Saturday, July 27, 2024

KLCC. HOMEMADE BURGER. UKHUWAH. WATAK KOPI. KUBIQ.


Lama tak mem-BURGER.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. 
Moga sihat ceria gembira dan dimurahkan rezeki sentiasa.

FROM THE RIVER TO THE SEA, 
PALESTINE WILL BE FREE. 


KLCC PARK.

Kalau weekend atau outstation, macam biasa lah, Cikgu PJ ajak brisk walk. Lama jugak tak ke sini.


ISNIN.
Subuh sepi'e ke KL, hubby ada meeting. Breakfast sebelum TOL KUANTAN. Alhamdulillah sampai hotel 10 lebih, bilik belum siap. Kadang dah siap, diorang bagi check in. So kami ke Level 8. Hubby ber-meeting online dulu pukul 11am. Siap meeting, naik bilik, order Kuetiaw Goreng, siap makan, dia ke office. Penat menunggu dan drive halfway, kita lepak di bilik je.


SELASA
Brisk walk lepas Subuh. Sejuk tenang, masih sunyi. Tersergam cantik TWIN TOWER. Bangga jadi RAKYAT MALAYSIA.


Siap brisk walk, kami ke cafe untuk sarapan pagi. Banyak ni je boleh makan. Alhamdulillah. Sepatutnya kena balik Kuantan terus lepas sarapan, tapi ada another meeting hubby kena attend. 


Katanya, pukul 12 check out tau, drive & tunggu di KLCC. Hhmm malas tapi lama jugak tak masuk KLCC. Plan nak check out awal & window shopping tapi malas jugak. So pukul 12 lah check out nya.


SUMMER HOLDAY kan, ramai pelancung asing di KLCC.


Tempat biasa menunggu hubby. Antaranya Guardian.


Tepi sini & Maybank.


Pukul 12 lebih terus drive balik Kuantan. Pukul 3pm, hubby ada lagi meeting online, di rumah je lah. Alhamdulillah selamat sampai sebelum pukul 3pm.


KHAMIS : WATAK KOPI IM7

Lama tak mengopi dengan kawan2 Kuantan. Sorang tak sihat, disuruh kami proceed. Berdua je lah.

NASI LEMAK nya memang sedap kata CikPah. Perut ni agak kenyang so order ROTI BAKAR je.




3 Foto di atas : Instagram Watak Kopi IM7


JUMAAT 

Anak soleh balik rumah. Teringat ada daging korban cincang dalam freezer. Suka lah dia, masak burger favorite. Dia yang marinate dan masak burger patty tu. Sedap. Alhamdulillah dia rajin jugak di dapur. Chocolate chip cookies, dia yang rajin buat dari mummy dan anak solehah hehe.


Anak soleh punya, 2 burger, kecik je. Pukul 11 order barang dapur online, order bun sekali. Tak sempat nak buat. Bun nya kecil dari biasa. So 2 lah untuk dia.


Cheese slice tak cukup. Alhamdulillah ada mozzarella cheese dalam freezer. So ini Mummy punya.


Yummehhh Alhamdulillah.


Burger ni buat sendiri makan dengan anak2 baru best. Kalau buat untuk berdua, tak seronok.


KUBIQ, JALAN TELUK SISEK
Siap makan kemas dapur pukul 3.30pm, kawan satu group Haji call kata ada kawan dari DUNGUN nak sampai KUANTAN. Ajak jumpa. Yesss..!! Dia suggest jumpa di sini.


Lalu depan KUBIQ ni dah banyak kali. Tapi tak ada plan nak masuk. Alhamdulillah sampai akhirnya. KUBIQ ni, kitchen cabinet company jugak.


Wah air nya LOVE LOVE semua. Order TRUE LOVE. Memang sedap.


Sebab masing2 agak kenyang so order makanan tak berat.


Kek, curly fries & croffle. Semua sedap. Air minuman pun, semua sedap.


Kami. Group Haji lepas COVID. Macam2 kisah kami. Ada yang sampai Mekah terus kena kuarantin sebab COVID. Macam2 batasan ketika tu. Bilik hotel tak beberapa siap sebab 2 tahun Mekah Madinah. Ada yang terkena gangguan halus, termasuk saya, sikit je. Semua tu kenangan manis buat kami. Masak rewang sama2, untuk farewell dinner. 

44 comments:

  1. perghhhh dasat punya burger terbaiklah👍👍👍👍👍👍👍

    ReplyDelete
  2. kalau g klcc ni kan tmpt yg selalu sy tuju kedai pastry, kinokuniya dan kaunter perfume dlm isetan🤣🤣

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau dengan anak2 wajib masuk Kinokuniya. 😂😂

      Delete
  3. tempat burger favorit saya sudah tutup permanen
    sekarang yang masih cukup ok itu Mcd saja di tempat saya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cuba buat sendiri mesti lagi sedap.

      Delete
  4. Nampak sedap burger homemade tu. Letak mozzarella cheese lagi mengancam hasilnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah try lah, senang sebenarnya tapi tu lah mood tu asyik lari2 je. Bila dengan anak Alhamdulillah rajin sikit.

      Delete
  5. Akak, burger tu boleh jual la! Dia punya cheese tu melimpah, sedapnya ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alaa letak mozzarella cheese atas patty dalam frying pan, pastu tutup je pan tu kejap, meleleh lah dia.

      Delete
  6. Burger kalau tebal cam ni komfom kenyang sampai malam!

    ReplyDelete
  7. Burger home made tu sgt menggiurkan🤤

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah sedap, anak soleh ni buatkan 😍

      Delete
  8. Dah lama bebeno tak ke KLCC. burger tu sedappp. full occupied ye.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang lama jugak tak masuk KLCC, syok tengok orang ramai. Alhamdulillah sedap burger anak soleh ni buat.

      Delete
  9. Sebenarnya hari ni pun kita nak buat burger jugak.

    ReplyDelete
  10. Menggoda sungguh burger buatan sendiri tulah.

    Serupa saya, dari muda sampai ke tua kerja tunggu suami buat kerja. Melepak di mana-mana 😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. Buat lah, senang je sebenarnya. Sama lah kita ya jadi penunggu setia, kadang tu tunggu dan tidur dalam kereta.

      Delete
  11. Baca nama kubiq, saya pikir company yg sering mengadakan pelatihan training utk banyak company lain. Kubiq di Indonesia seperti itu soalnya 🤭. Ternyata beda perusahaan kubiq nya 😁

    Sedapnya burger tuh kaaak. Apalagi kalo banyak pakai mozzarella kan, lagi sedaaap memang 😄😍😍.

    Saya tuh kdg suka terbalik antara kuantan dan Kelantan , mirip2 🤣. Jangan sampai nanti saat pesan tiket bus, nak ke Kelantan, terpesan pula kuantan 🤭

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebenarnya KUBIQ ni companya kitchen cabinet dan wardrobe. Diluaskan business dengan cafe.

      Alhamdulillah sedap burger anak soleh ni buat. 😍😍 Ya Fanny kena betul2 tengok nama tempat, Kuantan dan Kelantan memang lain.

      Delete
  12. Hectic juga kan meeting fizikal dan meeting online on the same day. Kitaorang pernah meeting online dalam kereta kat R & R jer sbb malas nak berdesup di highway. Sebab kita orang bawak kereta santai2 sambil karaoke dalam kereta..hehehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sejak PKP dengan meeting online ni, waktu kerja macam tak kira bila hehe, malam pun ada meeting online. Dulu mana ada hehe. Kalau hari masih awal, memang stop mana2 untuk meeting online tapi kalau meeting petang, kena sampai rumah dulu takut terlanjur lewat petang.

      Delete
  13. Terliur SA tengok burger homemade tu..sedapnyaaa...nak buat sendiri SA sorang je makan...kalau ada ramai2 sedap skit buat...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul SA kalau sorang2 makan memang tak berbaloi buat.

      Delete
  14. Nikmat sekali tentunya ini. Saya jadi kepengin untuk mencobanya. Salam dari Jogja ya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah dan terima kasih singgah di blog saya.

      Delete
  15. wah bole masuk list KUBIQ & watak kopi bila next time sampai kuantan lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Roger2 sampai Kuantan ya hehe

      Delete
  16. Siapa jer tak bangga dgn twins tower petronas.. pengalaman travel di serata dunia.. mmg org akan sebut twin tower petronas lepas kita kata from Malaysia.. Burger tu sgt sgt lah meriah hahaha... watak kopi tu wajib try kalau ke Kuantan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan, memang bangga dengan Twin Tower ni. Alhamdulillah burger anak soleh ni sedap. Nasi Lemak Watak Kopi sedap katanya tapi belum try.

      Delete
  17. sedap nampaknya burger keju meleleh tu. terliur sy melihatnya...

    ReplyDelete
  18. Fuh sedapnya burger2 dalam post ni, lapar dah saya pagi2

    ReplyDelete
  19. Pandai anak soleh masak.. Homemade burger dah mcm kat kedai..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah senang je sebenarnya tapi maknya tunggu anak2 balik buat hehe.

      Delete
  20. Nampak sahaja makanan terus rasa lapar haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa kan saya semua dah habis. Thanks singgah sini ya.

      Delete
  21. Puas hati dapat makan burger air tangan sendiri. Makan ramai-ramai memang best!
    Alhamdulillah, semua pilihan makanan walaupun jenis ringan tetap nampak menyelerakan. Minumannya pun cukup menggoda.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah anak soleh ni pandai buat burger patty. Memang seronok makan dengan anak2.
      Memang sedap di KUBIQ tu, minuman dia memang banyak pilihan, semua pun sedap.

      Delete
  22. Cantik suasana sekitar KLCC. Teringin nak jalan-jalan sini tapi itulah malas nak hadap jem. Lagi-lagi on weekend. Tempting tengok kopi dan pemanis-pemanis mulut tu. Semua nampak sedap. Saiz roti burger sekarang dah mengecil. Burger tambah cheese buat tambah extra sedap gitu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Brisk walk lepas Subuh memang best di KLCC Park. Weekend memang jem. Kopi dgn dessert memang perfect combo kan. Elok pun saiz roti burger kecil, hehe portion tak besar sangat.

      Delete

Thank you for dropping by.
Thank you for the comments.
Please email me for any inquiries.
>> o-mulan@hotmail.com <<