CAMPAK BELAKANG BUAT RUJUKAN MASA MENDATANG


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. 
Moga sihat ceria, dimurahkan rezeki sentiasa dan dipermudah kan semua urusan nya. 
Aamiin Ya Rabbal Aalamiin.

JAPANESE COTTON CHEESE CAKE
Lama sungguh sungguh tak buat. Anak2 soleh solehah request, bila mummy free katanya. Seronok sangat bila cukup korum di rumah sebulan lebih ni. Manfaatkan sebolehnya.


Alhamdulillah elok jadi walaupun tak perfect, ada sedikit accident. Patut loyang kecil, sebab buat 1/2 adunan, tapi malas cari loyang kecil, so rendah la kek nya. Kemudian tapis2 icing sugar atas cake deco stencils.



YONG TAU FU
Alhamdulillah elok jadi. First time buat ni. Tapi sos beli online, Resepi Bonda YTF Taiping. Gugel cari resepi, Alhamdulillah jumpa yang senang, guna isi ikan tenggiri sebab lebih banyak isi dari ikan yang kecil macam saiz ikan kembong dll. Tak guna pes ikan yang ada di pasaran. Semua ni direbus dan dimakan bersama sup nya.



MIANG PLA PAO
Stok ikan ada lagi Alhamdulillah. Air fry kan saja ikan gaul garam kunyit. Malas goreng merecik2 minyak.



MI KARI


FOCACCIA 
Favorite anak2 soleh solehah. Makan dengan mushroom soup, buat sendiri senang je, pernah buat sebelum ni. 


CANH CHUA CA (SUP IKAN VIETNAM)
Sup favorite kami ketika menetap di Ho Chi Minh City dulu. Tak masak. Makan di kedai lorong, duduk kerusi rendah tu. Kenangan 10 tahun di sana.

Kepala ikan ada lagi, masak sup ni lah sebab lama sangat bertahun tak buat. Tumis garlic, masukkan ikan, air asam jawa, sos ikan, gula, nenas, kacang bendi dan tomato. Taugeh dan daun sup/bawang masukkan selepas api ditutup. Gugel lah untuk tengok lebih detail. Sup ni sebenarnya clear sebab diorang guna serbuk asam jawa. Kalau guna air asam jawa memang lah berkeladak warna nya kan. Sedap makan dengan nasi panas2.


WRAP PIZZA
Menu cepat mudah bila malas, sapu wrap dengan sos tomato. Letak potongan bawang besar, capsicum, tomato, shiitake mushroom dimasak sebentar supaya lembut atau segala yang disukai. Letak juga hari tu sosej daging kuda beli di Kazakhstan tahun lepas, ada lagi dalam fridge. Tabur mozzarella cheese. Bakar dalam air fryer untuk melt kan cheese. Kemudian panaskan atas kuali leper dengan sedikit minyak zaitun supaya bawahnya garing. 


BROW-FFIN OATS + NUTS 
(BROWNIES + MUFFIN) 


Alhamdulillah elok jadinya semalam. Second time buat ni. Jumpa walnut, almond, pecan, cashew yang dah pecah2 dalam fridge, konon dulu nak buat kek, tapi tak jadi2, juga ambil songlap sikit stok kacang2 snacking hubby. First time buat agak kering tapi still sedap. 


Guna resepi brownies je. Kurangkan separuh atau lebih sukatan gula dari resepi, tambah 1 sudu instant coffee macam nescafe atau brand lain. Campur oats dan kacang2 atau apa2 lah. Letak ikut suka banyak mana. Kurma pun ok tapi tak letak sebab tak nak manis. 

Jangan lupa campur oats dan kacang2 ya.


Bakar dalam loyang muffin. Memang laju makan panas2 sebab kurang manis. 


 OKONOMIYAKI (TAKOYAKI VERSI LEMPENG)
Bonito flakes dan seaweed flakes yang beli d Jepun tahun lepas, memanggil2 dari dalam fridge lama tak guna. Senang dan sekejap masak nya okonomiyaki ni. Resepi macam lempeng tapi letak baking powder juga hirisan halus kobis atau sayur kesukaan. Semalam ada lebih taugeh maka taugeh la di dalamnya. Sos Takoyaki tak ada, gugel je lah. Bancuh sos tiram, kicap pekat, tomato sos/asam jawa, gula dan sedikit air. Sukatan agak2 je, perasakan ikut masing2. Makan dengan mayonnaise, sos Takoyaki, bonito flakes dan seaweed flakes. Tabur lagi masa makan. Yumms. 


Semuanya kisah campak belakang,
Buat rujukan masa mendatang.

Dah start cuti sekolah kan. Jom bercuti.
"HAPPY SCHOOL HOLIDAY SEMUA..."

Terima Kasih singgah baca dan komen diari cacamarba seorang MULAN.
Take care ya. Moga sihat, ceria bahagia, murah rezeki dan senyum selalu.

Alhamdulillah atas nikmatNya.

19 comments

  1. Kenapa cantik sangat ni. Saya nak potong dan makan. Bestnya makan panas-panas dan bau dia mesti semerbak masak nak masak tu.
    Fenomena juga yong tau fu sumbat isi macam ni. Belum pernah makan lagi. Nak buat tu tak ada kerajinan. Pernah nampak orang jual sos di TikTok. Senang dah siap ready to eat je kan.
    Teringin betul makan focaccia tu. Tunggu rajin lah baru cuba buat.
    Pertama kali tengok sup ikan Vietnam. Tudiaa penuh taugeh. Menangis pembenci taugeh tengok sup ni penuh taugeh. hihihi...
    Ingatkan ada brookies (brownies +cookies) je, rupanya browffin pun ado. Banyak kahwin campur brownies ni.
    Bahaya masuk sini malam-malam. Boleh jadi teringin ataupun lapar semula. huhuhu...

    ReplyDelete
  2. Menu cafe ni bestnya kalau rajin macam2 jadi ni.

    ReplyDelete
  3. Adeh terpelanting menu Sy bila Kak Mulan up gambar menu² ni hihi... International ada, local ada. Untung anak soleh solehah mommy masak serba boleh

    ReplyDelete
  4. Mi kari dia semua cukup! Tak kedekut!

    ReplyDelete
  5. Bak kata P.Ramle...ambik bau sahaja...tapi yg ni tengok gambar pun dah kenyang..hehehehehehe.

    ReplyDelete
  6. Kalau jiran sebelah nk pindah.. sila bagitahu.. nak jadi jiran hahahaa.. sedap sedapnya makanan semua 🤤

    ReplyDelete
  7. semua pun sedap tapi yg paling saya suka dan teringin nak mkn ialah FOCACCIA !!!

    ReplyDelete
  8. it's 31st august today, salam hari kemerdekaan utk kita semua!

    ReplyDelete
  9. Lawanya tengok japanese cotton cheese cake tu. Saya ada jumpa di bakeri sini, cuma tak ada icing sugar di atas, plain saja. Ish, sedapnya! 😋 Salam Hari Merdeka, Mulan.

    ReplyDelete
  10. Ommo sume pun sedap² nampak nya tu... mmg nak makan pun rasa sayang hehe...huntung la seisi rumah semua dpt tukang masak yang power dan best hehe rezeki anak² dpt makan air tangan ibu..

    Ok kita jadi jiran laa bole x hahaa

    ReplyDelete
  11. Kreatif betul Kak Mulan mengolah makanan yg ada. Tak terfikir wrap tu boleh buat jadi pizza wrap 😅

    ReplyDelete
  12. Semua menu nampak sangat menyelera! Rajin sungguh Kak Mulan melayan selera sekeluarga. Semoga sentiasa dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan

    ReplyDelete
  13. Cheese cake japan tuh cantiiiiik sangat kakak buat gambar pakai icing sugar. Ternyata ada deco stencil nya yaaa. 😍

    Yong tau fu, saya langsung ingat dengan siomay bandung. Bedanya kalau siomay bandung pakai saus kacang.

    Menu2 lain memang buat drooling lah 😄. Penasaran juga dengan rasa sup ikan Vietnam. Tapi kalau bagian kepala nih, cuma suami saya yg makan. Saya dan anak2 lebih suka ekor 😄

    Macam tercium sampai sini wangi brownies nya 😍😄. Sedap buat teman minum kopi

    ReplyDelete
  14. Sedap semua makanan yang dikongsikan. Terlupa tak sesuai masuk blog Mulan kalau tengahari sebab akan mengundang kelaparan yang tidak bisa dibawa berbincang😅

    ReplyDelete
  15. Tak terkomen hasil-hasilnya. Tak macam nak makan sendiri. Ada level tersendiri dan ada kepelbagaian.

    ReplyDelete
  16. Semua sedap... asal anak² balik terus lagi semangat memasak ya.
    Pickles atas pizza tu terasa² lah.. macam gitu saje pun sedap.

    ReplyDelete
  17. Mcm2 menu and resepi.. Sedap2 tu

    ReplyDelete
  18. ooo baru sy tahu
    YTF guna isi ikan tenggiri
    👍👍👍👍

    ReplyDelete
  19. brow fin tu kalau judu dgn aiskrim vanilla kompen sedap kan?

    ReplyDelete