Tuesday, February 07, 2023

DAY 6 : KONYA - ANTALYA, TURKIYE

PRAY FOR TURKIYE & SYRIA. Innaa lillahi wa innaa ilaihii rooji'un.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. 

Throwback trip pada December 2022 lepas. 



Semoga dipermudahkan segala urusan semua di Turkiye, selepas berlakunya gempa bumi baru2 ini. Doa yang terbaik buat rakyat Turkiye.


Wow, banyak betul pilihan breakfast nya di Konya ni, Alhamdulillah. Kami memang pilih hotel dengan breakfast.


Cheese memang beraneka jenis. Semua sedap. Makan cheese sampai puas.


Siap makan kami jalan2 nak ke muzium.


Singgah Konya Culture Park.


HACI VEYS ZADE MOSQUE
Masjid terbesar di Konya.


Cuaca mendung dan sejuk sangat2.



UCLER CEMETERY 

Tanah perkuburan Konya ni antara selalu dikunjungi pelawat. Antara sebabnya bagi yang ingin berkahwin, hamil atau mendoakan kejayaan dan kesejahteraan. Dua tanah perkuburan besar di tengah-tengah Konya yang selalu dikunjungi ialah Tanah Perkuburan Üçler dan Tanah Perkuburan Musalla. 

Terdapat banyak makam Mevlevi atau Ahli Sufi di Tanah Perkuburan Üçler yang dijaga dengan baik. Tanah Perkuburan Üçler ini bersebelahan dengan Makam Mevlana dan Pusat Kebudayaan Mevlana, kerap menarik perhatian pelancong tempatan dan asing. Tanah Perkuburan Üçler yang berkaitan dengan sejarah, "Kesyahidan Perang Kemerdekaan", menjadi destinasi pelawat tempatan dan asing. 

Mevlevi ni atau Mevleviye adalah golongan Sufi diasakan oleh pengikut Jalal ad-Din Muhammad Balkhi-Rumi (Mevlana Celaleddin Rumi) seorang penyair, qadi dan agamawan Parsi abad ke-13 di Konya. Golongan ini dikenali kerana kegiatan mereka yang menari berpusing2 sambil berzikir kepada Allah. 


SELIMIYE MOSQUE
Selimiye Camii (Masjid) Konya ini bersebelahan dengan Muzium Mevlâna, adalah contoh gaya masjid Uthmaniyyah dari zaman seni bina Uthmaniyyah.

Pengasasnya ialah Sultan Selim II (“the Sot,” 1566-74), yang mewakafkan masjid itu semasa beliau masih seorang putera Uthmaniyyah dan gabenor wilayah Konya. Ia siap dibina selepas baginda menjadi sultan. (turkeytravelplannerdotcom)





MEVLANA MUSEUM 

Terletaknya makam ahli falsafah, penyair dan pemimpin agama Mevlana Celaleddin Rumi abad ke-13. Sebelum makam, ianya adalah tempat ibadat.


Walaupun paling terkenal di luar Turki untuk puisinya (termasuk puisi Mathnawi 25,000 yang terkenal), bagi orang yang beriman, Mevlana Rumi dihormati sebagai seorang wali, dan makamnya adalah tempat suci.

Kata-katanya, mengajarkan toleransi dan penerimaan, telah bergema selama berabad-abad. Dengan salah satu ayatnya yang paling terkenal menyatakan: "Marilah, siapa pun kamu. Walaupun kamu kafir, kafir, atau penyembah api, datanglah. Kami bukanlah persaudaraan yang putus asa. Walaupun kamu telah mematahkan semangatmu. nazar taubat seratus kali, datanglah." (planetwaredotcom)


Antara yang dipamerkan.







MEVLANA JALALUDDIN (Celaliddin) RUMI dikenali sebagai "Mevlana" (tuan kami), adalah seorang wali sufi dan ulama abad ke-13, dilahirkan di Khorasan, Afghanistan. Tinggal, mengajar dan menulis kebanyakan karyanya di bandar Konya. Makamnya tersergam indah menerima ribuan tetamu yang bersemangat setiap hari.

Upacara darwis/tarian berpusing, atau Mevlevi "Sema" adalah upacara keagamaan yang mengikuti ajaran wali sufi. Menggunakan muzik, doa dan tarian, ianya umpama cara berzikir dan beribadat kepada Allah.

 Selepas kematiannya, Mevlana telah dikebumikan di taman mawar Sultan empayar Seljuk, Alaeddin Keykubad dengan kawasan darwis di sekelilingnya. (dailysabahdotcom)


Altınapa Dam 

Sambil drive tengok cantik je, ingatkan tasik. Empangan ini dibina antara 1963 dan 1967 di Sungai Meram di Konya untuk kegunaan  pengairan dan bekalan air minuman.


Ramai orang memancing di sini. Tak lama stop di sini sebab sejuk sangat.


Drive lagi, nampak macam laut. Rupanya tasik. 

TASIK BEYSEHIR ialah tasik ketiga terbesar di Turki, tasik air tawar terbesar, terletak di Wilayah Tasik , di wilayah wilayah Konya dan Isparta.

Ia terletak dalam lekukan tektonik yang dikelilingi oleh Pergunungan Taurus di barat dan selatan, Gunung Erenler gunung berapi di timur, dan Pergunungan Sultan dan Gunung Anamas di arah barat laut-tenggara.

Kawasan terluas ialah 26 km antara kampung Çiftlik dan Teluk Kaşaklı. Titik paling sempit ialah 14 km antara kampung Hoyran (Gölyaka) dan Akburun. (Wikipedia)

Cuaca cantik, Alhamdulillah 


Umpama laut luasnya.




Drive lagi, nampak spot menarik.



Taman Negara Tasik Beyşehir ialah taman negara terbesar di Turki berhampiran Tasik Beyşehir, ianya antara tempat semula jadi yang paling penting yang menarik pengunjung di Turki. Pembentukan hutan taman negara Beyşehir terdiri daripada spesies juniper, larch, cemara, cedar dan oak. Pokok-pokok itu terbentang ke pinggir tasik dari semasa ke semasa dan sampai ke Tasik Beyşehir. Ia membawa teluk dan teluk Turki kepada pemandangan visual yang unik. (Wikipedia)


View gunung ganang yang cantik.


First time ada road block, polis nak tengok ID so kami bagi passport. Alhamdulillah smooth.


Yummm memang murah dan manis sedap. Ada orang jual tepi jalan.


Alhamdulillah sampai hotel. 


Book satu bilik untuk berempat tapi diorang bagi dua bilik sebelah2 sebab hotel tak penuh. Harga masih sama dan dapat 2 bilik besar Alhamdulillah.


Siap check in dan solat, kami keluar cari makan. Dah jadi terbiasa di Turkiye ni,  breakfast memang sangat kenyang, tahan sampai pukul 4. Maka nya late lunch @ early dinner lah kami. Roti biskut ada je sebagai bekalan sampingan.


Hotel ni berdekatan dengan universiti so harga kat restoran murah compare dengan tempat sebelumnya. Sedap sangat. Dah lapar semua tak layan mummy nak amik foto makanan diorang haha. Holiday sambil enjoy Turkish food yang halal dan sedap, Alhamdulillah.


Siap makan, hari dah gelap. 


YIVLI MINARE MOSQUE 

Gambar diambil dari Republic Square. Ia dibina di titik tertinggi di Kaleiçi, digazet sebagai salah satu simbol bandar Antalya. Masjid ini adalah salah satu bangunan Islam pertama di Antalya, dibina semasa pemerintahan Sultan Seljuk, Alaeddin Kaykubad I (1220-1237), sangat artistik, banyak unsur hiasan dari zaman Seljuk.


REPUBLIC SQUARE & ATATURK MONUMENT
        
Keduanya adalah antara tanda tempat yang paling terkenal di Antalya. Dataran & monumen yang meraikan kebangkitan Atatürk berkuasa. Di bawah kepimpinannya, Republik Turki wujud, menjadikannya salah satu negara pertama di rantau ini yang mempunyai bentuk kerajaan republik.

Monumen ini dibuat dari gangsa dan dicipta pada tahun 1964. Tokoh yang dipaparkan di bahagian atas termasuk Ataturk yang menaiki kuda, bersama seorang lelaki dan perempuan mewakili belia negara. (gpsmycitydotcom)

Alhamdulillah smooth journey.

Istanbul - Ankara : 450km
Ankara - Cappadocia: 350km
Cappadocia - Konya: 280km
Konya - Antalya: 300km

No comments:

Post a Comment

Thank you for the comments. Nanti singgah lagi ya :) Take care & stay safe.