Tuesday, December 12, 2023

WEDDING2 DI KL/SELANGOR. MUFFLER GIVEAWAY. GATHERING KERTEH CLAN. DR SAHOL HAMID.

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Moga sihat ceria gembira bahagia sentiasa.

×××××××××××××××××××××××××××××××××××××

F.R.O.M.  T.H.E.  R.I.V.E.R.  T.O.  T.H.E.  S.E.A. 

P.A.L.E.S.T.I.N.E.  W.I.L.L.  B.E.  F.R.E.E.

××××××××××××××××××××××××××××××××××××


Alhamdulillah 8.14am tadi, Selasa 12/12, sampai Kuantan. Semalam hubby meeting sampai petang. Dia tau saya akan mengamuk kalau balik jugak. Umur macam2 ni, biarlah tenang-tenang je kan, so bangun awal2 pagi, lepas Subuh terus check out. Sampai rumah, letak bag, hubby tukar baju kerja dan terus jalan. Ma'am ni pun sama, basuh baju, unpacking, fuhhhh kena jugak vacuum rumah. Lama tangguh. Pray for me. 

Kemas rumah last week, jumpa muffler PALESTINE tebal dari wool ni. Hadiah GIVEAWAY dari Blogger Kak Halimaton, owner BLOG MOHKEMBARA dulu. Baca blog dia tak? Bertahun2 dah dapat. Yang hari tu, yang nipis, hubby dapat souvenir. Kita letak dalam kereta sambil doa sepanjang masa buat saudara2 di sana.


Sabtu pagi baru ni, ke KL. Banyak acara weekend baru ni. Jemputan wedding anak kawan sepengajian ITM di G2G GARDEN HALL, MAEPS. Cantiknya kawasan tu. Dinding dalam dewan pulak beralaskan susunan kayu. Di luar pun luas, banyak kerusi meja untuk lepak. Lupa nak snap banyak2 foto. Thanks for having us Raux & Prof.


Terjumpa juga junior sekolah menengah SEMSAS. Satu dorm, kami antara empunya tekak yang kuat gelak dan borak dulu haha. Selalu kena sound dengan pengawas. Denda, dah biasa. Haha. Sama2 juga mengerjakan Haji tahun lepas Alhamdulillah. Sempat mengopi di Clock Tower. 


Kemudian ke BORA OMBAK PUTRAJAYA. Wedding anak kawan baik ahli group minyak membawang cap kapak sewaktu di Kerteh dulu. Sama2 susah senang bila jauh dari keluarga. Sakit pening, emergency, kereta rosak, dll, especially bila suami2 outstation, kami sama2 standby. Tak kira waktu, sahabat syurga yang sangat kami harapkan. Kerteh bandar cowboy. Banyak memori.


Ada yang berbulan2 tak jumpa.


Tak cukup korum, ada yang tak dapat datang. Tinggal 2-3 je lagi di Kerteh. Ramai dah pindah, follow suami pindah tempat kerja atau pun pencen. Moga ukhuwah kekal selamanya. 


Ahad pagi lepas Subuh kena kerah macam biasa so kita jalan kaki ke Resto Tapah la kedai mamak, makan tosei untuk breakfast. 5000 steps cukup lah. Then lunch kami ke IOI Mall Putrajaya, nak cari barang langsung ke kedai Indon, makan nasi goreng & favorite TAHU TELUR. Tak sama yang lama tapi rasa masih agak sama, ok lah. Dipotong kiub2 tahu tu. Takpe lah sedap jugak. Bagi sos kicap pekat manis je, kami minta tambah sos belado. Memang itu combo sos nya baru sedap. Kemudian visit anak solehah yang kena covid. Borak kejap je sebab tak boleh dekat kan. Terus kami ke PNB PERDANA Hotel. Hubby ada meeting Isnin tu, berdekatan je.


Pagi Isnin, lepas Subuh dikerah lagi berjalan kaki. Lawa kan reflection dalam air. Edited. 


Suka sangat view pagi2.


Dari angle lain, Subhanallah memang cantik.


Sharing. Suka baca tulisan dan nukilan Dr. Sahol Hamid.

KEBAHAGIAAN DAN KESIHATAN ANDA

FACEBOOK: DR. SAHOL HAMID ABU BAKAR 

 1. Semakin kita berusia, kita semakin cenderung untuk menjalani kehidupan yang tenang dan sederhana. Kita jadi malas melibatkan diri dengan masalah dan isu-isu remeh. Lebih tenang memberikan tumpuan kepada keluarga serta menikmati hal-hal yang kecil. 

 2. Hidup ini amat berharga dan mungkin hidup kita cuma tersisa beberapa tahun lagi, atau lebih singkat. Oleh itu, nikmatilah kehidupan yang masih ada. Bangun setiap pagi dengan merasa bersyukur dan bahagia. Bangun setiap pagi, pergi dan balik kerja dengan perasaan happy. Sama juga sebelum tidur. Jangan biarkan sesiapa pun merosakan “Happiness” anda. “You deserve to be happy”.

 3. Isilah setiap waktu dengan perkara-perkara yang membahagiakan anda agar anda tidak merasa kesunyian. Tekanan di rumah, tempat kerja dan kesunyian hanya akan merosakkan kesihatan mental dan fizikal anda.

 4. Jika anda sudah berumah tangga, cuba jauhi pertengkaran dengan pasangan dan anak-anak anda. Lindungi keadaan mental anda dan jangan biarkan kemarahan menguasai anda. Anda tidak layak mengalami kemurungan dan tekanan mental. 

 5. Mulakan setiap hari dengan rasa gembira. Anda mampu mengubah kualiti kehidupan anda.

 6. Cari dan kejarlah kebahagiaan anda kerana belum terlambat untuk mencapai apa jua impian anda. “Find your Happiness.“

 7. Jangan takut untuk menggunakan wang simpanan anda untuk melancong, beli barangan dan pakaian yang anda ingini. Namun menjaga kesihatan juga adalah penting kerana kesihatan yang baik juga punca kebahagiaan. 

8. Yang muda masih ada banyak masa, terimalah nasihat saya ini dan simpan utk masa depan. Yang penting BUKAN berapa gaji sebulan tetapi berapa banyak simpanan sebulan. Belajar hidup sederhana. Jauhkan dari menjadi RIAK.

9. Berjumpa pakar perubatan dan lakukan medical test. Terimalah nasihat doktor untuk membaiki kesihatan anda. 

10. Jangan risau tentang wang untuk simpanan anak-anak anda andainya anda telah memberikan mereka pendidikan dan kestabilan kewangan (education and financial security) yang mencukupi.

11. Yang penting sekarang adalah kebahagian dan kesihatan anda. Jangan tunggu sebelum terlewat. 

Take care and stay safe you all.

30 comments:

  1. nice sharing kak no.1-11 ada je yang kena dengan diri sndr ni,deep.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang best baca, memang deep tulisan Dr Sahol.

      Delete
  2. hujung tahun...means bersiap sedia utk hadiri majlis kahwin je laa kannn

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, almost tiap weekend ada jemputan, seronok dapat pergi.

      Delete
  3. Unik persembahan tauhu telur tu.

    Terima kasih perkongsian Dr Sahol 👍🏽

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama2. Yang asal lain sikit rupa nya, bentuk sama hehe tapi takpe lah janji sedap Alhamdulillah.

      Delete
  4. Eh, aktif lagi ke blog mohkembara? Masih kontek dengan penulis?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah tak aktif ber-blog, IG pun tak update. Ada wsap tapi tak berjawab, takut dah tukar no hp. Nak try contact lagi lah.

      Delete
  5. lama hilang link blog kak mohkembara. mujur jumpa kat sini

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rindu kan nak baca blog Kak Halimaton & cerita Turkiye.

      Delete
  6. Eh..pergi IOI Mall yea..sepelaung jer dari rumah sewa and ofis kita..hehehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ohh ya ke. In syaa Allah mana tau ketemu nanti

      Delete
  7. Penuh dengan aktiviti 👍

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la kalau keluar kawasan mmg mcm2 hal nya.

      Delete
  8. days well spent gitu ;) make the hay while the sun shines ;) moga yg baik2 ajer utk kita semua..aamiin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah & Insya Allah. Semua dgn izin Nya

      Delete
  9. Cantik gambar sekitar KLCC tu tapi pokok krismas tertinggi tu tak perlulah dibangga2kan sangat huhu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Astaghfirullah. Ehh tak bangga langsung pun. Tulis je. Saya suka tgk reflect di air tu lagi.

      Delete
  10. blog Mohkembara...suka baca kisah kampung di Turkiye...seronok jumpa kawan2 lama..tahu telur tu menarik! sambal pencicah mesti kena pedas2 sikit, baru ngam..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rindu kan baca blog MOHKEMBARA. All mmg seronok jumpa kawan2. Tahu telur mmg favorite kami sedap makan dgn sambal belacan

      Delete
  11. Seronok dapat jumpa kawan-kawan lama. Tentu banyak kenangan yang tercipta.
    Moga ukhuwah terus berpanjangan. Tahu telur tu sedap. Saya suka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiin. Memang banyak memori sama2. Tahu telur memang sedap kan.

      Delete
  12. Wah best nasihat yang bawah tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Suka baca tulisan Dr Sahol, best kan

      Delete
  13. Alhamdulillah penuh aktiviti weekend ke sana sini baru la hidup pun berseri tak kematu nak buat apa.. :D
    Cantik dewan tu dengan design kayu-kayu. Tahu Telur tu huhuhu mcm mana nak makan? boleh habis ke hahahaha..
    reflection air waktu pagi tu cantik sangat2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah memang seronok pergi wedding dapat jumpa ramai kawan2, tengok dewan lawa2. Tahu telur tu ada sos nya. Kena share memang besar.

      Delete
  14. bestnya pegi kenduri. selamat perantin baru buat mempelai

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seronok pergi kenduri kawin kan hehe

      Delete
  15. Tahu telur nya lucu amaaat dibuat kayak cake meninggi 😄👍👍. Baru lihat saya macam begini. Biasa kan melebar saja. Ini pun menu yg selalu saya buat kalo dah bingung nak makan apa kak 🤣. Paking mudah dibuat, dan tak mungkin failed 😄👍

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh biasa tahu telur ni melebar ya Fanny. Tapi memang sedap sangat kan. Favorite kami.

      5:21 PM

      Delete

Thank you for the comments. Nanti singgah lagi ya :) Take care & stay safe.