Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Moga sihat ceria dan dimurahkan rezeki sentiasa.
Doa buat semua, di mana-mana pun, yang terkesan dengan apa jua dugaan, moga tabah dan dipermudahkan semua urusannya.
KHAMIS, 28 MEI 2026
Alhamdulillah terjaga pukul 3.30 pagi untuk bersiap ke airport. Ikutkan badan memang penat jugak sebab beraya semalam nya namun seronok sangat tak terkata.
Hubby kata cuti lepas Raya Haji jom ke Jakarta dan Bandung. Mummy dan anak2 soleh solehah nak ke Ho Chi Minh City sebenarnya. Tapi kena akurlah dengan sponsor. Flight 7am, cantik sunrise sebelum berlepas, Subhanallah.
View awan kepul2 putih yang sangat2 dirindui.
Air Asia ni macam seat baru, nipis je kerusi tapi comfortable bagi kami. Lena tidur. Sedap dapat Nasi Lemak + coffee sebab raya semalamnya tak sempat makan banyak, riuh rendah riang beraya di rumah.
Tiba di Soekarno Hatta Airport, terus ambil Grab ke WHOOSH STATION HALIM. Bye bye Kota Jakarta, kami tumpang lalu saja. Alhamdulillah tak banyak kereta, masih bercuti raya kata driver Grab. Kami travel dengan 7kg hand carry bags saja. Tiada check in. Ramai penuh flight dan di airport. Rasa dalam hati, entah2 ada blogger lain ke Jakarta jugak.
Sementara menunggu train, terus mencari2 JUS ALPUKAT (AVOCADO). Sambil tu order juga keledek fries dan fried wantan/dumpling rasanya.
Puas hati dapat JUS AVOCADO, Alhamdulillah.
Wah ada TEH TAREK PENANG di dalam Stasiun Halim.
Terus ke Lounge untuk menunggu train.
30 minit saja tiba di PADALARANG STATION.
Naik feeder train untuk ke STASIUN BANDUNG. Tiba di Bandung, kereta sewa dan driver sudah pun ada.
Kami check in apartment dulu. Solat Zohor Asar siap2 sebab dah masuk waktu. Bersih kemas selesa apartment 2 bilik ni. Lokasi di JALAN INDUSTRI, berdekatan PASKAL SHOPPING CENTER. Dalam 2km.
Hubby tanya Mas Ad yang bawa kereta apa itu iga. Lepas diterang2 hubby pun kata jom cari IGA untuk lunch. Maka dibawa ke sini.
IGA BAKAR dengan sos lupa nama. Sedap.
Ayam Bakar sedap sangat.
Jus Avocado lagi. Semua sedap sangat Alhamdulillah.
BUN CERAMICS &THE PAVLOVE ROOM
Ianya sebuah hab kreatif dan kafe sehenti yang sangat popular, meriah dan estetik. Tempat belajar pottery, cafe, vintage photo booth juga kedai cenderahati, mostly dari ceramics.
Anak solehah ni ajak kami ke sini. Ikut aje lah. Daddy ni kalah dengan anak perempuan nya.
Macam2 ada.
Sambil tu kami order Cheesecake, Lemonade Americano dan Peach Americano. Sedap semuanya.
BRAGA CITYWALK
Anak soleh ajak ke sini.
BRAGAVERSARY
Event tahunan katanya, April dan Mei. Antaranya pesta makanan. Macam2 makanan ada. Sebelum ni makan CHEESE COIN di Jepun, kali ni dapat lah merasa lagi. Diorang ni dengan cheese berpisah tiada.
Macam2 ada di Braga City Walk ni.
Hari makin gelap, lebih meriah terang dengan lampu liplap.
Sempat lah sekeping.
Layan kan aje.
Penat berjalan, stop mengopi sekejap. Ikut hati dan kaki je masuk cafe ni.
Cantik cafe nya.
Syoknya dapat duduk setelah menapak 10,000 steps. Anak soleh kata 12,000.
Hubby ni entah lah, snacks yang dia order, PETAI BAKAR cicah sambal.
Suka deco dan ID cafe ni, antara cafe lain di sepanjang Braga City Walk ni.
Yang ini juga.
Malam makin meriah apalagi cuti bersambung raya.
23 PASKAL SHOPPING CENTER
Masuk sekejap buat syarat sebab on the way balik apartment.
Kami jumpa di Braga City Walk.
XIUJANK CHOCOLATE (often stylized as Xi U-Jank) is a highly popular homegrown brand from Ciwidey, Bandung, famous for its premium, budget-friendly Nama Chocolate. Inspired by Japanese Royce' Nama chocolate, it is widely sought after as a signature souvenir ("oleh-oleh") from South Bandung.
Sumber : Mod AI
Terima Kasih singgah baca/komen diari seorang MULAN.
Take care ya. Moga sihat, ceria bahagia, murah rezeki dan senyum selalu.
Alhamdulillah atas nikmatNya, smooth semuanya.


































Wahhhhh selamat berlibur mbak Mulan. Teman2 Malaysia, kalau kesini dan naik Train, biasanya kalau tak Whoosh.. pasti Panoramic, hihihi. Memang 2 train itu terbaik lah ya kalo untuk cuba-cuba.
ReplyDeleteJalan braga itu ramai, tapi seru mbak Mulan. Banyak sekali jajanan juga tempat untuk nongkrong santai, hihihi.
Duh, jadi rindu ingin ke bandung lagi.
Teringin nak naikm whoosh tu ke Bandung...nanti la insyaallah ada rezekinya..akak berkelana lagi rupanya....x sabar nak baca next entry
ReplyDeleteJus alpukat dorg panggil kan. Huihhh snek petai cicah sambal. Lain macam ni.
ReplyDeleteSnack petai tu x pernah jumpa dekat malaysia...takut sebu perut makan mcm tu jer (saya la tu)..
ReplyDeleteEh, blogger Ako pun pergi Jakarta dan Bandung juga, kalau tak silap. Wah.. seronoknya, jalan² tengok negara orang. Tahu jer, anak² tempat menarik nak dituju, ya.
ReplyDeleteYa allah kakak.. mmg kebetulan sungguh tapi tetap la belum ada jodoh dan rezeki kita berjumpa ye. Kami ke Jakarta 29hb, tapi kami jalan-jalan jakarta, then1hb baru kami jejak bandung. Kena cari masa lain ni untuk gather2 kan :D
ReplyDeleteKami sebab nak bergambar depan kepala Whoosh tu la kena tinggal dengan keretapi hijau tu.... huhuhu,,....
ReplyDeleteWhoossh! "Waktu Hemat, Operasi Optimal, Sistem Hebat"
Cantik-cantik tempat yang dikunjunginya. Teringin juga ke sana suatu hari nanti.
ReplyDeleteharitu nampak kak fanny jalan dgn beberapa blogger Malaysia di jakarta bandung. takde terserempak ke?
ReplyDeletealahaii jelesnya tengok dapat minum jus alpukat... saya 6 hari duduk jogja, 6 hari tu jugaklah tak jumpa-jumpa alpukatnya. kecewaaaa
Wow! amazing, jauhnya bercuti dan tarvel ke Bandung - Jakarta..bahagianya dapat pergi sana..menarik perkongsian gambar..
ReplyDeleteBertuahnya dapat travel jauh ni, kita kat Kundasang Ranau ja..
ReplyDeleteJus alpukat tu signature Kota Bandung la kan... Rindu la Bandung, makanan sedap dan shopping heaven juga tu.
ReplyDeletebanyak betul perubahan yg berlaku kat bandung
ReplyDeletenmpk nya kena reeat lg ni
tp tak tahu bila
tgk gmbr2 ni pun dah terasa best
mahal tak coklat xiujank ni?
ReplyDeleteteringin juga nak rasa
Hehe..ingatkan plan jalan-jalan sekali dengan blogger Retna dll tu. Sama pulak ke Bandung.
ReplyDeleteTeam suami saya ni, kalau ke Indonesia mesti nak cari jus alpukat.
Lajunya train dia…lebih 300km/j.
bestnya cuti2 bandung tu!! agak rarelah petai bakar tu..MZ tak mkn petai. mknn nampk semua sedap2 laa..teringin nak gi cuti2 indonesia cuma tak tau bila
ReplyDeleteWahhhhh....best nya JJCM di Jakarta - Bandung. Memang temanya makan-makan. Happening betul. Lawa semua gambarnya. Jus alpukat memang wajib kalau ke Indonesia kan?
ReplyDeleteWajib pesan jus alpokat eh... sedapnya lemak².
ReplyDeleteSnack petai tu memang luar biasa😆
Mall kat sana nampak moden.
Kiteorang kat sana pulak asyik la order es jeruk 😅 macam dah ketagih pulak minum es jeruk.
ReplyDeleteSaya selalu salut, dengan teman2 yg bisa traveling hanya bawa kabin bag 😅😅😅. Sebab saya traveling 2 hari pun, wajib bawa koper besar hahahahahahah.
ReplyDelete.
Kalau kak Mulan asyik jus alpukat, sislin pula kemarin asyik jus jeruuuuuuk saja 🤣🤣.
Aiiih tak ada lihat kafe teh Tarek Penang itulah. Menarik pula.
Kemarin tuh kami pesan iga bakar juga kak. Tapi iga galabag namanya. Cuma kecewa lah, tak terlalu sedap.
Braga tuh memang ramaaaai kuliner. Saya saat dengan uncle memang stay di Braga.
Tp ketika dengan kak retna dkk, tak ada ke Braga samasekali.
Photobooth koran itu padahal kami dah niaaat nak Cuba. Apa daya tak sempat 😔😔
Pandaaai mereka buat nama XIU Jank . Macam nama china. Padahal kalau dibaca dlm BHS Indonesia jadi : Si Ujang. 🤣🤣🤣. Ujang itu nama kebanyakan lelaki Sunda
oh smp jakarta trus ke WHOOSH STATION ...suka iga bakar...jus alpukat pn fav juga..tringat masa pi bandung dlu..tk silap ari terakhir nk blk msia br dpt minum
ReplyDelete