Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Moga sihat ceria, dimurahkan rezeki sentiasa dan dipermudah kan semua urusan nya.
Aamiin Ya Rabbal Aalamiin.
DOA SYIFA' MEMOHON KESEMBUHAN DARI YANG MAHA PENYEMBUH
Daripada 'Aishah radhiallahu 'anha:
Apabila Rasulullah ﷺ menziarahi mana-mana ahli keluarganya yang sakit, baginda akan menyentuh orang yang sakit dengan tangan kanannya dan berdoa seperti di atas.
Maksudnya:
“Ya Allah, Rabb manusia, hilangkanlah kesusahan dan berilah dia kesembuhan, Engkau Zat Yang Maha Menyembuhkan. Tidak ada kesembuhan kecuali kesembuhan dari-Mu, kesembuhan yang tidak meninggalkan penyakit lain.”
Aamiin Ya Rabbal Aalamiin
(HR Bukhari & Muslim)
Riyadhus salihin 902
Kisah sejak seminggu lalu.....
Rabu lepas, berdua dengan hubby drive balik Putrajaya sebab Khamis ada physio di PPUM. Jumaat lunch dengan anak solehah yang sudah start internship, nun jauh di Shah Alam, menyewa bilik berdekatan. Sabtu 7am hubby fly ke Makasar, flight saya balik Kuantan 9.30am. On the way to airport, adik ipar hantar whatsapp, isterinya (adik no2) dikejarkan ke hospital Jumaat malam, sebab muntah-muntah. CT scan result, ada bleeding dalam kepala. Adik no2 ni memang ada brain tumor sejak 2020, scheduled for another operation 28/10, sebab tumor membesar sejak tahun lepas.
Call mak di Kuantan, dia suruh cancel flight dan pergi hospital. Alhamdulillah dapat lah refund walaupun tak penuh. Adik no3 & no4 balik Kuantan ambil mak. Sekarang mak ada sama di Putrajaya. Bawak mak ke hospital tengok adik sebelum surgery 28/10 nanti. Alhamdulillah adik no2 ni memang ok physically cuma slow lah movement nya.
Tolong doa kan dia ya. Dipermudahkan semuanya dan cepat sembuh. Terima kasih.
Tak sempat nak bw lagi, kalut betul banyak hal, sampai mamai2 ter-delete banyak komen (awaiting moderation tu) baru-baru ni, aduuiii. Ampun maaf buat sahabat blogger yang terkesan, sempat scroll dan perasan beberapa blogger. Tolong check dan komen semula, please. Sangat-sangat menghargai.
Terima Kasih singgah baca dan komen diari cacamarba seorang MULAN.
Take care ya. Moga sihat, ceria bahagia, murah rezeki dan senyum selalu.
Alhamdulillah atas nikmatNya.


Aamiin doanya
ReplyDeleteSemoga dipermudah urusan perawatannya dan cepat sembuhnya
Syafahallah.
ReplyDeleteSemoga diberi kesembuhan dan dipermudahkan urusan sekeluarga juga.
Allahumma yassir. shafahallah utk adik mulan
ReplyDeleteSemoga diringankan kesakitan, dipermudahkan urusan rawatan & diberi kesembuhan oleh Allah SWT, Amiiinnn YRA.
ReplyDeleteMoga urusan Mulan dipermudah oleh Allah. Moga yang sakit dikurniakan kesembuhan.
ReplyDeleteSemoga diberi kemudahan dan kesembuhan. Aminnn..
ReplyDeleteSemoga diberikan kesembuhan dan kesihatan yang baik buat adik Kak Mulan. Ameen YRA 🤲🏻
ReplyDeleteMoga adik akak diberi kekuatan dan kesembuhan untuk melawan sakitnya ye kak... orang sakit ni akan jadi kuat bila ada ramai yang menyokong. Itu apa yg dana rasa,kalau ada orang tanya akak ok ke? pun kita rasa bahagia
ReplyDeleteSenangnyaaaaa, hubby ke Makasar yaa? Nak diving kak? Makasar makanan sedap2 😍😍.
ReplyDeleteYa allah baca tentang adik kakak, saya ikut sedih. Semoga allah angkat penyakit nya, diberi kesembuhan dan semoga sakit ini bisa menghapus segala hal yang tak baik.
Kakak juga jaga kesehatan yaaa. 🤗
Moga Allah kurniakan kesembuhan buat adik Mulan.
ReplyDeleteTakpe tak sempat bw pun, utamakan urusan yang penting.
Semoga dipermudahkan urusan operation buat adik kak Mulan...
ReplyDeleteSemoga diberikan rezeki kesihatan yang berpanjangan. Aamiin
ReplyDeletesemoga adik no2 diberikan kesembuhan.. harap sakitnya tak melarat..
ReplyDelete