PINJAMAN YANG MENGAJAR ERTI SYUKUR


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. 
Moga sihat ceria dan dimurahkan rezeki sentiasa.

Doa buat semua, di mana-mana pun, yang terkesan dengan apa jua dugaan, moga tabah dan dipermudahkan semua urusannya.

Sempat menonton filem BISIK PADA LANGIT (Kabir Bhatia) di TV baru2 ini. Kisah kasih sayang dan pengorbanan seorang ayah buat anak perempuan nya. Filem tahun 2017 namun kesannya sepanjang masa.

Di akhir filem, kata-kata arwah Jalil Hamid yang sangat memberi kesan.

"Bukan anak tapi amanah,
 Yang dipikul di bahu,
Mengajar erti tanggungjawab,
Ujian yang mengajar erti sabar,
Pinjaman yang mengajar erti syukur."

"Kembalilah kepada kedua ibu bapamu dan buatlah keduanya tertawa sebagaimana engkau telah membuat keduanya menangis..."

Riwayat Abu Daud & Baihaqi RA

Hadis yang dikongsi sebelum berakhirnya filem..


إِنَّا ِلِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ
“Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada-Nya jualah kami kembali”.

اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ
"Ya Allah, ampunilah dia, berilah dia rahmat-Mu, sejahtera-kanlah dia, dan maafkanlah kesalahannya."

Sedih membaca pemergian arwah Jalil Hamid baru2 ini. Agak terkesan sebab sebahagian raut wajah dan perwatakan yang kelakar tapi tegas, hampir sama dengan arwah papa yang juga meminatinya. Meninggal pun sama, dalam tidur. Pernah di Mekah dulu, papa disapa oleh beberapa jemaah Malaysia untuk berfoto, mereka sangka papa adalah arwah Jalil Hamid. Papa memang suka buat kelakar, menyanyi dan mengajuk suara artis seperti P.Ramlee. Agak serupa tapi tak sama. Moga roh papa dan Jalil Hamid dicucuri Rahmat dan ditempatkan bersama mereka yang beriman. Aamiin Ya Rabbal Aalamiin.


Anak solehah ajak tonton filem MICHAEL, 2 minggu lepas. Pergi awal tak ramai orang dan tiket murah sebelum pukul 12pm. Kisah dari awal kehidupan Michael Jackson yang terbabit dalam bidang nyanyian, diurus selia ketat oleh bapanya. 


Minggu lepas, menonton LIBANG LIBU, dengan anak solehah. Tengok pagi2 murah dan tak ramai orang. Seronok filem ni, lucu mencuit hari, huru hara, banyak konflik dan plot twist nya. 

Sesungguhnya semua dikeliling kita, hanya lah PINJAMAN.

Terima Kasih singgah baca/komen diari seorang MULAN.
Take care ya. Moga sihat, ceria bahagia, murah rezeki dan senyum selalu.

Alhamdulillah atas nikmatNya.

24 comments

  1. Cie pun dah tengok libang libu tu. Lepas ni takde dah lakonan arwah jalil hamid kan. Cerita2 lama jela.

    ReplyDelete
  2. Pernah tengok filem Bisik Pada Langit tu juga. Alfatihah, saya baru tengok rancangan jalan-jalan naik motorhome (ulangan) yang pengacaranya Bell Ngasri, Salleh Yakob dan arwah Jalil Hamid. Tiba lepas tu, dengar tentang berita dia dah tak ada.

    ReplyDelete
  3. Sy pun sedih dgn pemergian Almarhum... Karakter bapak² tu sangat melekat di hati. Al Fatihah utk arwah.

    Libang Libu tu tengok teaser mcm kelakar ceritanya.

    ReplyDelete
  4. Tulisan ini sederhana tapi maknanya dalam sekali. Kadang memang dari pengalaman meminjam atau kesulitan hidup, seseorang jadi lebih memahami arti syukur dan menghargai hal-hal kecil yang sebelumnya dianggap biasa. Cara penyampaiannya juga tenang dan jujur, jadi pesannya terasa lebih kena di hati pembaca

    ReplyDelete
  5. Sesungguhnya semua dikeliling kita, hanya lah PINJAMAN.
    sampai masa semua dikembalikan pada tempatnya. sebelum dikembalikan masing-masing kena diuruskan dgn yg paling terbaik agar yg baik akan kembali kpd kita semula.

    ReplyDelete
  6. Tu lah rasa macam pernah tengok Bisik Pada Langit, filem lama kan.
    Naskah Khabir Bhatia biasanya beremosi dan sinematografinya menarik.

    ReplyDelete
  7. lamanyaaaa tak menonton tv....menarik jalan ceritanyaaaa

    ReplyDelete
  8. saya dh lama tak gi cinema...sbb sabtu ahad, my boys ada tusyen/bengkel etc so mcm tak de masa la plak...anyway semua movie yg mulan share ni saya aware cuma tak tgk full..setakat tgk trailer or scene2 tertentu jer...semuanya sedey2 laaa tu...saya pulak hati tisu so kalau boleh pilih, saya avoid tgk movie2 sedey hahahhahh

    ReplyDelete
  9. اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ agk terkejut bila dgr pemergian arwah tempoh hari...

    ReplyDelete
  10. cerita ni best
    barisan pelakon mantap
    skrip dan jln cerita mmg A+

    ReplyDelete
  11. orang2 lama bila berlakon, memang tangkap leleh betul. semoga arwah ditempatkan dalam kalangan org beriman..

    ReplyDelete
  12. Filem bisik pada langit tu sedih.. best sangat movie tu. Semoga roh arwah ditempatkan dalam kalangan org2 beriman dan beramal soleh..

    ReplyDelete
  13. Baru-baru ni di ulang tayang drama lakonan aruah. Al fatihah buat Allahyarham Jalil Hamid. Orang lama kalau berlakon memang tangkap ke jiwa.

    ReplyDelete
  14. Betul, semua di sekeliling kita hanyalah pinjaman yang dipinjamkan sementara. Tersentuh membaca perkongsian tentang arwah papa Kak Mulan dan arwah Jalil Hamid. Semoga kedua-duanya ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. Seronok tengok Kak Mulan dapat meluangkan masa tonton filem Michael dan Libang Libu dengan anak solehah. Moga terus ceria dan bahagia selalu..SA tengok drama Bisik Pada Langit tu bengkak-bengkak mata menangis

    ReplyDelete
  15. Haritu nak layan jugak Bisik Pada Langit ni tapi belum jumpa kat mana nak tengok.

    ReplyDelete
  16. Demikianlah mbak, memang segala sesuatu yang ada di dunia ini hanyalah pinjaman semata. kelak, semuanya termasuk diri kita pun akan kembali kepada sang pencipta.

    Wah, banyak pula ya film-film menarik yang rilis akhir-akhir ini.
    Film MJ tu saya belum keampean nonton sampai sekarang.

    ReplyDelete
  17. pernh tgk kt neflix bisik dari langit..sedih

    ReplyDelete
  18. Bisik pada langit tu pernah tengok, sedih takmo tengok lagi.... Saya ada beli buku tulisan arwah Jalil Hamid, suka baca bukunya best.

    ReplyDelete
  19. Betul sangat ni. Semua yang ada di sekeliling kita termasuklah nyawa kita hanyalah pinjaman semata. Samada kadang-kadang kita terlupa sebab sibuk untuk survive ke apa kan? Movie Bisik Pada Langit ni memang KSarie tak tengok lagi sebab semakin tua semakin cepat naw nangisnya. Tak kuat hati trngok cerita sedih-sedih ni

    ReplyDelete
  20. Bisik Pada Langit itu....menangis saya tonton, menyucuk hati! Sakit rasanya.

    ReplyDelete
  21. Terbaca petang tadi, jualan tiket panggung utk filem Michael Jackson ni mengatasi filem The Devil Wears Prada 2. Mesti best cerita ni.

    Al-Fatihah buat arwah ayah kak Mulan dan juga arwah Jalil Hamid. Satu kehilangan yang besar untuk industri perfileman negara kita. Membesar dengan menonton drama arwah Jalil Hamid, lakonannya bersahaja tapi berkesan bawak watak.

    ReplyDelete
  22. Rasanya pernah tengok movie ni kat TV. Anak dia uni kat London kan? Lepas tu naik motor....part paling geram bila ayah dia nak ke Australia menangis dalam hujan tak silap....tapi passport tak ada. Nak pergi Australia dan dan tu jugak. Pelakon ni pun baru je meninggal. Almarhum Jalil Hamid.

    ReplyDelete
  23. ***ehhh terlaju type...tulis london ke Australia.....yg betulnya Australia....

    ReplyDelete
  24. Libang libu itu katanya komedi ya kak... Dah lama tak nonton film lucu Malaysia. Saya suka cari di Netflix. Semoga yg ini pun masuk Netflix. Ada lagi film Tarung yg saya juga tunggu bisa masuk Netflix. .

    Film bisik pada langit itu sedih yaa? Biasanya kalau dah relate dengan orangtua bgini, saya suka nangis.

    Film MJ pun tak sempat nonton dj sini. Nanti ajalah, tunggu di Netflix hahahahah. Saya skr nih LBH suka nonton di Netflix drpd ke bioskop 🤣

    ReplyDelete