Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Moga sihat ceria, dimurahkan rezeki sentiasa dan dipermudah kan semua urusan nya.
Aamiin Ya Rabbal Aalamiin.
Mood dan semangat agak keras dan beku macam ais di Alaska. Update blog ni dulu lah. Kelmarin, dah halfway bw tetiba, mood hilang. Blurr je minda. Insyaa Allah akan disambung secepatnya. Rindu nak baca blog kawan-kawan.
Sabtu 10/10. Seawal jam 11.30 kami dah tiba.
Timorra Venue, Tanjung Lumpur, Kuantan.
Bersamaan tarikh Majlis Perkahwinan BASS. Moga semua pengantin kekal bahagia selamanya. Aamiin.
Menyantuni majlis perkahwinan anak jiran di Kuantan. Kami tetamu paling awal. Memang ruang dewan hanya ada keluarga dan saudara-mara tuan rumah.
Cantik dewannya. Ini kali keempat rasanya ke dewan ini, atau kelima.
Yummmss. OPOR DAGING. Lauk tradisional Pekan, Pahang. Rupa dan rasa seakan daging masak hitam dengan rempah tersendiri.
Tak ambil banyak sebab ada majlis perkahwinan yang lain.
Alhamdulillah sempat jumpa dan berfoto dengan few jiran yang lain.
Alhamdulillah hujan hari Sabtu. Lepas majlis, kami drive untuk ambil anak soleh di office nya. Sabtu kerja half day. Drive terus ke Kerteh, Terengganu. Satu jam lebih sikit perjalanannya.
PERUMAHAN RANTAU PETRONAS, KERTEH.
Tempat berteduh kami selama 12 tahun, anak-anak bersekolah rendah dan menengah di sini.
Lorong rumah kami.
Majlis nya di sini.
Alhamdulillah diizinkan jumpa kawan-kawan lama. Jiran lama, mak pengantin lelaki, mak pengantin perempuan, mak kepada kawan-kawan anak juga antaranya kawan-kawan yang menolong ketika diperlukan. Moga ukhwah kami kekal selamanya.
Anak soleh bersama pengantin dan rakan-rakan lain. Pengantin lelaki merupakan classmate anak soleh ketika sekolah rendah. Pengantin perempuan pula classmate anak soleh ketika sekolah menengah. Selepas itu, ukhuwah bersambung ke universiti, anak soleh dan kedua-dua pengantin belajar di tempat sama. Pengantin pun sama2 jumpa di sana. Kecik kan dunia. Moga ukhuwah kekal selamanya.
Sebelum melangkah keluar dewan, ternampak Blogger MAKLANG (blog DARI TERATAK MAKLANG) dan suaminya PAKLANG. Blog Maklang antara blog yang saya cari resepi ketika mula berblog dulu. Kami selalu jumpa ketika duduk Kerteh dulu, bersama-sama blogger2 lama - CHEF HANIELIZA, FA ATIP dan SILVERSARINA. Kini semuanya aktif di FB. Maklang kini menetap di Kajang tapi masih maintain rumah di Kerteh. Alhamdulillah diizinkan jumpa.
Menu nasi, lauk dan dessert memang sedap. Tetapi JERUK BETIK ini paling WIN. Susah nak jumpa di tempat lain apalagi di Kuantan. Only in Terengganu, kata orang Kuantan. Alhamdulillah dapat mangkuk terakhir. Hubby kata tak dapat tapai pun tak apa. Dapat JERUK BETIK memang bersyukur sangat. Betik muda disagat, ada timun, nenas makan dengan kuah pedas bercampur ikan + keropok keping. Tak dapat nak describe sedap tu. Alhamdulillah.
Belakang kelab golf ni dulu2 hutan. Sekarang dah nampak laut, juga telah dijadikan LAMAN WOODBALL. Aktif sukan woodball di Kerteh ni.
Selesai majlis nya, jom la balik. Kalau terus ke depan, akan memasuki kawasan perumahan RANTAU LAUT, rumah kami dulu. Ke kiri, akan ke jalan besar. Hubby kata tak perlu lah masuk sebab nanti nak datang lagi. Namanya RANTAU LAUT sebab tepi laut.
PERUMAHAN RANTAU BUKIT, sebab tepi bukit.
Sempat ke air terjun ni dulu.
Signboard menunjukkan jalan ke TOL KERTEH.
SURAU LAMA DI TEPI JALAN menghala ke TOL KERTEH. Bye bye Kerteh nanti jumpa lagi.
Terima Kasih singgah baca dan komen diari cacamarba seorang MULAN.
Take care ya. Moga sihat, ceria bahagia, murah rezeki dan senyum selalu.
Alhamdulillah atas nikmatNya.





















Menarik juga jeruk betik tu.
ReplyDeleteMemang menarik dan sedap tau Cie
Deletesetujuuuuuu
ReplyDeletesangat cantikkkkk dewan majlisnyaaaaa
terasa aura eksklusifnya
Cantik kan.
Deletekeadaan jerebu kat sana pun boleh tahan juga yaa
ReplyDeletewalaupun tak setebal mcm kat kl ni
Tu lah kadang teruk, kadang ok sikit
DeleteKami pun makan kenduri 2 negeri juga semalam. ikutkan 4 jemputan 4 negeri, kita tak mampu nak raikan semua jadi mana yg sempat aje.
ReplyDeleteBetul ada juga jemputan di utara dan selatan tapi tak berkesempatan nak pergi
DeleteMZ dh tak de wedding to attend...err ada one wedding anak my colleague kawin masa weekend deepavali bln dpn, tp MZ will be away (plan gi holiday dgn my batchmate)
ReplyDeleteOctober ni memang every weekend jemputan nya. Wah bestnya nak gi holiday.
DeleteLauk kenduri pertama tu nampak menarik nya hehe..
ReplyDeleteYg kedua jeruk betik...mmg lain ye dr yg lain
Pape pun semoga pengantin2 kita tu hidup bahagia ye
Memang menarik lauk kenduri ni kan.
DeleteJeruk betik ni banyak di Terengganu
Aamiin ya Rabbal Alamin
Sa ada satu lagi wedding bulan 12 nanti di Klang...lepas tu takde dah..bulan 10 dan 11 ni banyak kenduri kesyukuran aje..
ReplyDeleteBulan 12 cuti sekolah kan memang banyak kenduri kan
DeleteTeringat pada seorang yang suka betul makan jeruk betik. Mujur emaknya pandai membuatnya. Lauk pauk di kedua-dua kenduri semuanya nampak sedap-sedap belaka. Semoga rezeki ukhwah terus berpanjangan
ReplyDeleteJeruk betik memang sedap KSarie. Seronok pergi kenduri ni kan. Aamiin moga ukhwah kekal selamanya
DeleteCantiiik tempat nikahnya kak, apalagi ada nuansa warna ungu 😍😍😍.
ReplyDeleteOpor di sana beda dengan sini yaaa. Kalau di sini warnanya putih kuahnya, disana gelap. Tertarik juga saya nak coba 😍😍.
Waaah rumah untuk keluarga karyawan Petronas itu miriiip dengan komplek perumahan saat papa masih kerja di PT Arun LNG 😍😍. Hanya saja dulu saya 18 tahun stayed. Memang rindu kalau lihat rumah zaman kecil ini kan kak.
Biasanya kalau tinggal dalam 1 komplek perumahan begini, memang jodohnya tak jauh kak 😄.
Karena macam saya dan teman2, 18 tahun kami tinggal tempat sama, sekolah dari tadika sampai high school di tempat sama juga, jodohnya banyaaaak yang bekas classmates 🤣🤣. Ex hubby saya yang pertama, pun Abang kelas juga 😅😅.
Semoga anak Sholeh ketemu jodoh yang Sholehah nanti yaa 🤗
Jeruk betik hanya ada di Terengganu? Oke nanti nak cari. Mau tahu apa rasanya beda dengan manisan pepaya (jeruk betik) di Medan 😄
Memang cantik Fanny tempat nikah nya 🥰
DeleteOh opor di sana putih ya tapi pasti sedap
Ada beberapa company lain juga yang ada kawasan perumahan.
Insya Allah kalau sudah ditentukan jodohnya 🥰
Ya Fanny yang sudah berjodoh sama kawasan perumahan memang ada 🫢
Aamiin tolong doakan jodoh terbaik buat anak soleh kami ya 🤲
Ya jeruk betik memang banyak di Terengganu 😋
Unik pulak nama Timorra Venue tu. Mungkin ambil sempena nama Timur agaknya....
ReplyDeleteRasanya pun mungkin lah begitu kan, Pantai Timur
DeleteDewan dia cantik warna ungu. Jeruk betik tak pernah pulak jumpa
ReplyDeleteMemang cantik. Jeruk betik banyak di Terengganu
DeleteCantik wedding Hall.. Sempat attend wedding 2 negeri ye... Rare menu jeruk betik
ReplyDeleteMemang cantik. Kuantan ke Kerteh sejam lebih je, Alhamdulillah. Jeruk betik memang banyak di Terengganu je
Deletekecik betul dunia. both pengantin laki n pengantin perempuan kawan anak soleh. venue majlis tu pun cantik sangatt
ReplyDelete