banyak lagi. Mulut berdua je.
Terima Kasih singgah baca dan komen diari cacamarba seorang MULAN.
Take care ya. Moga sihat, ceria bahagia, murah rezeki dan senyum selalu.
Alhamdulillah atas nikmatNya.























20 tahun dah eh..lama2...
ReplyDeleteTu la tapi ada turun naik mood nya hehe
DeleteKuih halwa abu tu macam kuih tepung gomak @ abuk-abuk rasanya. Dulu menu petang di asrama ada kuih ni.
ReplyDeleteMenarik Taman megalit ni. Dulu di rumah arwah Pakcik Sy ada batu hidup juga katanya. Batu tu membesar bujan meninggi. Entahlah, kita kecik2 semua benda percaya aje :)
Halwa Abu ni tak ada inti. Lain sikit.
DeleteLaman Megalit memang menarik, seronok jalan sini. Batu ni memang hidup, kalau baca fakta nya.
meriah wedding....kita pn br update entry wedding yg attend sabtu aritu...1st time dgr kuih luwer
ReplyDeleteMemang meriah kan kenduri kahwin ni. Kuih tradisional ni susah nak jumpa.
Deletelawa betul dewan perkahwinannyaaaaaa
ReplyDeletebarakallahulakuma untuk kedua mempelai
Aamiin. Memang lawa dewannya.
Deletesy hampir2 percaya yg batu2 tu memang berasal dari putrajaya
ReplyDeletehahahhaa
menarikkkkk sgt
nnt ada ms sy nak pergi laa
x penah smpi lg
Tak lah. Bila baca fakta nya, baru lah kami pun faham tentang kewujudannya
DeleteKita minggu lepas 3 wedding, dengan cuaca panasnya adeiii..
ReplyDeleteKuih sopang tu nampak sedaplah.. Jb macam takde pulak orang jual..
Betul cuaca sekarang agak panas. Sedap kuih sopang tu.
Delete
ReplyDeleteWaalaikumussalam. 20 tahun berblog memang satu perjalanan yang panjang dan penuh kenangan. 🥰 Walaupun sekarang agak slow, yang penting blog masih ada dan sesekali tetap kembali menulis. Selamat ulang tahun ke-20 buat blog!
20 tahun tapi tak lah banyak post nya hehe. Tapi tetap sayang blog dan kawan-kawan blogger
DeleteWow....selamat ulang tahun ke 20 tahun blog Mulan ni. Pastinya banyak kenangan coretan di dalam blog ni kan. Ala-ala anak bungsu Mulan ye blog ini ye. Semoga terus istiqamah dan bersemangat untuk berkongsi cerita. Semoga Mulan cepat sembuh juga. Terima kasih di atas perkongsian tentang Taman Megalit Putrajaya yang sebelum ini KSarie tidak tahu tentang kewujudannya. In sya Allah masuk dalam bucketlist
ReplyDeleteThanks KSarie. Memang banyak sangat kenangan nya blog ni.
DeleteSama-sama kasih nanti pergi Laman Megalit ya.
wahhh dh 20 tahun yer blog mulan...mine thn dpn baru cukup 20 sbb i started end of 2007...anyway, shafakillah utk mulan. kena ikut semua rawatan fisio etc tu utk bg cepat sembuh!
ReplyDeleteAlhamdulillah dah 20 tahun tapi tak lah banyak post nya. Thanks MZ, moga cepat lah baik sakit urat ni.
DeleteCantiknya tempat majlis tu kak... pastu paling best semua makanan tu kak oi, ada yang tak pernah jumpa halwa abu tu mcm kuih abuk2abuk ke kak?
ReplyDeleteMemang cantik kan. Pergi kenduri kahwin sekarang memang cari kuih tradisional. Bukan, dia bukan abuk2.
DeleteWaaah dah dewasa usia blog kak Mulan 😄.
ReplyDeleteAiiih happynya banyak dapat undangan pernikahan. Kapan lah teman2 saya ada yang menikahkan anak yaaa 😅😄. Tak dapat2 undangan nikah, dah lamaaa hahahahha. Rindu nak ke kenduri nikah. 🤭😄
Banyak memang ditemukan laman megalit begini. Indonesia pun ada... Dan masih dalam penelitian juga batu2nya. Diperkirakan dari zaman lampau memang.
Sayapun kalau dapat undangan nikah, bisa dibilang tak nak ambil nasi kak. Pasti menu lain yang bukan nasi. Apalagi kalau jumpa menu yang rare kan. Lebih tertarik itu
Tertarik lihat kue sopang 😍😍. Gulo anau itu maksudnya gula nira atau gula aren kan .
Alhamdulillah memang sudah dewasa sudah masuk universiti 🥰🥰
DeleteUndangan perkahwinan memang seronok dapat jumpa kawan-kawan dan saudara-mara 🥰
Megalit ni banyak di serata dunia kan.
Betul Fanny kalau undangan perkahwinan mesti nak ambil makanan yang rare, apalagi yang tradisional 😋😋😋
Betul gula Anau tu lebih kurang gula Nira atau Aren rasanya.
Moga baik2 ajer Mulan. Dewan G2G tu pernah juga saya attent perkahwinan kat situ. Cantik area batu2 tu. Macam pernah pergi tapi semenjak jerebu ni saya banyak kat rumah je. Kalau keluar gi mall je.
ReplyDeleteThanks Ezna. Dewan G2G memang cantik dan luas kawasannya ada tempat lepak outdoor jugak.
DeleteLaman Megalit tu memang best jalan pagi2 sebab masih sejuk.
Halwa abu…kuih sopang…bilalah dapat merasa.
ReplyDeleteBaru tau ada Taman Megalit di Putrajaya. Dulu saya pernah tinggal di Kuala Pilah, memang biasa nampak batu megalit dari tepi jalan.
Moga cepat sembuh ya Mulan.
Kami suka cari kuih lama yang sudah nak jumpa. Sedap.
DeleteNegeri Sembilan memang ada kan batu ni. Merata dunia juga.
Thanks Ujie, Aamiin ya Rabbal Alamin
Woww... 20 tahun ya. Lama tu berblog. Saya mula baca blog adalah blogger Malaysia yang menetap di luar negara samada belajar atau ikut suami bekerja.
ReplyDeleteUishh.. kalau batu hidup seram juga huhu
Semoga tiada yang serius dan cepat sembuh.
Alhamdulillah tapi tak lah banyak post nya. Dulu pun start blog baca pengalaman blogger yang merantau dan cari resepi.
DeleteBatu tu memang hidup tapi slow sangat besarnya.
Insyaa Allah, Aamiin
Bestnya makan2 kenduri.
ReplyDeleteAlhamdulillah memang best pergi kenduri ni hehe
Deleteadik beradik dengan kuih badak berendam kak Mulan..hehehe...cantik betul dewan tu ye...
ReplyDeleteKan, adik beradik kuih badak berendam, sedap. Memang cantik dewan tu.
Deletekuih luwer tu macam kuih batang buruk pulak.. berhabuk habuk gituu
ReplyDelete