WAKA WAKA EH EH. THIS TIME FOR AFRICA.


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. 
Moga sihat ceria, dimurahkan rezeki sentiasa dan dipermudah kan semua urusan nya. 
Aamiin Ya Rabbal Aalamiin.

🎼🎵🎶🎼🎵🎶🎼🎵🎶

The pressure's on, you feel it
But you got it all, believe it
When you fall get up, oh, oh
And if you fall get up, eh, eh
Tsamina mina zangalewa, 'cause this is Africa

Tsamina mina, eh, eh
Waka waka, eh, eh
Tsamina mina zangalewa
This time for Africa...

Cuba nyanyi sikit, nak dengar hehe..

Dah lama patut update post ni. Mood pun sama berjerebu. Nanti ya akan bw slow2, sekarang tengah cucuk2 semangat.


Menyantuni soalan Blogger FANNY, juga mengimbau memori pada percutian kami sebelum ni, memandu dari CAPE TOWN - PORT ELIZABETH - CAPE TOWN, ianya adalah antara percutian TOP 3 yang kami sekeluarga sangat enjoy hingga kini dan rindukan.

Dengan percutian ke Cape Town tahun 2014 juga lah mula mengenali BLOGGER AFIF - Travel My Way. Menggugel info tentang South Africa dll nya, terjumpa blog AFIF. Bermula lah soalan demi soalan mengenai keadaan di South Africa, pandangan, pengalaman nya dan berbagai lagi lah persoalannya. Terima kasih AFIF, banyak membantu kemusykilan kami.

Alhamdulillah smooth semuanya dan..... rindu untuk ke sana lagi.


Hajat nak naik cable car ke TABLE MOUNTAIN. Namun atas sebab angin kuat dan cuaca tak mengizinkan, servis cable car dihentikan pada hari itu. Hubby drive around dan nampak sekumpulan yang agak senior, nak hiking sebab persekitaran nya memang berbukit, tanah tinggi. Kata hubby, yang senior nak naik takkan yang junior tengok je. Maka dengan outfit slack dan jeans nya, kami naik juga. Alhamdulillah kami memang pakai t-shirt kalau travel, apalagi cuaca musim panas. Anak solehah yang muncung tak nak naik, namun dia paling laju dan seronok.


Subhanallah memang cantik view dari atas ni. Cukup sampai Devil's Peak saja rasanya. Chubby sikit hubby masa ni.


Next day try lagi nak naik cable car, namun masih ditutup. Tak ada rezeki tapi tempat lain pun banyak untuk di explore. Anak soleh nak ke CAPE TOWN STADIUM (WORLD CUP), singgah juga flea market, kaki bukit LION'S HEAD dan VICTORIA & ALFRED WATERFRONT.


BLOUKRANS BRIDGE BUNGY JUMP
Sekarang turun tempat ke 6. Balinghe Bridge Bungee di China paling tinggi sekarang, menggungguli carta.


Anak solehah frust tak dapat join walaupun ketinggiannya lepas. Faktor umur tak membenarkan, lupa age limitnya.


SHARK CAGE DIVING
Dipujuk hubby untuk cage dive tengok shark dalam laut. Kalau lah cage tu terbukak, macamana lah kan. Diselamkan dalam laut dengan suhu 11'C yang sejuk menggigil satu hal. Mabuk laut bila bot terapung2 di tengah laut menunggu giliran pun satu hal. Tapi tak apa, yang handsome2 macam Brad Pitt, Tom Cruise zaman muda pun sama2 join muntah di hujung bot. Kalau tak muntah, tak normal kot. Diorang memang bekalkan candy yang minty2 tu, Alhamdulillah halal. 

Shark tak banyak tapi memang ada. Sebab suhu hari tu agak sejuk 11'C. Kalau 18'C memang ngam kata operator tu. Seriously suspen sangat. Tengok dekat2 shark datang makan, seronok jugak. Memang best pengalaman ni.


SAFARI TOUR
Memang seronok jugak. Naik trak macam trak polis, tapi kerusi semua selesa. Paling suspen takut kena sondol dengan hippopotamus sebab besar gila. Kata operator tu, memang boleh tumbang trak tu. 


Route kami memang banyak tepi laut. So kalau ada attraction spot, hubby memang akan stop. Hike sekejap, minum kopi, makan snacks dll yang dibekal, memang best.


Subhanallah 



Wefie dekat signboard baru tau kat mana kami stop hehe.



Sempat petik strawberry.


PORT ELIZABETH 
Bandar paling hujung ke Timur, kami pergi. Kenangan tak dapat lupakan, ada kereta local yang dicuri depan mata. Ada 3-4 orang geng nya. Tunggu jauh2 hujung jalan untuk roger geng lain. Kami ingatkan diorang tunggu transport nak ke tempat kerja. Yang kereta kena curi berkulit putih, yang mencuri berkulit gelap. 

Patut pun staff backpackers hostel tu suruh kami kosongkan kereta dari dashboard sampai bonet kereta. Not even kotak tisu. Disuruhnya bawa keluar. Tepi pintu, dekat handbrake semua kena kosongkan. Kami memang dah book parking lot walaupun backpackers hostel, kami minta yang dekat entrance. Kami mention ada anak2. Actually masa book hotel, hostel, homestay, kita dah boleh cari property facility atau highlights yang sesuai dengan kita. Semua kena request dan confirm sebelum book.


Segway & Flying Fox. Memang best. Dengan SEGWAY kami lalu bandar kecil dan kawasan perumahan local.


TSITSIKAMMA 
Banyak attraction di sini.


Asal ada parking tepi laut, mesti stop.


Drive balik ke CAPE TOWN.


Gersang sebahagian jalannya. 

Memandu di sana, kami belajar banyak benda, juga DO'S & DONT'S. Antaranya..

LAMPU HAZARD
Mengelipkan lampu HAZARD/kecemasan kereta anda dua atau tiga kali merupakan isyarat ihsan jalan raya yang popular digunakan untuk mengucapkan "terima kasih" apabila pemandu lain membenarkan anda menukar lorong atau mencelah. Berasal dari Jepun, "bahaya terima kasih" ini telah menjadi amalan biasa di seluruh dunia, terutamanya apabila tingkap berwarna atau saiz kenderaan menyukarkan untuk dilihat 

LAMPU HIGH BEAM
Sesetengah pemandu bertindak balas dengan satu kilatan lampu tinggi yang pantas untuk mengatakan SAMA-SAMA.

TOILET/SNACKING/COFFEE/REST STOP
Jangan berhenti di kawasan pedalaman atau terpencil. Cari restoran, supermarket, R&R di tepi highway yang ramai berhenti. Jangan berhenti kalau ada local yang tahan kereta atau minta pertolongan walaupun macam ada accident. Kalau di traffic light di jalan agak sunyi, perhatikan cermin kereta kiri kanan juga depan, untuk tengok jika ada orang yang mencurigakan menghampiri kereta kita. Juga di parking lot, jangan park kereta terlalu jauh dari kedai dan orang ramai. Juga disarankan jangan bagi TIPS

Mulanya agak risau nak memandu di sana, namun selepas gugel dan baca banyak review dari traveler lain, hubby kata doa & tawakal, Insyaa Allah smooth. Alhamdulillah seronok dan smooth. Lagipun sepanjang jalan ada juga komuniti Muslim di sana walaupun tak ramai.




Spot wajib untuk bergambar.


Tak sah kalau ke Cape Town, tak ke sini.


BO KAAP NEIGHBORHOOD 

Rumah-rumah berwarna-warni yang terkenal di Cape Town ialahterletak di kawasan kejiranan Bo-Kaap yang bersejarah, terletak di lereng Signal Hill betul-betul di atas pusat bandarKawasan yang meriah ini merupakan pusat budaya komuniti Cape Malay di bandar ini, yang terkenal dengan rumah pelangi yang terang dan berwarna-warni serta jalan-jalan batu buntar yang curam.

Asal-usul
 Dibina pada tahun 1760-an sebagai hartanah sewa untuk hamba yang dibawa dari Asia Tenggara, India dan Afrika

Warna-warna
Legenda mengatakan bahawa apabila penyewa akhirnya dibenarkan membeli rumah, mereka melukisnya dengan warna-warna terang untuk meraikan kebebasan mereka



Total lebih kurang 2,000 km untuk 13 hari. 


Alhamdulillah smooth semuanya. Pengalaman yang sangat manis. Moga dapat ke sana lagi. Nak explore lebih banyak makanan halal local di sana. Alhamdulillah masa tu dapat juga rasa banyak makanan halal. McDonalds di sana mostly halal ketika itu. Memang senang. Memori 12 tahun lalu.


 Terima Kasih singgah baca dan komen diari cacamarba seorang MULAN.
Take care ya. Moga sihat, ceria bahagia, murah rezeki dan senyum selalu.

Alhamdulillah atas nikmatNya.

53 comments

  1. Wah, pengalaman yang sangat menarik. Baru tahu ada had umur untuk terjun bungee. Pemandangannya pun cantik sangat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah memang pengalaman sangat menarik. Tu lah kesian anak solehah tak dapat join bungee jump

      Delete
  2. Segway tu menarik betullah.
    Puashati tu tengok haiwan liar terus dari habitatnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang best naik Segway keliling kampung. Suspen juga naik trak tengok haiwan liar tapi seronok

      Delete
  3. Tu dia macam nama diri ini disebut sebut hihii.. alhamdulillah selamat dtg dan selamt pulang.. kalau larat lebih baik hiking table mountain tu.. byk view yg cantik2.. cage shark tu okla tak banyak ..kena waktu lami aduhaudetum detum jer shark nya.. mcm minta cpt la naik atas hahaha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah smooth SA trip. Masa tu masa limited tak dapat hiking Table Mountain. Tak banyak tapi lalu tepi cage je, aihh suspen

      Delete
  4. Memang the best road trip adalah dari PE ke Cape Town.. sanggup sewa kereta dulu nak redah jalan tu.. seminggu lamanya huhuu.. bab safety mmg kena berjaga-jaga di sana.. maklum la antara negara paling tinggi jenayah di dunia..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang best drive pergi balik Cape Town ke PE. Dapat stop bila lalu tempat cantik

      Delete
    2. Memang kalau nak bergambar tu mmg situ akan habis beribu keping ambil gmbr pemandangan di sepanjang laluan ke cape town..

      Delete
  5. percutian terindah pastinya! bungy jumping tu mencabar sgt2...part kecurian depan mata tu sgt lah scary...thanks for sharing! kiranya dh lama lah mulan kenal afif yer..saya tak ingat bila saya 1st kenal/tahu psl blog afif tu..tapi saya suka baca blog dia sbb sgt byk info psl travel around the world

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah memang terindah. Rasa nak bungee jumpa tapi kesian anak solehah tak boleh. Betul memang scary geng curi kereta tu. 12 tahun kenal Afif sejak trip tu

      Delete
  6. Menarik sungguh kenangan travel! Macam-macam kenangan tercipta. Tq for sharing.

    ReplyDelete
  7. tahu fasal cape of good hope sebab buku sejarah
    dan pernah berangan utk smpi ke sana
    tp tak tau bila akan sampai rezekinya

    ReplyDelete
  8. oh ya nak tanya betul ke kalau kita ke negara2 benua afrika ni kita kena ambil yellow vaccine sebelum fly?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kami masa tu tak perlu rasanya sebab tak ke negara atas2 sikit tu

      Delete
  9. menariknya throwback pergi africa. saya suka sebab kat sana banyak haiwan liar. nak rasa pengalaman tengok leopard la, singa la. table mountain tu cantik sangat!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah diizinkan, memang menarik

      Delete
  10. Saya pun baru balik dari Afrika bulan Mac lepas. Alhamdulillah, Allah beri kesempatan menjejak ke South Africa & beberapa negara lain di sekeliling: Zimbabwe, Zambia, Botswana & Mauritius. Memang pengalaman yang awesome tak dapat dilupakan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baca jugak trip sis, memang awesome sangat.

      Delete
  11. Indahnya kenangan road trip Cape Town - Port Elizabeth tu! Memang percutian keluarga yang sangat berharga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah diizinkan, pengalaman sangat berharga

      Delete
  12. Kak smlm baru saya ternyanyi lagu tu...hari ni nampak post akak....

    ReplyDelete
  13. Seronoknya baca pengalaman travel Akk ni. Memang satu family adventurous ye hehe... Cantik South Africa kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah diizinkan. South Africa memang cantik

      Delete
  14. Wow..kenangan indah 12 tahun lalu 😍

    Seronoknya dapat buat road trip gini di tempat dengan pemandangan indah. Banyak pulak tu aktiviti dapat dibuat. Cuma cemas sikit bab kereta kena curi 😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah diizinkan, memang seronok. Cantik dan banyak aktiviti outdoor. Bila teringat memang suspen masa tu.

      Delete
  15. Haha dalam list gak ni tp masih la blm ada kesempatan atau peluang nak jejak situ.. adoii tgk bungee jump ni mengimbau rasa seriau masa kat NZ haha pape pun mmg syiok xtvt camtu tp dah tua² ni mmg kita assalamualaikum je ka hahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyaa Allah Ako sampai sana nanti. Ehh boleh je bungee jump lagi tu hehe

      Delete
  16. banyak aktiviti menarik..bungy jumping, segway, flying fox...bestnya, meneroka local village naik segway....Cape Malay di Bo Kaap..menarik sejarahnya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang seronok aktiviti outdoor di sana. Sejarah di Bo Kaap memang menarik.

      Delete
  17. Pengalaman pahit manis indah untuk dikenang kan Kak Mulan...seronoknya dah banyak negara akak pergi..Ngeri pula bila baca bab kereta kena curi depan mata di Port Elizabeth tu. Nasib baik staff hostel dah siap ingatkan suruh kosongkan kereta. Tip pasal isyarat lampu hazard & high beam tu pun sangat berguna, baru tahu rupa-rupanya ada adab jalan raya tersendiri dekat sana. Seronok tengok gambar-gambar kat Bo-Kaap tu, warna-warni cantik betul! Walaupun tak dapat naik cable car ke Table Mountain sebab angin kuat, sekurang-kurangnya dapat hiking tempat lain. SA tumpang seronok...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pengalaman sangat berharga dan seronok di sana, dapat juga ilmu driving. Alhamdulillah diizinkan. Memang suspen tengok kereta kena curi tu. Syok jugak jalan2 di Bo Kaap tengok rumah warna warni. Tak ada rezeki ke Table Mountain tak apa sebab banyak tempat lain juga

      Delete
  18. biasa dgr cape town..skarang tgk blogger yg sharing...cantik view nmpk laut tu...mcm2 aktivity tu ye....seram btul tgk BUNGY JUMP tu....berani anak nk mencuba ye tp tk cukup had umur plak ye....papa kita dlu pernah outstation di africa nama tmpt nya New Guinea

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cape Town sekarang lagi cantik tengok dalam TV. Nak try jugak bungee jump tu tapi kesian ke anak solehah.

      Delete
  19. Teringin nak eksplor Africa, tp nantilah, tunggu saya selesai eksplor beberapa negara antimainstream yg saya dah target kan.

    Ok, kalau nanti ke cape town, saya nak Bungee jumping lagi. Tp ketinggiannya masih kalah dari Bungee jumping Macau tower yg saya lakuin dulu 2018. Tapi tak apa, yg penting bisa bungee 😍😍.

    Salah satu yg saya kuatirkan kalau ke Africa memang safetynya makanya sempet terpikir nak pakai travel saja. Tp terkadang hrs cari travel yg sudah pasti berangkat. Terkadang kalau kuota tak cukup, mereka tak nak jalan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyaa Allah nanti Fanny sampai sana boleh explore sebab sekarang lagi cantik. Sekarang bungee jump di sana bukan lagi paling tinggi. Ya kalau khuatir safety, boleh book dengan travel company.

      Delete
  20. Best kalau dapat sekepala semuanya suka travel adventure gini.. kalau anak Lin, ermm semuanya mau yang tenang-tenang aja.. nak travel gini, kena gan Retna aja boleh hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hubby ni memang suka outdoor activities dan ajak anak2 dari kecik. Mana yang boleh je, tak dipaksa. Kan, ajak Retna sure boleh tu.

      Delete
  21. Cantik betul tempatnya Mulan...tapi bab curi kereta ada gang berkulit gelap ni macam dalam movie je Mulan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Subhanallah memang cantik. Suspen tau masa kejadian tu

      Delete
  22. Uncle pernah sampai Cape Town... 2003. Punyalah lama dulu.
    Sempat juga try kari kat Cape Malay tu...
    Shark cage? Jelesnya!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wahh lagi lama tu mesti cantik sebab belum membangun sangat.

      Delete
  23. Baca tajuk je saya dah start nyanyi dah. hihihi...
    Ala jangan mood jerebu lama sangat ye.
    Tak pasal semua sekali kena hiking ikut cakap boss kan. hihi..Pengalaman yang menarik. Banyak aktiviti yang tak dapat dibuat bila cuaca tak mengizinkan kan. Nampaknya kena repeat datang lagi kat sini.
    Syoklah yang dapat terjun tu. Seram tapi macam teringin juga. Seram betul nak masuk dalam shark cage diving dan safari park tu bila nampak singa.
    MasyaAllah cantiknya permandangan laut. Kalau ada laut-laut ni wajib singgah untuk bergambar. Rugi rasanya kalau tak singgah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ok Fiza sambung nyanyi lagi hehe. Alhamdulillah dah kurang jerebu mood ni. Memang pengalaman sangat menarik dan anak2 juga seronok. Hiking cuaca tak panas memang nyaman sikit. Moga kami dapat ke sana lagi.
      Kalau tak kesian ke anak solehah memang rasa nak try jugak. Cage diving dan safari pun seronok dan suspen jugak. Betul Fiza, view laut ni memang tak akan puas kan, sebab cantik sangat.

      Delete
  24. Wahhhh seronoknya jalan-jalan 13 hari. Lawa-lawa sungguh gambar yang dikongsikan. View laut jarang mengecewakan. Semuanya molek belaka. Adventure sungguh Mulan sekeluarga dengan shark cage diving, bungee jumping nya, dsb.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah diizinkan semuanya. Snap je foto mana sempat, kalau cuaca elok terang memang cantik gambar Alhamdulillah. View laut tak akan bosan, kan.

      Delete
  25. nyanyi dan sambil layan photo, thank you so much ajak kita jenjalan sesama.
    bugee jumping tu i is gayat. huhuuu~

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nyanyi lagi Cha hehe. Thanks selalu singgah blog ni ya Cha. Bungee jump tu gayat, tapi memang ada rasa nak terjun jugak hehe

      Delete
  26. Wah, jauh betul throwback ni Kak Mulan 😄 buat saya teringat jugak pengalaman saya ke sana jugak zaman uni dulu. Saya pun ada kenangan bergambar di papan tanda Cape Point tu hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ohh Carneyz dah pergi South Africa juga, best kan. Lupa nak jawab komen Fanny tu yang up kan cerita South África ni.

      Delete