Tuesday, June 24, 2025

KAKTUS DAN KAWAN-KAWAN



Haha macam2 kan. 

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. 
Moga sihat ceria gembira dan dimurahkan rezeki sentiasa.

Teruslah berdoa buat saudara kita di G@Z@ dan negara2 Islam lain, yang dalam kesulitan.


Lama tinggal rumah, busy sana sini. Pagi semalam belek2 kaktus. Ehh ada anak2 kaktus keluar. Kaktus ni beli sebulan lebih dulu. Repot, pasu besar sikit. 


Yang ni pun sama, seronok tengok.


Yang kenit2 halus ni pun, Alhamdulillah elok tak ada yang mati/kering. Pasu 2 inci. Anak2 kaktus ni asalnya 1cm je.


Yang ni juga pasu 2 inci.


Dah tumbuh yang baru di atas tu. 


Dah beranak pinak.


Juga yang ini.


Alhamdulillah elok tak mati.


Yang di atas2 sebelum ni, adalah hasil dipatah dari kaktus yang sepasu besar 2 jengkal ni. Bagi ruang sebab dah padat sangat sebelum nya. 


Bonsai ni hadiah dari kawan hubby tahun lepas. Risau nak jaga sebab buta pokok kami ni.


Baru ni kering kecut rupa dah nak mati. 2 minggu lepas, tekad cantas semua dahan kering. Semalam tengok dah banyak daun baru, Alhamdulillah. Betul kata kawan2 yang banyak pokok, memang kena jaga kena belai. Sat lagi nak cantas yang kering tu semua. Biar gondol, biar tumbuh baru Insyaa Allah. Betul juga bila anak2 dah besar baru ada masa sikit nak tanam dan jaga pokok2 ni. Sikit2 je. Belum berupaya nak jaga banyak2. Daun pandan pun macam tak naik, tapi tak lah mati.


Ada tak? Dulu masa study memang ada. Sebab kena fitnah sikit. Haha gurau2 je sofa ni. Aihh macam2 kenangan lama. Kawan2 baik adalah rezeki juga kan. Walaupun jauh atau tak pernah jumpa, kita boleh feel, mana yang serasi, ikhlas hati dan memahami. Moga dijauhkan dari yang berduri. Kita pun, bukan sebaik2 dan perfectnya diri. Moga sentiasa tinggi budi pekerti, ikhlas hati dan ukhuwah kekal abadi.

Terima Kasih singgah baca/komen dairi seorang Mulan. Take care, ceria dan senyum selalu.

41 comments:

  1. cute2 belaka cactus tu! dulu2 i pernah jugak tersuka dgn cactus then ada beli few pots kecik kat cameron highlands, then lps tu malas nak jaga dah (seasonal hobby) hahahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebelum ni macam tu jugak, tapi lepas ambil kaktus arwah tok, terasa nak jaga elok, Alhamdulillah bercambah2 banyak

      Delete
  2. nieyl ni plan byk nak tanam pokok itu la ini la..tapi x kesampaian lagi ni hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nieyl kerja so masa memang agak limited kan.

      Delete
  3. tak duduk lagi da rasa ngilu pungkok.
    suka sangat dgn kaktus. cuma, seorang syasya kerap gagal dgn tanaman.
    sampai anak pun naik give-up, "sudahla umie, menanam tak penah menjadi" ahahaaa maleh kita.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe terasa tajam kan, tapi sofa je tu mesti lembut. Ada kawan sebut kaktus antara yang senang. Kena bagi kena direct matahari jugak. Siram sekali seminggu je.

      Delete
    2. betul senang, tapi tu la. ada asben bawa balik haitu, dia dpt as a gift, lama-lama kita biar, mati kering. hahahaa geleng kepala dia.

      Delete
    3. Pernah jugak awal tahun lepas dapat door gift kaktus, mati kering kaktus tu.

      Delete
  4. Linda pun ada sepasu penuh, padat dengan pokok kaktus.. Tak sempat nak kecik2 kan dia..

    ReplyDelete
  5. Walaupun lama di tinggal, semua hidup tumbuh elok je kaktus. Tahan lasak dan senang jaga betul kan. Seram pulak tengok sofa tu. So far tak ada, kesian lah pulak kalau terduduk situ. Dikelilingi orang yang baik-baik satu nikmati rezeki juga. Alhamdulillah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kaktus senang jaga kawan2 kata, Alhamdulillah elok. Sofa tu sure nya tak tajam, pandangan mata je. Betul dikelilingi orang baik2 memang rezeki Alhamdulillah.

      Delete
  6. SA suka cactus tapi sebelum ni ada 2 pokok, mati....hehehhe...bukan x pandai jaga...lupaaa...lupa wujudnya kaktus tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. SA kerja so masa memang limited kan. Pokok ni kena belai jugak.

      Delete
  7. banyaknya koleksi kaktus... macam mak mentua saya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Asal dua jenis je, ada 3 jenis lain baru beli.

      Delete
  8. gebus-gebus....pandainya mulan tanam kaktus, kak mieja bila mati beli baru gitu ajalah gamaknya hehheheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah kawan2 kata kaktus senang jaga. Bila letak kena direct matahari rupanya dia elok hidup.

      Delete
  9. Suburnya pokok kaktus Mulan, suka tengok. Zaman saya kecik dulu, lasak, pernah main adik-beradik, tertolak-tolak, saya boleh terjatuh atas pokok kaktus. Hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Adoiii tajam tu terjatuh atas kaktus. Alhamdulillah elok hidup nya.

      Delete
  10. Adoii gambar first tu, mimpi ngeri!
    Comel semua kaktus kak mulan, saya ni dapat kaktus kalau orang bagi je. Letak atas meja pastu mati pokoknya sebab tak jaga. Tapi apa kelebihan tanam kaktus ya? Memang sekadar hiasan jekan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe sofa tu nampak tajam tapi mesti tak kan. Dulu pun orang bagi kaktus, tak lama hidup. Alhamdulillah ni dah start jaga pelan2 moga elok hidup nya.

      Delete
  11. Terduduk atas kerusi kaktus boleh masuk wad ni. Rindu pulak nak tanam kaktus macam masa kecik dulu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe macamana nak cabut duri besar tu kan.
      Dulu2 memang mati kaktus yang orang bagi, Alhamdulillah elok hidup yang sekarang ni.

      Delete
  12. Elok betul kaktus tu membesar. Sejuk mata tengok kehijauan kaktus.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah moga terus elok hidup nya

      Delete
  13. 2 pot kaktus saya kat ofis nampaknya tak survive. Padahal saiz kecik je. Kadang terlupa nak siram padahal depan mata je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kaktus ni kena bagi direct matahari jugak rupanya baru dia naik cepat.

      Delete
  14. Cantik-cantik kaktus nya Mbak. Bonsai-nya cantik juga dan terpelihara dengan baik ya.
    Duh...duduk di kursi itu Mbak?

    Salam,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah dan Terima kasih. Moga kaktus hidup suburnya.
      Kerusi itu, main2 aja Pak Asa.

      Delete
  15. subur-subur belaka pokok kaktusnya...
    suka tgk pelbagai bentuk / jenis ;-)

    ReplyDelete
  16. sapa laa yg sanggup nak duudk atas kerusi kaktus tu?
    hehehe

    ReplyDelete
  17. nampak gebu je sofa kaktus tu..hihi...ya, betul, jgn jadi duri dalam daging..hidup chill2...

    ReplyDelete
  18. Gerammmm tengok kaktus yang comel-comel tu

    ReplyDelete
  19. Kaktus ini cantiiiik kan, walau dia berduri tajam. Memang cocok lah jadi perumpamaan teman munafik, yg suka menusuk dari belakang 🤣.

    Dulu mama saya suka pelihara , tp sejak pindah Medan, tumbuhannya tak sebanyak macam di Aceh dulu. Mungkin Krn tak larat juga nak pelihara banyak macam dulu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe saja2 ni Fanny jumpa foto sofa kaktus.
      Yang di rumah ni tak banyak sangat. Ada yang dibagi kawan2 dekat.
      Bila sudah lama dengan kaktus, rupanya tak susah sangat jaga nya.

      Delete
  20. Uihhh sakit bon bon duduk atas sofa kaktus tu tapi kawan yg perangai buruk duduk situ ok je....Hehehe

    ReplyDelete

Thank you for dropping by.
Thank you for the comments.

Please email me for any inquiries :
o-mulan@hotmail.com