Tuesday, January 02, 2024

JJCM & JEJAK KASIH HO CHI MINH CITY & BARIA, VUNG TAU

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. 

SELAMAT TAHUN BARU 2024. 

Semoga sentiasa sihat, diluaskan rezeki, dilindungi & dirahmati Allah. 

DOA TERUS MENERUS BUAT SAUDARA2 DI PALESTINE

Alhamdulillah dah kebah Covid. Demam sakit badan tak boleh bangun, start hari Selasa petang saja. Rabu dah kebah demam. Selsema dan batuk sikit je. Tak perasan tekak perit sikit. Patut lambat baik. Ke klinik, betul jangkaan,  nak kena antibiotics jugak. 


Lama betul tak naik MAS. Alhamdulillah kali ni, sebab harga berpatutan serta masa yang sesuai buat kami. Best, bangga sangat. Tapi tu lah, kami bila travel, bajet memang priority. Nak naik MAS, aduuuhhh, bezanya banyak sangat. 


Sedap murtabak dengan kari ayam ni. 


Wahhh siap ada entertainment dah dalam flight tak sampai 2 jam ni. Tak tau bila ada. Hingga 2007 dulu2 memang tak ada. Dapat lah tengok MEG 2.


Wahh cantik dari atas ni.


HOTEL SAZI. 4 pax. 1 bilik. Ada balcony. 
Dari Airport amik GRAB. Hubby memang tau ada Grab rupanya tapi dia tak sebut pun  masa kami pergi sebelum ni sebab gegirls semua. Blogger Faizal pun mention guna Grab. Previous trip guna hotel transfer sebab ada discount booking dot com.


Bilik air cantik. Tapi tersumbat je lantai. Hotel ni kecik. Lobby sebelum ni besar sikit. Baru ni dah jadi kecik sebab bahagian depan dijadikan ruang untuk urut kaki. Lif kecik. Walaupun ada lif, banyak bilik kena naik tangga sikit sebab style split level gitu. Beg kami tak besar sangat so boleh la angkat. Lagipun ada dua hero Malaya kan.


Siap check in dan solat, kami keluar untuk lunch. Nampak USTAZ RAHMAN. Ustaz yang ajar anak2 Malaysia & Muslim mengaji dulu2. Tak berubah rupa ustaz cuma beruban je sikit.


Lepas lunch masuk BEN THANH MARKET. Rindu JUS RAU MA (pegaga). 1997, mula jejak kaki di Ho Chi Minh City, kami belum ada anak. Akak2 di sana selalu pesan, "Awak tak ada anak lagi, jangan minum lah." Rupanya pegaga ni untuk jarakkan anak, diorang kata.


CHE SAM BO LUONG (laicikang sana) memang sedap.


Antara kedai souvenir.


Selesai cuci2 mata di BEN THANH, kami ke SAIGON SQUARE. Jalan2 cuci mata dulu. Anak2 pun terkejut tengok dah ada TAKASHIMAYA.


Dinner makan BANH MI (sandwich macam SUBWAY tu)


DAY 2. Kalau dengan hubby, pagi2 lepas Subuh, kena lah walk2 nya. 


Kereta belum banyak. Cantik langit.


CHO BEN THANH.


Rupanya ada konsert di sepanjang jalan NGUYEN DU. Wahhh dah moden semua.


Office hubby lama. Banyak kali pindah office, ikut bajet kecik besar.


Mengejar sunrise.


Wahhh dah berubah.


Subhanallah cantiknya.




Dulu2 memang tak ada bangunan tinggi seberang sungai ni.


Sungguh tak macam HCMC dulu kala. Dahsyat pembangunan dia, memang kalau Malaysia. Pesat betul. Tapi tu lah trip few years back, memang tak lalu sini pun. 2017 je, dah naik sikit area JAMBATAN baru tu. 


Fuuhh kalau la zaman dulu dah macam ni kan best hehe.


Dulu2 tepi sungai ni memang tak ada apa. Macam tepi sungai biasa ada pagar tu je. Now dah ada taman dan ruang berjalan, beriadah. Cantik.


Mungkin sungai ditambak sikit untuk dibuat ruang pejalan kaki ni. Sebab jalan memang sama besar dulu rasanya.


Dah ada sightseeing boat.


Dulu tak ada jambatan. Perjalanan memang jauh sebab kena buat pusingan hanya untuk lalu 1 atau 2 jambatan yang ada. Sekarang dah banyak. Cepat betul siap jambatan semua ni. 


Trần Hưng Đạo, nama sebenarnya Trần Quốc Tuấn, juga dikenali sebagai Grand Prince Hưng Đạo, ialah seorang putera diraja Vietnam, negarawan dan komander tentera pasukan tentera Đại Việt semasa dinasti Trần. Selepas kematiannya, dia dianggap sebagai orang suci dan dituhankan oleh orang ramai dan dinamakan Đức Thánh Trần atau Cửu Thiên Vũ Đế. (Wikipedia.)


MELING POINT. Tempat tunggu shuttle balik rumah di Phu My Hung. Rumah terakhir kami jauh dari bandar. Nak rumah murah & besar sikit, jauh la sikit.


Breakfast. CA PHE SUA DA. Kopi susu ais.


BANH MI AYAM.


Unik.


Day 2 ni, daddy nya dah kena kidnap dengan ke kawan Vietnam. Nak ke BARIA, VUNG TAU. Visit plant lama, jumpa kawan2 lama. Jalan bertiga je la kami. Excited datang dengan anak2 sampai lupa nak snap foto time menyoping. Enjoy tengok diorang dua beradik discuss macam2 kisah lama. Vietnam memang tempat shopping kami. 2 jam je keluar.


Lunch. Anak solehah & mak nya order BANH MI.


Anak soleh makan PHO.


Balik dari shopping siang tu, kami balik bilik. Lepak sampai lepas Maghrib. Haha malas keluar. Tunggu hubby. Rupanya belum pun gerak dari VUNG TAU. Amboiii jalan sakan haha. So kami turun terus cari makan untuk dinner. BANH MI lagi. 


View malam di NGUYEN AN NINH street.


View dari balcony.


Seronok tengok sebab dulu2 MUSLIM CHAM memang susah dari segi ekonomi. Tapi kini dah boleh berniaga dan makin kaya.


Day 3. Lepas Subuh. 


JJCM.



MASJID DI TRAN HUNG DAO. 


Mencari kedai makan halal.


Alhamdulillah ada.


BO KHO. Favorite kami anak beranak. Sup daging masam manis. Makan dengan mee atau cicah roti baguette. Tetap set nya datang dengan sebakul sayur macam2 jenis.


Siapa tahu daun apa ni. Ada di Malaysia tak. 



On the way balik, jumpa kedai kecik ni.


Jalan2 tengok POST OFFICE lama.


Nak singgah beli SRIRACHA tapi tutup la pulak.


Pemandangan yang biasa.


Kalau masuk pasar, memang banyak jual ni.


Ni antara barang dagangan. Kiriman adik2. Kami pun sama borong.


Branded t-shirt, seluar, baju, bag, winter/rain jackets, macam2 lah. Harga memang murah. Sila bargain betul2. Dah bargain, kena la beli. Surprisingly, hubby pun menyoping banyak. Dia kata tak nak beli. Haha biarkan sebab dia tau cari barang berkualiti.


Tempat melepaskan penat dan dahaga.


Lepas lunch, MAKCIK PHATIMA & ZAITUN datang. Makcik rindu sangat anak2 soleh solehah berdua. Jaga sejak 2001 hingga 2007. En. Adam, kawan hubby. Muslim Cham Vietnam belajar di UIA dulu. Datang jugak nak hantar kan ke airport. Nak bawak jalan2 area rumah lama sebelum ke airport. 


2009 & 2023.


Kena zoom baru nampak. INDOCHINA JUNK DINNER CRUISE. Rasanya betul yang tu. 


Saigon South International School. Ramai jugak anak2 Malaysia bersekolah di sini. American syllabus. 


Dulu2 kalau cycle bawak anak2, jalan ni lah laluan kami. 


Makin mudah dan cepat perjalanan dengan jambatan baru ni. 


Makin banyak apartment tinggi2 di HCMC. Dulu2 paling tinggi, 20 tingkat je rasanya.


Bye bye HCMC. See you next trip Insya Allah.


Memang pesat membangun nya. 


Nak tengok movie tapi mata mengantuk. Nak makan pun mengantuk. MAS memang terbaik. 


Share foto hubby dengan kawan2 sekerja Vietnam sejak 1997, hingga 2007. 


Semua nya memang baik2 sangat. 


Plant dah tukar nama, tukar owner. 

Alhamdulillah smooth trip. 

32 comments:

  1. cantiknya gambar sunset tu kak, tgk gambar makanan semua sedap2.... bestnya kak jjcm

    ReplyDelete
    Replies
    1. Subhanallah memang cantik kan sunrise tu. Alhamdulillah dpt jjcm kali ni sekeluarga balik Ho Chi Minh City hehe

      Delete
  2. bestnya holiday!!! rindu plak nak naik MAS hahah ari tu i naik MAS masa awal tahun 2023

    ReplyDelete
    Replies
    1. Trip balik kampung lama haha. Alhamdulillah. Tu la mmg rindu naik MAS ni.

      Delete
  3. Salam, daun tu ada kat Malaysia , Daun ketumbar boleh letak dalam tomyam. Dulu ada tanam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Adik ipar pun ada tanam, kata dia juga orang letak dalam tomyam. Daun ketumbar rupanya.

      Delete
  4. Kiranya ni short trip jejak kasih je la ye kak. Bestnya, dah macam balik kampung pulak kan 😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul jejak kasih. Hubby dgn kawan2 vietnam last jumpa 2008. Ada yang sama2 kerja seawal 1998.

      Delete
  5. cantik gambar sunrise..ok la skyline ada 2 3 bangunan..kalau takde lagi cantik kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Subhanallah. Memamg cantik sunrisenya

      Delete
  6. Bestnya....itu daun ketumbar, baunya memang kuat sikit dpd daun ketumbar yang kecil2 tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baru tau tu daun ketumbar, bau memang kuat tapi sedap

      Delete
  7. jadi rindu nak ke sana la mulan ni. barakallahhh. cantik amat cahaya matahari tu. akak suka dgn segala drinks tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pergi la Kak Yan flight banyak sekarang. Memang jus2 kat sana la yang kami rindu jugak

      Delete
  8. gmbr2 sunset yg ohsem., wahh bestla ada grab xtakut kene scam dgn dorg., hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sunrise tu Wak sebab belah timur. Memang ohsem sangat Subhanallah. Ya sekarang dah ada grab tak la kena scam dah In syaa Allah

      Delete
  9. Cantik2 semuanya scenery yang dikongsi...thanks tau for sharing..salam singgah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah memang cantik. Terima kasih singgah sini ya M3A

      Delete
  10. Service MAS makin kedepan ye. Baguslah begitu. Pernah naik sekali je MAS beberapa tahun yang lalu. Tak dinafikan memang harga tiketnya mahal. huhu...
    Masha Allah cantiknya permandangan sunset dan view yang lain. Seronok ye dapat explore banyak tempat dan merasai pelbagai menu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah moga MAS terus cemerlang. Kalau harga berpatutan mesti pilih MAS kan. Sunrise tu Subhanallah memang cantik. Alhamdulillah memang seronok dapat kembali lagi ke Ho Chi Minh City sekeluarga

      Delete
  11. melepas rindu dgn banh mi...dah semakin cantik HCMC...rasa nak pi lagi...kat oversea pun kena brisk walk pagi2..hihi..tapi ok, tak ramai org & boleh tengok sunrise...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang rindu banh mi sana macam2 ada. Betul HCMC makin cantik. Haha brisk walk tu memang la kena paksa, pergi la cuti sana nanti

      Delete
  12. oooo balik kampung rupanya yaaa...
    tak dinafikan makanan2 vietnam semuanya sedapppppp
    fav sy semestinya mi daging
    kalau rindu sgt nak makan sy terjah secret recipe je... hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe kali ni balik sekeluarga. Betul makanan sana sedap2 walau tak sebanyak Thailand. Pho bo atau mi sup daging tu memang favorite kami jugak.

      Delete
  13. SA nak pi lagi la Vietnam...harap2 dapat la pergi ngan hubby nanti...seronok bila banyak perubahan..hotel biasa kami stay area pasar malam Ben Thant tu...eh camtu eh eja.hahahaha....kali ni nak pi jenjalan je xde nk shopping2..and nak makan Pho...hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pergi la ajak hubby. Makan sedap, shopping pun tak mahal mana, hotel pun murah area lorong pasar malam tu hehe.

      Delete
  14. Tu daun ketumbar jawa. Daunnya panjang-panjang. Kalau daun ketumbar biasa daunnya macam daun sup tapi warnanya muda sedikit. Oleh sebab ketumbar jawa jarang dijual, kami tanam sendiri. Kalau buat sambal kicap, suami suka tambah daun ketumbar jawa di dalamnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masa mak datang HCMC jengok kami, mak kata kat kampung ada tumbuh liar tapi orang kurang makan sebab bau kuat. Ada yg kata orang Thailand letak dalam tomyam. Tapi sedap rasa daun tu. Baru2 ni adik ipar ada tanam, dapat lah satu pasu hehe.

      Delete
  15. Dah terlalu lama dari terakhir saya ke HCMC , 2010. Dulu pun rasanya tak seperti di foto2 skr. Susah cari makan halal. Tapi skr dah banyak yaaa.

    Teringin sebenarnya balik kesana, trus lanjut ke sapa juga. Tapi tu laah, belum ada plan 😄.

    Yg saya suka dari hcmc itu makanannya sih. Cocok di lidah 😍

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekarang sudah jauh berbeza dari dulu. Ya makanan halal senang sekarang. Sedap semuanya cuma kurang pilihan kalau dibanding dengan Indonesia dan Thailand. Bila senang Fanny boleh ke sana lagi.

      Delete
  16. cantiknya sunset... nampak sedap air pegaga dgn laichikang tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang cantik sunrise tu Subhanallah. Air pegaga dgn laicikang tu memang sedap

      Delete

Thank you for the comments. Nanti singgah lagi ya :) Take care & stay safe.