PERJALANAN PENUH KENANGAN


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. 
Moga sihat ceria dan dimurahkan rezeki sentiasa.

Doa buat semua, di mana-mana pun, yang terkesan dengan apa jua dugaan, moga tabah dan dipermudahkan semua urusannya.


Balik dari Bandung hari Ahad 31/5. Isnin cuti Wesak 1/6, hubby, anak soleh dan mak balik Kuantan. Sampai Bentong hubby call, "I TERBAWAK BALIK KUNCI KERETA YOU." 

Haha. Tak apa I balik Kuantan dengan anak solehah naik bas Rabu nanti. Teruskan la perjalanan tu, ada lah jalannya Insyaa Allah. Call one and only brother no4, tanya kot ada kawan2 nak balik KL sebab Selasa masih cuti. Alhamdulillah anak kawannya (memang kami kenal baik) juga jiran setaman di Taman Guru, juga cucu kawan arwah papa nak balik Klang esoknya, Selasa. 

Sampai je di Taman Guru petang Isnin tu, bila hubby hantar mak, kawan adik datang ambil kunci kereta dari hubby, nak pass ke anaknya yang akan balik Klang hari Selasa tu.

Maka Selasa petang 2/6 tu berdua dengan anak solehah naik Bolt ke Klang untuk ambil kunci kereta. Thanks Ain (anak L/cucu Uncle D) bawak kan kunci. Balik Putrajaya naik Bolt. Bagus ehh boleh compare dan pilih yang murah antara Grab, Bolt, In-drive. Alhamdulillah smooth pergi balik Putrajaya ke Klang sebab masih cuti umum.


Rabu lepas, selesai kelas anak solehah, berdua drive balik Kuantan. Singgah RnR Temerloh. Wajib lah makan Patin Tempoyak. Licin anak solehah hirup kuah.


Khamis lepas mengopi di CBTL LOTUS KUANTAN dengan junior sekolah. Dia ni lah paling senang ajak keluar membawang secara fizikal 😄😄 mata ke mata, walaupun dapat peluang mengopi 2-3 kali je setahun. Actually nak pass sotong katak besar dan ikan yang hubby tangkap. 2 kopi dengan one slice cheese cake. Kejap je mengopi tapi best.


Tulang daging korban, masak SUP TULANG MERAH TAPI TAK MERAH. Cicah roti. Noxxa yang bekerja, campak je semua dalam nya. Isi lembut terlerai2 yumm sedapnya, Alhamdulillah. Resepi campak2 pernah share dulu. 


Frozen/leftover RENDANG AYAM HANCUR masa Raya Haji. Cabutkan tulang, campur sos cili, sos tomato, oregano, garlic powder, onion powder, lada hitam, chilli flakes, perasakan semua bagi sedap. Masak sampai kering sikit, atas masing2. Freeze kan. Boleh makan bila2 dengan wrap atau buat sandwich dengan roti. Stok untuk anak soleh dan hubby.


Anak solehah request FOCACCIA dengan MUSHROOM SOUP. 


Stok ikan banyak Alhamdulillah. Kita masak tempoyak biarpun bukan patin. Ada buah kuini adik no2 bagi, makan dengan kicap cili, malas buat sambal belacan. Lauk macam ni pun boleh bertambah nasi. 


CINNAMON ROLLS 
Lama tak buat. Tersilap tekan button on menguli masa doh dah siap naik nak diuli. Tapi tak apa Alhamdulillah masih elok naik nya.


Wajib lah ada cream cheese frosting.


KARI KEPALA IKAN
Selagi ada kepala ikan. Makan dengan frozen prata, untuk breakfast.


Ahad 7/6
Jiran, Doktor HTAA wsap di group setaman, ada program DERMA DARAH di BERJAYA MALL. Teman kan anak2. Mak nya darah tak diterima dulu.

Terima Kasih singgah baca/komen diari seorang MULAN.
Take care ya. Moga sihat, ceria bahagia, murah rezeki dan senyum selalu.

Alhamdulillah atas nikmatNya.

17 comments

  1. Sama la kita Kak Mulan, skrg dah ambik macam2 ubat jadi dah tak boleh menderma darah lagi 🥲

    ReplyDelete
  2. Saya suka cinnamon rolls ni. Bau dia memang tak tahan la....buat perut lapar. Hehe

    ReplyDelete
  3. Saya baru tau kalau di Malay ada Taxi Online bernama Bolt ya.
    Di Indonesia sini, nampaknya belum masuk. Tapi unik juga ya warnanya hijau-hijau juga, mirip dengan Grab.

    ReplyDelete
  4. Kuini tu masam ke makan dengan sambal kicap? Tak terfikir pulak makan gitu. Ritu dapat kuini makan macam tu je, lepas tu baru nampak post Cie makan buat sambal belacan bubuh kuini.

    ReplyDelete
  5. belum pernah naik bolt lagi. kalau bandingkan harga, lagi murah dari grab. tapi tula, belah2 KL je banyak bolt.
    cinnamon rolls tu cantik kejadiannya!

    ReplyDelete
  6. Suka saya tengok cinnamon roll tu. Adeh.. teringin. 😋 Kenapa darah tak diterima, kalau boleh saya bertanya? Saya sendiri musykil saya boleh derma atau tak, sebab on medication tiroid. Besar betul kepala ikan dalam periuk tu. Memang puas makan.

    ReplyDelete
  7. SA pun sama x leh menderma.sebab ada masalah platelet darah, lepas tu dh makan ibat kolestrol dan darah tinggi kan..x leh dh menderma..sedapnya kari kepala ikan...

    ReplyDelete
  8. kari kepala ikannya nampak enak yaaaa... :D

    ReplyDelete
  9. Waalaikumussalam.
    Suka tengok cinnamon roll tu. Dulu pernah masuk kelas cinnamon roll tapi sampai rumah tak pernah buat. Sedapkan!
    Salam Awal Muharram 1448H.

    ReplyDelete
  10. Alhamdulillah bila kita tenang, mudah je urusan kan. Ada je insan baik Allah hantar utk bantu.

    Bagus ada banyak pilihan e-hailing skrg ni, takdelah monopoly.

    Bab makan malas nak komen, semestinya sedap dan osem sokmo 😋

    ReplyDelete
  11. Saya suka Bolt sbb harga mmg sgt² murah, grab skrg melampau² sgt harga nya.

    Sama la skrg dah x bole nak menderma darah rasa syg sgt sbb bila kita drma darah ni badan rs ringan sket haha

    Jauh sungguh kunci kete tu berjalan ye 🤣🤣

    Salam awal.muharram kak

    ReplyDelete
  12. mcm2 menu tu..hah sup tulang merah tk merah...saya aritu 1st time masak kari kepala ikan biasa menu kari masak kari daging

    ReplyDelete
  13. dlm byk2 food ni, i paling terliur focaccia tu...cute sgt dan nampak sedap sungguh!!

    ReplyDelete
  14. Kalau dah lihat masakan kak Mulan, langsung drooling lah memang 😍😍😄. Rendang ayam hancur tuh pasti sedaap. Bagus juga hancur begitu, jadi tinggal makan saja. ❤️❤️

    ReplyDelete
  15. Alamak.....masuk blog Mulan pagi-pagi di kala tidak sempat breakfast sebab kena masuk mesyuarat bagai ni memang sangat mengguncang jiwa la😄. Kelaparan terus jadinya. Sup tulang dan kari kepala ikan itu paling menggoda

    ReplyDelete
  16. Mulan akak terbayang kesedapan kari kepala ikan itew ya..hihii

    ReplyDelete
  17. Karii kepala ikannn. Aduhh, fav tu.. Nak rasa juga Focaccia tu.. Nampak sedap dan konfem sedap 🤭

    ReplyDelete