DIARI YANG TERTANGGUH


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. 
Moga sihat ceria dan dimurahkan rezeki sentiasa.

Doa buat semua, di mana-mana pun, yang terkesan dengan apa jua dugaan, moga tabah dan dipermudahkan semua urusannya.

Alhamdulillah seronok dah dapat template baru dari SII NURUL. Boring dengan template yang lama. 

Lama tak update, kisahnya bila anak solehah balik cuti semester, memang akan ada macam2 hal dan isu berbangkit, tertangguh dll nya hehe.

Dia request FISH n CHIPS bila ditanya, Alhamdulillah ada ikan yang baru. Hubby dah dua kali masuk laut lepas puasa. 


Bahagian isi buat Fish n Chips, bahagian ekor boleh buat MIANG PLA. 


Bahagian kepala, buat Kari Kepala Ikan.


BUTIR NANGKA. Favorite kami, buat juadah iftar puasa 6 minggu lepas. Dengan anak2 ni macam2 lah dia combine dua color jugak. Bab menggentel memang kena tunggu dua beradik ni. Mummy malas.


KIMCHI-JIGAE.
Terbeli soft tofu banyak. Buat kimchi-jigae ni. Senang sangat, stok kimchi memang ada. Tumis garlic, masukkan kimchi, ayam/ikan/daging, fish cake, gochujang, enoki mushroom, tofu, garam gula dan air. Masam manis masin rasa kimchi-jigae ni. Boleh makan dengan nasi atau Udon.


Sahur yang malas. Chicken Salted Egg dengan nasi.


Ada lebihan sate ayam dan kacang kuda. Wrap dipanaskan dan ditekap dengan telur.


SATE WRAP


Lupa nama lauk ni hehe. Tapi memang super sedap.


Tak ada ikan patin. Masak lauk tempoyak + daun kesing/pijat/cemomok dengan ikan yang hubby tangkap selepas Raya. Mak saudara Jerantut yang ajar, dia tak pernah guna daun kesum atau kantan. Daun kesing ni seakan rupa daun kunyit dan bau agak tak wangi. Macam bau pijat.


Favorite kami.


NASI GANJA BERDENGUNG KUANTAN 
Tak ada Nasi Kandar Penang, bagi kami di sini dah cukup sedap walaupun lauk tak banyak. Ayam madu, ayam bawang memang sedap. Lunch berdua di luar dengan anak solehah.


Mak hantar link TikTok di Whatsapp group kami adik beradik, suruh buat sosej sendiri. Leceh la nak isi dalam plastik ais krim tu. Kita buat Chicken Meatloaf lagi senang. Alhamdulillah elok jadi sedap sangat dan senang juga lagi murah. Anak2 tak sabar nak makan, terus makan dengan wrap, letak apa2 yang ada. Hajat nak simpan dulu, tak kesampaian.


Cari2 resepi, jumpa di TikTok LIMAUNIPIS. Walaupun ada sedikit tak cukup bahan namun elok sedap jadinya, Alhamdulillah. Kisar semua bahan. Guna baking paper lagi elok dari cling wrap plastic, sebab permukaan chicken slice akan lebih kering.


NO BAKE CHEESECAKE 


Pagi tadi kemas balang2 biskut dan jajan, jumpa digestive biscuits dan biscoff. Elok2 je 200gm biskut tu. Gugel2 jumpa resepi di bawah.

200gm biscuits (kisar halus)
70-80gm butter dicairkan (gaul sekali, tekan dalam loyang/bekas)

250gm cream cheese
60gm castor sugar 
1 teaspoon vanilla 
200ml cream (whipping/double tak kisah)

- Pukul semua bahan, boleh guna mixer atau senduk hingga sebati dan sekata

1 suduteh serbuk gelatin
2-3 sudubesar air menggelegak 

- Kacau hingga gelatin hancur
- Campur adunan cream cheese dan gelatin
- Gaul secepatnya, tuang ke atas lapisan biskut
- Sejukkan dalam peti at least 3-4 jam. Tapi lepas sejak pun dah ok.

Actually resepi asal, tak guna gelatin pun. So, boleh je nak abaikan gelatin tu.


 SUP TULANG MERAH YANG TAK MERAH
Semalam jumpa tulang dalam freezer. Defrost 3-4 jam. Ke dalam Noxxa bersama pes Sup, pes Sup Siam, sup punjut, kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga, sos cili, sos tomato, garam gula secukup nya. HP55 dan sambung mode Stir Fry untuk pekatkan kuah. Makan dengan roti, yummeh.

Rutin seorang Suri, maka nya memang lah berkisar banyak tentang memasak. 

Nanti free kita blogwalk ya. Rutin hidup ada nak kena adjust lepas ni.

Terima Kasih singgah baca/komen diari seorang MULAN.
Take care ya. Moga sihat, ceria bahagia, murah rezeki dan senyum selalu.

Alhamdulillah atas nikmatNya.

48 comments

  1. Memang teruja tengok masakan Mulan ni dan nampak kemas la template blog ni. Banyak warna putih macam saya jugak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masak2 ni memang dah kerjaya hehe tapi bukan rajin setiap masa. Bila bosan mula lah nak tukar2 template tapi memang suka yang ni.

      Delete
  2. Melihat butir nangka tu tiba-tiba teringin nak makan bubur candil. Bubur candil ni ala-ala butir nangka juga tapi versi Jawa.

    ReplyDelete
  3. Pernah buat sosej sendiri masuk dalam plastik eskrem..ya Allah. Seksa nak masuk..tapi, sosej nya memang sedap.. nak buat lagi, kerajinan tak berapa nak sampai..hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya Linda, pernah buat sebelum ni memang renyah. Itu lah sebab buat chicken slice lagi senang

      Delete
  4. Sedap plak nampak semua makanan tu...yeayy..SA dah settled puasa 6...tekak nak makan sup2 je ha...

    ReplyDelete
  5. Tudiaa air tangan Kak Mulan 🤤 semua nampak 👍🏻 macam kat restoran mahal! Bila la ada rezeki nak merasa sebab nampak sedap2 semuanya 😝

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ehh takde lah, kita masak kat rumah tapi tiru2 diorang je 😍😍

      Delete
  6. terus lapar tengok makanan. cantik template baru simple je tak serabut.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Tukar angin sikit hehe

      Delete
  7. saya selalu teringin nak jadi macam akak,rajin masak sedap2 cantik2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Afzan kerja memang limited masa kan. Ni pun ikut mood.

      Delete
  8. cantik la template baru ni. i like!!! teringin nak tukar la jugak template kat blog i tu, kena cari masa la nak godek2

    ReplyDelete
    Replies
    1. This time nak yang simple je. Tukar angin hehe.

      Delete
  9. mknn semua tak pernah tak sedap. mcm restoran 6 bintang dh ni!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak suruh family member ni semua makan bagi habis haha.

      Delete
  10. bukan diari yg tertangguh ni tapi menu yg tertangguh! Sekali memasak mcm2 ada gitew! Yummy...

    ReplyDelete
  11. Wah pantas kok ada sesuatu yang beda. Ternyata lebih fresh ya tampilan yang sekarang, lebih clean templatenya.
    Liat makanannya dari awal sampai akhir, langsung ngiler saya mbak. Rasa ingin ambil dari layar dan makan segera, hahaha. itu butir nangka tuh beneran dari buah nangka asli atau bukan ya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya Fajar mau tukar angin template yang baru hehe. Aduhh menu biasa2 saja makan dengan keluarga. Oh bukan biji nangka asli. Ianya dibuat dari tepung pulut yang dicampur air, dibentuk serupa butir nangka dan direbus. Kemudian dimasak dengan santan dan gula.

      Delete
  12. Suka juga hasil kerja Nurul, pandai dia buat template blog.
    Tapi profile Mulan masih belum open to public. Saya klik link blog dari bloglist saya.
    Best betul tengok, fish and chips dari ikan tangkap sendiri. Segar, dan besar pula tu, saiz ikan. Semuanya nampak syedap-syedap belaka. 😋

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang pandai kan Nurul ni. Oh ok dah tukar open to public. Rezeki dapat ikan besar, Alhamdulillah

      Delete
  13. kak, akak takde rumah kt area ukay perdana ke? kalau ada datang nk datang rumah la... sedap2 nengok makanan akak. Kepala ikan tu alahai, semua la sedap

    ReplyDelete
  14. cantiknya template baru!
    yg buat sosej DIY tu, ada tengok kat tiktok jugak. nampak mudah, tapi tak suka bila tang rebus tu dgn plastik2 skali masuk air. tak elok sangat :/

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tukar angin dengan template baru hehe. Tak perlu rebus actually, kukus sekejap kemudian panas atas kuali.

      Delete
  15. Cantik template baru 👍🏻👍🏻👍🏻
    Tergoda tengok gambar first, plating lawa 😍

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tukar angin ni PH hehe 😍😍
      Plating biasa2 guna pinggan yang ada.

      Delete
  16. Template baru fresh dah simple. Comel juga. Asal masuk blog Mulan terpesona tengok semua makanan. Fine dining sokmo vibesnya. Mulan pandai betul ubahsuai resepi ikut bahan apa yang ada di dapur. Ini skill yang memang KSarie tidak ada. Skill KSarie yang dari dulu kini dan selamanya adalah makan dengan jayanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tukar angin ni KSarie cari yang simple hehe. Alaaaa kan sekarang semua di jari je. Duduk rumah ni memang banyak makan di rumah. Nak vibes makan di luar hehe.

      Delete
  17. lauk yg lupa namanya tu sgt bahaya kalau mkn heheheh nnt tau2 nasi habis seperiuk

    ReplyDelete
  18. bila sate tak habis mcm2 idea datang kan nak bagi perabih hehehe

    ReplyDelete
  19. Wah..rumah berwajah baru! Lebih kemas tersusun.
    Seronok tengok list kat bawah blog…banyaknya negara Mulan dah explore. Tersusun kemas, senang pembaca nak buat rujukan.

    Menarik buat sosej sendiri. Saya dah lama tak beli/makan sosej sebab tak boleh makan rasa terlalu masin pada saya. Kalau buat sendiri tentu sesuai dengan tekak sendiri. Tapi..mana nak beli rajin? 😄

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tukar angin ni Ujie 😍😍. Alhamdulillah diizinkan Allah. Simpan untuk kenangan, nak cari senang. Betul memang tak elok sangat makan sosej sebab itu cuba buat sendiri. Tapi buat sosej renyah, so kita buat chicken slice lah.

      Delete
  20. sedap2 smua menu..buti nangka tu lama tk mkn..aritu ada majlis raya level kt opis ada menu tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah menu yang family makan. Butir nangka memang favorite kami.

      Delete
  21. Sedapnya Mulan masak tempoyak ikan tu. Ikan tu pulak jenis gebo pulak. Puas la makan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu lah asyik ingat patin padahal boleh je guna ikan lain.

      Delete
  22. Besar betul ikan tu.. boleh masak sampai 3 jenis.

    ReplyDelete
  23. Wah 1 ikan bisa 3 lauk yaa, fish n chips, miang pla dan gulaj kepala 😄👍👍👍. Besar sangat berarti ikan yg ditangkap kak. Dari kepalanya pun terlihat.

    Kalau kepala ikan, ini memang favorit suami saya. Saya sampai skr msh belum bisa makan.

    Kimchi jigae juga favorit saya sangat 😍😍. Tp dah lama tak bikin sejak tak stok kimchi lagi. Dan gochujang pun sedang tak ada. Nantilah nak beli lagi.

    Chicken buttermilk, ini pilihan saya kalau dah bingung nak masak apa 😄. Mudah dan sedap.

    Sayapun ada simpan beberapa resep sosis handmade kak. Tapi sampai skr tak buat2 hahahaha. Ntahlah macam mana level kemalasan 🤣.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah rezeki dapat ikan besar. Kepala ikan selalu hubby suka masak Kari.

      Di rumah, kimchi mesti ada. Senang nak masak apa2. Chicken buttermilk memang senang masak kan 😍😍

      Masa anak kecil2 memang beli yang siap di kedai. Cuma sekarang ramai yang share resepi sosej nya. Hubby kata cuba lah buat sebab sihat 😄😄

      Delete
  24. Mulan kalau buat entri masakan memang terus rasa lapar even baru lepas makan, haha. Power eh Mulan !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ehh takde lah. Saja2 nak vibes makan di kedai. Kalau tak sedap pun, diorang kena makan jugak haha..

      Delete