BERSAHABAT DUNIA AKHIRAT


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. 
Moga sihat ceria dan dimurahkan rezeki sentiasa.

Doa buat semua, di mana-mana pun, yang terkesan dengan apa jua dugaan, moga tabah dan dipermudahkan semua urusannya.


Semalam cuti Awal Muharam, drive berdua dengan anak solehah ke Klang. Ziarah mak pada FH, bff UITM. Lama betul tak jumpa Makcik K ni. Last masa si FH ni kawin dulu. Kami pakat tidur ramai2 di rumah ni lah dulu. Merewang sama2 jiran Makcik K. Seronok sangat. Moga cepat sembuh dan dipermudah kan semua urusan nya. Makan2 borak lah kami bertiga lepas pada borak dengan Makcik K, bagi dia rehat pulak. 


Pukul 12 tinggalkan FH dengan maknya, Cik WD ni ajak lunch. FH memang tak dapat ikut sebab temankan mak nya. WD ajak ke DAPUR DARLING, Shah Alam. Sebaris Restoran Cili Merah, dulu pernah pergi breakfast. Cantik mural pokok di dinding.


Tak sure apa di atas.


Dessert station.


Cantik kan deco nya.


Ada scones dan beraneka jenis kek.


WD order Seafood spaghetti. Favorite dia, katanya. Regular kot mek ni di cafe ni. 


Anak solehah order set NASI TOMATO dengan AYAM MASAK MERAH. Mummy nya setuju sangat sebab memang lemah masakan Melayu, sebab malas menumis lama hehe. Kongsi je sebab nampak meja sebelah order, portion besar. Ya sungguh, banyak nasi nya. Tadi di rumah FH pun dah berjamu Mee Goreng dan kuih muih. Sedap nasi dan ayam, juicy ayamnya, tak kering atau terlalu garing.


Cekodok ni sedap tau dengan sos nya. Crispy.


WD order PUDING ROTI. Favorite dia jugak katanya. Memang sedap. A bit later, suami WD join, rumahnya tak jauh. Kami memang kenal suami nya. Dia order ASAM LAKSA. Sedap katanya, first time order. Sebelum ni pernah order MEE REBUS, macam tak berapa, katanya. Lupa pulak snap foto. 


Antara cake di sini.


Asalnya nak order scones tapi dah kenyang.


Cantik kan deco cafe ni.


Siap makan, drive balik Putrajaya. Hari mendung dan hujan, tak berani nak stay borak lama, apalagi drive ketika hujan2 di KL dan Selangor ni. 

View dari luar DAPUR DARLING. Seksyen 9 rasanya. Sedap dan cantik cafe nya.
Foto : Zeta Omar


Jumaat lepas, drive berdua dengan anak solehah ke Keramat. Ziarah Kak F, kakak yang sangat baik dan helpful ketika duduk di Ho Chi Minh dulu. Arwah suaminya meninggal malam Raya Aidil Adha baru2 ni. Moga rohnya En M dicucuri Rahmat dan ditempatkan bersama mereka yang beriman. Aamiin. Keluarga yang sangat2 baik.


Sempat buat MARBLE CAKE untuk Kak F.


Petangnya pula Jumaat lepas juga, ke Presint 9, ziarah kawan yang uzur, yang juga sama menetap di Ho Chi Minh dulu. Moga Kak H cepat sembuh dan dipermudah kan semua urusan nya. Bila bermusafir, bila senang susah, sahabat lah yang dicari bila jauh dari family.


Ahad baru ni, acah2 berhempas pulas berdua dengan anak solehah masak rendang ayam seekor je dan goreng spaghetti sebungkus (fusion style). Sate tu macam biasa order dari SATE HAKIMI. Keropok lekor memang ada stok beku. Alhamdulillah rendang ayam masak elok HP17 dalam pressure cooker. Dah tak hancur macam masak ketika Raya Haji. Cantik seketul2.

Lemang frozen pun ada. Kukus semula. Masak nasi impit mini juga untuk makan dengan rendang dan kuah sate. Masak2 ni untuk kawan2 kolej anak solehah ni, dah lama diorang nak datang. Dekat 20 orang jugak, 4-7pm. Pukul 8pm baru balik kekdahnya seronok makan dan borak2. 


Buat juga KEK LEMON, BROWNIES dan KEK BATIK INDULGENCE.


Kek Batik Indulgence ni first time buat Alhamdulillah elok jadinya cuma tak tinggi. Tapi elok sebab bite size. Sedap. Resepi ni ala2 Kek Batik Mr Ali katanya. Jumpa resepi di FB.


Kek Lemon ni Alhamdulillah ok. Lama jugak tunggu masak bahagian tengah. Lain hari, lain cara masak kek ni. Brownies macam kering sikit sebab terlebih 10 minit dalam oven, lupa nak check tapi laku keras juga. Alhamdulillah semua seronok jumpa sambil makan2. Riuh rumah. Alhamdulillah hujan lebat so tak lah rasa risau takut bising kacau jiran.

Bersahabat ini, ianya, walau di depan mata atau di alam maya, moga ikhlas menyayangi semua, moga menjadi sahabat akhirat dan dunia, yang akan menarik kita ke Syurga. Aamiin.

Terima Kasih singgah baca/komen diari seorang MULAN.
Take care ya. Moga sihat, ceria bahagia, murah rezeki dan senyum selalu.

Alhamdulillah atas nikmatNya.

13 comments

  1. Semua sedap2 menu akak..

    ReplyDelete
  2. cantiknya rumah ur fren (FH) tu...cute nama cafe tu...dapur darling! terliur cekodok!

    ReplyDelete
  3. Menarik juga buka cafe tu. Impian Cie dari zaman remaja. Hihi. Entahla boleh tercapai ke tak tu.

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah... jumpa sahabat2 yg baik tu satu bentuk rezeki dan nikmat juga 😃 cantiknya kafe dapur darling tu, tapi jauh sangat la kalau nak pergi ke situ.

    ReplyDelete
  5. Salam Maal Hijrah buat Mulan sekeluarga.. Nice deko cafe ni. Ala2 english style.

    ReplyDelete
  6. Suka la tengok deco cafe ni...cantik dan sedap mata memandang..tenang aje...buka la kak cafe..mana tau balik Kuantan SA bleh terjah..kalau plan buka di Kuantan la..hehehe..kalau di putrajaya lagi dekat kan...Salam Maal Hijrah buat Kak Mulan dan family

    ReplyDelete
  7. Cantik restaurantnya kak, tengok memacam dessert tu geram betul. Lepastu rajin akak masak teringin nak merasa kek lemon akak yang menggoda tu la

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah dapat ziarah orang sakit, besar pahala.

    Cantik dan menarik deko cafe tu, nampak macam hotel.

    Sedap betul nampak kek batik indulgence tu

    ReplyDelete
  9. Cantiknya restoran, suasana macam makan di rumah mewah. Kot ada ke Shah Alam, teringin jugak nak cuba makan di sini.

    Ramai tu 20 orang kawan yang datang. Meriah rumah! Untung mereka dapat menikmati air tangan Mulan.

    ReplyDelete
  10. Subhanallah.. sedap2 semua gambar makanan tu

    ReplyDelete
  11. Boleh ambik order kek batik indulgence tak. Deko cafe tu murah. Rezeki dapat kawan yg baik

    ReplyDelete
  12. org jauh dh singgah dapur darling...mmg cantik cafe tu tp kita tk sempat try

    ReplyDelete
  13. Tengok orang jual dessert dan baking dessert cantik-cantik. Teringin juga nak belajar dan membuatnya..Tetapi apakan daya, tangan ini takde skil itu kalau melibatkan baking samada bahan tak tau atau kalau mixed together boleh baling ke dinding..Pecah!!!!! hehehehehe..

    ReplyDelete