CINTAKU BUKAN DI ATAS KERTAS
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Moga sihat ceria gembira dan dimurahkan rezeki sentiasa.
Doa buat semua, di mana-mana pun, yang terkesan dengan apa jua dugaan, moga tabah dan dipermudah kan semua urusan nya.
اللهُمَّ إِنَّكَ عَفُوٌّ تُحِبُّ الْعَفْوَ، فَاعْفُ عَنِّي
Selamat Berpuasa. Moga ibadah kita diterima Allah.
Lama kaktus dan laman terapi ni sunyi sepi.
Alhamdulillah semakin membesar 3 sekawan di depan pentas utama ni. Spesis 3 ni beli di nursery. Yang di belakang nya, asal dari kaktus arwah tok. Dipatah dicucuk lain.
Yang ni juga membesar, juga dibeli.
Yang ini....
Dan yang ini... Yang spesis lain tu, arwah tok punya. Ditinggalkan dan diabaikan. Mak letak tepi tong sampah, Alhamdulillah lori sampah tak angkut buang. Memang mak tak larat nak jaga. Kita pulak tak minat ketika itu. Pasu2 kaktus yang aunty2 jauh nak ambil, pun tak ambil2. Alhamdulillah Allah ketuk hati untuk ambil. Bermula dari kering kontang kaktus nya, hingga lah kini agak besar dan dipotong patah dipindah ke pasu lain.
Nursery diulang pergi, bermuka tebal bertanya staffnya, cara menjaga, cara membaja. Tak sempat snap kaktus lain, hari hujan. Hujan Rahmat di hari Jumaat. Moga doa kita semua dimakbulkan Allah. Aamiin.
Money plant, lupa nama lain. Potong2 bahagian akar hujungnya, dicucuk2 ke pasu baru. Alhamdulillah makin berkembang jelatanya. Keluarga yang di belakang dapur, lagi tumbuh meriah, Alhamdulillah.
Yeyyy Alhamdulillah si pandan juga berkembang daun nya. Alhamdulillah si Mon dah tak kacau lagi. Moga berterusan.
Tak tau nama pokok. Dipatah dicucuk ke pasu lain, Alhamdulillah sudah keluar daun lainnya.
Juga yang ini.
Alhamdulillah lama betul si anak2 tu keluar. Asalnya cucuk satu je yang panjang tu. Cucuk main2 je. Berbulan2 juga ni.
Semua semakin banyak keluar daunnya. Alhamdulillah.
Patutlah ada kawan2 yang kurang nak berjalan lama, sebab sayang tinggalkan pokok. Takut anak2 tak siram, tak ada orang nak tolong jaga. Memang betul rupanya, pokok2 ni kan benda hidup, perlu penjagaannya. Disiram, dibaja.
Mengemas2 jumpa koleksi hobi suatu masa dulu. Beli tapi sayang nak guna.
Beli ketika bercuti.
Toronto belum pernah pergi, yang ni kawan yang bagi.
Kesemuanya negara yang pernah pergi, beli bila jumpa. Tapi kini kurang sangat membeli. Malas nak angkut. Travel untuk experience saja.
Koleksi terakhir dari Almaty, Kazakhstan, November 2025. Unik sebab bukan square. Murah2 je semua ni. Koleksi seorang suri, si rumah isteri.
Terima Kasih singgah baca/komen diari seorang MULAN.
Take care ya, moga sihat, ceria bahagia, murah rezeki dan senyum selalu.
Alhamdulillah atas nikmatNya.




















salam 9 ramadan utk mulan. lawa2 la koleksi mulan ni ;) unik jugak tp memang syg nak guna kan! MZ ada beli chopping board cute masa gi trip swiss last year(beli masa singgah germany tu)..pun syg nak guna hahah so letak dlm almari ajerrr
ReplyDeleteSalam 11 Ramadan MZ. Memang sayang nak guna. Dismpan je, anak2 tanya bila nak guna hehe.
DeleteSekarang tajuk entry macam lagu je. Kalau peminat pokok bunga memang asyik teringat pokok bunga je bila berjalan jauh sebab bunga dan tanaman tersebut merupakan terapi minda. Nampak subur dah tanamannya
ReplyDeleteHehe tetiba keluar lagi tu. Tu lah dulu tak kisah pun bila tak ada pokok, sekarang ni kena plan siapa nak siram.
DeleteBetul, sejak saya ada tanaman yang perlu siram hari-hari dan anak bulu, jadi tak senang bila tinggalkan rumah lama-lama.
ReplyDeleteCantik semua koleksi dapur tu.
Betul kan Ujie. Memikir2 je nanti. Memang suka kumpul, nak kena guna jugak nanti tu.
DeleteSubur semua pokok2 ni...seronok SA tengok
ReplyDeleteAlhamdulillah nak kena rajin la menyiram
Deletebyk pokok kaktus tu. memang mudah jaga sebab ia x perlu disiram air setiap hari. jadi x takut la kalau pi melancong seminggu.
ReplyDeleteBetul AK tapi nak kena baja jugak sikit2
Deletekaktus linda pun tak sempat nak alih ...dah penuh sangat, dan nampak nak kering dah...
ReplyDeleteNi pun ada few nak kena tukar pasu sebab dah sarat.
DeleteNi klu mak saya pergi rumah kak Mulan, mau berjam2 melekat dekat luar belek2 pokok2 hiasan je 😅 dia punya koleksi begonia dgn pokok keladi tu sampai kiteorg usik dah boleh bukak nursery. Kalau dia pergi ke KL, sekejap je tak boleh lama2 sbb sayang nak tinggalkan pokok2 kat rumah.
ReplyDeleteSikit je pokok2 ni. Ada jiran hujung tu lagi cantik banyak pokok2 dia. Lagi geram tengok. Betul kalau ada pokok ni macam risau nak tinggal lama.
DeleteMak saya kalau pergi balik rumah kakak sulung, dia pesan kt kitorg utk siram pokok at least sehari sekali. Kalau hujan wehuu takyah siram haha
ReplyDeleteSama jugak tapi ada pokok bawah atap tu nak kena siram jugak haha
DeleteSehijau warna daun pokok-pokoknya :)
ReplyDeleteAlhamdulillah
Deletewahhh meriahnyaaa money plant! sis mulan ni jenis tgn hijauuuuuuu tu yg suburrrrrr semuaaaanyaaaa pokok2 tu hehehe
ReplyDeleteAlhamdulillah memang kena jaga pokok2 ni kan, kena siram kena baja. Sebelum ni tak ada pokok pun.
Deletehidup subur semuanya....
ReplyDeletemakin berserilah rumah nnt ms nak raya... ;-)
Alhamdulillah
Deletesouvenir tu kebanyakan dr negara2 eropah... agaknya dr negara2 asia ada tak? sbb mcm tak pernah jumpa laa pula... ke sy terlepas pandang?
ReplyDeleteRasanya macam tu jugak kan
DeleteMacam lirik lagu, jer.. Hehe... subur belaka kaktus Mulan. Jadi semangat pula nak tengok pokok esok, bila baca entri Mulan ni. Saya bulan puasa ni, malas betul rasa nak keluar tengok pokok. Huhu..
ReplyDeleteCantiknya pot holder, memang sayang la nak guna. Semua lawa-lawa. 😍
Betul lah tu hehe. Bila pokok dah besar, rasa sayang kalau tak jaga. Sikit je pokok2 ni, ada jiran lagi banyak. Pot holder tu memang suka kumpul dulu2 😍😍
DeleteSemuanya menghijau.. sejuk jer mata memandang... tajuk posting bkn main lg kak eh.. boleh buat kontroversi
ReplyDeleteAlhamdulillah elok menghijau. Haha tetiba keluar tajuk lagu tu.
DeleteSejuk betul tangan tu Kak... Cucuk² semua hidup alhamdulillah 👍🏻
ReplyDeleteCantik² koleksi bukan cinta biasa tu :p
Alhamdulillah moga terus subur menghijau. Betul PH tu koleksi bukan cinta biasa.
DeleteCantiknya susunan pokok kaktis yg ada .pelbagai macam id kaktus .. pokok pokok lain pun tumbuh menghijau .tenang tengok
ReplyDeleteBaru beli jugak rak tu sebab dah makin banyak. Alhamdulillah moga terus subur menghijau.
DeleteIshhhhhh cantik2 cempal yg kakak punyaaa 😍😍😍😄. Kami sebutnya cempal , glove tahan panas itu. Saya kok ga pernah lihat yaaa tiap traveling 🤭🤣. Pasti beli kalau ada. Tp jujur sayang nak pakai. Terlalu cantik 😄😄.
ReplyDeleteBaru sadar, judul tulisan kakak dah 2 nih dari lirik lagu yaaa 😄. Kan JD nak dengar lagu Siti Nurhaliza. Memang lagi fav saya zaman sekolah 🤭
Memang suka kumpul pot holder ni sebab cantik2. 😍😍 Oh cempal nama di sana ya. Comel namanya. Betul Fanny sayang mau diguna. Aduh tiba2 di kepala keluar lagu Siti Nurhaliza ni. Terus saja buat tajuk entri. 🤣🤣🤣
DeleteMulan ni serba boleh. Memasak meletups macam chef fine dining restaurant. Menjaga pokok seumpama pemilik nurseri pokok. Berceloteh di blog pun molek. Suka tengok pokok Mulan dan Tot. Menjadi aje semuanya. Batang pokok dicucuk ke pasu semua elok pertumbuhannya. KSarie udah merajuk dengan pokok-pokok KSarie. Puas sudah dibaja, disiram, didendangkan lagu segala eh sakan depa menamatkan riwayat deme beramai-ramai. Makanya tinggal la pokok money plant😅. Cantik semua pot holder koleksi Mulan.
ReplyDeleteEhh KSarie n kan ada ada je tau. Masak tu biasa2 pastu make up aje nya sikit2 letak maskara, gincu lepstek. Pokok2 ni baru je few years ni. Memaksa tangan 😍 Alhamdulillah kendian2 ni dia dengar kata. Money plant senang jaga kan. Pot holder tu asalnya saja2 beli souvenir untuk adik beradik dulu2 pastu dah terjadi collection
DeleteHa money plant kalau dibiarkan pun elok tumbuhnya😅
DeleteSenang hidup kan pokok money plant ni
DeleteEh lupa nak cakap tadi. Tapi cinta KSarie memang di atas kertas sebab KSarie suka menconteng hehehehehe
ReplyDeleteKSarie mesti kreatif ni kan.
DeleteHahaha conteng benda kuban-kuban je Mulan😅
DeleteKuban-kuban pun memang KSarie nampak aura seorang yang kreatif 😊
DeleteOhhh ni lah koleksi pemegang periuk panas dari jauh yang saya dapat ni. Terima kasih Mulan!
ReplyDeleteSama2 kasih. Antara koleksi terbaru Alhamdulillah.
Delete