Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Moga sihat ceria dan dimurahkan rezeki sentiasa.
Doa buat semua, di mana-mana pun, yang terkesan dengan apa jua dugaan, moga tabah dan dipermudahkan semua urusannya.
Seawal 7 pagi, Mas Ad dah datang bawa kami ke kedai makan untuk breakfast.
RIJSTTAFEL RESTO
Banyak pilihan makanan ya.
Hubby dan anak2 pilih NASI UDUK. Saya order yang gorengan. Semua sedap, Alhamdulillah.
BANDREK
Minuman yang hubby dan anak soleh order. Sundanese sweet and spicy hot drink. Satu susu dan satu lagi O.
Rupanya dalam gorengan tahu tu, ada macam mihun goreng, sedap. Nampak mug air besar2, kongsi air je dengan hubby.
Memang cantik kedai ni. Ramai Malaysian datang lepas kami sampai.
Selesai breakfast, teruskan perjalanan, 30-40 minit sampai ke THE LODGE MARIBAYA, LEMBANG.
Tour Agent (TA) yang suggest itinerary, kami pilih mana yang berkenan.
The Lodge Maribaya di Lembang, Bandung merupakan destinasi eko-pelancongan yang terkenal dengan tempat bergambar yang indah dan memacu adrenalin serta pengembaraan luar yang unik di dalam hutan pain yang suburIa menawarkan tempat percutian yang indah dan sejuk dari kehidupan bandar.
Dari parking lot kena naik buggy ni. Lupa namanya.
Hubby ajak jugak naik ni, aduii gayat betul.
THE LODGE MARIBAYA ini terkenal dengan tarikan dan pengalaman berikut:
Tempat Bergambar yang Sesuai untuk Instagram: Ia terkenal dengan tarikan bergambar yang unik dan memacu adrenalin, termasuk Sky Tree (platform tontonan di atas pokok pain), Mountain Swing dan Belon Udara Panas yang tidak boleh terbang.
Pengembaraan Luar: Pencari keseronokan berpusu-pusu ke sana untuk aktiviti luar seperti zip-lining, Sky Bike (berbasikal di atas tali tegang tinggi di atas pokok), laluan trekking dan memanah.
Glamping & Perkhemahan: Ia menawarkan penginapan alam semula jadi yang mengasyikkan di khemah glamping berbentuk kubah yang unik serta kabin kayu tradisional.
Pilihan Masakan: Pengunjung boleh menikmati masakan Sunda asli di restoran Dapur Hawu di lokasi atau hidangan ringan antarabangsa dan kopi di kafe The Pines.
Sumber : Mod AI
Anak2 memang excited sangat lah.
Cameraman jerit suruh lepaskan tangan, aihhh lagi kuat pegang handle basikal tu. Gayat dik, gayat sangat.
Coffee dan Jus Alpukat, sedapnya, lepak sekejap di THE PINES untuk lepaskan lelah. Kami pilih meja tepi bukit.
View dari funicular memang cantik seantero kawasan nya.
Yang ini, kita pass je lah. Naik sorang2. No way, Jose.
Naik hot balloon ni, ok lah sebab dalam bakul yang berikat, ada rail track.
Dipaksa dan terpaksa. Memang berpaut kuat pada tali buaian tu. Gayat jangan cerita lah. Diorang ni macam2 aksi boleh buat, lepas tangan lah macam2 ehhh seriau. Tapi memang seronok sangat, super seronok dapat spend time dengan family. Alhamdulillah.
Lunch @ THE TWIG
Siap di THE LODGE, ngam2 dah lapar. Ada kawan suggest Kampung Daun atau Stone Cafe tapi kami pergi yang dekat ni je. Jumpa di TikTok rasanya.
Cantik, walaupun air terjun warna nya sedikit kekuningan. Sejuk di sini.
SOTO LAMONGAN + NASI
(Kuah Soto Lemak Kuning dengan shredded chicken )
NASI GORENG MARIBAYA + SATE
NASI TUTUG ONCOM
(Nasi dibalut dalam daun + tahu, tempe, sambal)
SOP BUNTUT + NASI
Semua sedap sangat, Alhamdulillah. Harga pun reasonable.
Hubby order ni, menarik sangat, NASI TUTUG ONCOM
Lunch dengan awesome view.
Cantik sangat.
Satu untuk album.
Bye bye THE TWIG CAFE. Cafe terletak di bangunan sebelah kiri.
ORCHID FOREST CIKOLE
Selepas lunch, kami ke sini. Awal2 masuk nampak musolla, gazebo kayu yang tertutup dengan tingkap, agak besar, 5x5 meter. Best sebab musolla asing2 laki perempuan, bersih selesa luas, dengan tempat wuduk sekali, walaupun di luar namun ianya terselindung. Lupa betul nak snap foto. Telekung pun ada. Toilet pun dekat dan bersih, memang asing2 agak jauh, dalam 10 meter rasanya, musolla lelaki dan perempuan.
Tak ada rezeki nak mengopi di sini sebab full house. Kena beratur panjang. Memang viral sebab cantik cafenya.
Jalan2 tengok pokok dan bunga. Nyaman sejuk udara nya.
Hello there....
Lalu di jambatan gantung.
Sebab kami nak naik FLYING FOX.
Foto sekeping je sebab laju seorang2 naik. Flying fox memang best.
Siap di ORCHID FOREST hari dah hampir gelap. Singgah kedai jual BOLU SUSU. Beli sikit je untuk siblings.
RUMAH MODE
Singgah sebab on the way balik apartment. Anak2 soleh solehah je yang beli seluar seorang sehelai je. Murah. Beli sebab nak pakai. Antara tempat wajib singgah kot kalau ke Bandung ni hehe.
BATAGOR & CUANKI @ FOOD COURT RUMAH MODE
Dinner di sini je. Ada food court di luar. Sedap sangat.
BATAGOR
Singkatan dari BAKSO TAHU GORENG, ianya makanan jalanan ikonik Indonesia dari Bandung, Jawa BaratIa terdiri daripada ladu ikan goreng dan tauhu, yang disaluti dengan kuah kacang yang lazat, pedas dan manis.
CUANKI
Akronim bagi CARI UANG JALAN KAKI (menjana wang dengan berjalan kaki) kerana penjaja secara tradisinya membawanya di atas bahu mereka.
Makanan jalanan Indonesia yang terkenal berasal dari Bandung, Jawa Barat. Ia merupakan hidangan sup yang lazat yang terdiri daripada pelbagai bebola daging ikan atau ayam, tauhu sumbat, dan wonton goreng (pangsit).
Alhamdulillah smooth semuanya.
Terima Kasih singgah baca/komen diari seorang MULAN.
Take care ya. Moga sihat, ceria bahagia, murah rezeki dan senyum selalu.
Alhamdulillah atas nikmatNya.

































fuhhh macam-macam jenis makanan yang ada...
ReplyDeletecantik betul suasana hijau kat situ
terasa begitu mendamaikan
alaa kalau lepas tangan pun tak jatuh laa hehehe
ReplyDeletegayat tu biasa haha...
Adeh, kita pun terasa gayatnya haha...
ReplyDeleteBatagor tu sedap kan, pernah makan sekali dulu
Waaa pada mulanya nak juga try naik basikal tergantung tu, tapi geng lain gayattt hahahahaha.. last-last kami naik Sukabumi keranjang langit tu.. punn gayat juga hahaha..
ReplyDeleteMakanan sana semuanya sedap=sedapkann.. Sis suka minum Es Jeruk sepanjang di sana.. seronokk macam nak repeat lagi ke sana sebab banyak lagi tempat tak dapat nak pergi ...
Hahaha kitrg sempat gak gi taman orchid tu... pagi² pusing pusing taman haha..
ReplyDeleteMasyaAllah cantik suasana di Twig Cafe. Seronoknya makan kat suasana indah alam.
ReplyDeleteMenarik juga nasi uduk tu. Bestnya lunch dapat tengok view cantik.
ReplyDeletegambar semua cantik. aktiviti pun menarik. part gayat tu..my hubby memang jenis gayat so memang takkan boleh buat aktiviti yg melibatkan ketinggian kalau nak ajak dia, my boys of course adventurous belaka..genZ kan
ReplyDeleteBanyak tempat menarik di Bandung kan? Tempat wisata di Bandung banyak yang molek-molek. Gen Z memang adventurous. Acik ni dari dulu memang penakut yang tak boleh bawa berbincang. Cantik semua gambarnya
ReplyDeleteSeronok baca sambungan perjalanan di Lembang ni. Pemandangan dan suasananya memang nampak nyaman, sesuai untuk lari sekejap daripada kesibukan harian. Jadi rasa macam ikut jalan-jalan sekali melalui perkongsian ini.
ReplyDeleteSeronoknya tengok Kak Mulan sekeluarga jalan-jalan ke Bandung! Tapi alamak, tengok gambar Mountain Swing dengan basikal gantung tu pun dah rasa pening-pening lalat... kita geng Kak Mulan, memang paut kuat-kuatlah jawabnya kalau kena paksa naik, haha! Tapi salute dengan anak-anak, memang adventurous betul! orang orang muda ni memang x tau takut erk kak....
ReplyDeleteCantik sangat semua foto² ya.
ReplyDeleteAihhh...gayat pulak naik basikal gitu.
Tempat first tu kalau pergi dengan geng jalan2 memang tak la akan pilih tempat ni 😅 klu pergi dgn anak2 maybe la kot sbb dieorg suka aktiviti adrenaline macam ni. Orchid Forest ni kiteorang pergi jugak lepas tu singgah beli bolu susu Lembang jugak buat oleh2. Rumah Mode tu asalnya ada dalam plan tapi lepas tu tak jadi sebab dah lewat sangat.
ReplyDeleteWah saya jadi nostalgia kembali suasana di The Lodge Maribaya :D
ReplyDeleteEntah sudah berapa tahun tak bersua kesanaaa. yang kuingat cuma naik sepeda di atas tali saja, hihihi.
Makanan disana pun nampak lengkap dan nikmat ya. Tema nusantara, jadi banyak sekali pilihannya.
Lawanya pemandangan makan tengahari tu. Terasa-rasa kesejukan sebab nampak kehijauan je, dengan air terjun lagi. Kalau saya pun, gayat juga. Mungkin tak akan naik langsung.
ReplyDeleteWaaah risjttafel resto Nampak menarik kak 😍😍😍😍. Nantilah kalau ke bandung lagi mau kesana. Kalau Malaysia ada nasi lemak, Indonesia sebut nya nasi uduk 😄 atau nasi gurih. Topping saja berbeda dari nasi lemak.
ReplyDeleteSaya trakhir ke Maribaya sebelum covid. Sukaa juga tempat ini.. tp kalau yg sepeda gantung tuh, memang tak akan coba 🤣🤣.
Saya suka bungy jumping dan rollercoaster, tp kalau yg hrs kayuh sendiri, atau lambat sangat di ketinggian, memang tak mau.
Saya LBH suka yg speednya kencang. Kalau bungy kan cepat, tak sampai 1 menit. Makanya saya suka 🤣
Twig cafe pun cantiiiik sangat. Kalau Lembang memang terlalu banyak tempat2 menariknya.
Eh kami juga ke Orchid forest, tp macam tak melihat ada catur raksasa lah 😅😅
Rumah mode kami skip. Krn sudah ke heritage. Tp memang rumah mode skr besaaar dan luas. Sampai ada aneka jualan dari kuliner legend di bandung. Mereka buka stand di food court nya
THE LODGE MARIBAYA mmg best ..mmg gayat juga yg naik basikal tu..tp best...yg duduk mcm hammok tu tkde plak time kami pegi dlu...cantik view yg waterfall tu
ReplyDelete