Saturday, October 14, 2023

ROTI BAKAR BESERAH VIRAL. PATIN TEMPOYAK DAUN BUSUK. MEE CHAMPA MAK WAN HERITAGE.

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Moga sihat ceria gembira bahagia selamanya.

 🇵🇸 PRAY FOR PALESTINE 🇵🇸 

Hati gundah gelana pikirkan saudara di sana. Doa non stop.


ROTI BAKAR BESERAH yang viral. 
 
 Sabtu lepas, jam 7.20 pagi, sebelum kena heret brisk walk, ajak hubby ke sini. Fyi, BESERAH ni famous untuk MEE CALONG dan DURIAN BESERAH jugak, spesis durian kampung. Tempat viral ni kena pergi awal2 baru bukak. Baru lah aman damai tak yah beratur. Nampak lalu lalang kedai ni di FB, so sebagai anak jati Kuantan, haruslah cuba kan. Pernah lalu 2 kali, panjang beratur, siap ada abang kakak Rela jaga parking.


Menu nya.


Banyak jugak.


Ada kuih muih jugak.


Wahh Vietnamese Roll. Lama nya tak buat. 


Kan awal2 masih kosong.


ROTI POOL. Sedap. Sedap. Saya suka sangat.


Hubby punya. ROTI GOYANG KAYA. Pun sedap.


Hubby order jugak NASI DAGANG, sedap sedap. 


Tunggu my Man Bai bayar.


Cuaca pagi langit kelam lagi. 


Ok perut kenyang, jalan2 keliling TASIK BANDAR KUANTAN. First time ke sini. 


Besar jugak. 


2 round dapat 5,000 steps cukup lah. 


Lunch. Ada PATIN fresh dalam freezer. Ada jugak DAUN KESING. Cukup la untuk berdua.
Mak sedara ajar, masak patin tempoyak ni, cuma Ikan Patin, tempoyak, daun kesing, kunyit hidup tumbuk atau serbuk, cili api tumbuk, tu je. Kalau kurang, tambah asam keping, garam, gula. Atas cita rasa masing2. Daun kesing tu kan, busuk tau macam bau pijat. Mak sedara bagi, dia tanam banyak, kita simpan dalam freezer lah. Tahan lama. Lauk ni masa masak suspen jugak sebab bau Daun Kesing tapi bila siap masak, waahh memang sedap rasa original lauk PATIN TEMPOYAK.


DAUN PEPIJAT @ KESING @ CEMOMOK 

SUMBER : AGRO BAZAAR

Nama saintifiknya Elettariopsis curtisii merupakan sejenis pokok herba yang tergolong dalam famili Zingiberaceae. Bentuk macam Daun Kunyit.

Pokok Pepijat mempunyai aroma yang kurang menyenangkan. Mungkin sebab itu, nama pokok ini disebut pepijat, iaitu sejenis serangga yang mempunyai bau yang busuk.

Dari segi khasiat perubatan, tumbuhan ini dikatakan sesuai untuk wanita lepas bersalin. Daunnya dijadikan pembalut tungku dan ramuan mandian semasa dalam pantang.


Ahad lepas, jam 7.10 pagi, kena heret naik Bukit Pelindung. Pelan2 je. Memang kena paksa sikit, umur dah lanjut. Tak yah laju2. Santai2 je lah. Best pagi2 sebab tak panas. Awal pagi tak ramai orang. Bila turun memang ramai baru nak naik. Seronok tengok masing2 ada yang naik dengan kawan2 dan keluarga. 


MEE CHAMPA MAK WAN HERITAGE

Dah turun bukit, kami ke Kedai Mee Champa. Ni cawangan Kuantan. Dulu kami ke Dungun sebab asal kedai ni di sana. Naik bukit dulu sebab kedai ni bukak lambat. 8.00-8.30 gitu. Sebelum ni kedai ni agak jauh dj Tanjung Lumpur, sekarang dah pindah ke Jalan Wong Ah Jang.


Memang sedap, sama rasa tapi macam cair sikit je. Atau sama? Sebab 3 tahun tak makan. Tapi memang sedap.


Alhamdulillah, lama betul mengidam nak makan. First time makan di Kuantan. Daging pun banyak.

🇵🇸 PRAY FOR PALESTINE 🇵🇸

22 comments:

  1. First time dengar daun pepijat tu.... Pelik la pulak namanya

    Hai Man Bai...!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la bila gugel daun kesing baru tau detail. Memang first time pun dengar. Hehe Man Bai kekenyangan tu.

      Delete
  2. Tak kenal daun kesing tu, tapi serangga nama kesing PH tahu . Mungkin sebelah sana panggil pepijat. Baunya memang busuk, kalau terpegang atau terpenyekkan dia memang dia keluarkan bau busuk tu :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kami panggil serangga tu pijat, tapi daun kesing. Hehe lain tempat lain panggilan kan tapi rasa nya la maksud yg sama je. Memang bau pijat daun kesing ni. Dah masak sedap pulak. Hehe

      Delete
  3. Baru tau ada letak daun kesing dalam gulai patin tempoyak. Tak pernah lagi jumpa daun ni dijual kat pasar di KL.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila tanya mak sedara di Jerantut cara dia masak parin tempoyak, baru dia cerita guna daun kesing ni. Tu la kat Kuantan atau pasar tani pun macam tak jumpa

      Delete
  4. terliur plak tgk roti bakar tuuuu.....roti pool tu MZ selalu dgr tp so far lom pernah mkn lg

    ReplyDelete
    Replies
    1. Try la roti pool memang sedap. Asal Johor kan roti ni.

      Delete
  5. Baru tau pasal daun kesing tu.

    Bagus ni puan, rajin tambah kalori dengan makanan sedap dan rajin bakar kalori. Seimbang gitu 😀

    ReplyDelete
    Replies
    1. Macam2 kan jenis daun di Malaysia ni kan. Kena paksa ni Puan Ujie. Hubby ajak manja2 dalam paksa haha dia kata kena exercise & ajak santai2. 😁😁

      Delete
  6. wak tak makan tempoyak ikan patin., apalagi ada daun busuk., huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takpe Wak tengok je. Asal tau lauk tu kira ok la 😁 tp lepas masak mmg tak busuk pun lauk tu

      Delete
  7. harga masih berpatutan dan nampak sedap2 semuanya tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah memang sedap.

      Delete
  8. mee calong beserah pernh mkn...mee champa tk pernah mkn...tgk mcm ala2 mee celop

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Mee Champa memang lebih kurang Mee Celup rasanya kot.

      Delete
  9. sedapnyaaaaaaa roti pool nak jugaaaaaaaakkkkkkk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang sedap, secukup rasa Alhamdulillah

      Delete
  10. Rasanya daun kesing itu sama dengan tuhau di Sabah.
    Kami makan umbutnya, sedap dibuat jeruk atau dijadikan sambal. Boleh juga dimasak dengan ikan masin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya ke wahh macam2 boleh guna ya. Terima kasih kongsi info nya

      Delete
  11. Sedapnya roti pool.. menarik :)

    ReplyDelete

Thank you for the comments. Nanti singgah lagi ya :) Take care & stay safe.