Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Moga sihat ceria, dimurahkan rezeki sentiasa dan dipermudah kan semua urusan nya.
Aamiin Ya Rabbal Aalamiin.
7.30am pagi tadi berdua dengan anak solehah, bersama2 menyusuri kesesakan jalanraya dengan mereka yang bekerja.
Lama betul tak tengok sunrise.
LONTONG KERING @ FOOD COURT PRESINT 9, PUTRAJAYA
Alhamdulillah sedap. Anak solehah makan maggi goreng, lupa snap foto. Order Mocha panas dan share berdua. Food court Presint 9 ni paling besar rasanya di Putrajaya.
Banyak kuih muih, sedap2 tak apa next time lah.
CEKODOK PISANG & GORENG PISANG, ditapau. Forever sedap.
Dah target nak makan KACANG POOL, tak ada rupanya. Dalam Google nampak Kacang Pool. Nak order Mee Rebus, nampak pulak LONTONG KERING. Mee Rebus sini sedap juga, aunty dan mak pernah order dulu.
Antara suasananya.
Dari dulu memang beratur panjang. Next time lah try.
Dah beberapa kali baca post mengenai laluan riadah dek kayu berhampiran PUSPANITAPURI Dewan De Seri Endon ni telah siap.
Jom lah kita. Lepas breakfast pagi, makan kenyang2 isi perut, tadi kami berdua pun ke sana. Park kereta tepi court basketball/tennis berhampiran bangunan PUSAPANITAPURI.
8.30am mungkin masih belum terang, mungkin jerebu. Sebenarnya anak solehah dah tazkirah banyak kali sekali dengan daddy nya, bahawa kena keluar untuk dapatkan VITAMIN D. Lately tak tau kenapa suka sangat terperok dalam rumah. Tenang aman ramai sungguh duduk dalam rumah. Pernah 3 hari berturut2 tak keluar rumah langsung, atau lebih.
Sinaran matahari penting untuk kesihatan badan kerana ia membekalkan sumber vitamin D semula jadi, menguatkan sistem imun, menyihatkan tulang, dan membantu menstabilkan mood atau emosi manusia.
Kebaikan Sinaran Matahari
Sumber Vitamin D: Membantu penyerapan kalsium untuk membina tulang dan gigi yang kuat.
Tingkat Imun Badan: Membantu melawan jangkitan penyakit dan kuman.
Kurangkan Stress: Membaiki emosi dan mengurangkan risiko kemurungan.
Kesihatan Tidur: Membantu menetapkan jam biologi tubuh untuk tidur yang lebih lena pada waktu malam.
Waktu dan Cara Selamat
Waktu Pagi: Dapatkan cahaya matahari awal pagi (sebelum jam 10 pagi) selama 10 hingga 15 minit sahaja.
Elak Terlebih Lama: Pendedahan terlalu lama boleh merosakkan kulit. Gunakan pelindung matahari jika perlu berada di luar dalam jangka masa panjang.
(Sumber AI)
Alhamdulillah kenampakan langit biru. Weekdays memang tak ramai. Rasanya bertembung dalam 15 orang saja.
Tapi betul lah bila keluar tengok alam ni, mood memang lain macam. Ceria je rasa.
Cantik bunga dan buah ni, tak tau nama pokoknya.
MASJID PUTRA nun di sana. Alhamdulillah dapat lah hampir 5,000 steps.
Rajin pulak update blog. Nanti akan cuba bw secepatnya.
Terima Kasih singgah baca dan komen diari cacamarba seorang MULAN.
Take care ya. Moga sihat, ceria bahagia, murah rezeki dan senyum selalu.
Alhamdulillah atas nikmatNya.

















Wahhh bestnya briskwalking di kawasan nature macam ni. Harap ada semangat untuk briskwalking juga satu hari yang entah bila itu😅Putrajaya banyak tempat dan taman untuk beriadah dan bersenam yang pada masa sama kita boleh menghayati keindahan alam
ReplyDeleteMemang best bwalk kat sini tapi tu lah bukan rajin nak drive keluar rumah 😄😄
DeletePagi ni saya awal dari biasa, matahari tak naik lagi dah kat taman brisk walk. Tapi sempat la dapat vitamin D sbb nak cukupkan 10k langkah hehe
ReplyDeleteWahh awesome 10k ok nak cucuk semangat Carneyz ke badan kita ni hehe
DeleteSeronok duduk Putrajaya, banyak tempat/Taman utk beriadah.
ReplyDeleteSy pun suka terperuk dalam rumah 🤭
Kalau rajin memang lagi seronok. Tapi ni nak start kereta pun malas 😄😄
DeleteDuduk rumah memang best kan
Sekarang tengah jerebu hati-hati kak...
ReplyDeleteBetul sekarang jerebu, moga cepat lah hilang
DeleteCantik2 pemandangan di putrajaya waktu pagi.
ReplyDeleteMemang cantik Subhanallah
Deleteseronoknya dapat hirup udara segar pagi....lama betul tak prg P9, rambang mata byk pilihan
ReplyDeleteAlhamdulillah memang seronok. P9 banyak pilihan kan
DeleteRindu Masjid Putra tu..kalau tak sebelum ni tiap2 minggu lalu..hehehehehe
ReplyDeleteCantik kan view masjid ni
DeleteDah lama tak pergi Putrajaya. Bilalah nak tersesat lagi ke sana.
ReplyDeleteInsyaa Allah sampai lagi nanti
DeleteAda terbaca katanya wilayah tengah sedang alami jerebu.
ReplyDeletePutrajaya banyak taman rekreasi cantik, rugi tak beriadah kalau duduk sana.
Betul sekarang pun masih jerebu. Memang cantik Putrajaya ni cuma tu lah rajin atau tak hehe
DeleteSeronok pagi-pagi dalam tengok suasana sunrise yang cantik. Sedap nampak lontong kering tu. Okay, boleh mark dulu food court ni. Kot tersinggah sana boleh cuba lontong. meriah kuih muihnya juga.
ReplyDeleteSetuju juga tu, berjalan keluar ni release endorphins.
Cantik tangkapan gambar bunga tu, guna portrait mode ye?
Take care juga.
Memang lagi cantik kalau dapat tengok sunrise. Lontong kering tu memang sedap. Dalam hati memang nak selalu keluar tapi tu lah kan mood tu kena dikejar2 hehe. Guna handphone ambil gambar, tak pernah kisah portrait dll sebab tak pandai hehe.
DeleteLontong kering kat Presint 9 tu nampak sedap sangat! Walau tak dapat Kacang Pool, dapat Vitamin D percuma sambil breakfast kan. Alhamdulillah, hebat dapat 5,000 steps! View Masjid Putra memang soothing sangat.
ReplyDeleteMemang sedap lontong kering tu. Alhamdulillah dapat vitamin D dan 5k steps. Betul memang soothing tengok masjid
DeleteSeronoknya back to nature. Mee Rebus kat Presint 9 tu favourite. Udang dia besar.
ReplyDeleteAlhamdulillah memang seronok. Next time kena try Mee Rebus tu
DeletePanjang betul antrian nasi lemaknya mbak. Nampaknya memang sedap betul yaaaa manakannya.
ReplyDeleteLihat tamannya, begitu bersih dan rapi ya mbak. Mirip seperti di Jakarta sini, namun desain dan dekorasinya tampak lebih niat dan terawat.
Memang selalu ramai2, pastinya sedap kan. Putrajaya ini ialah pusat pentadbiran persekutuan Malaysia yang terkenal dengan mercu tanda seni bina moden, tasik buatan manusia, dan kawasan hijau yang luas. Memang dijaga semuanya.
DeleteLontong kering nih waktu itu nak coba di TGSK dengan kak Suz, tp lihat portion banyaaaak sangaaaaaat 😅😅😅.tak jadilah. Kuatir tak habis. Akhirnya pesan laksam 😅
ReplyDeleteIssh kalau lihat aneka kue2 begitu, memang kalap mata kak 😄
Baguuuus lah tempat Kaka briskwalk nih. Bisa juga dapat 5k steps. Banyak tuh 👍👍
Memang sedap tapi betul lah Fanny kadang nya portion besar tak mungkin habis.😋😋 Banyak pilihan kuih muih nya. Putrajaya ni besar banyak tempat untuk brisk walk nya. Cuma rajin atau tak 😂😂😂
Deletekuih muih situ sedap sedap. rambang mata kalau ke sana
ReplyDeleteakk tukar link blog tau
Tu lah geram tengok kuih muih. Ok kita tukar link blog.
DeleteMemang kena keluar rumah kalau tak boleh rasa kemurungan.
ReplyDeleteBetul tapi kadang tu malas nak keluar hehe
Deletelontong kering tu nmpk sedapnyerr.. nyum2
ReplyDeleteMemang sedap Alhamdulillah
DeleteBeratur panjang tu yang selalu nya buat kita give up kan?
ReplyDeleteTapi sebab sedaplah orang sanggup beratur tu kan?
Hanya untuk yang kuat semangat hehe
DeleteSekarang tengah jerebu, berkabus je waktu pagi bila tengok dari tingkap tempat kerja,
ReplyDeleteKalau keluar lama, terasa pedih mata, tekak tak selesa
Deleteishhh tetiba rasa nak try laa pula nasi lemak marina tuuuu kalau ramai beratur tu mmg kompem sedapppp
ReplyDeleteNanti try ya
Deletehahaha mentang2 sekarang tgh viral psl cekodok pisang hahahah terus keluar gmbr cekodok hehehe
ReplyDeleteKebetulan kan hehe
DeleteLama x staycation area putrajaya/cyberjaya....
ReplyDeleteNext kalau ada peluang staycation area sana, pasti nak cuba tmpt² baru yg blm kita cuba...
Bila free boleh la plan tu
Deletecantik view tmpt riadah....lps tu ada plak tmpt mkn mcm2 menu tu
ReplyDeleteMemang cantik. Kalau makan di food court memang banyak pilihan
Deletehari ni jerebu dh semakin ok...masih kelabu2 tapi not so bad gitu kat gombak
ReplyDeleteKadang ok, kadang tu naik balik kan
DeleteSuka suasana bristwalk camni.. luas mata memandang..
ReplyDeleteBetul especially pagi2 kan
DeleteNampak lain sikit famvar matahari.... sampai ke sana jerebunya ya..
ReplyDeleteBetul memang kuat juga jerebu nya
Deletelama tak jogging2 around putrajaya. setuju part vitamin D tu! setiap hari kena keluar rumah utk dapatkan vit D
ReplyDeleteNanti free datang la Putrajaya hehe promote. Hhmm kadang tu malas betul nak keluar walaupun pintu rumah je
DeleteJarang dapat peluang ke Putrajaya .. tengok post post di sini yg beberapa kali briswalk di Putrajaya.. alahai cantik nya suasana pagi.. macam best pulak kalau hunting breakfast di Putrajaya :D
ReplyDeleteDatanglah weekend pagi2 bawak family. Boleh breakfast terus
DeleteItulah, memang best dapat briskwalk pagi². Tapi bab malas drive ke lokasi briskwalk itu, yang susah nak atasi. Huhu.. best tengok Mulan dan anak solehah, lepas sarapan, jalan² di taman cantik.
ReplyDeleteBetul Nur, memang best tapi nak keluar tu bercinta betul nak start kereta
DeleteSuasana berjogging kat Putrajaya ni best la. Boleh rotate tempatnya. Cumanya udara tak segar sekarang ni. Bila keluar bau asap. Kadang2 buat sakit kepala pula.
ReplyDeleteBetul Ezna kadang mata rasa pedih, tekak tak selesa
Deletesuka sunrise dan sunset, lagi-lagi bila awan berkepok-kepok dgn pelbagai corak.
ReplyDeletesekarang ni, jerebu tebal nau. nak bernafas pun rasa melekit.
Memang cantik sunrise sunset kan tapi betul Cha sekarang jerebu elok tak keluar rumah
Delete