RIUH RIANG AIDIL ADHA


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. 
Moga sihat ceria dan dimurahkan rezeki sentiasa.

Doa buat semua, di mana-mana pun, yang terkesan dengan apa jua dugaan, moga tabah dan dipermudahkan semua urusannya.

KEK LEMON
Untuk hari raya. Biasa la ada hari tak perfect tapi kita yang makan. Excited sangat nak terbalikkan loyang awal, naaahhh, ambik terlekat pada dasar loyang dalam 1cm. Tak apa, kita deco deco la mana boleh. Asalkan taste masih ok. Susup2 je hirisan lemon bawah kek tu, cantik pun hehe.


KEK CEMPEDAK
Isi cempedak dah berbulan dalam freezer. Derhaka resepi, letak banyak cempedak lebih dari sukatan asal. Naik jugak walau sedikit mendap sebab berat isi cempedak di tengah. Tak apa, rasa masih berbisa. Gatal sangat derhaka resepi. 


BROWNIES
Pun gatal letak lebih dark compound chocolate. Fudgy terlebih. Suka less fudgy tapi laku je. Suka tengok sebab ada kedut hehe.


Adik no3 bawak ROTI JALA. Kesukaan budak2. 


RENDANG AYAM HANCUR KURANG REMPAH 
Nama rendang saya. Lama tak buat rendang. Sebab ada lemang frozen, maka gigih lah buat rendang. Derhaka jugak. Patut HP17 dalam pressure cooker tapi dibuatnya HP30. Mau tak hancur ayam. Rempah ratus bawang halia semua tu macam terkurang, tapi makan je. Ada cousin nak tapau rendang ayam, nak buat sandwich untuk bekal anak ke sekolah. Yes shredded chicken ni macam2 boleh buat. Senang nak keluarkan tulang ayam juga. Gambar lemang lupa snap.

SPAGHETTI tu makan dengan KUAH LAKSA PAHANG sebenarnya. Tapi sebab kuah memang dihidang panas2 dalam periuk di dapur, maka tiada lah foto lengkap sepasukannya. Foto LAKSA pun tak sempat nak snap.


Foto LAKSA PAHANG : JJCM DPHG


SATE HAKIMI SG MERAB
Memang kesukaan kami. Dah order awal.


TIRAMISU from anak saudara, memang sedap.


KUZI AYAM
Adik no2 masak kuzi, memang sedap. Rempah supply dari mertua di Kelantan. Ada kismis hitam dan hirisan almond. 


Foto keluarga di pagi raya. Jubah hitam dah lah. 

Memang dah plan raya di Putrajaya. Adik2 cuti satu hari saja. Mak pun dah sampai awal, adik lelaki ambil weekend sebelum nya. Alhamdulillah malam raya smooth drive anak soleh sampai dari Kuantan. 

Alhamdulillah kakak dan adik2 ipar (siblings hubby) dapat beraya sama di Putrajaya. Diorang berpagi raya di Seremban, rumah adik hubby. Kemudian ke Putrajaya. Memang lama diorang tak jumpa mak dan adik2. Seronok tak terkata bila biras2 berjumpa.

Aunty Sg Merab dan Aunty Putrajaya serta anak2 cucu2 pun datang beraya sama. Dekat je sebab sepupu2 duduk Bangi, Cyberjaya dan Kota Damansara

 Total semua yang datang campur kami berempat, 50 pax. Alhamdulillah memang riuh rendah riang ria semuanya. 11 pagi hingga 8 malam.

Lepas semua dah balik, gigih kami 4 beranak kemas rumah, kemudian terus kemas baju sebab flight pukul 7 pagi. Grab dah book pukul 4.30 pagi ke airport pada Khamis, raya ke dua tu. 4 hari 3 malam je.


Kisah sebelum Raya.
Menu buka puasa sunat sebelum Raya. Aunty Putrajaya menyopping lauk pauk dengan mak, tak tau beli di mana. Disuruh kita masak nasi je. Semua sedap.


Ahad sebelum Raya Haji. Wedding anak schoolmate di Glenmarie. Yang dah nak balik, berjumpa di parking lot pun kami gigih bergambar. 


KUIH JELURUT atau CELOROT 
Sedapnya dihidang ketika kenduri ni. Wife schoolmate ni orang Sarawak. Dibawa khas oleh sanak saudara dari Sarawak. Saya makan 5 hehe sebab sedap.

Terima Kasih singgah baca/komen diari seorang MULAN.
Take care ya. Moga sihat, ceria bahagia, murah rezeki dan senyum selalu.

Alhamdulillah atas nikmatNya.

Nanti slow2 akan BW ya.

13 comments

  1. Kuih jelurut? First time saya dengar ni. Wah.. nak bercuti ke mana pula tu? Sedapnya tengok hidangan raya Mulan sekeluarga.

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah meriah!
    Kuih jelurut tu tak pernah jumpa. Mesti sedap la tu, sampai 5 ketul kena ngap 😁

    Happy vacay & safe journey sista 🤲🏻

    ReplyDelete
  3. 1st time dgr nama kuih jelurut tu..nampak cute dan unik laa...anyway, saya sgt suka kek lemon so terliur la tgk gmbr kek lemon tuuuu

    ReplyDelete
  4. Wah..banyaknya kek Mulan buat. Rajin!
    Saya pernah makan kuih celorot masa ziarah adik di Sarawak. Memang sedap.

    ReplyDelete
  5. Masyaa Allah meriah dengan kek , rajin adik kak ana nih.. kek cempedak tu teringin lak nak rasa.. huhu :)

    ReplyDelete
  6. Meriah betul yaaaa. makanan pun sedap semua :)

    ReplyDelete
  7. Kalo dah hidang depan mata saya x complaint dah, makan ajer...semua sedap2...

    ReplyDelete
  8. Kek cempedak tu pernah nampak ada orang buat kat FB. Sedapnya semua menu terliur la pulak tengok.

    ReplyDelete
  9. Menyesal masuk blog Mulan pagi-pagi ini sebab terus kelaparan. Pernah makan kuih jelurut masa kursus di Kuching tahun lepas. Sedap kuihnya

    ReplyDelete
  10. Aduhhhh.....berbunyi perut SA tengok hidangan akak tu..semua nampak sedap2 dan pasti lah sedap kan...x pernah makan kek cempedak..cempedak goreng selalu makan..hehehe....

    ReplyDelete
  11. rendang ayam hancur tu saya suka! senang nak makan.
    Alhamdulillah, banyak makanan sedap2 yg dikongsi dgn adik beradik yg lain. kita tumpang terliur jelah hehe

    ReplyDelete
  12. Meriah sungguh menunya.
    Seronok buat potluck... boleh rasa banyak jenis. Meriah ya Hari Raya Haji Mulan dengan kunjungan saudara mara.

    ReplyDelete
  13. meriah smua menu..sedap tgk laksa pahang tu..rare KUIH JELURUT1st time tgk

    ReplyDelete