AHAD 15/6
HAPPY FATHER'S DAY & HAPPY ANNIVERSARY.
Gaduh merajuk sedih gembira semua tu asam garam gula kan.
Alhamdulillah. Terima kasih atas segalanya serta melayan kerenah anak2 dan maknya selama ini. Hari dia, tapi dia tak ada. Ke Utara dengan kawan2 sekolah. Ada ziarah dll program nya. Kadang tak ingat pun anniversary, anak2 yang ingat. Jenis tak kisah sangat.
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Moga sihat ceria gembira dan dimurahkan rezeki sentiasa.
Teruslah berdoa buat saudara kita di G@Z@ dan negara2 Islam lain, yang dalam kesulitan.
Semalam Ahad, dah tau hubby tak ada nak dating Father's Day + Anniversary, kita pun ajak kawan2 ITM datang lepak. Mesej di group Whatsapp, yang datang 2 je, muka2 familiar kalau ajak mengopi. Faham commitment semua apa lagi weekend.
Sebab tak ramai, kita jamu LAKSA PAHANG. Sorang tu orang Pekan, Pahang memang suka Laksa Pahang. Sorang lagi rakyat Klang, Selangor. Jiran jauh Anuar Zain. Kuah Laksa frozen ada, defrost je lah. Potluck macam biasa. Hehe sebab tau ada kawan2 yang terer masak.
PUDING RAJA
Stok Jala Emas ada lagi dalam freezer. Jumpa Pisang Emas di Mydin. Pisang Lemak Manis memang susah jumpa. Beli yang 3/4 masak ada hijau2 sikit2. Kalau Pisang masak sangat, nanti masa goreng, akan jadi agak berminyak. Tak mau lah. Hias dengan jala emas, prunes, ceria hijau merah dan kacang gajus. Masak kuah susu. Susu cair, gula sikit, vanilla dan bancuhan tepung jagung. Sebenar resepi asal ada telur, ada tepung custard kot tapi malas.
Kek Lapis Sarawak ada lagi dalam freezer. Kawan Klang bawak Kek Oren, sedap. Actually buat Lemon Cake. Dah ada Kek Oren, simpan lah Lemon Cake tu.
Sambal Belacan kurang belacan tapi pedas yakmat, 2 cili padi je pun,
Yumm yummmm. Laksa tu guna spaghetti je, tak pulak order Laksa Chap. Alhamdulillah daun kaduk yang bawa masa Raya Haji masih elok dalam peti. Kisahnya masa balik Kuantan Isnin baru ni, sayur2 dan sebahagian makanan dalam freezer lupa bawa balik. Alhamdulillah boleh lah guna makan2 bertiga semalam.
Mula kenal lepas habis SPM, ketika kami semua satu course masuk ITM. Moga ukhuwah kekal selamanya.
MIDE (Malaysia International Dive Expo)
Sabtu 14/6 sehari sebelum nya drive ke KL lepas breakfast. Ambil anak solehah terus ke MITEC KL. Hubby suka lah datang sini. Dive Expo. Setahun sekali.
Banyak pakej scuba diving. Banyaknya negara ASEAN. Juga Maldives.
Masa anak2 ni kecik, memang booth ni, diorang la conquer. Dulu diorang join scuba under KISS SCUBA ACADEMY. Latihan di POOL MAYBANK BANGI tiap Sabtu. Sekarang dah tak ada. Dive Instructor sekarang aktif dengan DIVE HEART MALAYSIA (Facebook).
Slim ringan je. Dah tak payah pakai BC yang besar tu.
Alhamdulillah dapat jumpa Tuan Syed (dulu Kids Scuba Academy, now Dive Heart Malaysia) & Collins yang dulunya Kids Dive Instructor juga. Singgah KL sebelum ke Manila. Dulu kerja di KL. Hubby pun Kids Dive Instructor tapi lama, sebab tak ada masa dan kami ketika tu masih di Kerteh.
FB PAGE KIDS SCUBA DIVE ACADEMY
Anak solehah yang di tengah tu. 9 tahun kot masa tu.
Antara booth di MIDE.
B&J ni tempat kami ambil lesen scuba dive dulu. Asalnya hubby je, tapi dipujuk oleh Mark adik Ben, alih2 habis course nya. Dapat lesen scuba dive tapi haha berapa kali je dive nya.
Cantik keychain semua ni.
Dibuat dari recycled plastic yang dikutip di Pulau Mabul.
Dibuat oleh anak2 di sana. Ada nama tertulis di belakang nya.
Bagus initiative dan semua program nya.
Sedih tengok banyak coral dah mati. MIDE (dive Expo) ni bukan saja jual products atau dive package tapi banyak program untuk educate semua tentang dasar laut dll nya. Ada juga sessi TALK, merangkumi beberapa topik yang berkaitan alam sekitar, laut, scuba diving, free diving dll.
Antara dalam list hubby. Raja Ampat.
Suka anak solehah ni dapat barang dia nak. Kesian anak soleh Sabtu kerja half day. Tapi dah belikan t-shirt dia suka. Dapat diving wetsuit top baru. MIDE ni best sebab harga barang atau pakej, discountnya banyak.
Terima Kasih singgah baca/komen dairi seorang Mulan. Take care, ceria dan senyum selalu.
happy anniversary..byk tmpt travel bersama tu...sedapnya tgk laksa johor tu
ReplyDeleteThanks Mama Tisya. Alhamdulillah. Yang tu Laksa Pahang, macam serupa kan.
Deletehappy anniversary mulan & hubby🧡🧡🧡
ReplyDeleteThanks Mieja
DeleteSelamat ulang tahun perkahwinan. Semoga berbahagia berkasih sayang sampai syurga. Aamiin...
ReplyDeletePuding raja tu dah lama teringin makan, tapi tulah belum ada rezeki dapat rasa. Lemon cake pastinya sedap.
Wahh seronoklah pergi Expo yang kita minat. Hobi mahal ni. Baguslah masing-masing ada lesen. Dapat layan hobi menikmati keindahan bawah laut.
Thanks Fiza, Aamiin Ya Rabbal Aalamiin.
DeleteSenang je buat Puding Raja tu. Orange Cake tu kawan bawak, sedap.
Alhamdulillah. Dive Expo ni bukan jual produk atau pakej diving saja tapi ada juga program education berkaitan dasar laut, alam sekitar dll.
Memang seronok tengok macam2. Hobi ni biasa je, mahal kalau tiap tahun tukar semua baru. Bergantung pada masing2. Banyak pilihan.
Happy anniversary Kak Mulan dan suami...Wah ada travel fair..mana la akak nak berjalan lepas ni...
ReplyDeleteThanks SA. Bukan travel fair macam MATTA tu, tapi Dive Expo. Ada je diorang promote pakej percutian ke pulau2, tak nak dive pun tak apa rasanya.
Deletehappy annyberseri buat sis mulan & hasben! moga yg baik-baik saja semuanya aminnn! puding diraja tu feveret mak bonda, entah bila nak rajin buat hehehe
ReplyDeleteThanks tau. Aamiin Ya Rabbal Aalamiin. Puding Raja tu senang je buat tapi kan..... Hehe mim alif lam sin.
DeleteHappy anniversary Kak Mulan dan suami.
ReplyDeleteThanks Mummy Ayu
DeleteCepat2 lah ke raja Ampat kak, sebelum rusak. Sedih saya kalo ingat raja Ampat. Pemerintah skr macam tak peduli dengan lingkungan 😭😭. Semua nak ditambang , ntahlaah mau jadi apa Indonesia ini skr 😞😞. Pemerintah yg skr ini bikin sakit hati dengan semua keputusan dia.
ReplyDeleteRaja Ampat dan Papua memang bucket list saya sangat. Tapi blm bisa utk waktu dekat. Mahaaaaaaaal sangaaat tiketnya 😅. Lebih murah tiket ke jepang daripada ke Papua 🤣. Tp kalo kesana, kakak harus puas2in makan seafood. Masyaallah, besar2 dan muraaah. Papa saya saat masih kerja di oil company di Papua, kalo pulang ke jakarta pasti bawa seafood yg sudah dimasak, Sampai JKT kami panaskan sebentar, masih sedaap dan manis rasanya.
Kalo masalah tgl2 macam birthday, anniversary, jujur saya tak pernah ingat. Suami yg ingat. Saya nih memang tiap tak mau tahu soal tgl2 penting hahahahah. Memang tak romantic sangat 😅. Suami biasanya yg prepare semua 🤭
Sedaap juga nampaknya puding pisang itu. Betuuul lah, pisang kalo terlalu masak, digoreng jadi agak berminyak kan. Makanya saya lebih suka dibuat cake pisang, godok2 atau cekodok. Walaupun berminyak juga, tp lebih enak drpd digoreng biasa.
Raja Ampat memang cantik kan Fanny. Indonesia memang besar banyak pulau semua cantik2.
DeleteWahh seafood murah2 ya, mesti sedap sebab fresh kan. Fanny pun mesti puas makan masa papa Fanny kerja di Papua. Boleh imagine sedapnya masakan Papua.
Kami memang kurang ingat dan celebrate tapi anak2 yang ingat. Cuma makan2 tunggu complete ada 4 orang semuanya baru seronok makan2.
Puding Raja memang sedap. Ada susu, prunes, cashew nut, ceri dan jala emas yang dibuat dari kuning telur.
Btw happy anniversary juga utk kak Mulan dan suami. Semoga semakin langgeng kalian hingga kakek dan nenek nanti. 🤗
ReplyDeleteThanks Fanny. Aamiin Ya Rabbal Aalamiin ❤️
DeleteSelamat ulang tahun perkahwinan kak Mulan dan suami.. Semoga bahgia selalu...
ReplyDeleteThanks Linda.
DeleteHappy Anniversary Kak ! Till jannah hendaknya 🤲🏻
ReplyDeletePuding Raja tu menggoda betul ye. Cantik presentationnya.
Comel mascot dekat MIDE tu hihi...
Lesen dive akak tu Ada expiry tak? Kot la macam lesen kereta kena renew
Thanks PH. Aamiin.
DeletePuding Raja tu colorful kan memang menggoda.
Mascot tu rasa nak bawa balik je.
Tak perlu renew tapi kalau lama tak dive, kena buat refresh dive.
Alaaaa... tak sempat jenguk MIDE... BZ sangat. Tapi uncle punya kerja 'air tangan' ada kat tourism terengganu tu....
ReplyDeleteWowwww bangga sangat dengan uncle ni. Cer buat collection air tangan uncle.
DeleteHappy anniversary Mulan dan suami. Semoga sentiasa dirahmati Allah dan berkekalan ke jannah. Asal masuk blog Mulan kalau tak buat KSarie rasa kelaparan memang tak sah😅. Ramai orang kata Puding Raja sedap teruk tapi KSarie tak pernah rasa lagi. Menariknya Dive Expo. Ada baca perkongsian seorang diver katanya Raja Ampat antara tempat wajib pergi diving katanya. Pernah tengok dokumentari pasal tempat unik ke paling menarik di Indonesia, salah satunya Raja Ampat
ReplyDeleteThanks KSarie. Aamiin. Mulan suka makan hehe.
DeletePuding Raja tu sedap bagi kami.
Ramai juga mentioned Raja Ampat memang cantik kan.
Happy anniversary. Semoga kekal bahagia hingga akhir hayat.
ReplyDeleteLaksa Pahang tu macam laksa Johor dah. Cie la orang Pahang yang tak suka makan puding raja. Hihi
Thanks Cie. Aamiin.
DeleteLaksa Pahang memang seakan Laksa Johor.
Citarasa kita lain2 Cie, biasa tu.
Happy anniversary, Mulan dan suami. Semoga kekal bahagia hingga ke jannah.
ReplyDeleteHebatnya, ada lesen menyelam scuba.
Laksa Pahang tu, kuah lemak, ye?
Thanks Nur. Aamiin.
DeleteSeronok menyelam ni dapat tengok dasar laut.
Laksa Pahang ni kuah ada santan, lemak lah kan.
Tak pernah makan Laksa Lemak.
Eppi annibersari
ReplyDeleteThanks Wak
Deletehepi anniversary ., aminn
ReplyDeleteThanks Wak
DeleteHappy Anniversary Mulan & hubby. Sebenarnya pertama kali dengar tempat menyelam nama Raja Ampat ni.
ReplyDeleteThanks Ezna. Raja Ampat memang idaman para penyelam.
DeleteHappy Anniversary Mbak dan suami. Semoga tetap bahagia kehidupan rumah tangganya.
ReplyDeleteWalau dirayakan hanya bertiga dengan teman dekat, tapi tetap asyik ya Mbak.
Mbak, lekas kunjungi Raja Ampat. Khawatir besok-besok Raja Ampat sudah hancur. Lagi ramai berita protes disini tentang tambang nikel di area sekitar Raja Ampat.
Salam,
Thanks Pak Asa. Aamiin. Alhamdulillah seronok dengan teman2.
DeleteSaya juga dengar ramai yang kata begitu, harus cepat ke Raja Ampat. Akan saya kongsi dengan suami. Moga kami sampai ke sana.
Happy anniversary kak mulan n husband. Bestnya berjalan keliling dunia dengan cinta hati, relationship goals gitu!
ReplyDeleteTq roger expo ni kat cbox saya haritu, tapi saya tak berkesempatan pergi pun huhu. Memang banyak coach mat salleh ye untuk diving course ni.
Raja ampat belah2 papua sana kan? Cantiknya tengok gambar tu!
Best bila pergi expo macamni dapat harga murah utk barang2 atau diving course tu :D
Alhamdulillah dan Thanks Mazni.
DeleteTeringat Mazni tanya tentang dive course, tu yang share Dive Expo ni.
Di Malaysia ramai sangat dive master orang kita.
Raja Ampat ni di Papua Barat, cantik kalau tengok gambar.
Betul di Dive Expo memang murah equipment dan pakej.
Happy anniversary buat Mulan dan suami. Semoga berbahagia hingga ke syurga.
ReplyDeletePuding raja tu nampak mengancam betul. Tak pernah jumpa di LD. First time makan waktu balik Selangor tahun lepas, kakak bawa satu bekas ke rumah Bonda.
Thanks Kak Amie. Aamiin Ya Rabbal Aalamiin
DeleteSenang je buat cuma kena ada jala emas tu baru lengkap.
Memang favorite kami puding raja tu.
wallaaaa sedapnyaaaa puding diraja...
ReplyDeletetak pe guna spagetti...
org johor tak marah pun kalau nampak hehehehe
Puding Raja memang sedap
Delete1st time sy tahu fasal MIDE ni...
ReplyDeleteye laa bkn kaki scuba diving kan hehehe...
tp kalau dah buat kat MITEC tu kiranya dah mcm MATTA FAIR juga tu...
menarik!
MITEC memang venue umtuk macam2 fair kan. Raya, property, job fair jugak.
DeleteMacam karya seni atas pinggan. Memang raja segala puding
ReplyDeleteMemang favorite kami puding ni.
DeleteHappiest anniversary Mulan 🥰
ReplyDeleteKalau kita dive takde lesen boleh ke tapi bukan laut dalam lah.. seb masa kat Sabang ada ditawarkan pakej diving untuk tengok coral.
Terima kasih. Boleh juga dive tanpa lesen, discovery dive. Lupa pasal dive ni.
Delete