Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Moga sihat ceria gembira dan dimurahkan rezeki sentiasa.
FROM THE RIVER TO THE SEA,
PALESTINE WILL BE FREE.
PASAR SUBUH BLOK M.
Rabu itu juga, seawal Subuh sepi'e ke EMERGENCY HUKM. Adik no2 muntah2 Selasa malam. Adik no3 hantar ke HUKM Cheras. Alhamdulillah tak serius.
Alhamdulillah sahabat dari Ho Chi Minh City dulu2, balik cuti dari Saudi. Sudi hantar ke KLIA lepas Zohor. Alhamdulillah flight delay, sempat kami jumpa dan lepak sama2 pagi Rabu tu. Kalau flight on time 1pm memang la tak sempat.
Alhamdulillah terang cantik cuaca. 3 kali delay. Rabu 29/5. KL ke JAKARTA. Dari pukul 1pm hingga 5.30pm waktu berlepas. Namun, besar hikmahnya.
Alhamdulillah cuaca cantik.
Flight besar. A330-200. Katanya delay dari destinasi sebelumnya. Seat 2-4-2. Dapat pilih seat depan sekali.
Flight 5.30pm. 2 jam 20 minit akan sampai ke Jakarta. Tapi Captain announced akan try 1 jam 40 minit. Ya sungguh, 1 jam 40 minit saja. Alhamdulillah smooth.
Passenger sebelah memang selalu ke Jakarta. Dia bagitau scan je la untuk Custom Declaration. Fly sorang2, bawa cabin size bag 7kg je.
Senang betul. Tak perlu beratur panjang sebab ada AUTOGATE. Tapi kena scan sebelum ke AUTOGATE. Staff semua sangat membantu. Kena fill up nama, alamat dll sikit2. Yang ni lupa betul nak check tapi smooth je.
Keluar je dari terminal, sahabat baik Bu Yayah sudah menanti. Lama betul tak jumpa. Last jumpa di BALI. Kami ziarah ketika mereka masih di sana. Sekarang dah menetap di CANADA. Bu Yayah ni dapat panggilan HAJI, kuota INDONESIA. Alhamdulillah. Sementara dekat, terpanggil untuk berjumpa di Jakarta. Alhamdulillah Allah izinkan. Hubby pun suruh pergi.
Baca di sini --->> PERCUTIAN KE BALI 2012
BY kata naik train je senang takut macet.
Memang selesai. Kami turun di mana ya, Sudirman Station rasanya.
Sampai ke RCPP, hantar bag dan turun untuk cari makan. Ehhhh ada PENANG BISTRO.
Banyak kedai dah tutup. Ya lah dah pukul 9.40pm. Alhamdulillah kedai SOTO masih buka. Sedap. Balik bilik, borak sampai pukul 12 malam.
Esoknya Khamis seawal Subuh sepi'e, BY ajak ke PASAR KUE SUBUH BLOK M SQUARE. Dibuka seawal 3.30 pagi hingga 8 pagi. Katanya sejak 1960-an lagi wowww lama tu. Naik GRABCAR.
Ohhh serius banyaknya kuih.
Tak keruan otak fikir nak yang mana.
Harga murah sangat semuanya. Katanya umpama pasar borong untuk kuih2. Ada yang beli untuk dijual di tempat lain.
Sila lah jamu mata.
Kuih Bom ni intinya kacang juga tapi dikupas kulit, kacang hijau tu. Rasa seakan sama.
Yang ni lauk pauk rasa nak beli semua.
TELUR PINDANG. Yang kiri atas, TEMPE DAN TAHU lupa nama nya. SERIUS sedap tau.
Lauk NANGKA. Sedap sangat.
Berbalut DAUN BETIK, bukan DAUN PISANG. Agak pahit sikit tapi sedap sangat.
PARU ATAU LIMPA kot, dengan SAMBAL KELAPA. Sedap.
Tak dapat nak snap foto plastik kami. Gila banyak untuk berdua. Menunggu GRABCAR.
JALAN MELAWAI.
Masih ada.
Belum macet sebab 6.30 pagi.
SUNRISE. Subhanallah.
Polis dah mula memantau.
View dari balcony BY.
Belum macet.
Hasil tangkapan kami di PASAR SUBUH. Makan pagi sampai malam, ehhh sampai esoknya,
Ikut je apa yang BY beli sebab dia pun lama tak makan sebab duduk Canada kan.
Persimmon yang belum masak. Dah masak memang manis sedap.
Pukul 8 pagi dah mula macet. Lepas makan, kami borak2 lagi kemudian tidur. Haha. Pagi Khamis tu juga ber-Whatsapp dengan FANNY, untuk dating lepas Zohor. Alhamdulillah smooth semua yang dirancang. Alhamdulillah diizinkan semuanya.
Moga dapat berjumpa lagi ya FANNY. Insyaa Allah.
Waduh² Kak, rambang mata tengok kuih muih tu semua...
ReplyDeleteTapi Sy mmg suka presentation diorg bab kuih muih ni ... Nampak tersusun, memikat hati dan memancing selera utk membeli 👍
Memang sangat2 rambang mata. Stress fikir mana nak beli.
DeleteBetul presentation diorang memang cantik.
Bestnya travel.tp saya tak berani la travel solo unless utk urusan rasmi/keje😂 jenis kurang adventurous gitew
ReplyDeleteAlhamdulillah tapi tu la kalau tunggu hubby atau adik2/kawan2, payah sebab diorang kerja.
DeleteRambang mata tengok banyak sangat kuih, hihi.
ReplyDeleteMemang tersangat rambang mata nya, serius banyak betul kuihnya,
DeleteHahahahahaha kakaaaaaaak, banyak sangaat yg dibeli 😄😄👍. Saya tuh dah lamaaaa sangat tak ke pasar subuh blok m. Jadi kalo menurut suami saya yg orang jakarta, pasar kue2 ini ada di blok M dan satu lagi di pasar Senen. Yg blok m pernah saya datangin, tp yg di Senen saya tak pernah.
ReplyDeleteDan memang Rambang mata kaaaan. Nanti tau2 terbeli banyak, tak tau lah macam mana nak menghabiskan 🤣
Beberapa kuliner yg kakak tak tahu namanya:
Kalo tahu dan tempe yg coklat itu namanya tahu bacem / tempe bacem. Itu makanan khas Jawa Tengah. Dimasak dengan air gula Jawa. Jadi rasanya manis gurih.
Lalu yg dibungkus daun ubi (bukan daun pisang) itu namanya BUNTIL. Makanan khas Jawa juga. Mama mertua saya sukaaaa sangat. Tp agak susah cari skr. Ternyata di blok m ada yaa. Biasanya mama selalu beli saat ada pasar ramadhan.
Hahahaaaaa memang banyak sangat yang dibeli. Memang rambang mata Fanny, semua sedap. Beli banyak tapi kami simpan di freezer, tahan lama. Kalau mau makan, boleh defrost dan microwave saja 😄😄
DeleteTahu dan Tempe bacem memang sedap. Nanti mau cari resepi.
Buntil tu kakak silap, bukan daun pisang. Kata nya daun betik ya mungkin daun ubi juga. Memang sedap walaupun pahit.
Tu diaaa....rambang mata nak pilih 😃
ReplyDeleteAda rupanya ya...pasar borong untuk kuih.
Memang rambang mata. Semua yang dibeli sedap2.
DeleteTu la ada pasar borong untuk kuih kan.
seronok dpt jumpa fanny....meriahnya tgk kuih muih , pelbagai kek & manisan kt pasar subuh tu...lauk pauk juga bermacam2.....tk pernah lg travel solo tp outstation solo pernah tu pn seram sbb naik flight sorang2 :)
ReplyDeleteAlhamdulillah memang seronok jumpa Fanny.
DeleteMeriah dan rambang mata tengok kuih kek dll tu.
First time fly solo, nervous jugak mula tu. Alhamdulillah smooth.
banyak sungguh jenis makanan di sana yer... nampak sangat menyelerakan...
ReplyDeleteMemang banyak sangat, semua yang dibeli sedap2 Alhamdulillah
DeleteSemoga Allah merdekakan Palestin... Ameeennnnnn
ReplyDeleteAamiin Ya Rabbal Aalamiin
Deletemakkk aiiii byk nyaaaa kuihhh boleh pengsan sy kat situ sbb rambang mata nak beli😁😁
ReplyDeleteMemang ikut hati nak beli semua jenis, rambang mata sangat2.
Deletemknn dlm dulang tu kalau kita nk rasa sikit diorang kasi tak?
ReplyDeleteYang dalam dulang tu untuk display je, tapi boleh je nak rasa kuih2 tu. Cuma segan. Berapa jenis nak rasa hahahaha.
Deletewaduuh cikkak, x sempat jumpa wak ms kat jakarta nih.,
ReplyDeleteblok M tu mmg nostalgia sbb hari2 wak limpas g keje jln kaki sini., hehe
perasan x kuih muih ada yg diselit lada hijau tu utk diratah mentah2 bgtu saje., hahaha
Wak kena pergi Jakarta lagi nanti hehe. Kuih yang ada lada kecik tu, saya buang terus lada tu haha.
DeleteYa rabbi banyaknya kuih muih...geram plak SA tnegok..ada yang sama macam kat Malaysia...wah sis..jumpa Fanny...eeee....nak jumpa jugak la...SA suka pi Jakarta walau macet kotanya
ReplyDeleteYa betul SA banyak sungguh kuih muih lauk pauk. Rambang mata pening nak pilih yang mana. Macam2 jenis. Alhamdulillah sempat jumpa Fanny. Nanti free pergi lah Jakarta.
DeleteBlok M ni selalu baca dlm blog Wak Lat...hehe..perghh..byk betul kuih-muih..yg ada cili hijau tu namanya risoles...lauk nangka (gudeg) dan tauhu manis tu pernah makan, tak berapa gemar...rasa pelik sikit..
ReplyDeleteTu la Wak cerita tempat dia lalu lalang je Blok M tu. Memang banyak sungguh kuih muih lauk pauk. Kuih sana memang banyak letak cili api kat tepi isshh pedas lah hehe. Gudeg sedap. Tahu Tempe semua tu sedap tau hehe. Rasa nak angkut semua balik Malaysia
DeleteCantik2 kuihnya. Kalau saya pun boleh rambang mata.
ReplyDeleteCantik dan sedap. Memang rambang mata sangat2.
DeleteAlhamdulillah Allah permudah segala urusan dan selamat sampai ke destinasi. Elok tersusun je kuih muihnya. Jadi tarikan untuk kita membeli. Rambang mata dibuatnya! Bila ada kesempatan dan rezeki kita dapat berjumpa dengan mereka yang berdekatan.
ReplyDeleteAlhamdulillah untuk semuanya. Memang rambang mata tengok semua kuih muih lauk pauk tu. Rasa nak beli semua.
DeleteYa ampun! Seronoknya tengok macam-macam kuih.
ReplyDeleteKalau begini kenalah tinggal di situ beberapa hari. Boleh setiap hari beli kuih di situ dan makan sikit-sikit.
Mulan! Teruja sungguh Kak Amie, rasa hendak terbang ke Jakarta!
Betul Kak Amie. Seronok rambang mata tengok semua kuih muih lauk pauk tu. Memang kena tinggal lama sikit, dapat rasa semua tu. Jom jom pergi Jakarta hehe.
DeleteMasyaallah.. banyak betul kuihnya.. semua pun nampak sedap.
ReplyDeleteNi kalau stay 2-3 hari pun belum tentu dapat rasa kesemuanya.
Betul banyak sangat sampai rambang mata.
Delete