TUAI PADI ANTARA MASAK, ESOK JANGAN LAYU LAYUAN


KEK PISANG IFTAR jemputan jiran setaman sebaris petang tadi. Alhamdulillah elok jadi walaupun derhaka resepi sikit. Bahan tak lengkap. Nak cepat masa ni, nak ke rumah jiran dah. Snap foto dalam loyang je lah.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. 
Moga sihat ceria gembira dan dimurahkan rezeki sentiasa.

Doa buat semua, di mana-mana pun, yang terkesan dengan apa jua dugaan, moga tabah dan dipermudah kan semua urusan nya.

اللهُمَّ إِنَّكَ عَفُوٌّ تُحِبُّ الْعَفْوَ، فَاعْفُ عَنِّي

Selamat Berpuasa. Moga ibadah kita diterima Allah. 


Senang resepi ni sebab guna blender saja. Asalnya nak balik Putrajaya nak berbuka dengan anak solehah dan settle beberapa hal, last2 tengahari decide tak jadi sebab anak solehah banyak assignment dan hal kami boleh ditangguh. Lepas Asar baru terfikir nak buat kek, bawa ke rumah jiran. 



Saya tak suka iftar di luar sebenarnya. Samada keluar dengan keluarga atau atas jemputan tempat kerja suami/kawan dll nya. Sebab sakit mata tengok pembaziran makanan especially Buffet Ramadan. Ramai suka ambil banyak2 kemudian tak habis. Kalau berbuka di rumah dengan keluarga, saudara atau kawan2 tak apa sebab makanan tak habis, boleh disimpan dan ditapau.

Foto : Pinterest 


Bila makanan diambil banyak dan tak habis, langsunglah tersadai di atas meja, menjadi pentas untuk disaksikan insan sekeliling yang makanan awak tak habis. Terkadang ada pula yang ambil banyak dan offer kita bertubi2. Dikata ambil banyak untuk berkongsi semeja. Walhal makanan yang diambil bukan kesukaan kita. Makan lah apa yang diambil. Tadi, ternampak sebiji cupcake yang elok lengkap, di dalam tong sampah. Terasa tertumpang dosa. Nauzubillahi minzaalik.

Foto : Pinterest 


Kami pernah menetap di Ho Chi Minh, Vietnam pada hujung 90an. Ketika itu HCMC mundur dan rakyatnya ramai yang agak susah. Pemandangan agak biasa, makanan dikutip dari tong sampah untuk dimakan. Senak hati, ketat jiwa melihatnya. Terkesan hingga kini. Anak2 memang diberi amaran hingga kini, jangan main2 dengan makanan. 

Foto : Pinterest 

SURAH AL A'RAF (Ayat 31)

يَا بَنِي آدَمَ خُذُوا زِينَتَكُمْ عِنْدَ كُلِّ مَسْجِدٍ وَكُلُوا وَاشْرَبُوا 
وَلَا تُسْرِفُوا ۚ إِنَّهُ لَا يُحِبُّ الْمُسْرِفِينَ 

Wahai anak-anak Adam! Pakailah pakaian kamu yang indah berhias pada tiap-tiap kali kamu ke tempat ibadat (atau mengerjakan sembahyang), dan makanlah serta minumlah, dan jangan pula kamu melampau; sesungguhnya Allah tidak suka akan orang-orang yang melampaui batas. (31)

Bermaksud jangan membazir....


TOP COMMENTATORS 2025

Terima Kasih menceriakan blog tahun lepas. Cenderahati yang tak seberapa baru saja dipos hari Khamis. Terima Kasih tak terhingga buat blogger BOLA KATOK yang banyak membantu. Untuk Fanny, cenderahati nya akan diberi kemudian bila bertemu Insyaa Allah. Ada extra small gift buat blogger ANIES dan MAMA ZHARFAN sebab tekaan hampir tepat, negara yang kami pergi bercuti November tahun lepas. Masih juga menanti alamat dari blogger Fiza untuk tekaan negara hampir tepat. Lama tertangguh banyak halnya. Bertukar2 plan dengan cenderahati nya, mohon terimalah seadanya. Alamat ditepek sedara rawak, tidak memilih penerima except untuk Anies dan MZ sebab tekaan negara hampir tepat.


Alhamdulillah rezeki. Cenderahati dari blogger Puan Notie (kain pasang berbunga) juga dari blogger NUR aka TOT dengan tudungnya + pouch, keychain, notebook dan penunjuk Al Quran. Moga kalian sentiasa dimurahkan rezeki. 

Terima Kasih singgah baca/komen diari seorang MULAN.
Take care ya, moga sihat, ceria bahagia, murah rezeki dan senyum selalu.

Alhamdulillah atas nikmatNya.

MOHON DOA BUAT SAHABAT KAMI DI BAHRAIN YANG TEMPATNYA AGAK BERHAMPIRAN US ARMY BASE DI SANA YANG TELAH DISERANG. MEREKA DINASIHATKAN MENCARI TEMPAT BERLINDUNG YANG LEBIH SELAMAT. 

YA ALLAH, PELIHARA DAN LINDUNGILAH MEREKA.


Comments

  1. Yeay! Dah terima dengan bangganya!
    Thank you so much!

    ReplyDelete
  2. Aamiin for the doa...sedapnya kek tu :) cute jer tajuk2 entries blog mulan ni tajuk2 lagu ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah lama tak buat kek pisang. Terlalu lintas dalam kepala lagi ni 😍😍

      Delete
  3. Setuju tentang pembaziran bila buffet. Ada yang ambil banyak sebab takut habis. Lepastu tak termakan. Saya sendiri akan rasa malu kalau pinggan ada makanan lagi dan pelayan nak ambil. Sentiasa ingatkan diri sendiri dan anak² untuk ambil makanan secukupnya. Kalau kurang, kan boleh ambil lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul buffet tu kan boleh diambil lagi. Ambil sikit2 lah dulu.

      Delete
  4. Wah betul sungguh, kak Mulan. Memang sebaik-baiknya berbuka itu di rumah sahaja, dengan hidangan seadanya dan secukupnya.
    Saya tidak suka melihat makanan terlalu banyak, kerana belum tentu habis dimakan. Akhirnya hanya terbuang, jadi membazir.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Berbuka di rumah juga tenang dan tidak kalut2 mau cepat nak solat. Kadang bilik solat penuh. Betul memang selalu tengok makanan tak dihabiskan kalau berbuka di luar.

      Delete
  5. Dulu saya teruja nak buka puasa di luar, tapi rasanya lebih selesa berbuka di rumah sendiri bersama keluarga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang lebih tenang dan selesa kan Kak Amie berbuka di rumah

      Delete
  6. saya pun tak suka berbuka puasa kat luar. memang tak pernah makan buffet ramadan pun. patutnya bulan ramadan ni mengajar kita utk besederhana, tapi jadi pembaziran pulak bila makanan diambil tak kawal nafsu. sayang bila rezeki dibuang macam tu je..

    saya dah terima hadiah semalam. terima kasih banyak2 tau! <3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Umpama makan di kenduri kawin jugak ambil makanan banyak dan tak habis. Membazir kan.

      Alhamdulillah dah sampai. Sama2 kasih. Thanks selalu singgah blog.

      Delete
  7. Cie pun tak suka berbuka di luar. Lagi2 buffet Ramadan bagi Cie macam pembaziran sebabnya makan sikit je. Kalau berbuka di kedai pun lebih selesa berbuka dulu di rumah & lepas solat baru ke kedai makan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau yang ambil banyak tapi tak habis tu memang lagi membazir kan. Solat dulu lagi tenang.

      Delete
  8. Lebih gemar berbuka Di rumah walaupun menu ala kadar sebab selesa. Kek iftar tu banyaknya coklat. Alhamdulillah sudah terima kainnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul berbuka di rumah lebih tenang dan selesa. Macam kosong kek tu, maka kita tambah lah sikit chocolate chips. Alhamdulillah dah sampai, terima kasih.

      Delete
  9. Masa saya pi Hanoi atas urusan kerja tahun 2004 cenderahati makanan Dan barang mereka terima dgn gembiranya walaupun kecil. Tu pun nasib member opismate bagitau. Kalau tau lagi banyak makanan malaysia saya bawa. Big boss dia humble je walau pangkat besar pergi kerja naik motor


    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul diorang sangat menghargai. Di Vietnam memang naik motor paling senang.

      Delete
  10. Aamiin doanya. Begitu juga ianya berbalik pada puan mulan

    ReplyDelete
  11. Sama, saya skrg lebih selesa berbuka di rumah. Dulu suka bila dapat makan di hotel. Tapi anak2 pula belum puas merasa makan di hotel :)
    Semoga baik² saja utk rakyat kita di sana dan semuanya pun kembali tenang 🤲🏻

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lebih selesa di rumah kan. Tapi buffet Ramadan memang lah best, macam2 ada kan. Sekali sekala tapi tu lah view makanan yang dibazirkan, rasa tak best jugak.
      Aamiin Ya Rabbal Aalamiin

      Delete
  12. Aamiin untuk doanya ya. Terima kasih Mulan di atas hadiahnya. Blog post menyusul nanti....

    ReplyDelete
  13. berbuka puasa di rumah aje apa seadanya

    ReplyDelete
  14. Elok kejadian kek pisang tu, cantik hadiahnya kak

    ReplyDelete
  15. Saya setuju bab buka puasa di rumah. Dulu pun ada habit nak pergi bazaar beli macam macam. Tapi sekarang memang kalau nak beli akan fikir 2-3 kali lepastu memang masak paling best sbb portion kita masak tu lah yang sesuai untuk kita

    ReplyDelete
    Replies
    1. Berbuka di rumah lebih tenang. Memang lah Bazar dan buffet Ramadan offer macam2 kan. Kena bijak membeli.

      Delete
  16. kalau berbuka kt luar jenis buffet mmg rasa membazir dgn harga ratus2 sbb mkn bkn byk...kalau dpt jemputan ok lg..rezeki jgn di tolak tp kalo nk byr ratus2 tu mmg rasa tk berbaloi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul kadang tu lah company yang bayar atau dibelanja, namun ambil lah berpada2. Jangan membazir makanan tak habis, kan.

      Delete
  17. nak alamat blogger azhafiza ke? sy ada kalau betul tu org yg dimaksudkan...

    ReplyDelete
  18. alhamdulillah terima kasih byk2 jg kpd tuan tanah atas pemberian termpoh hari...

    wahhh cantik kain pasang bunga2 tu.... boleh daa buat baju raya nanti ;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama2 kasih. Cantik kan kain tu. Tak sempat nak tempah, tunggu lepas raya lah.

      Delete
  19. Terima kasih Mulan di atas pemberiannya. Ha KSarie pun rimas kalau ada pembaziran makanan ni. Kalau ada kursus ke apa di hotel kita boleh tengok ramai yang ambil selambak lepas tuh tidak habis. Perut kita ni takat mana benar la yang boleh makannya. Tahniah juga Mulan dapat cenderahati daripada Pn Notie. Pasal tajuk blog Mulan ni tiba-tiba teringat pada seorang sunbae yang telah meninggal dunia pada 2017 sebab beliau suka lagu lama

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama2 kasih KSarie. Walaupun dibayar tapi membazir aduii sakit mata kan. Alhamdulillah dapat cenderahati Puan Notie. Lagu ni memang suka sebab arwah ayah selalu nyanyi.

      Delete
  20. Sy x suka buka kt luar sbb maghrib rushing, org ramai nk berebut-rebut pulak tu.. kek pisang antara kek yg sy teringin nk buat tp x terbuat lg.. x pernah lg buat kek pisang sendiri sebenarnya.. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul memang rushing lagi2 bila nak solat kan. Buat lah sebab kek ni guna blender saja.

      Delete
  21. Sebab tu SA x pergi berbuka puasa kat hotel2 kak..sebab masalah ni la..bayar mahal, makan seciput je..x habis membazir..selalu nampak table masih banyak makanan ditinggalakn begitu aje...sebab tu SA selesa berbuka kat rumah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Berbuka di rumah memang lagi selesa. Kalau dibayar sekalipun berbuka di luar tapi jangan membazir kan.

      Delete
  22. Setuju bab pembaziran, sedih tengok makanan terbazir. Ambil la sikit dulu, tak cukup baru ambil lain. Saya pulak sebolehnya elak aktiviti berbuka puasa bersama (kawan/keluarga), sebab nak berbuka ringkas je nak kejar waktu solat dan mudah tarawih. Kalau dah berkumpul tentu meriah juadah dan ambil masa lama. Ramadan cuma sekali setahun. Gathering banyak lagi masa lain. Eh…panjang macam entri blog pulak 😆

    Alhamdulillah…cantik berbunga hadiahnya, yang terima pun berbunga hati kan 😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang sedih tengok makanan membazir kan. Banyak pilihan dihidangkan. Betul kalau berbuka ramai2 memang seronok kadang terlama berborak. Kena pandai urus masa supaya sempat terawih. Kemudian sambung lepas terawih.

      Alhamdulillah rezeki hadiahnya 😊😊😊

      Delete
  23. Kalau berbuka di hotel mahalnya satu hal, rasa macam membazir pun iya, sebab sejenis makan sikit. Betul apa yang Mulan cakap. Bila beli dan makanan tak habis, selalu ingatkan pada anak², orang Palestin atau orang susah, nak makan pun takde makanan. Aminn 🤲 atas doanya. 🤗 Cantik design kain kak Notie bagi tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Walau dibayar sekalipun buffet Ramadan tu, jangan lah membazir. Ambil secukupnya lah kan. Nak bayar buffet di hotel memang tak lah sebab kita sama makan tak banyak. Kalau lepak lama sambil makan, berbaloi lah jugak 😊

      Delete
  24. Perang iran Amerika ini jujur bikin saya stress, Krn efek globalnya ga main2 😭. Temen2 saya pun banyak yg kerja di oil company Qatar, tapi Alhamdulillah semua aman walau sempat ada ledakan. Semoga ada penyelesaian yg baik utk semuanya ya kak.

    Aiiih terimakasih , ada juga hadiah utk saya yaa 😄😄😍
    Semoga bisa ketemu kakak lagi di tahun ini.

    Saya juga sangaaat menghindari buka puasa di luar kak, tp LBH Krn susah nak sholat. Di mall pasti ramai. Jadi biasanya saya akan ikut bukber (buka bersama) jika sedang haid.

    Kalau masalah makanan banyak terbuang di restoran AYCE, ini juga mengganggu sangat. Ntahlah kenapa Orang2 itu tak berpikir sedikit kalau masih banyak orang lain yg tidak bisa makan. 😭. Saya pun selalu merasa berdosa jika sampai terpaksa membuang makanan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul perang ini buat kita semua stress memikirkan nasib orang awam yang terkesan dengannya. Moga teman2 kita di sana dilindungi Allah.
      Insyaa Allah moga kita dapat bertemu lagi tahun ini 😍😍😍
      Berbuka di luar walau di mana memang jadi agak susah especially ketika mau solat sebab ramai.
      Begitu lah kalau tidak fikir awal2, ambil makanan dengan banyak, jika tidak dapat dihabiskan lalu membazir dan terbuang.

      Delete

Post a Comment