Thursday, June 27, 2024

KOTA BHARU TRIP. TAK PUAS HATI.


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. 
Moga sihat ceria gembira dan dimurahkan rezeki sentiasa.

FROM THE RIVER TO THE SEA, 
PALESTINE WILL BE FREE. 

Cerita tiga minggu lepas.

Selasa sampai dari Jakarta. 
Rabu balik Kuantan. 
Khamis buat kek2 ni. Satu adunan tapi 3 bekas. 
Jumaat lepas Subuh ke Putrajaya. Hubby ada meeting. Bawak mak sekali.
Sabtu fly ke Kota Bharu hantar mak. Day trip.
Ahad balik Kuantan.


KEK OREN. Untuk aunty Putrajaya.


Untuk aunty Sg Merab.


Untuk An, kawan di Sg Merab.


Jumaat tu lepas hantar hubby meeting, bawak mak ke rumah aunty Sg Merab, ambil sekali aunty Putrajaya. Biarkan 3 beradik borak dan makan, kita ziarah kawan dari Kerteh dulu. An yang baru kematian suaminya (pernah ziarah di hospital Melaka hari tu). Dekat rumah aunty je. Alhamdulillah dia kuat dan tabah. Senang je pemergian suami tercinta.


Sabtu pagi fly berdua ke Kota Bharu dengan mak. 


View yang sangat2 terpaling suka, Subhanallah.


Alhamdulillah terang cuaca. Serius lama tak ke KB, lebih 10 tahun kot.


Adik ipar dah tunggu di airport. Terus ke HUSM Kubang Kerian. Visit adik no2. Hari yang nak fly ke Jakarta hari tu, dia di emergency HUKM Cheras. Alhamdulillah sempat visit lepas Subuh masa tu. Kes tak lah serius sangat so dapat transfer dari HUKM ke HUSM. Sebab suami nya, adik ipar jaga projek di Kelantan untuk 2-3 tahun ni. Jauh kan. So adik no2 ni duduk dengan mak mertua di KB. MIL nya yang sangat2 baik. Mak tak sedap hati nak jugak pergi tengok. Bawak lah dia ke KB. 


Mak di hospital, kita ber-reunion dengan kawan sekolah menengah, Zu, yang dah 30 tahun tak jumpa. Dekat HUSM je, seberang jalan. Panas2 memang sedap air ni. Alhamdulillah dia free. Terkejut dia, tiba2 sampai KB. Dengan izin Nya. 

ALKHATIRI RESTAURANT @ ALKHATIRI POINT


Cantik deco restoran ni.


Cepat jugak servis, maybe pukul 3, tak ramai orang.


Spaghetti Tomyam, serius sedap.


Dry Wantan pun sedap. Borak2 gelak sambil makan memang seronok sangat.






Cantik kan deco nya.


Hingga jumpa lagi. Insyaa Allah memang nak ke KB lagi sebab tak sempat ke mana2 pun. Cuma hantar mak je. Mak duduk seminggu camtu di KB rumah besannya, balik KL sebelum Raya Haji.


Petang ke airport KB. Cantik airport baru. Besar betul.


Tempat makan pun banyak.


Sampai KLIA2 malam, hubby dah tunggu. Alhamdulillah smooth semua. 

Tapi tak puas hati..!! 

Sebab tak dapat ke PASAR SITI KHADIJAH dll nya. Kawan sekolah Zu memang offer nak bawak tapi masa tak ada. Takut kapal tinggal kita. Ahad dah kena balik Kuantan, hubby kerja Isnin. Takkan nak tinggal dia lagi. Seminggu dah ke Jakarta hehe. Dia ok tapi kepala ni risau ke rumah, baju2, dapur, pokok2 dll lama tinggal. Haha semua tu bidang kerja di pejabat besar saya. 

49 comments:

  1. Nampak kemenjadian kek-kek tu, terliur tengok.
    Masa Mrs.A pergi KB hantar anak sedara ke UMK tu air-port belum siap lagi.
    Raya haji aritu jumpa dia cakap MakNgah airport dah siap bila nak pegi KB nih!
    Tengok air-port ni macam nak pegi lagi ni heheheee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah makan utk family hehe.
      Cantik besar airport baru KB ni, Mrs A kena pergi tau

      Delete
  2. wahhh alkhatiri tu mcm ala-ala setarbak hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul kan, deco dia pun cantik. Food pun sedap. Alhamdulillah.

      Delete
  3. Hahahaha.. tajuk saje je. mulannnnn. tak penat ke? akak baca pun penat tau. mcm tak jejak kaki kat tanah je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha macam tu la Kak Yan ada kala memang busy berbagai2. Alhamdulillah ok.

      Delete
  4. Sama la Kak Mulan, saya pun baru balik dari KB tapi tak sempat jalan2 sbb balik dari Pulau Perhentian dah kepenatan giler. Igt malam tu nak explore JJCM dekat KB tapi end up tido awal kat hotel seberang airport KB.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan, macam tak puas pergi KB kalau tak ke Pasar Siti Khadijah

      Delete
  5. Laaaa...x puas hati sebab x dapat pi Pasar Siti Khadijah ye kak..takpe next time eh...ooo KB airport baru ye...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya SA, tak puas hati tapi tak boleh pergi lama pun masa tu sbb byk hal lain.
      Airport baru cantik besar.

      Delete
  6. saya belum rasmi lagi airport KB yg baru tuuuu sbb tak de plak plan trip naik flight nak balik kelate ni so far, selalu drive jer kl-kb

    ReplyDelete
    Replies
    1. MZ balik kampung mesti lah selalu drive kan. Short trip nak cepat ni memang kena fly. Next time ingat nak drive je dari Kuantan.

      Delete
  7. packnya aktiviti tapi mesti seronokkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah seronok jumpa adik, jumpa kawan makan2 hehe

      Delete
  8. tak sah bila tak dapat ronda pasar siti khadijah kan...takpelah next time boleh qada'

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lama sgt tak pergi, rasa tak cukup ke sana.

      Delete
  9. Kakak rajin banget..baru sampai sudah buat tiga macam kue...pasti sedap, di buat dengan sepenuh hati😘

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang minat tapi tengok mood dan semangat nya jugak 😄😄

      Delete
  10. Assalamualaikum, rindu juga pasar khadijah, tak pe nanti pergi lagi inshaAllah sempat singgah. Sedap kek oren tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam. Pasar tu memang legend kan, mesti nak pergi. Alhamdulillah sedap makan dgn family.

      Delete
  11. Memang tak puas hati kalau tak jejak ke PSK tu Kak 😆
    Semoga diberi kesembuhan buat adik Akk aamin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul PH memang rasa sgt tak puas hati.
      Aamiin Ya Rabbal Aalamiin thanks utk doa nya.

      Delete
  12. rasa jejak KB ni masa zaman sekolah rendah ehhee lama betul tak ke sana.. myb lepas trip KT nanti boleh msk list KB plak lepas tu :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lama tu Ako takpe nanti buat trip ke KB pulak.

      Delete
  13. Hi Mulan, kak ana singgah sini dan follow , alaa bestnya blog Mulan... seronok kak ana baca , happy blogging naa ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Kak Ana, thanks singgah sini tau, nanti datang lagi ya. 😊

      Delete
  14. Tak sempat pegi pasar siri khadijah? ....hmmm... maknanya tak sampai KB lagi la tu.... huhu

    ReplyDelete
  15. Cantiknya permandangan awan tu Mulan dan sedapnya kek semua tu. Eh eh area aunty dekat2 dengan rumah saya la.

    ReplyDelete
    Replies
    1. View awan memucantik sangat. Tak puas tengok.
      Oh dekat ya, nanti la Insyaa Allah kita try jumpa.

      Delete
  16. Sibuk ke sana sini, tapi masih sempat baking 👍🏽
    Alhamdulillah 2in1 ke KB, dapat tunaikan hasrat mak dan dapat pulak berjumpa kawan lama.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aunty memang suka Kek Oren. Terbayang nak ke rumah dia so bakar la kejap. Alhamdulillah dapat hantar mak nak tengok adik, jumpa kawan sekolah.

      Delete
  17. jemputlah dtg ke KB lagi. Kena explore tempat2 makan yg viral! Pasar siti khadijah tu pun sy hampir 10 thn x gi sana sbb sudah nak dpt parkir..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyaa Allah memang nak sangat ke sana lagi.

      Delete
  18. menarik kek..3 bentuk...pasar siti khadijah tempat wajib pergi kalau ke KB...hehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. 1 adunan je tu bagi 3 bekas utk 3 orang hehe. Betul PSK wajib pergi kalau ke KB kan

      Delete
  19. tak apa nanti kita g sama2 ya😉 sbb sy pn ada plan nak lawat sekolah lama nnt

    ReplyDelete
  20. sempat lagi buat kek yaaa
    terbaiklah👍👍👍👍

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mood dan bahan ada so jadi lah kek 😊 Alhamdulillah

      Delete
  21. makkkkaihhh.. pack nya jadual tapi mungkin sebab dah biasa travel semua jadi senang.
    Deco Alkhariri Restaurant tu cantik.. nampak santai je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah smooth semua. Ya life kami memang banyak travel kadang ikut suami meeting dll hehe. Cantik kan Restoran Alkhatiri tu. Memang santai.

      Delete
  22. Pastj senaaaang sangat teman2 kak Mulan dibuatkan cake sedaaaap begitu 😍😍😍. Dari bentuk pun dah sangaat menarik.

    Saya belum lagi sampai KB. Insyaallah tahun depan. Tapi tuhlah, kdg banyak sangat plan, trus yg terealisasi hanya sebagian 🤣

    ReplyDelete
    Replies
    1. 😍😍 Alhamdulillah mood sangat baik untuk buat kek.

      KB memang seronok banyak makanan sedap2 dan pantai cantik tapi tak cukup masa nak explore.

      Delete
  23. Aduhai...gebu-gebas kek-keknya tu Mulan. Terasa-rasa enaknya makan kek tu.
    Bestnya terbang ke KB. Saya sempat singgah KB dan bermalam di situ pada Mac lalu. Sempat shopping di Pasar Siti Khadijah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah elok jadinya kek tu.
      Fly sekejap hantar mak visit adik yang warded, kena plan trip lain kali sebab tak puas 😍😍

      Delete
  24. 1 adunan dpt 3 bekas kek tu sedapnya....kt kb byk cafe skarang....jrg2 jmpa spagheti tomyam.....tu kena repeat lg la jwbnya ke KB...long holiday skit br bole terjah byk tmpt

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena buat 3 bekas sebab nak share 3 orang hehe. Betul kt KB memang banyak cafe kata kawan yg memang duduk KB. Spaghetti Tomyam tu memang sedap.

      Delete

Thank you for dropping by.
Thank you for the comments.
My email : o-mulan@hotmail.com