Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Moga sihat ceria dan dimurahkan rezeki sentiasa.
Doa buat semua, di mana-mana pun, yang terkesan dengan apa jua dugaan, moga tabah dan dipermudahkan semua urusannya.
Ini post lama. Disiarkan semula untuk dijadikan rujukan namun ianya bukan lah info yang terkini. Sila rujuk website atau mana2 platform untuk maklumat terkini.
Ada rakan bertanya bagaimana utk merancang percutian kalau memandu sendiri. Secara ringkas, berikut adalah cara bagaimana kami merancang perjalanan dll nya. Detail ada di posting negara yang telah kami dilawati.
1. Destinasi. Ke mana. Satu negara atau lebih? Tempat yg akan dilawati di sesuatu negara. Buat list.
2. Guna Google Maps atau yang seumpamanya untuk tag tempat yg akan dilawati.
3. Draf laluan memandu yang akan diambil mengikut tempat yang akan dilawati.
4. Tiket. Tag airport antarabangsa dalam laluan yang telah dirancang, utk survey tiket yang paling murah.
5. Sewa kereta dari airport pada hari tiba atau kemudiannya (andaikata ingin melawat sekitarnya dulu). Kami selalu sewa dari airport sebab mudah untuk pulangkan ke airport semula. Tapi di Greece, lebih murah ambil di cawangan lain, tapi dipulangkan ke cawangan airport. Baca tiap website untuk kepastian.
5. Syarikat sewa kereta. Sila baca segala detail di website. Boleh berhubung secara chat & email. Bukan semua jenis kereta boleh dipandu ke negara lain darinya. Ada juga permohonan lain untuk ke sesuatu negara lain seperti memandu keluar dari Greece.
5. Syarikat sewa kereta. Sila baca segala detail di website. Boleh berhubung secara chat & email. Bukan semua jenis kereta boleh dipandu ke negara lain darinya. Ada juga permohonan lain untuk ke sesuatu negara lain seperti memandu keluar dari Greece.
6. Permohonan Permit Memandu Antarabangsa. Kami selesa memohon permit ini, sebab khuatir kalau dalam perjalanan akan diperiksa oleh pihak berkuasa. Yes, ada yang kata tak perlu walaupun rental car company kata bawa Lesen Memandu Malaysia saja. Kami tak mau ambil risiko kerana undang2 disana mungkin berubah tanpa kita tau. Tapi ada certain countries yang memang hanya perlukan Lesen Memandu Malaysia seperti Australia.
7. Highway & bayaran tol. Boleh guna GPS or Waze dll untuk check laluan. Check cara pembayaran tol, boleh search di Internet. Jalan tiada tol lebih cantik viewnya tapi adakalan lebih jauh. Ada highway yang perlukan tol jenis sticker yang wajib dibeli awal seperti trip kami ke negara Schengen (Slovenia, Hungary, Slovakia dll)
8. Hotel/homestay. Banyak website untuk book hotel. Cari accomodation yang berhampiran dengan route yang telah dirancang tapi semua atas masing2 untuk memilih sebab masa dll untuk kita semua memang tidak sama.
Di bawah adalah yang agak detail daripada ringkasan di atas. Maaf atas kekurangan, kesemuanya adalah pengalaman kami sebelum ini tapi wajib pastikan dapat info terkini dari tiap negara untuk perkara berkaitan sewa kereta, tol dll nya kerana ia mungkin berubah dari masa ke semasa.
Kami tak ada tips khusus cuma berkongsi sikit-sikit dari pengalaman sebelumnya. Kami juga rujuk buku, blog & FB serta dari website2 yg berkaitan. Antaranya Blog Khairul Abdullah serta buku nya I'm A Backpacker : Europe, Blog Hanis Amanina, seorang Doktor yang pernah melanjutkan pelajaran di Prague. Apapun semua peraturan & selainnya mungkin/akan berubah dari masa ke semasa so wajib teliti kesemua info yang paling terkini. Nak masuk negara orang kan, better prepare se-MAKSIMA mungkin.
1. DESTINASI
Plan asal percutian kami pada 2017 hanya ke 3 negara iaitu Italy, Czech & Austria. Kami share trip ni kerana agak complicated dari negara lain. Bila tengok peta, kami dapati Slovenia, Croatia, Hungary & Slovakia sangat lah hampir dengan route yang akan kami ambil. Maka kami ambik peluang, extend sikit route, untuk dapat masuk ke empat2 negara tersebut apatah lagi tiada visa diperlukan ketika itu. Alhamdulilah.
2. PLAN PEMANDUAN/PERJALANAN
Peta di atas adalah peta yang dah kami extend dari yang asal sebab nak masuk Slovenia, Croatia, Hungary & Slovakia. German tu, sebab dah di border dan homestay murah. Kami selalu allocate 250-350km sehari untuk memandu ke destinasi bermalam seterusnya. Seperti map di atas, dari Rome kami drive ke Florence sejauh 275km untuk malam berikutnya. Oleh kerana Pisa agak dekat, kami ke Pisa sebelum ke Florence. Ada kala kami bermalam untuk 1 malam, ada ketika nya 2 malam bergantung kepada berapa lama kami ingin explore sesuatu tempat itu. Kami guna Google Maps untuk plan pemanduan kami, sebab dah terbiasa ketika itu. Namun kini, berbagai Apps yang ada boleh digunakan.
Dari Florence kami memandu ke Venice yang mana jaraknya 255km. Ianya juga antara tempat yang kami ingin visit dan bermalam. Seterusnya dari Venice, kami ke Ljubljana di Slovenia iaitu dalam 245km. Ljublana juga antara tempat kami bermalam & explore. Begitulah seterusnya kami plan mengikut 15 hari seterusnya. Adakala pemanduan untuk sehari tu, lebih jauh dari yang kami plan. Antara sebab, bandar untuk bermalam kurang sesuai atau prefer bandar terdekat selepas dari jarak yang kami dah plan itu. Kalau compare peta plan asal dengan peta yang kami extend perjalanan tu, beza cuma tambah 200km sahaja. Dari 3 negara kami dapat masuk 8 negara, Alhamdulillah. Semua negara tanpa VISA. Apapun wajib dapatkan info terkini untuk pelepasan visa di tiap negara yang ingin dilawati.
Pemanduan ke tiap destinasi bermalam :
Rome - Florence, Italy = 274km
Florence - Venice, Italy = 259km
Venice - Ljublajana, Slovenia = 242km
Ljublajana - Sarvar, Hungary = 307km
Sarvar - Prague, Czech = 477km
Prague - Teisendorf, Germany = 394km
Teisendor - Renon/Ritten, Italy = 287km
Renon - Bologna, Italy = 303km
Bologna - Rome, Italy = 375km
Boleh rujuk DI SINI...
Namun berlainan dengan Spain & Portugal yang kami lawati pada November 2018, sebab dengan hanya 10 hari yang ada, kami terpaksa memandu lebih jauh ada kalanya hingga 600km dlm sehari untuk sampai ke destinasi seterusnya.
Boleh rujuk DI SINI...
3. TIKET PENERBANGAN
Setelah confirm negara2 yg bakal dimasuki, kami mula cari tiket. Kami akan cari setiap International Airport yang berdekatan dengan route kami (trip Italy dll 2017). Antaranya Rome, Vienna, Prague, Munich, Salzburg, Zagreb & beberapa lagi. Kami memang akan survey harga tiket yang paling murah, jangka masa transit & tarikh, maka ketika itu Rome lah yg menepati hampir semua yang kami kehendaki. Book teruslah masa tu. Skyscanner, Farecompare antara website yang kami guna ketika itu. Bila dah dapat harga yang berkenan, terus ke website airline tersebut. Kalau ke Eropah, antara airline yang murah sebab transit adalah Emirates dan Qatar. Kami tak pernah guna third party. Tak nak ambil risiko.
Semasa trip France, Germany, Switzerland, Belgium & Austria, flight ke Brussels paling murah so kami book KL-Brussels-KL.
Rujuk DI SINI..
Spain & Portugal, kami book KL-Barcelona-KL sbb ianya paling murah jika compare dgn Madrid/Lisbon dll.
4. PERMIT MEMANDU

Sesudah menempah tiket, kami terus cari kereta untuk disewa. Pastikan mempunyai International Driving Permit seperti di atas. Terima kasih Khairul Abdullah tolong betulkan istilah ni. Pernah terbaca yg Lesen Memandu Malaysia kita boleh diterjemahkan saja utk digunakan, tapi kami belum cuba. Wajibnya bawa juga Lesen Memandu Malaysia yang sah (lama dan baru) bersama Permit Antarabangsa tu. Pernah di Istanbul, hubby bawa lesen yang baru diperbaharui. Staff rental company minta lesen yang lama dengan alasan takut hubby baru saja lulus ujian memandu.
Bagi pemanduan di Australia, Lesen Memandu Malaysia boleh digunakan dalam masa 3 bulan (mohon check info terkini) juga New Zealand sebab Lesen Malaysia ada cetakan bahasa Inggeris, tak perlu diterjemah, menurut pengalaman seorang kawan.
5. SEWA KERETA
Sebelum menyewa kereta, baca dengan detail TERMS & CONDITION untuk tiap website car rental ni. Bukan semua kereta dibenarkan masuk ke semua negara yang kita akan lawati dengan kereta yang kita sewa dari sesebuah negara tu. Lain company, lain T&C nya.
Macam situasi kami, dari banyak2 car rental company, hanya SIXT yang benarkan keretanya yang disewa dari Italy untuk memasuki semua 8 negara yang kami akan lawati iaitu Slovania, Slovakia, Croatia, Hungary, Czech, Austria & Germany. Banyak kali berbalas email & webchat untuk dapatkan kepastian. Namun begitu, jenis kereta juga adalah terhad. Kereta branded ie BMW, Audi tak dibenarkan. Tapi semua T&C ni mungkin berubah mengikut masa. Baca semua detail, banyak pilihan tambahan ditawarkan seperti insuran dll. Asalnya kami book kereta Sedan Auto yg paling murah, namun rezeki kami diberi Jeep kecil ni. Alhamdulillah. Kalau kereta Sedan, wajib ambil Snowchain sewaktu musim Winter. Rules-nya sebegitu.
Seperti trip kami ke Greece pada Dec 2019 pula, pada asalnya nak masuk Albania & North Macedonia akan tetapi car rental company tak benarkan. Ada company yang benarkan namun terpaksa apply Green Card. Memandangkan Greece banyak tempat untuk dilawati, hubby kata explore Greece saja lah. Ada kawan suami yang terpaksa tinggalkan kereta di border untuk sewa kereta lain, atas sebab kereta yang disewa tidak dibenarkan masuk ke negara lain.
Sebelum trip, memang tak pernah kami tau istilah SCHENGEN COUNTRIES ni.
6. SEWA HOSTEL, HOMESTAY DLL
Kami utamakan FREE PARKING (sebab kami memandu kereta sewa), TIADA CLEANING FEE & FREE WIFI + basic dapur. Antara websitenya ialah booking.com & AirBnB. Apapun sebelum book, pastikan rancangan perjalanan dah siap. Destinasi, berapa jauh nak drive, berapa malam, tempat utk dilawati dll.
Harga accomodation ni kadangnya tidak termasuk DESTINATION FEE PER PERSON atau CLEANING FEE PER DAY dll nya (ada hingga EU70 sehari). Kebanyakan AirBnb & Homestay akan kenakan CLEANING FEES ni. Kalau hostel & backpackers hostel, belum pernah kami jumpa, cuma Destination Fee Per Person normally EU1-1.50 ketika itu.
Germany. Tiada dalam plan asal tapi hotel/homestay mahal di Salzburg, Austria maka kami cari yang radiusnya dalam 20km. Kami jumpa homestay di Teisendorf, Germany harganya reasonable. Subhanallah cantik sangat tempatnya, ada tasik & tanah tinggi..!!
7. INFO HIGHWAY, TOL DLL
Di samping itu, search internet utk info highway atau jalan biasa, juga tolnya & pemeriksaan di sempadan tiap negara.. Kalau tak nak bayar tol, boleh ambil laluan jalan biasa, boleh set di GPS atau Google Maps.. Memang ada laluan tanpa tol cuma kadang perjalanannya lebih jauh, tapi bukan semua..
HIGHWAY TOLL & VIGNETTE
(Source: dalnicni-znamky.com)
VIGNETTE ni adalah bayaran TOL dalam bentuk sticker yg dilekat pada cermin depan kereta, namun ada juga yg telah dimasuk dalam sistem di Plaza Tol tertentu. Vignette ni mesti dibeli awal sebelum masuk ke sempadan negara yg menggunakan Vignette. Selalunya dijual di stesen minyak atau Plaza Tol di setiap sempadan sebelum memasuki negara seterusnya. Tak susah, memang ada tapi make sure jgn terlepas sempadan. Ada signboard utk beli Vignette di sempadan.. Denda memang mahal, beratus2 Euro.. Kalau negara tak guna Vignette, bayar tol mcm biasa, guna credit card je di Plaza Tol tu.. Ada yg kami bayar cash jugak rasanya..
"Vignette is a form of road pricing imposed on vehicles, usually in addition to the compulsory road tax, based on a period of time instead of road tolls that are based on distance travelled. Vignettes are currently used in several European countries. The term is of French origin, and is now used throughout Central Europe, as well as in Italy (vignetta). Source: Wikipedia
Stesen Minyak di Gorizia, Italy. Selain mengisi minyak, kami beli Vignette sebelum masuk ke sempadan Slovenia.
Plaza Vignette pertama selepas saja melepasi sempadan Italy iaitu di Sempeter-Vrtojba, Slovenia.. Sesudah melepasi plaza Vignette ni, terdapat Border Guard yg bertugas di hujung plaza. Ada juga ketika tiada langsung Border Guard yang bertugas di luar plaza. Tak diketahui samada mereka mempunyai CCTV..
Road traffic is often monitored by roadside cameras, and vignettes are verified by state officials, such as border guard and national police. Hefty cash fines are often charged to travelers using public roads without a valid and properly affixed vignette."
(Source: Wikipedia)
Ini lah sticker VIGNETTE.. Kedudukan Vignette di sebelah kanan pada cermin kereta ni ditetapkan mengikut negara.
2 lagi sticker Vignette di sebelah kiri cermin depan kereta.
VIGNETTE juga boleh dibeli di kiosk2 yg terdapat di luar Stesen Minyak sebelum tiap sempadan.
Manakala di SCANDINAVIA (NORWAY, DENMARK & SWEDEN), semua tol hanya menggunakan Credit Card.. Di Scandinavia memang hampir kesemuanya tol, parking dll hanya menggunakan Credit Card.. Mostly cashless di sana.
MEMANDU DI SPAIN & PORTUGAL
Memandu di Spain tak ada byk hal sangat sbb boleh guna matawang atau Credit Card. Tetapi lain nya di Portugal, setelah memasuki sempadan terdapat plaza tol yg memerlukan kita verify Credit Card yg akan digunakan sepanjang perjalanan dlm Portugal. Kalau tak ada Credit Card, maybe ada jual card yg seumpamanya seperti sebelum memasuki Singapore, card yg akan di-scan & charge walau di mana kita drive seperti di Singapore yang tiada plaza tol. Perlu di-top up utk ditambah nilai.
Beginilah rupanya di plaza tersebut, kami memasuki lane ONLY FOREIGN VEHICLES sbb kereta kami disewa dari Barcelona, Spain juga lane ni utk verify Credit Card. Jika tersalah pun, the officers ramai boleh bantu. Tak salah kalau kita ter-salah. Kadang tu main redah jugak. Ada button tekan je & tanya. Itu lah namanya mengembara di tempat orang kan. Kena soal pun, buat bodoh je lah jangan tunjuk pandai sangat sbb kita di tempat orang, thats us lah haha.
Nilai nya tol utk tiap kenderaan.
Zup zap lalu bawah tu akan terus di-charge ke Credit Card. Tiada Touch & Go seumpamanya. Drive terus. Ben-vienda PORTUGAL.
Kalau lah di Malaysia guna tol sebegini, confirm kalau raya atau public holiday tak sesak di highway Utara Selatan Timur Barat kan.
Ini post lama, tahun 2018. Mohon dapatkan info terkini di semua platform dll nya yang berkaitan. Kami pun sama2 excited tengok yang drive di luar negara. Di FB ada banyak group boleh dikongsi eg Road To Balkan dll lagi. Boleh jadikan rujukan kelak, Insyaa Allah.
Terima Kasih singgah baca/komen diari seorang MULAN.
Take care ya. Moga sihat, ceria bahagia, murah rezeki dan senyum selalu.
Alhamdulillah atas nikmatNya.










Boleh kata lengkap dah ni kak :D hahaha best sgt baca!
ReplyDeleteAnother thing boleh add on:
- ada rental company sediakan insurance foc dan ada yg kena bayar. My friend's experience, ada one time ni dia beli insurance kereta then bila dah balik Malaysia, rupanya dia kena speeding ticket somewhere. And company tu guna insurance tu je utk cover (since dia takde masalah teknikal lain kat kereta tu)
hanisamanina.com
Nina: Thank youuuuu so much. Tolong tambah lagi ya :)
ReplyDeleteThanks for the info.. ;)
ReplyDeletethanks sudi kongsi pengalaman
ReplyDeletenice info nih
Aiza: Welcome tapi kena search deep lagi takut belum tepat
ReplyDeleteHans: Sama2, hanya secebis dari pengalaman kami..
Assalamualaikum Kak,
ReplyDeleteGood tips. Dah detail dah tu :) Cuma saya rasa Lesen Memandu Antarabangsa tu perlu tukar kepada Permit Memandu Antarabangsa (International Driving Permit) kerana ianya bukanlah lesen, cuma permit. Oleh sebab itu ia mestilah ditunjukkan bersama lesen memandu yang sah. Ramai orang salah faham berkaitan permit ini.
Semoga post ini dapat memberi manfaat kepada semua.
Assalamualaikum, boleh tak letak detail harga sewa kereta termasuk insuran dll utk rujukan utk sy sewa akan dtg
ReplyDeleteKA: Ohhhh.. Thank You Thank You so much for the additional detail & info.. Sgt2 menghargai nya..
ReplyDeleteRadziah: Ok will do Insya Allah, nak kena check dgn hubby sbb dia buat semuanya.. Btw ada email tak utk saya email..
email sy redziah@tm.com.my , terima kasih byk2
DeleteAssalamualaikum,
ReplyDeleteTerima kasih banyak sebab sudi berkongsi tips dan pengalaman. InsyaAllah akan saya jadikan panduan kalau berkesempatan.
Radziah: Sama-sama
ReplyDeleteAnon: Terima kasih singgah sini..