Monday, November 06, 2023

HIKMAH HUJAN LEBAT. MACAM2 DI KUANTAN RUPANYA. JERING REBUS.

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Moga sihat ceria gembira bahagia sentiasa. 

 🇵🇸 DOA BERTERUSAN BUAT PALESTINE 🇵🇸 


Ahad pagi semalam, lepas Subuh hujan manja2. Nak brisk walk di TAMAN GELORA. On the way, hujan lebat. Camna ni. Ingat nak jalan2 keliling Stadium sebab teduh. Tapi tukar plan, kami decide makan dulu la. Lapar pulak. Awal2 pagi banyak kedai belum buka. So drive ke KUANTAN PICKERS. Memang tau buka seawal 7am. Sampai pun hujan tengah lebat. Macam nak start monsoon dah. 


Alhamdulillah dah banyak makanan.


Belum ramai kalau datang awal pagi. Lot utama. Tempat ambil makanan dan cashier. 


Lot sebelahnya. Ada 2 pintu kedai ni. Bersebelahan. Lapar punya pasal, lupa snap foto. Hujan kan, perut keroncong dia lain. Laju dari selalu. Haha. NASI DAGANG, NASI LEMAK KERANG & POPIA BASAH memang sedap. Alhamdulillah.


Kenyang perut suka hati. Alhamdulillah. Maka kami pun teruskan misi. Brisk walk di bangunan2 kedai aje lah. 




Lalu KULA CAKES. Memang belum buka. Kami pun belum pernah ke sini. Pernah makan ditapau adik, sedap kek nya.


Intai celah pagar je.


Lalu juga MENARA 188. Lokasi JALAN BESAR. 
Sampai blok ni, kami pusing ke barisan depan kedai di JALAN MAHKOTA.


KEDAI LUTH ni pun viral jugak tapi lambat buka nya. 



KUANTAN ART STREET ni lokasinya adalah di belakang bangunan2 kedai antara JALAN BESAR & JALAN MAHKOTA.



MASJID NEGERI PAHANG (SULTAN AHMAD 1)


PEJABAT POS BESAR KUANTAN.


Di penghujung bangunan kedai JALAN BESAR & JALAN MAHKOTA berdekatan JALAN TELUK SISEK.


Lot kedai di hujung bangunan. Sedap dengar nya.


Wahhh ni kedai baru. Mesti try nanti.


Wallaaa coffee & dessert lah. Cute kedai nya.


Antara kedai kopi yang terawal di buka di Kuantan.


Pusing bangunan ke JALAN BESAR.


Masih lengang jam 8.20am. Hujan dah reda.


Bila jalan kaki, macam2 kedai boleh nampak. Banyak rupanya kedai baru. 


Ms. ELLIOT. Sedap dengarnya.


Dibuka selepas TJANTEK CAFE & ART BISTRO, yang dibuka pada tahun 2000. Antara Art Cafe & Bistro terawal dibukak di Kuantan. Milik seorang ARKITEK. MUKA ATELIER ni baru  dibuka beberapa tahun ini. Kedua2 nya interior memang cantik. 


Antara mural yang saya suka.


Ok dah nak sampai ke kereta. Parking tepi KUANTAN PICKERS tu je.


Hujan dah reda. On the way balik rumah pasti lalu PASAR TANI AHAD DI UTC KUANTAN. Apa lagi kan, stop kejap. Cuma hadkan mata ke juadah2 kuih. Kena lari jauh2. Badan dah naik 3kg, hehe. Kalau nampak bermacam jenis kuih tradisional memang akan beli nanti.


Geram tengok sayur2 ni.


Cari JERING REBUS macam biasa. Bukan senang nak rebus sendiri. 


PISANG LEMAK MANIS ni payah dapat. PUDING RAJA memang guna PISANG LEMAK MANIS. Tapi kalau tak ada, guna PISANG EMAS je lah.


Lepas musim durian, memang banyak tempoyak. Kita ada mak sedara di JERANTUT so stok tempoyak senang dapat.


Tangan belum betul2 sejuk dan hijau. Masih belajar. Pokok berdaun yang ditanam pun manja2 suburnya. Musim panas kini daun2 kering. Menunggu musim tengkujuh. Nak tanam lain.


Alhamdulillah favorite JERING REBUS ni ada dijual. Balik rumah tambah kelapa sebab adik tu tak ada extra.


Dari KUANTAN PICKERS (D), kami keliling bangunan melalui A, B, C dan balik ke D. Campur JJCM PASAR TANI, dapatlah 4,500 steps. Cukuplah. Alhamdulillah. Kisah sebahagian kecil BANDARAYA KUANTAN. 

Area ni sebenarnya dulu adalah pusat utama bagi BADARAYA KUANTAN. Adanya Sungai Kuantan berdekatan, ada jeti untuk menghubungkan bandar dengan Tanjung Lumpur di seberang sungai. Ada Masjid, Pajabat Pos, Bangunan Pejabat Polis dll nya.

🇵🇸 DOA BERTERUSAN BUAT PALESTINE 🇵🇸 

32 comments:

  1. Sedapnya tengok jering rebus tu, dah lama tak makan.
    Suasana sekitar situ pun menarik, tambah pula lepas hujan, suka tengok.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jering rebus memang sedap. Bila jalan banyak kedai menarik rupanya.

      Delete
  2. Ini dah macam wikipedia of Kuantan dah ni....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baru sebahagian kecil je ni hehe

      Delete
  3. menarik betul gmbr2 bangunan tu :)--part suka kuih muih tu sama la mcm MZ..err memang naik bdn la bila selalu mkn kuih2 tuuuu alahai..terpaksa mengawal nafsu mkn la ni nampak gayanya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kuih muih memang sedap kan, nak buat renyah. Area tu area bandar dulu, later siram tp now dah jadi tourist spot.

      Delete
  4. Hikmah hujan dapat tengok macam2 kedai...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah baru tau wujudnya macam2 kedai baru.

      Delete
  5. Replies
    1. Iya. Jengkol sama dengan Jering.

      Delete
  6. Rindu Kuantan. Pernah membesar di Kuantan suatu masa dahulu. Siapa sangka kedai2 lama yang orang tak tak mahu dekati sekarang jadi tarikan pula untuk tema art cafeteria dan retro. Jadi macam Penang cuma yang bagusnya di sana orang Melayulahkan yang mengusahakannya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ohh pernah duduk Kuantan ya. Lately ni rasanya banyak tempat lama diberi nafas baru. Tarikan pengunjung. Sekali dengan pelbagai cafe hispter dll nya memang bagus kan.

      Delete
  7. cantiknya gambar2 mulan ambil ni. mcm pro photographer la.. mcm kt oversea pn ada

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah & Terima kasih hehe snap2 sambil jalan kejar hubby yang laju bebenor tu. Bila jalan, banyak pulak tempat menarik.

      Delete
  8. Jarang2 singgah Kuantan
    Kalau ke pantai timur biasanya terus ke KT atau KB

    ReplyDelete
  9. jering rebus kelapa tu lama tk mkn tp blk klate ada kesempatan mkn...kt kuantan pun ada...cantik view bangunan yg di capture...nmpk mural kula cake...rindu mango cheese cake sdap situ

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap kan jering rebus. Nanti datang la Kuantan lagi 😊

      Delete
  10. Cantik gambar2 dia... mcm street photography gitu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe sambil jalan sambil snap je Cuya

      Delete
  11. apa rasa jering rebus tu? sy bkn pemakan jering petai dan seangkatannya walaupun org ckp sedap heheheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasa nya pahit lemak hehe sedap makan dgn kelapa letak garam dan gula sikit.

      Delete
  12. jeing masak lemak pun sedap

    ReplyDelete
  13. Aissssh saya pun sukaaaa jering kak, di sini sebutnya jengkol 😄. Tapj biasanya dimasak rendang, balado atau semur 👍. Apapun saya sukaaa, tapi fav kalo dimasak pedas balado.

    Selalu happy kalo bisa jaan ke tempat yg banyak kuliner macam tu ❤️. Puas memilihnya 👍.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap kan jering/jengkol. Masak apa pun sedap. Ya kalau banyak sangat makanan, memang puas memilih.

      Delete
  14. Jering rebus cecah kelapa parut! Sedapnya... dahlah sekarang ni hujan turun. Terliur pulak dah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang sedap jering rebus ni kan cicah kelapa parut

      Delete
  15. SA x makan jering, baik mentah, dimasak atau di rebus..hehhe..SA x tahan bau dia..semua gambar cantik2 la..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dulu pun tak makan sangat bila dah rasa, sedap pulak. Thanks SA, hehe foto edit sikit2 kalau kabur.

      Delete
  16. jering rebus cicah kelapa pernah nmpk di Pasar Siti Khadijah....menarik Kuantan, byk cafe hipster..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Belah Pantai Timur memang biasa jering rebus ni. Tu la bila banyak jalan2 baru nampak cafe2 hipster ni. Seronok jugak tengok, tak la muram Kuantan.

      Delete

Thank you for the comments. Nanti singgah lagi ya :) Take care & stay safe.