DAY 6 ~ SWITZERLAND - HASLIBERG TO AUSTRIA

Day 6 - 25 July 2011.. 
Berakhirnya percutian di Switzerland pada hari ke 6, moga ada rezeki dapat kembali lagi..



Di luar restoran @ Hotel Wasserwendi.


Perjalanan hari ke 6 ni cuma 280km tapi kami singgah banyak tempat.. Dari (A) Hasliberg (hotel di Switzerland) - (B) Luzern - (C) Zurich - (D) Rheinfall - (E) Dornbirn, Austria..


Ada Dwarfs Trail di bandar ni.. Bagi mengingati MUGGESTUTZ yang merupakan dwarfs yang tertua yang pernah mengembara di pergunungan Hasliberg & kawasan berdekatannya. 



Subhanallah.. Cantik nya...



Cable car ride 


View dari cable car..


During Winter kan, tempat ni jadi  tempat aktiviti ski.. 


Mengabadikan memori di sini.. Mungkin untuk yang pertama & terakhir..


Dapat playground kecik pun ok sangat dah diorang ni..


Main lah puas2 


Terasa nak tinggal di situ..


View dari cable car yg sangat awesome..


Subhanallah... 


Rasa nak duduk sini je..


Cantik rumah tu..!!


Fresh from the mountain..


Bermulalah perjalanan ke destinasi berikutnya.. Hasliberg ke Luzern. 


Ada tempat cantik je kami stop.. Antara famous spot ni.


Subhanallah cantik sangat sangat.

BRUNIG PASS

Laluan Brünig, pada ketinggian 1,008 m (3,307 kaki), menghubungkan Bernese Oberland dan pusat Switzerland, menghubungkan Meiringen di kanton Bern dan Lungern di wilayah Obwalden. Ia berada di daerah aliran sungai antara hulu Aare, yang mengalir melalui Tasik Brienz dan Tasik Thun, dan Sarner Aa, yang mengalir ke Danau Lucerne.

Laluan itu dilintasi oleh landasan kereta api Zentralbahn Brünig, antara Lucerne dan Interlaken, dan stesen Brünig-Hasliberg di garisan itu terletak di laluan tersebut. Laluan ini juga dilintasi oleh lebuh raya A8, antara Lucerne dan Spiez. Kedua-dua landasan kereta api dan jalan raya biasanya dibuka sepanjang musim sejuk. (Wikipedia)


LUZERN.. 49km dari Hasliberg...


 SPREUER BRIDGE..


Luzern's oldest bridge.. Dibina pada tahun 1407 merentasi Reuss River..


Zurich.. 54km dari Luzern.. Bandaraya terbesar di Switzerland.. Bestnya bandaraya tepi sungai..  


Cantik  Public Toilet di Zurich ni..


Suka jugak tengok struktur binaan bangunan di Zurich, yang berbeza dari negara kita.. 


Next destination.. Rhine Falls @ Rheinfall.. 52km dari Zurich..


Largest plain waterfall in Europe...


Banyak port untuk view waterfall ni.. Seronok layan tempias air terjun itu..


Banyak cycling trails kat sini.. 


Dornbirn, Austria... 120km dari Rhine Falls.. Plaza Tol untuk memasuki Austria..  


 Maut Toll..


Asalnya takde plan nak ke Austria pon.. Tapi masa book hotel, tetiba tengok address nya di Austria..  Maka rezeki kami jugak lah ni dapat masuk Austria jugak..


Haaaaaa... Ada kedai BATA.. 


 Kedai semua tutup pukul 5-6 petang.. Sunyi jadinya..


Kedai punya lah banyak tapi sunyi sepi.. 


Ada restaurants... Nampak lah sebahagian penduduk Dornbin..

20 comments

  1. bestnya Mulan
    membuat akak mengidam tiba2 nak ke sana...huhu
    gambar mcm lukisan yek...cantik sgt2.

    Maut tol? hihi

    ReplyDelete
  2. Cantik gila, serious... nak nak building dorang kan?

    Kita kat sini sebok runtohkan yang lama pastu gantikan dengan yg moden....

    (Hey...! Mana spek besar dulu...? Muka baru ni rasa nak garu-garu je...!)

    ReplyDelete
  3. Mulan...pemandangan kat Austria memang cantik kan?

    Thanks mulan for sharing all those nice & beautiful photos...

    ReplyDelete
  4. Salam Yong Mulan,

    Cuci mater, cuci mater. Tapi tak dpt makan-makan sangat kan? Tu masalah kat negara kapir ni. Maut Tol? Ha ha!

    ReplyDelete
  5. cantik sungguh gambo. Tak sabor nak melencong ke sana jugak!

    ReplyDelete
  6. dia orang dah biasa hidup ikut jam, tak ikut matahari... kalau macam kita ni mesti blur² kan, pukul 10-11 malam nak merayap lagi sebab masih terang, hehe

    ReplyDelete
  7. Mulan....

    Jelezzzznya kita..ntah bila umo la nak sampai kesini ek...dpt tgk gambo jela nampaknya...
    Fuhhhh! memang cantik menawan tempatnya...tenang dan mendamaikan...boleh tambah sihat kalau dok kat sini agaknya ekk...

    ReplyDelete
  8. pemandangan indah cantik menawan...tapi...muka kena conteng!!!! heeee...

    ReplyDelete
  9. kasihreda: memang gambar macam poster je.. isnyA akak akan sampai sana nnti.. suspen tau tengok signboard maut toll tu...!!

    ReplyDelete
  10. gedek: deme takde runtuh2.. deme jaga selagi buleh.. muka tu kena sengat tebuan... jadi lebam2 sikit...

    ReplyDelete
  11. kak anie: memang cantik.. semua tempat pon cantik.. itu lah kebesaran Ilahi..

    ReplyDelete
  12. mohkembara: cuci mata je la sbb kedai banyak tutup awal... kebab banyak kat europe ni.. dah tak tahan nak makan.. kalo duduk apt ada dapor, kami masak je..

    maut toll yg kasi kami ketarrr...

    ReplyDelete
  13. imran: dah dekat tu.. kalo cuti nnti pi la.. kami drive je, senang sbb tak terikat dgn jadual train etc..

    ReplyDelete
  14. kgg: badan & mata rasa penat.. tapi kami tahan agkanya sbb tengok hari masih terang... bila dah balik hotel, baru la rasa kejang tulang2 ni..

    ReplyDelete
  15. cik cek: insyA cik cek akan sampai sana nanti.. ciptaan Ilahi memang semuanya cantik2...

    rasa sihat semacam je masa kat sana.. udara segar, takde pencemaran pon... takde nampak asap kilang2.. langit biru je..

    ReplyDelete
  16. kak pah: memang cantik pemandangan kat sana... terpegun sungguh kami... muka tu kena sengat tebuan.. tu yg jadi lebam2... hahahaaa..

    ReplyDelete
  17. zino: memang cantik ciptaan Ilahi...

    ReplyDelete
  18. hey Mulan!
    harini i blogwalking europe trip! dah lame plan nak ke europe!interesting! hope we can share a bit specially on travel tips!follow u dengan rela hati.. eheheh
    www.baitijannatijamilah.blogspot.com

    ReplyDelete
  19. bulat: tq tq sebab singgah sini.. i pon follow u dgn rela hati..

    ReplyDelete