Wednesday, November 06, 2024

LAKSA 3 RASA, MIANG PLA PAO, MARBLE CHOCOLATE CAKE


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. 
Moga sihat ceria gembira dan dimurahkan rezeki sentiasa.

Doa buat Palestine, Lebanon dan negara2 Islam yang lain.


KHAMIS, DEEPAVALI.
Balik brisk walk, bancuh satu adunan MARBLE CHOCOLATE CAKE. Tapi buat 2 bahagian, untuk anak soleh dan kawan Shah Alam yang datang untuk majlis perkahwinan anak kawan kami.


Alhamdulillah elok jadinya, tak lekat. Suspen selalu sebelum terbalikkan kek. Resepi nanti nak gugel entri lama.


MIANG PLA PAO.
Sorry nama ni jumpa ketika gugel. Betul ke tak, entah. Lunch semalam. Ikan banyak lagi dalam freezer. Gugel2, Alhamdulillah banyak juga bahan yang ada. Telur rebus, jumpa dalam fridge. Tengok banyak lalu lalang di medsos. Teruja nak buat. 


Tak tau ikan apa, gaul garam kunyit. Masuk air fryer je, malas percik2 minyak kalau digoreng. Malas lap dapur, macam biasa :)


Sambal nya, guna apa yang ada. Kalau diorang tumbuk, kita masuk blender je. 

Lada kecil 1-2 (tak kuat pedas)
Daun sup segenggam (tiada akar daun ketumbar)
Jus 2 limau nipis 
1-2 sudu teh sos ikan
2 sudu besar gula

Rasa2 lah ikut citarasa masing2. Tambah jika perlu, apa yang kurang. Jangan letak air.  


Jumpa suhun dalam kotak pantri. Antara sebab buat MIANG PLA PAO ni. Serius sedap, first time makan. Maybe ini lah rasanya kot. Tak apa, kita yang makan dan proses semuanya kan.


LAKSA PENANG.
Throwback, buat 2-3 minggu lepas. Laksa dan isi ikan dikisar banyak lebih. Simpan dalam freezer.


LAKSA KUAH PUTIH. Breakfast pagi tadi.


Semalam jumpa semua ni dalam freezer. Spaghetti, laksa dan isi ikan kisar + air. Semua nya frozen. Lepas Subuh bawa keluar dari freezer. Boleh letak container dalam mangkuk/besen besar berisi air panas, atau defrost dengan microwave. Actually malam sebelum tidur pun elok. Laksa putih tu tak banyak. Portion untuk seorang je.


Kuah ikan putih + 1/2 bunga kantan + bawang besar dan garlic kisar + serbuk lada hitam + daun kesum + garam gula + santan. Masak dengan api sederhana sampai masak lah.  


LAKSA KUAH PUTIH


Complete set. Apa2 yang ada dalam peti, kobis, timun dan green coral lettuce (daun salad kampung).

Sambal tu, sambal belacan biasa. Lada besar 5, lada kecil 1, belacan 1 inci, jus 1 limau nipis, garam gula secukup rasa. 


LAKSA PAHANG INSTANT 
Kuah laksa putih ada extra, so buat LAKSA PAHANG dengan apa yang ada. 


Resepi ni ada banyak versi. Tadi buat ikut apa yang ada. 

1/2 bawang besar + 2 garlic dikisar, ditumis
1 sudubesar serbuk Kari Ikan +
Masak hingga pecah minyak
Masukkan ke dalam periuk berisi kuah laksa putih bersama bahan di bawah.

1/2 bunga kantan yang extra 
1 sudu kecil udang kering dikisar 
Garam gula dll jika perlu 

Tak ada daun kaduk, kurang ummphh. Asalkan ada daun kesum atau bunga kantan pun cukup atau keduanya.


Makan dengan spaghetti. Sambal Belacan dah siap, yang dimakan dengan LAKSA KUAH PUTIH. Sayur2 pun yang sama. Alhamdulillah sedap walaupun tiada lengkuas, serai, halia dll. Laksa Pahang ke, Laksa mana2 ke, banyak versi nya. Semua ikut selera masing2 kan. Ada letak ikan masin, udang segar, udang kering, macam2 lah. Saya buat ikut apa yang ada, tapi kena la cukup rasa hehe mesti nak sedap. Bahan utama perlu ada, yang lain tu, add on je. 

Alhamdulillah atas segala nikmat ALLAH.
Take care semua. Stay strong + safe + sweet.

Till later, dairi dapur seorang Mulan untuk kali ini. 

24 comments:

  1. saya teringin nak buat laksa johor,harap2 menjadi la buat weekend ni

    ReplyDelete
  2. Mesti sedap kan sis mulan kuah2 laksa tu...kecur air liur kita tau..hehehehehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah sedap ikut tekak kita hehe

      Delete
  3. Cantiknya pinggan bunga2 tu....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rezeki kami dapat pinggan mangkuk tu. Alhamdulillah

      Delete
  4. Saya laksa lover🤤🤤🤤

    ReplyDelete
  5. Hebat memasak, macam-macam jenis laksa terhasil 👏🏽

    Menarik rupa keknya, sesuai buat jualan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyaa Allah, Alhamdulillah. Nak makan kena masak sebab susah nak beli.

      Delete
  6. Terliur dengan Miang Pla Pao dan Laksa Penang tu Mulan.....

    ReplyDelete
  7. Sedap ya Miang Pla Pagi. First time makan waktu travel ke Bangkok.
    Laksa Pahang tu rasanya belum pernah jumpa. Teringin nak try makan.
    Mesti sedap kan Mulan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. First time makan, sedap Alhamdulillah lagipun memang suka ikan.
      Laksa Pahang, Laksa Johor, macam nak sama tapi tak serupa. Tak kisah pun asalkan sedap di tekak masing2. Bahan2 pun atas masing2, yang buat ni pun tak cukup bahan tapi sedap Alhamdulillah 😍😍

      Delete
  8. sedapnyaaaa laksa penang...
    kalau kuah stail gini sy sukaaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Stail simple dan malas kannnn 😄😄

      Delete
  9. sy penah buat laksa kuah putih ni
    jamu kawan2 mkn
    diorg rasa pelik
    sbb sblm tu selalu mkn laksam je😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya ada jugak tak pernah makan laksa kuah putih

      Delete
  10. Suka tengok pinggan mangkuk set akak..cantik...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe tq yq. Set viral ada beli sikit. Set kampung tu arwah tok punya.

      Delete
  11. Memang beda kalo dah expert memasak, hasil kuenya baguuus sangat kak. Tak melekat juga. Tapi loyang kue yg dipakaipun yg jenis premium, jadi tak lekat langsung 👍👍.

    Miang pla Pao ini saya pernah denger, tapi tak pernah coba. Masakan Thailand kan ya? Penasaran juga apalagi karena pakai ikan goreng. Dan ada sambal. Kalo baca bahan2 nya, nampak asam pedas segar sambalnya ini.

    Tapi saya memang tak akan masukkan akar atau daun ketumbar, tak suka rasanya 🤣


    Laksa Penang😍😍😍. Dah lama juga tak makan ini. Tapi ntah kenapa saya jadi lupa pula yg saya makan kuah putih atau kuning. Rasanya putih yg banyak dijual kan? Cuma saya tak selalu suka. Waktu itu pernah ada yg jual tp tak sesuai selera saya..pernah juga coba, dan sedaaap. Jadi tergantung seller yg buat 😄

    Laksa Pahang sama dengan laksa Johor kah? Krn pakai spaghetti saya lihat. Yg saya ingat laksa Johor pakai spaghetti kan kak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tapi tetap suspen Fanny saat mau terbalikkan loyang kek nya hehe. Alhamdulillah elok, tak lekat.
      Memang selalu nampak Miang Pla ni tapi belum pernah makan, first time buat Alhamdulillah suka rasanya.
      Laksa Penang memang sedap. Laksa Kuah Putih jarang2 ada, tapi Laksam banyak dijual di KL.
      Ya Fanny Laksa Pahang macam seakan jugak Laksa Johor tapi berbagai versi asalnya.

      Delete

Thank you for dropping by.
Thank you for the comments.
My email : o-mulan@hotmail.com