Thursday, February 23, 2023

DAY 8 : PAMUKKALE - IZMIR, TURKIYE

Assalamualaikum & Salam Sejahtera. 

Throwback December 2022. Doa buat Turkiye & Syria.


Subhanallah cantik.



Hotel paling cantik. Kecik cosy sunyi owner friendly tapi sepanjang di Turkiye ni semua pun friendly.


Basic breakfast, telur mata landlord hantar later. Mintak la banyak mana pun, dia akan buatkan. Tak cukup yang lain pun dia akan bagi lagi. Kenyang sangat Alhamdulillah.


Heater dan juga untuk kekalkan air dalam teko sentiasa panas.




Bye bye HOTEL SINTER TERRACE 


Alhamdulillah cuaca elok. Nampak hot air balloon banyak dah terbang. Kami tak cukup masa lagipun rasanya naik di Cappadocia lagi cantik. Singgah kejap tengok balloon di udara.



Stop kejap snap foto.



Gule gule (bye bye) Pamukkale.


On the way nampak dalam map ada waterfall berdekatan. Apa lagi singgah kejap.


SALIHLI KURSUNLU WATERFALL 


Subhanallah cantik sangat.


Mendung sikit di spot sini sebab dikelilingi pokok2. View ni ada dijadikan hiasan dinding. Ada di atas canvas, ada di-framekan. Ada dijual di Amazon rasanya.


Kincir air yang kecik.


Oh comel segerombolan biri-biri keluar mencari makan.


Elok je berkumpulan. Tak ada yang lari sana sini.


Waterfall ni tak jauh dari Pamukkale. Mungkin sebab itu, sebahagian batu dan dasar nya berwarna putih seakan sama di Pamukkale. Putih cantik.


Macam warna thermal pool di Pamukkale kan. 


Subhanallah cantik.


Kami stroll lagi di bahagian lain, on the way ke parking lot. Ikut hari memang nak explore lama lagi tapi masa tak cukup. Musim sejuk ni, waktu siang tak lama. Kami memang target nak check in atau sampai hotel sebelum Maghrib. Tak berani drive malam2.


Last but not least.


Senang tol tak ada palang. Merhaba IZMIR.


Hotel unit dengan 2 bilik di dalamnya. 


Alhamdulillah selesa sangat.


Siap check in dan solat, kami keluar nak jalan2.


Owwhh yummy.


Jumpa kedai makan kecik, nak try menu macam Nasi Malaya ni. Ada nasi (Pilav), sup ayam, daging, ayam, terung berbagai rasa. Semua sedap.


Macam Raita (sayur dalam yogurt) dan acar carrot (macam sayur jeruk). Sedap.




Kami pilih lain2 supaya dapat sama2 rasa.


Siap makan kami keluar untuk jalan2. Kiri kanan kedai2 macam2 jenis makanan dijual  dah kenyang, tengok je lah. 


Semua dah siap marinate.


Bau roti fresh ni memang menusuk kalbu.


L'agora Hotel & Bazaar


KEMERALTI BAZAAR

Ia adalah bazar bersejarah yang merangkumi kawasan dari Mezarlıkbaşı ke Konak Square yang merupakan jalan utama bazar hari ini. Antara Bazar terbuka yang terbesar di dunia.


Lintah for sale. Untuk apa ya?


Pickled carrots, chillies dan lain2.


Memang besar bazaar KEMERALTI ni.


BASDURAK MOSQUE. Masjid yang bersejarah di Izmir. Dalam perkarangan KEMERALTI yang besar ni.


Beribu2 steps di KEMERALTI ni.

Macam2 ada.


Di sini lagi. Kedai yang kami singgah untuk lunch sebelumnya. 


Dessert. Yang bentuk macam pisang tu, rasa macam Gulap Jamun, sedap. Yang kuning tu Rice Pudding (Kazandibi) tu pun sedap. 


Siap charge tenaga dengan dessert, kami jalan lagi.


Woww art street.



Cantik warna turquoise ni kan.


IZMIR HISTORIC CLOCK TOWER 

Terletak di KONAK SQUARE, landmark utama di Izmir. KONAK SQUARE terletak di hujung selatan Atatürk Avenue di daerah Konak di İzmir, Turki. Dataran ini adalah bahagian paling sibuk di bandar ini, kerana Konak adalah tempat utama İzmir, dinamakan sempena Vali Konağı (Rumah Agam Gabenor) di Wilayah İzmir, yang terletak di sini (konak bermaksud rumah agam dalam bahasa Turki.) Wikipedia.


Sunset di IZMIR.




KONAK MOSQUE

juga dikenali sebagai Masjid Yalı, ialah sebuah masjid di İzmir, Turki. Ia terletak di KONAK SQUARE di tengah-tengah bandar bersebelahan dengan GOVERNOR'S MANSION dan IZMIR CLOCK TOWER. Walaupun saiznya agak kecil, ia dianggap sebagai salah satu mercu tanda bandar untuk bentuk segi lapan yang tersendiri dan kerja jubin yang rumit. (Wikipedia)


GOVERNOR'S MANSION

Dibina pada zaman Othmaniyah pada Tahun 1869-70, terbakar pada Tahun 1970. Dibaiki dan masih diguna hingga kini untuk urusan kerajaan.

Hhmm, kereta hitam tu, plet nombornya 1..!!! 

Alhamdulillah smooth semuanya. 

Istanbul - Ankara : 450km
Ankara - Cappadocia: 350km
Cappadocia - Konya: 280km
Konya - Antalya: 300km
Antalya - Pamukkale: 240km
Pamukkale - Izmir : 250km

TOTAL : 1950km 

4 comments:

  1. hot air baloon tu dah macam wajib tengok kan?

    ReplyDelete
  2. Uncle: Ada je yg tak nak, tapi ramai yg nak naik nk merasa terbang gitu, hehe

    ReplyDelete
  3. tak dinafikan mmg lawa kawasan kawasan niiii... ni buat tak sabarrrrrr

    ReplyDelete
  4. Anies: Memang lawaaaa Subhanallah

    ReplyDelete

Thank you for the comments. Nanti singgah lagi ya :) Take care & stay safe.