NOTHING'S GONNA CHANGE MY LOVE FOR YOU
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Moga sihat ceria gembira dan dimurahkan rezeki sentiasa.
Doa buat semua, di mana-mana pun, yang terkesan dengan apa jua dugaan, moga tabah dan dipermudah kan semua urusan nya.
Selamat Berpuasa. Moga ibadah kita diterima Allah.
Jumaat malam adik lelaki no4 balik rumah mak. So Sabtu kami berbuka puasa ramai2 di rumah mak ajak uncle sekali. Tak masak, kami decide beli je sebab suruh adik bawa anaknya shopping favorite food dia, sebab tak lama lagi akan ke Germany, Insyaa Allah untuk sambung belajar, awal bulan 3 nanti. Aihh tak sempat raya sama2. Alhamdulillah semua yang dibeli sedap2. Diorang ke Bazar Ramadan di Padang MBK yang tersohor dengan berbuka puasa di padang dah bertahun2.
Sata, Otak2, Ayam Bakar & Ikan Bakar Portugis.
Nekbat (kuning menyala) & Murtabak Anuar.
Kuih Serabai & dessert Thai tak tau nama.
Kuih Nekbat yang kuning tu, selalu ada di bulan puasa saja. Dessert Pantai Timur. Asalnya macam kuih bahulu tapi kering dan tawar. Dimasak dengan air gula sebelum makan. Murtabak Anuar memang sedap dan famous di Kuantan. Kuih Serabai macam bingka kosong putih dan dimakan dengan kuah seakan serawa. Dessert Thai tu, sedap juga. Ada sagu merah, juga seakan pisang (bersalut hijau) dimakan dengan santan dan air gula melaka rasanya.
Iftar Ahad. PAN FRIED IKAN, dengan non stick pan MASAKI. Angkat ikan dan tumis semua bahan sayuran yang ada. Misi menghabiskan bayam dan cauliflower, maka itu lah sayurannya. Macam biasa tumis garlic cincang dengan butter. Masukkan sayur dan susu.
CINNAMON KERAMAT
Kuih keramat bersalut brown sugar dan cinnamon powder. Mintak mak order kan sebab supplier dekat rumah mak. Tapi tu lah, tak pernah dapat bayar. Kalau nak bayar jugak, menahan lah bebelan mak.
PRATABAK
Ada frozen prata. Ada inti ayam kuih dadar ayam baru2 ni. Campur inti ayam dengan telur sebiji, agak2 lah. Keluarkan sekeping prata dengan plastik di bawahnya, lembutkan sebentar. Letak inti ayam dengan telur. Lipat separuh dengan plastik seperti dalam gambar. Kepitkan bahagian tepi supaya inti tak keluar berlari sana sini. Masuk ke dalam freezer sebentar, supaya senang nak tarik plastik dari prata tu. Goreng lah macam prata biasa. Yes, jadi Alhamdulillah, my instant Murtabak.
Makan bersama bawang besar potong panjang + cuka + gula.
Kita bagi nama PRATABAK lah. Prata + Murtabak.
KIMCHI FRIED RICE
Sahur kelmarin kot. Nak buat BIBIMBAP, tapi nasi frozen tu rupanya beras biasa, bukan beras Sumo Jepun. Label pada bekas nasi tu silap.
LEMPENG UDANG
Bila dah malas menggoreng. Potong udang kecil2, goreng garing dengan sedikit minyak di dalam non stick pan MASAKI atau apa2 brand. Letakkan adunan lempeng + daun kunyit hiris halus. Terbalikkan. Alhamdulillah udang masih garing. Makan dengan sos keropok atau apa2 sos kesukaan lah. Boleh terus hidang.
LOPIS SUDU
Rendam beras pulut at least 4 jam dengan daun pandang dan esen hijau. Buangkan air atau boleh gunakan air rendaman untuk masak pulut. Air sama paras beras. Letak beberapa titik minyak dan secubit garam. Sudukan beras pulut yang dah masak dan golek ke dalam kelapa parut + garam. Cara saya yang rajin. Tak perlu bungkus dalam daun pisang dan kukus. Hehe.
MI REBUS MASAM MANIS
Tumis bawang besar dikisar dengan ciliboh. Masukkan ayam, udang, sos tomato, sos cili, air dan garam gula secukup nya. Bila dah menggelegak, masukkan sawi dan pecahkan telur. Tutup periuk dan tutup api. Makan dengan mi kuning.
Iftar Isnin.
MI REBUS + LOPIS SUDU + JUS TEMBIKAI + KUIH DADAR kelapa hijau (moreh malam sebelum nya)
SAHUR SELASA
Nasi putih, Sambal Penyet readymade, Timun potong, kuah frozen leftovers Masak Lemak Cili Api burung puyuh + Ayam Kalasan (guna spice mix readymade beli di Medan belum expired, marinate gaul sekejap je dan pan fry dalam non stick pan)
FOCACCIA BUN
Resepi (saya buat separuh adunan) :
2 cawan (480ml) air suam
2 sudu teh gula pasir
2 sudu teh yis kering segera
1/4 cawan (60ml) minyak zaitun extra virgin
1 sudu besar garam kosher
4 dan 1/2–5 cawan (563–625g) tepung serbaguna/tepung roti
Gaul semua, tutup mangkuk, biarkan 30-40 minit hingga naik. Bahagian pada 5-6 loyang kecil sebesar bun burger atau satu loyang. Guna apa saja sayur untuk corakkan focaccia. Biarkan 30-40 minit sehingga doh naik. Bakar 180'C hingga keperangan.
Bila siap dibakar. Simple mimple hehe.
FOCACCIA BURGER
Yang sudah diletak sos. Beef patty tu anak soleh yang buat setelah balik dari kerja. Memang dia lagi terer. Sebab dia yang buat, maka mummy nya ke sana sini lupa snap foto. Aihhh geram. Macam biasa guna non stick pan MASAKI. Daging dah siap kisar, tunggu dia mix dan masak patty je. Dah hampir masak, dia akan letak sliced cheese di atas patty dan tutup kuali supaya cheese tu lembut meleleh. Angkat beef patty terus ke atas focaccia bun yang sudah diletak daun salad.
Sahur pagi tadi. Nasi Goreng Malas.
Nasi putih RTE Chef Zam balance trip ke Korea ada 2 peket. Masak nasi goreng kampung. Tumis garlic cincang dengan ikan bilis. Masukkan nasi dengan sambal penyet + kicap. Settle sudah. Goreng keropok sikit + telur mata + timun potong.
Terima Kasih singgah baca/komen diari seorang MULAN.
Take care ya, moga sihat, ceria bahagia, murah rezeki dan senyum selalu.
Alhamdulillah atas nikmatNya.














Masih mencari² kaitan dgn tajuk ni Kak ahaha... Btw, lagu ni my favorite gaks :D
ReplyDeleteSemua sedap, takde yg tak sedap melainkan sedap² belaka:)
Hehe entah kenapa terngiang sikit lagi tu. Best kan lagunya. Masak yang senang, make up je over 😄
DeleteWow! Dahsyatnya menu...satar dengan otak-otak tu mana Kak Amie nak cari di LD hihihiii.
ReplyDeleteMenu simple je Kak Amie hehe. Satar dengan Otak2 memang favorite ramai sebab sedap kan.
DeleteNekbat tu mmg famous..mana2 ada..curious punya pasal sy oun beli..sekali betul la..bahulu rendam dalam air gula..yg heran bahulu tu tak kembang sangat..
ReplyDeleteBetul bulan puasa kalau di Terengganu memang mesti ada tapi di Kuantan ni macam dah tak banyak. Kan, bahulu tu takkan kembang walau direndam air gula.
DeleteSedap semua menu akak... nekbat tu menu wajib ada masa berbuka kalau balik terengganu cuma dana tak minat sebab manis sangat hehhe. Geram tengok roti focaccia akak tu, bila la nak cuba buat
ReplyDeleteAlhamdulillah elok rasa pada kami. Betul nekbat memang wajib ada di Terengganu. Tapi sekarang dah kurang manis tak macam dulu. Senang je focaccia tu Dana. Try lah.
DeleteMantap betul menunyaaa, ada beraneka ragam yaa.
ReplyDeleteSaya kok ketawa pas baca nasi goreng malas. kalau di malay malas tu beda arti kah?
Alhamdulillah. Hehe memang malas dan mudah resepinya.
DeleteMeriah menunya. Burger tu menarik. Siap ada corak kat atas.
ReplyDeleteAlhamdulillah. Roti Focaccia ni masa mula tengok memang bercorak antara sebab nak mencuba.
DeleteBahaya betul lalu blog akak ni time puasa ahaks! Kena baca lepas dah berbuka puasa / lepas terawih 🤭 makanan semua nampak menyelerakan!
ReplyDelete😍😍 Alaa Carneyz ni yang senang2 je + yang frozen.
Delete"rumah" berwajah baru, menyambut bulan Ramadan.. baru la faham kenapa lopes sudu.. macam senang je nak buat tu, boleh la cuba nanti, suami suka kuih lopes ni
ReplyDeleteTetiba mood nak tukar template. Hehe senang kan sudu kan aje lopes tu.
DeleteKalau datang blog Mulan sokmo la berakhir dengan ngences. Mujur tak mengandung. Lamanya la tak makan serabai. Dekat Penang dulu senang cari serabai ni. First time tau ada lempeng udang. Sure unik rasanya. Makanan sahur Mulan macam makanan berbuka KSarie. Meriah semua makanannya
ReplyDeleteTerapi sebenarnya tengok food ni kan hehe. Memang jarang2 dah jumpa serabai ni. Lempeng udang tu resepi cucur udang tapi sebab malas menggoreng maka lempeng kan aje.
DeleteWahhh tu lagu George Benson yang saya dengar dulu dulu. Sedapnya Mulan....memang menyelerakan masakan semua ni. Cantik betul la warna kuih lopis tu.
ReplyDeleteLagu favorite ramai kan. Alhamdulillah sedap untuk kami. Pakai esen hijau sebab malas blend air pandan 😄😄
Deletesemua mknn menggiurkan selera saya hahah paling terliur focaccia bread tu
ReplyDeleteSenang je tau focaccia bread tu try la buat dengan anak2 pastu cicah mushroom soup
Deletemenariknya foccacia burger tu. kalau habis seketul tu memang terlebih kenyang la.
ReplyDeleteMalas buat bun, buat focaccia lagi senang. Betul memang kenyang.
Deletebkn dessert thai tp pisang ijo. katanya dessert dari makassar...
ReplyDeletesy mkn sebelum puasa hari tu...
tak tahu laa apa yg tak kena dgn pisang ijo tu...
tak habis pun mkn...
Oh dessert Makassar ya. Tapi yang ni memang sedap.
Deleteagak2 kalau jual burger mcm tu kat bazar, boleh sold out tak? hehehe
ReplyDeleteHehe entah lah
DeleteOoooo... sekarang dah ada pratabak pulak eh? Kreatif betul!
ReplyDeleteEh, judul tu tajuk lagu kan?
Instant Murtabak guna prata haha kena lah tukar nama. Ya uncle tajuk lagu tu.
DeleteAdui menggodanya lauk!
ReplyDeleteAlhamdulillah
DeleteDahsyat betul menu ni semua...mee rebus tu menduga selera SA...tgh plan nak buat menu rebus2 dan sup2 untuk berbuka nanti...asyik makan nasi dan goreng2 je...
ReplyDeleteMee rebus n favorite kami dan senang je. Kami makan nasi masa sahur.
DeleteLempeng udang tu best. Macam pajeon makanan korea tu pulak 😍
ReplyDeleteLempeng tu resepi cucur yang malas digoreng 😍😍😍
DeleteTerus nyanyi lagu ni. 😁 Wah, buat murtabak guna roti prata. Sedap betul semua hidangan yang dimasak. Ban burger pun buat sendiri je. Sedap, homemade beef patty. Saya pun baru semalam masak burger buat berbuka.
ReplyDelete😍😍 Tersyahdu sekejap lagu ni kan. Senang je guna prata tu. Malas buat roti bun. Focaccia ni lagi senang tak perlu uli dan kejap je. Ada daging dalam freezer maka buat lah sikit.
DeleteSelamat berpuasa & selamat menikmati juadah berbuka ..
ReplyDeleteSelamat Berpuasa untuk CCL juga
DeleteAiiiih lebaran di Jerman nanti keponakan kakak yaaaa. Pasti beda suasananya. Dulu suami saya saat di Jerman, kalau lebaran pasti ke embassy Indonesia utk merayakan idul Fitri. 😄.
ReplyDeleteTuhlah kan, kalau beli sesuatu dari mama pasti tak nak dibayar. Akhirnya saya pasti KSH sesuatu yg mana nak atau ajak makan lah di tempat favorit dia 😄.
Saya liat pan punya kakak, LGS teringin. Tp saya cari dj sini, tak ada brand Masaki. Cuma ada yg mirip, JD nak beli yg itu saja. Yg penting anti lengket.
Kami doa moga di postpone flight nya. Raya di perantauan memang tak sama dengan tempat kita, mesti sedih tanpa family. Kadang begitu lah ibu2 mesti masih mau bayar untuk anak2 walaupun sudah besar 😍. Ada juga brand lain Fanny pastinya quality sama. Senang sangat sebab non stick 👍👍
Deleteterliur tgk FOCACCIA BUN yg dgn beef patty + sos leleh tu...menu lain pn yummyyy
ReplyDeleteAlhamdulillah buat yang diorang ni suka 😍
Delete