Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Moga sihat ceria gembira dan dimurahkan rezeki sentiasa.
FROM THE RIVER TO THE SEA,
PALESTINE WILL BE FREE.
Lama betul tak bersiaran, ikut hubby, jadi driver ke sana sini.
SABTU 10/8. KL GATEWAY PREMIUM RESIDENCES.
Staycation dengan kawan sekolah menengah , girls only. Hubby ada dive trip ke PULAU REDANG. So kita pun buat plan dengan kawan2. Ada kawan dari Kuantan nak join, so drive lah sekali dengan anak solehah yang masih cuti.
Kemas bersih apartment nya. Dalam RM400 untuk 7 pax. Pilih apartment yang ini sebab mall di bawah. Train station pun dekat. Parking 1 free. Yang lain boleh park di Mall. Rate tak mahal sangat untuk overnight. Lupa tanya Ms M berapa. Tak sampai 20 rasanya.
MENARA REBUNG TELEKOM.
View dari balcony.
The girls. Moga ukhuwah till Jannah. Staycation sebelum Ms A balik Bahrain. Borak malam tu sampai melepasi pukul 2am.
IKAN TERUBUK BAKAR. Sedap sangat..!!
AHAD 12pm. Check out & Ms M ajak kami ke PASAR DATO KERAMAT, makan ikan BAKAR di D LEGEND KERAMAT IKAN BAKAR.
IKAN SIAKAP/KERAPU BAKAR.
Sedap sangat tau.
Ms M order IKAN PARI BAKAR, TERUBUK BAKAR, KERABU/SENANGIN BAKAR kalau tak silap. Yang paling benar, sedap do'oh. Alhamdulillah.
Masa sekolah, ada yang lembut baik, pendiam. Saya, geng selalu kena denda hehe. Noti sikit dulu2. Pantang jumpa geng especially kat surau asrama, terkuat gelak boraknya. Tapi cikgu sayang kami, kami lagi sayang cikgu. Kalau hari Ahad lepas breakfast di dewan makan, selalu nama naik kena denda (DC), cuci toilet lah, cuci surau lah. Sambil cuci dengan geng noti, pun sambung jugak gelak borak lagi. Kenangan yang tak dapat lupa.
Ini lah kedai D'LEGEND KERAMAT IKAN BAKAR. Recommended, memang sangat sedap.
Sumber foto : dato fareast alfiya.
Drive balik Kuantan dengan anak soleh dan kawan sekolah Ms A. Hujan selebatnya sepanjang jalan dari KL ke Kuantan. Alhamdulillah smooth semuanya.
Drive slow je.
Sangat lebat.
Lama tak drive kala hujan lebat ni. Alhamdulillah selamat sampai Kuantan yang juga hujan lebat.
SELASA. Sepupu nak singgah rumah. So buat MARBLE CAKE lah, buat 3 bekas kecil. Untuk sepupu, mak dan rumah kami.
Kalau guna premium butter, memang lagi sedap dari BUTTERCUP.
MARBLE CAKE
1 cup butter, premium better
1 cup sugar, boleh kurangkan sikit
6 egg
1 suduteh vanilla
2 cups self rising flour
1/2 cup full cream milk
Pukul butter dengan gula. Masukkan telur satu persatu dan vanilla. Pukul adunan dan kaup sekali sekala. Masukkan tepung dulu, selang seli dengan susu, berakhir dengan tepung. Grease loyang kek. Alas dengan baking sheet. Bakar dengan suhu 180'C hingga masak. Amaran keras hahaha, oven kita lain2 so adjust ya. Maybe 160'C untuk oven kecil macam saya punya. Oven besar, suhu besar. Agak2 lepas 30 minit, check kek dalam oven. Cucuk kek dengan lidi, kalau lidi bersih, masak lah tu. Kalau ada melekat adunan, bakar lagi sekejap.
RABU 14/8. Ke KL lagi. Hubby ada event. Exit Bentong untuk lunch. Ada kereta TIMBALAN MENTERI di parking lot kedai.
BAUNG TEMPOYAK, AYAM BAKAR, IKAN KERISI GORENG, KICAP AIR ASAM. Alhamdulillah semua sedap.
ULAMAN.
Menu di sini banyak IKAN BAUNG rasanya. PATIN pun ada. Kedai ni banyak menyajikan ikan2 sungai.
Tengok gambar pun dah kecur air liur.
Exit BENTONG. RESTORAN CINTA RASA IKAN SUNGAI.
Kedai tepi jalan.
Sebenarnya hari ni tadi, lunch pun di kedai NOHANA IKAN BAKAR di KERTEH. Lupa snap gambar. Day trip ikut hubby meeting. Gugel lah, memang famous. Dah ada cawangan di DUNGUN.
Ikan dengan sambal dan petai tu buat terliur kita.
ReplyDeleteKan, tengok gambar pun tak tahan.
DeleteNampak sedapnyer ikan bakar
ReplyDeleteAlhamdulillah memang sedap Wak
DeleteUwaaaaaaah ikan bakar dengan Pete 😍😍😍😍😍😍. Walau banyak orang tak suka petai, tapi saya sukaaaa 😂. Apalagi kalo campur dalam sambal. Memang sedaaap apalagi aroma dia 😄. Jadi teman saat masak lemak pun sedap 🤤
ReplyDeleteBetul Fanny memang sedap sangat ada petai. Sampai sekarang teringat rasa nya. 😍😍😍
DeleteNampak menarik dan sedap gambar di blog ini :)
ReplyDeleteTerima kasih, juga singgah sini.
DeleteBestnya dapat staycation dengan kawan2. Ikan bakar pun nampak sedap tu pelbagai pilihan jenis ikan.
ReplyDeleteAlhamdulillah memang seronok staycation dgn kawan2. Ikan bakar tu memang.
Deletewaduhh mmg sedap menternak lemak sepanjang jalan., hehe
ReplyDeleteSeiring dan sejalan, lalalalaaaa haha.
DeleteBestnya dpt staycation dgn kwn2 gegurls tu...kek marble tu nmpk sgt sedapppp🤤🤤🤤
ReplyDeleteMemang best staycation borak gelak macam zaman sekolah. Alhamdulillah kek marble elok jadi nya.
Deletedari atas sampai bawah menu2 ikan tertelan2 airliur sambil baca kak...haha
ReplyDeleteAlhamdulillah especially ikan bakar tu memang sedap
DeleteKedai ikan bakar kat pasar keramat tu kalau bulan puasa laku keras..sekejap jer dah sold out.
ReplyDeleteIkan baung memang sedap..rindu pulak kat ikan baung asam podeh di Pekan Kuok kampung suami.
Ada few kedai ikan bakar di area Pasar Keramat kan, semua sedap dengarnya. Ikan baung masak apa pun semua sedap.
DeleteAmboi Kak, Kuantan -KL tu macam sebelah2 je ye hihi...
ReplyDeleteTak pernah tau pun kedai ikan bakar kat Keramat tu.. yg Sy tau dulu zaman study suka lepak dekat Air Gelas Besar je
Hehe begitu lah life kami selama ni, Alhamdulillah moga smooth sentiasa. Try la ikan bakar di Pasar Keramat tu, sedap tau.
DeleteStaycation dengan kawan-kawan tu syok. Rasa muda kembali bila jumpa kawan sekolah 😁
ReplyDeleteYa betul sangat2, nasib tak ada neighbor sebelah. Mau kena komplen, kuat gelak nya. 😂😂
DeleteCantik apartment bersih dan very need .. kalau dah RM400 tapi beramai2 okla tu.. Seronok blh staycation dgn kawan2 :D
ReplyDeleteMemang kemas bersih, harga pun berpatutan sbb kami 7 org. Limit banyak tu je. Seronok toksah cakap lah, tak ingat umur berapa. Anak2 dok talipon, kena sound lah. 😂😂
Deleteikan bakar, ikan sungai...sedapnya...nak try jg ikan bakar keramat tu..tapi kwsn tu mcm susah parking....lama tak dgr DC...hihi..dulu satu kelas kena denda kutip sampah sbb buat bising..
ReplyDeleteMemang sedap ikan bakar. Parking tu, ada orang jaga, bila kereta keluar, dia akan panggil kita masuk.
DeleteDC, hehe macam2 kisah kan.
Pernah plan ajak kawan2 staycation, kawan sekolah...eh..semua x nak kalau free dan ditaja diorang nak,..sudahnya berhuhu je la..sedapnya macam- macam ada ha..
ReplyDeleteKami share tapi kadang ada je yang sponsor. Tapi kalau spend pun untuk tidur dan makan je. Kadang kami tapau bawak sekali masa staycation tu.
DeleteYumm yumm memang sedap ikan bakar kan.
tak pernah tau ada ikan bakar kat keramat hehehe.. nnt bole try juga ni
ReplyDeleteAda banyak jugak kedai ikan bakar di Keramat tu rupanya
DeleteSepanjang baca entry kak Mulan ni, memang terliur je hehe. Dulu sebelum kawen, Encik Tunang (suami) selalu la ajak makan ikan bakar di Pasar Keramat ni. Memang sedap. Teringin nak cuba kedai makan ikan sungai tu. Macam menarik je.
ReplyDeleteBaru je tau kedai ikan bakar di Keramat ni, sedap. Try la kedai ikan sungai tu, semua sedap.
Deletedugaan tgk gmbr makanan time tgh puasa...ikan bakar keramat tu bole try nanti....sebelum ni ada kwn beli yg Mat Teh ikan bakar keramat...terliur tgk udang galah tu...sedapnya
ReplyDeleteHehe. Ya Makteh IKAN BAKAR pun famous. Udang galah tak ambik hari tu sbb geram tengok ikan.
Deleteuishhhh menggoda betul kek marble nyaaaa
ReplyDeletesy pula yg terhidu2 bau wangi sampai ke sini hahahaa
Hehe mai datang kuantan kita buatkan Insyaa Allah
Deleteperghhhh ada patin yang tak menahan tuuuuu....
ReplyDeletekecur laa pulaaa hehehe
cepatlah msk tengah hari hahaha
Patin memang sedap kan
DeleteSesekali dapat berkumpul macam ni memang seronok. Bersembang sampai tak perasan dah lewat. Ikan terubuk tu memang sedap. Lagi² dibakar. Tapi itulah banyak tulang. Saya kalau jumpa kedai ikan bakar macam ni boleh rambang mata nak pilih ikan mana satu sebab semua sedap kecuali ikan pari, keli. Sebab tak makan. hihi...Selaku pencinta ulam-ulaman, rasa macam boleh jadi gila kalau tengok banyak ulam macam ni. Tak tahu nak ambil mana satu. Daun selom, jantung pisang, tenggek burung favourite tu. Petai, jering tu buat sambal je baru boleh makan.
ReplyDeleteKek marble dengan butter memang lagi sedap. Baunya pun best betul. Rasa tak sabar nak makan.
Memang seronok kumpul kawan2 sekolah, macam2 cerita keluar. Memang jadi budak sekolah dah masa tu. Sakan boraknya. Terubuk tu ada 2 org kawan tu yg rajin belek tulang nya haha. Ikan bakar apa pun saya suka. Ulam2 semua tu memang tak reti nak pilih.
DeleteMarble Cake memang sedap, apa lagi guna butter premium. Cicah kopi pun sedap