Thursday, October 23, 2025

KOMPILASI KISAH-KISAH YANG LALU


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. 
Moga sihat ceria gembira dan dimurahkan rezeki sentiasa.

Kompilasi 2-3 minggu lepas untuk rujukan nanti. Mostly sajian breakfast dan dinner.

Fish and Chips untuk dinner baru2 ni. Lupa airfry kentang, tak apa malam2 tak makan carbo, cukup protein dan sayur. 


Sayang minyak, tak deep fry tapi guna minyak sikit. Janji kena masak lah ikan tu.


MISO SOUP + egg tofu, enoki mushroom, fish cake, seaweed. Menu dinner bila malas. Miso paste halal ada di Shopee.


OKONOMIYAKI. Ini ialah TAKOYAKI versi leper. Senang tak payah nak menunggu kalau masak yang bulat2 tu. Ada je kuali takoyaki tu, biarlah jadi Gajah Putih hehe. Lama betul tak buat. Beli bonito flakes di Jepun baru2 ni. Sos Takoyaki beli yang halal di Shopee. 


MI KARI + Telur Pindang. Kawan baik mak belikan, kirim 20 biji masa dia balik Muar. 


THAI FISH CAKE. Masih ada stok ikan, Alhamdulillah sedap. Gugel je resepi Thai Fish Cake. Ni versi derhaka resepi. Apa2 yang ada.


Kacang panjang tak ada di kedai runcit so beli kacang buncis je. Ok jugak.


MINI CHOCOLATE CHEESECAKE 


MINI RASPBERRY CHEESECAKE 


Lama tak buat cheesecake. Ni resepi no bake, guna gelatin, senang. Ada cream cheese lama tersadai dalam fridge. Senang buat kecik2, boleh simpan dalam fridge. Macam biasa, bahagian cheese adalah separuh dari resepi asal. Boleh nampak layer cheese tak tinggi. Raspberry tu guna jem brand yang no sugar added tu. Lupa nama.


KIMCHI FRIED RICE + drummet Ramly


Stok homemade kimchi ada lagi.


KARI KEPALA IKAN, once 1@2 week masak, makan dengan roti prata frozen.


TAHU BEGEDIL. Tak digoreng, masuk air fryer saja. Tetap celup telur dulu. Malas lap dapur, merecik minyak hehe.


Tahu tak cukup, leperkan saja extra filling dalam kuali. Celup telur dulu.


BAKED FISH dalam kuali non stick + lemon, herbs, butter, garlic, susu, tu saja kot. Resepi campak2 je. Ikan tenggelam bawah gravy/sauce nya. 


KUETIAW KUCAI di suatu pagi yang tenang.


PIZZA INSTANT guna wrap. Ada extra filling daging cincang dah siap masak dalam freezer. Letak je apa2 yang berkenan.


CHICKEN POT PIE, tak sempat nak snap cantik2 sebab excited lama tak buat. Dah cucuk atas pastry tapi hilang lubangnya. Chicken Pot Pie ni makan macam tu je. Ada resepi lain yang pecah2 kan biskut tawar atas filling ayam tu. Puff pastry tu lagi cantik potong bulat ikut bentuk bekas nya tapi….. apakan daya, malas…


 Puff pastry lama betul kekejangan dalam freezer. Lupa check expiry date haha. Gugel je resepi. Ni pun guna bahan yang ada. Nak masak ni kan, jangan stress sangat. Kita yang makan, derhaka je resepi tu tapi tambah lah apa yang patut bagi sedap. 

Terima Kasih singgah baca/komen diari seorang Mulan. 
Take care ya, moga sihat, ceria bahagia dan senyum selalu.

26 comments:

  1. Masya-Allah, ni kompilasi berapa lama ni? Banyaknya makanan sedap-sedap! 😋 Suka tengok.
    Saya teringin nak buat kimchi. Nantilah, nak buat research dulu.

    ReplyDelete
  2. wah.. tauhu begedil tu cantik je leper.. rajin masak 👍

    ReplyDelete
  3. Ya Allah..pandai nya kak Mulan masak..dah level² restoren nie.. 😍😍

    ReplyDelete
  4. Eh ,pot pie tu makan macam mana? Kaut je lah guna sudu ye? Sebab kulit tu belah atas je kan? Linda pun pernah try guna kulit pastry tu, ala, buat yang biasa² je, balut sosej, letak jem stroberi..masuk AF, jadi..sedap..tapi, kemalasan nak buat lagi...hahaha

    ReplyDelete
  5. kita suka chicken pot pie tu..

    ReplyDelete
  6. Semuanya nampak sedap dan mewah :)

    ReplyDelete
  7. Semuanya nampak sedap, molek dan macam hidangan hotel semuanya. Geramnyaaaa sebab teringin nak makan semuanya. Tak nak buka cafe ke Mulan😅

    ReplyDelete
  8. Sedapnya ya ampun!
    Pizza instant tu macam melambai-lambai... ahaks!

    ReplyDelete
  9. Ini baru kompilasi makanan.... Nanti buat kompilasi travel pulak

    ReplyDelete
  10. Semuanya mengiurkan. Sedapnya kek tu makan sejuk2.

    ReplyDelete
  11. seronok menjamu mata tgk mcm2 makanan bila singgah kat blog mulan ni! syukur tak beria terliur sbb ni ha, baru jer mkn lontong, mr hubby bawak balik org donate mknn kat surau setiap kali malam jumaat...so tak leh tidur awal sbb baru mkn, so MZ pun bukak blog layan BW hehehh

    ReplyDelete
  12. dlm byk2 mknn tu..saya paling suka tauhu bergedil!

    ReplyDelete
  13. Kak Mulan boleh share resipi takoyaki tu tak? 😄 macam menarik. Hmm baru terfikir nak buat apa kentang kat dapur tu baca blog kak Mulan dapat la idea nak buat tauhu begedil besok, Insha Allah

    ReplyDelete
  14. sedap2 belaka makanan dlm entri ni. Pas ni buleh buka kedai makan lah ye..

    ReplyDelete
  15. Nak nangis baca entry ini... nak komen gmbr first lepas tu tgk gmbr seterusnya terus tak jadi nk komen yg pertama tu hahahah... allahu lapar nyaaaaa...

    ReplyDelete
  16. Paling menyampah tengok bila akak tayang satu2 menu n resepi... menyampah sebab buat orang terliur... Tapi kenapa malas no nak buat sedangkan siap ada resepi dh hahahha. Bila dana nk merasa masakan akak la ye

    ReplyDelete
  17. Semuanya menyelerakan.......datang tengok masakan Mulan.

    ReplyDelete

  18. MasyaAllah rajinnya…macam-macam jenis masakan terhasil. Entah bila saya nak jadi rajin gini 😄
    Mi kari tu kalau jual, harga mahal sebab guna telur pindang 😁

    ReplyDelete
  19. rajinnya kak...terliur tengok

    ReplyDelete
  20. okonomiyaki tu dah lama tak buat, memang sedap dan mudah. makanan sihat jugk sebab base dia kobis jee.
    sedap2 semua gambar makanan ni!

    ReplyDelete
  21. Alhamdulillah, nampak sedap2 semuanya

    ReplyDelete
  22. selaluuuuuu saya lapaaar kalo lihat menu2 buatan kak mulan ^o^ .... issssh bingung nak pilih, sedap semua pastiiiiii ;)

    ReplyDelete
  23. sedapnyaaaa mi kariiii
    udang pun besar2👍👍

    ReplyDelete
  24. meriah betullll kuetiaw kuchainyaaaa👍👍

    ReplyDelete
  25. Masuk sini macam masuk kedai makan international gitu.

    ReplyDelete

Thank you for visiting my blog.
Thank you for the comments.

Please email me for any inquiries :
o-mulan@hotmail.com