TEMPOYAK, MAMAK DAN SEBAK


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. 
Moga sihat ceria dan dimurahkan rezeki sentiasa.

Doa buat semua, di mana-mana pun, yang terkesan dengan apa jua dugaan, moga tabah dan dipermudahkan semua urusannya.

Jumaat lepas. Nak ke Putrajaya, singgah lunch di Gobang Temerloh. Terkini memang agak padat rutin seharian. Tak sempat nak bw lagi. 


Tak ramai sebab bukan weekend. Senang ke sini sebab masjid seberang jalan saja untuk solat Jumaat.


Ambil troli dulu.


Berbagai macam menu. Tapi kalau weekend memang selection lebih banyak.


Kalau datang ramai2 boleh order macam2 jenis.


Troli kami.


Hubby nak kepala ikan patin. Anak solehah nak ekor. Mummy nak ayam masak merah sebab sedap. Jus tembikai & jus kasturi+laici memang best bila cuaca litlit. Rasanya patin tempoyak ni baru dimasak. Macam masak lauk kari dan gulai, lagi lama lagi sedap, kan.
 


Dah beberapa kali kami miss nak order Asam Pedas ni. Sebab betul2 di main entrance. Terlepas pandang. 


Ahad pagi. Kami 4+1 beradik dan mak ada di KL/Selangor. Nak gather Sabtu petang tapi ada yang nak attend open house dan jemputan kawin. Last2 decide pagi Ahad paling elok, jalanraya semua tempat kurang sesak. Nak decide tempat nak jumpa pun satu hal. Asalnya nak ke KUEH CAFE Mr E tapi comel cafe nya. Kami 16 pax. Last2 Q BISTRO SS15 jadi pilihan, sebab tengah2 buat kami 4 beradik.


Sedap2 semua di Q Bistro ni sebab mak cakap sedap. Rojak memang sedap.


Mi Goreng Mamak sedap. Roti Tisu tu 40 minit baru tiba, tapi tak apa sebab kami memang duduk lama. Menunggu yang lambat sebab pergi hiking dulu. Meja lain memang banyak kosong lagi, luar dan dalam. Sejam setengah lah juga baru bersurai. Intai2 juga kalau customer lain datang tiada meja. 


Family kecil kami mak, 4 anak dan cucu2 tapi tak cukup semuanya. Missing 3 cucu mak - anak soleh, Mq dan Mf.


Isnin petang-malam di KLIA T1. Bawa mak hantar cucu yang akan fly ke Dusseldorf, Germany. Hubby dah balik pagi Isnin naik bas. Kena kerja.


Moga cemerlang semua cucu2 mak, dunia akhirat.



One for the album.


Anak2 adik bongsu no4 ni, ada 2 team. Sulung dan second, lahirnya rapat beza 2 tahun. Kemudian gap 8 tahun, lahir sepasang lagi, no3 dan no4 gap 3 tahun. So, abang dan kakak nya memang lah close sangat. 


Meriah macam stadium jadinya KLIA malam tu. 


 Moga sentiasa dilindungi Allah, cemerlang dunia akhirat. 

Gonna miss you dearest nephew..!!

First time drive pukul 11 malam tanpa hubby, dari KLIA balik rumah Putrajaya. Tapi ada anak solehah dan mak. Ada ketika tiada lampu jalan, gelap, pheww seram. Mak pulak ada tanya apa benda putih kat jalan. Aduiii makkkkk... Kita buat tak dengar, sampai sudah tak tanya lagi hehe.

 Terima Kasih singgah baca/komen diari seorang MULAN.
Take care ya. Moga sihat, ceria bahagia, murah rezeki dan senyum selalu.

Alhamdulillah atas nikmatNya.

17 comments

  1. selamat belajar di negara orang buat nephew Kak Mulan...seronoknya...tapi mesti sedih lama x ju pa nanti kan...seronok lepak ramai- ramai kat QBistro..

    ReplyDelete
  2. Fly high anak!
    Aduh seram pulak. Siangnya tak tanya semula ke Kak apa yg bonda nmpk tu?

    ReplyDelete
  3. Sukses yaaa semuanyaa!
    Duh, sedap betul mbak lihat makanan yang tersaji di troli. awalnya saya kira troli tu buat ambil ikan mentah. Ternyata justru yang sudah masak yaa..
    Hamdalah, nikmat-nikmat semua tu.

    ReplyDelete
  4. Tahniah dan semoga balik dengan kejayaan 👏🏻
    Bercakap pasal travel malam2 dekat jalan gelap, teringat pengalaman ke Gambang atas urusan kerja. Bertolak pukul 10malam lepas habis kelas dekat UM, mak saya yang temankan saya drive di sebelah. Dari jauh nampak van yg on lampu dalam van tu. Mak tanya 'van apa tu?'. Bila kiteorang limpas, rupa2nya van jenazah. Terus mak terdiam sampai Gambang 😂

    ReplyDelete
  5. Q Bistro mana tu? Kat tepi tasik Putrajaya ke?. Cantik Q Bistro kat sini dan luas.

    ReplyDelete
  6. Congrats to ur nephew.sgt bertuah tu dpt further study kat obersi

    ReplyDelete
  7. Tahniah untuk anak buah Mulan.
    Adehhh... ada benda putih pulak.

    ReplyDelete
  8. Oh? Pakai tolak2 troli la pulak?

    ReplyDelete
  9. Kalau balik Temerloh akan lalu Go'Bang Maju. Belum ada rasa nak singgah sini tapi bila tengok entri ni rasa nak mencuba pula. Apa pun kalau tanya orang Pahang mesti akan kata overrated Go'Bang ni. Tertanya juga dari mana dapat nama dan apa maksudnya.

    ReplyDelete
  10. Alhamdulillah atas setiap rezeki yg tidak pernah habis dariNya.

    Tahniah untuk anak buah akak, jauh perjalanan belajar ya. Memang rezeki

    ReplyDelete
  11. Beberapa kali saya baca ttg go bang maju ini. Tp blm rezeki lagi nak mencoba. Ntah kapan lah bisa mampir temerloh 😄. Liat menu langsung tahu sedap. Apalagi tempoyaaak 😍😍😍. Memang sukaaaa saya kak.

    Congrats untuk keponakan kakak yg nak study overseas. Semoga lancar dan selamat.

    Saya pikir semua itu cucu Mak, ternyata 1 saja yg nak berangkat yaa 😅

    ReplyDelete
  12. Aaa nak gi, nak makan kat Go'Banggg :( Favv betul ikan patinn.

    ReplyDelete
  13. Tumpang seronok tengok anak orang pandai-pandai boleh belajar luar negara.
    Saya tak pernah makan di Gobang Maju tu. Menarik untuk disinggah, lain kali.
    Alamak, mak pergi tegur pula. Hehe..

    ReplyDelete
  14. Alhamdulillah rezeki berkumpul adik beradik bersama emak dan makan sedap-sedap di Q Bistro. Nanti kalau ada site visit belah PJ nak hasut teammate cari di manakah kedainya😅Semoga anak saudaranya yang sambung belajar di Jerman dipermudahkan urusan, cemerlang dunia dan akhirat. Semoga ada rezeki juga untuk makan di Go Bang lagi 1 hari nanti

    ReplyDelete
  15. resto ni sy tahu sbb fila amir mkn kt sini dulu hehe
    bila agk nya sy dpt mkn patin tempoyak kat sini😁

    ReplyDelete
  16. teringat ms hntr naufal thn lps. yg pegi tu x ramai then sek pun lain2 krg havoc nya 😁

    apa pn selamat belajar boy & jg diri💪

    ReplyDelete
  17. Lama betul tak pegi kedai makan tu, dulu selalu juga singgah kalau nak ke Kuantan.

    ReplyDelete