MAJLIS PERKAHWINAN SEHARI DI 2 NEGERI


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. 
Moga sihat ceria, dimurahkan rezeki sentiasa dan dipermudah kan semua urusan nya. 
Aamiin Ya Rabbal Aalamiin.

Mood dan semangat agak keras dan beku macam ais di Alaska. Update blog ni dulu lah. Kelmarin, dah halfway bw tetiba, mood hilang. Blurr je minda. Insyaa Allah akan disambung secepatnya. Rindu nak baca blog kawan-kawan.


Sabtu 10/10. Seawal jam 11.30 kami dah tiba.
Timorra Venue, Tanjung Lumpur, Kuantan.
Bersamaan tarikh Majlis Perkahwinan BASS. Moga semua pengantin kekal bahagia selamanya. Aamiin. 


Menyantuni majlis perkahwinan anak jiran di Kuantan. Kami tetamu paling awal. Memang ruang dewan hanya ada keluarga dan saudara-mara tuan rumah. 


Cantik dewannya. Ini kali keempat rasanya ke dewan ini, atau kelima.


Yummmss. OPOR DAGING. Lauk tradisional Pekan, Pahang. Rupa dan rasa seakan daging masak hitam dengan rempah tersendiri.


Tak ambil banyak sebab ada majlis perkahwinan yang lain. 


Alhamdulillah sempat jumpa dan berfoto dengan few jiran yang lain. 


Alhamdulillah hujan hari Sabtu. Lepas majlis, kami drive untuk ambil anak soleh di office nya. Sabtu kerja half day. Drive terus ke Kerteh, Terengganu. Satu jam lebih sikit perjalanannya.


PERUMAHAN RANTAU PETRONAS, KERTEH.
Tempat berteduh kami selama 12 tahun, anak-anak bersekolah rendah dan menengah di sini.


Lorong rumah kami.


Majlis nya di sini.


Alhamdulillah diizinkan jumpa kawan-kawan lama. Jiran lama, mak pengantin lelaki, mak pengantin perempuan, mak kepada kawan-kawan anak juga antaranya kawan-kawan yang menolong ketika diperlukan. Moga ukhwah kami kekal selamanya.


Anak soleh bersama pengantin dan rakan-rakan lain. Pengantin lelaki merupakan classmate anak soleh ketika sekolah rendah. Pengantin perempuan pula classmate anak soleh ketika sekolah menengah. Selepas itu, ukhuwah bersambung ke universiti, anak soleh dan kedua-dua pengantin belajar di tempat sama. Pengantin pun sama2 jumpa di sana. Kecik kan dunia. Moga ukhuwah kekal selamanya.


Sebelum melangkah keluar dewan, ternampak Blogger MAKLANG (blog DARI TERATAK MAKLANG) dan suaminya PAKLANG. Blog Maklang antara blog yang saya cari resepi ketika mula berblog dulu. Kami selalu jumpa ketika duduk Kerteh dulu, bersama-sama blogger2 lama - CHEF HANIELIZA, FA ATIP dan SILVERSARINA. Kini semuanya aktif di FB. Maklang kini menetap di Kajang tapi masih maintain rumah di Kerteh. Alhamdulillah diizinkan jumpa. 


Menu nasi, lauk dan dessert memang sedap. Tetapi JERUK BETIK ini paling WIN. Susah nak jumpa di tempat lain apalagi di Kuantan. Only in Terengganu, kata orang Kuantan. Alhamdulillah dapat mangkuk terakhir. Hubby kata tak dapat tapai pun tak apa. Dapat JERUK BETIK memang bersyukur sangat. Betik muda disagat, ada timun, nenas makan dengan kuah pedas bercampur ikan + keropok keping. Tak dapat nak describe sedap tu. Alhamdulillah.


Belakang kelab golf ni dulu2 hutan. Sekarang dah nampak laut, juga telah dijadikan LAMAN WOODBALL. Aktif sukan woodball di Kerteh ni.


Selesai majlis nya, jom la balik. Kalau terus ke depan, akan memasuki kawasan perumahan RANTAU LAUT, rumah kami dulu. Ke kiri, akan ke jalan besar. Hubby kata tak perlu lah masuk sebab nanti nak datang lagi. Namanya RANTAU LAUT sebab tepi laut.


PERUMAHAN RANTAU BUKIT, sebab tepi bukit.


Sempat ke air terjun ni dulu.


Signboard menunjukkan jalan ke TOL KERTEH.


SURAU LAMA DI TEPI JALAN menghala ke TOL KERTEH. Bye bye Kerteh nanti jumpa lagi.

 Terima Kasih singgah baca dan komen diari cacamarba seorang MULAN.
Take care ya. Moga sihat, ceria bahagia, murah rezeki dan senyum selalu.

Alhamdulillah atas nikmatNya.

25 comments

  1. setujuuuuuu
    sangat cantikkkkk dewan majlisnyaaaaa
    terasa aura eksklusifnya

    ReplyDelete
  2. keadaan jerebu kat sana pun boleh tahan juga yaa
    walaupun tak setebal mcm kat kl ni

    ReplyDelete
  3. Kami pun makan kenduri 2 negeri juga semalam. ikutkan 4 jemputan 4 negeri, kita tak mampu nak raikan semua jadi mana yg sempat aje.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul ada juga jemputan di utara dan selatan tapi tak berkesempatan nak pergi

      Delete
  4. MZ dh tak de wedding to attend...err ada one wedding anak my colleague kawin masa weekend deepavali bln dpn, tp MZ will be away (plan gi holiday dgn my batchmate)

    ReplyDelete
    Replies
    1. October ni memang every weekend jemputan nya. Wah bestnya nak gi holiday.

      Delete
  5. Lauk kenduri pertama tu nampak menarik nya hehe..

    Yg kedua jeruk betik...mmg lain ye dr yg lain

    Pape pun semoga pengantin2 kita tu hidup bahagia ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang menarik lauk kenduri ni kan.
      Jeruk betik ni banyak di Terengganu
      Aamiin ya Rabbal Alamin

      Delete
  6. Sa ada satu lagi wedding bulan 12 nanti di Klang...lepas tu takde dah..bulan 10 dan 11 ni banyak kenduri kesyukuran aje..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bulan 12 cuti sekolah kan memang banyak kenduri kan

      Delete
  7. Teringat pada seorang yang suka betul makan jeruk betik. Mujur emaknya pandai membuatnya. Lauk pauk di kedua-dua kenduri semuanya nampak sedap-sedap belaka. Semoga rezeki ukhwah terus berpanjangan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jeruk betik memang sedap KSarie. Seronok pergi kenduri ni kan. Aamiin moga ukhwah kekal selamanya

      Delete
  8. Cantiiik tempat nikahnya kak, apalagi ada nuansa warna ungu 😍😍😍.

    Opor di sana beda dengan sini yaaa. Kalau di sini warnanya putih kuahnya, disana gelap. Tertarik juga saya nak coba 😍😍.

    Waaah rumah untuk keluarga karyawan Petronas itu miriiip dengan komplek perumahan saat papa masih kerja di PT Arun LNG 😍😍. Hanya saja dulu saya 18 tahun stayed. Memang rindu kalau lihat rumah zaman kecil ini kan kak.

    Biasanya kalau tinggal dalam 1 komplek perumahan begini, memang jodohnya tak jauh kak 😄.

    Karena macam saya dan teman2, 18 tahun kami tinggal tempat sama, sekolah dari tadika sampai high school di tempat sama juga, jodohnya banyaaaak yang bekas classmates 🤣🤣. Ex hubby saya yang pertama, pun Abang kelas juga 😅😅.

    Semoga anak Sholeh ketemu jodoh yang Sholehah nanti yaa 🤗

    Jeruk betik hanya ada di Terengganu? Oke nanti nak cari. Mau tahu apa rasanya beda dengan manisan pepaya (jeruk betik) di Medan 😄

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang cantik Fanny tempat nikah nya 🥰
      Oh opor di sana putih ya tapi pasti sedap
      Ada beberapa company lain juga yang ada kawasan perumahan.
      Insya Allah kalau sudah ditentukan jodohnya 🥰
      Ya Fanny yang sudah berjodoh sama kawasan perumahan memang ada 🫢
      Aamiin tolong doakan jodoh terbaik buat anak soleh kami ya 🤲
      Ya jeruk betik memang banyak di Terengganu 😋

      Delete
  9. Unik pulak nama Timorra Venue tu. Mungkin ambil sempena nama Timur agaknya....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasanya pun mungkin lah begitu kan, Pantai Timur

      Delete
  10. Dewan dia cantik warna ungu. Jeruk betik tak pernah pulak jumpa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang cantik. Jeruk betik banyak di Terengganu

      Delete
  11. Cantik wedding Hall.. Sempat attend wedding 2 negeri ye... Rare menu jeruk betik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang cantik. Kuantan ke Kerteh sejam lebih je, Alhamdulillah. Jeruk betik memang banyak di Terengganu je

      Delete
  12. kecik betul dunia. both pengantin laki n pengantin perempuan kawan anak soleh. venue majlis tu pun cantik sangatt

    ReplyDelete