GEMURUH JIWA, SEMANGAT MEMBARA


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. 
Moga sihat ceria, dimurahkan rezeki sentiasa dan dipermudah kan semua urusan nya. 
Aamiin Ya Rabbal Aalamiin.

"SELAMAT HARI MERDEKA 
BUAT MALAYSIA TERCINTA"


Pukul 7 pagi keluar rumah. Sejuk pagi tadi Alhamdulillah. Anak solehah ajak tengok perbarisan Merdeka. First time tengok di Kuantan. Sebelum ni 3 kali kot di Putrajaya.


RESTORAN DAVOOD
Breakfast di sini sebab on the way ke PADANG MBK selepas park kereta di hadapan KUANTAN PARADE. First time jumpa tray roti canai yang kecil, juga roti canai lembut crispy macam roti canai Melayu. Dah selalu nampak Restoran Davood ni tapi tak pernah singgah. Boleh repeat ni.


Cuaca sejuk dan kelabu.


Antara mural di ART STREET KUANTAN. Berdekatan Padang MBK.


Dah jumpa dekat, snap la sekeping.


Semua sedang bersedia.






Walaupun tak sebanyak dan semeriah di Putrajaya, namun sangat seronok.



Alhamdulillah safe landing semuanya.



Rasa seronok tengok team CHEF ni. Dah masak ke dapur hotel dll tu hehe.





Abang BOMBA.....!!!!


Best di Kuantan ni sebab tempat perbarisan tak sebesar Putrajaya. Boleh tengok dengan dekat.




HORNET. Bunyi dia boleh gegar jantung. Awesome..!!



Dia ada walau tak banyak mana. Kami semua puas hati.
 

Baru je tengok di FB. Macamana ya bawak terjun bendera seberat 8kg tu. Yang penting Alhamdulillah smooth semuanya. Dapatlah lebih 5,000 steps dan Vitamin D pagi tadi. 

Bila pernah 10 tahun merantau, memang menggunung rasanya, betapa bertuah dan bangga menjadi rakyat MALAYSIA. Sayang MALAYSIA yang tiada noktahnya. 

Terima Kasih singgah baca dan komen diari cacamarba seorang MULAN.
Take care ya. Moga sihat, ceria bahagia, murah rezeki dan senyum selalu.

Alhamdulillah atas nikmatNya.

12 comments

  1. Pernah juga tgk perarakan merdeka di Kuantan.. mmg lalu sebelah je dengan kereta kebal kan. Betul² tak perlu nak berebut2 tgk kt situ hahaa...

    ReplyDelete
  2. Selamat Hari Merdeka!
    Small parade lagi seronok kita boleh tengok dari dekat & less crowded la kot

    ReplyDelete
  3. Kat TRG ni tengok mereka rehearsal..less crowd. Hari bersejarah tengok kat TV jer..sambil makan nasi lemak lauk rendang.

    ReplyDelete
  4. Salam Merdeka 69thn ..
    Tahun ni meriah sana sini perarakan Merdeka kann.. kat JB pun ada tapi Sis tak join tengok., sesak takut jem jalan.. so ke Pantai Desaru aja piknik semalam..

    ReplyDelete
  5. Meriah di mana-mana bila ada sambutan kemerdekaan ini. Semoga Malaysia terus aman sentosa

    ReplyDelete
  6. Kat Putrajaya atau Dataran Merdeka tak pernah tengok, biasa pergi kat Dataran Shah Alam je. Tahun ni je tak pergi sebab buat kat Stadium Kajang.

    ReplyDelete
  7. Uwaaaaaah meriah sangaaaat kak. Sukaaa sebenarnya melihat pertunjukan seperti ini 😍👍. Kemarin hari merdeka di jakarta ada juga, tp malas keluar, sebab panas 🤣. Bagus juga kalau tak sebesar di Putrajaya yaaa. Memang seronok bisa lihat dan foto juga dari dekat

    ReplyDelete
  8. Bestnya, dapat tengok perarakan Hari Kemerdekaan. Saya tak pernah dapat tengok live depan mata. Biasa tengok di TV saja.

    ReplyDelete
  9. Cantik tgk gmbr payung terjun disebalik awan kepul222

    ReplyDelete
  10. ye laa dkt sgt2 dan x berpagar
    puas bati dpt tgk serapat mcm ni

    ReplyDelete
  11. kat sana x de perarakan dgn bebudak bulus K9?🐕

    ReplyDelete