Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Moga sihat ceria gembira dan dimurahkan rezeki sentiasa.
Teruslah berdoa buat saudara kita di G@Z@ dan negara2 Islam lain, yang dalam kesulitan.
KARI KEPALA IKAN & ROTI JALA
Dinner awal semalam. Dinner kami selalu 6.30pm sebelum Maghrib, sebab dari dulu pukul 8 anak2 ada tuition dll. Tak nak kalut, dinner lah awal2. Juga sejak arwah papa ada lagi, doktor nasihat dinner awal. Sejak itu, jadi kebiasaan kami.
Kari Ikan Kembung. Tapau dari rumah mak minggu lepas. Uncle order dinner, makan dengan mak adik beradik. Semua balik sebab Sabtu ada meeting KOSMA. Orang Pahang saja tau KOSMA ni.
Kuah Kari banyak lebih, tapau jugak sebekas.
Kepala ikan ni, hubby tangkap Ahad baru ni. Tak tau ikan apa, macam ikan merah. Seekor je dapat tangkap hari tu. Dalam dua jengkal. Alhamdulillah rezeki. Ambil kepala, masuk dalam kuah kari yang tapau dari rumah mak.
Panaskan juga Kari Ikan Kembung.
1 1/2 cawan tepung gandum, 1 telur, 1 sudu teh minyak, garam, kunyit, pewarna kuning (sebab letak kunyit saja, tak cantik warna), air secukup nya.
Nak cepat, tak cantik sangat, tak apa kita yang makan.
Alhamdulillah, rindu lama tak buat roti jala ni.
Senang ada kuah kari kosong, masuk je ikan. Jimat masa tenaga duit. Saya memang spesis semua leftovers nak simpan dalam freezer sebab jenis tak rajin nak masak from scratch. Benda ada, guna je lah. Walau 1/2 cawan sup atau kuah, saya akan simpan dalam freezer.
MIANG PLA PAO
Dinner hari Isnin baru ni. Ikan bahagian ekor ni panjang dalam 20cm. Ikan yang hubby tangkap sebelum2 nya. Masuk air fryer, gaul garam kunyit dulu. Suhun ada dalam freezer jugak. Bawa keluar awal2 supaya lembut. Daun salad, baby tomato & timun penyeri nya.
RESEPI SOS MIANG PLA PAO KHAIRUL AMING
3 ulas bawang putih
8 cili padi hijau
1 sudu gula melaka
2 sudu gula putih
Garam
1 sudu sos ikan
2 biji limau nipis
Daun ketumbar
Saya guna 2 cili api saja, 8 cili tu, makkkk aaiii tak tahan pedas. Perisakan ikut masing2 ya.
Terima Kasih singgah baca/komen dairi seorang Mulan. Take care, ceria dan senyum selalu.
sedapnya kari ikan...SA plak teringin nak simpan kuah2 leftovers dalam freezer, tapi PZ hijack..freezer tempat ikan ngan ayam dia beli penuh dah...kuah yg simpan dia buang...dia jenis x suka makan left over...dia akan masak dari scratch, sbb tu la akak akan nampak lauk fresh je kat rumah SA..jarang kalau ada leftover...
ReplyDeletePZ rajin masak tak apa, kita malas. Hehe. Tu yang tersimpan segala leftovers.
DeleteSy pun suka simpan segala leftover Kak, mudahkan kerja kita.
ReplyDeleteTapi suami jenis tak bole sangat makan leftover, perut sensitive bebenor...
Memang ada yang tak boleh makan leftovers. Kita lah makan nya. Hehe.
Deletetuuuu diaaaa
ReplyDeletekepala ikan penuh 1 periuk ;-)
sedapnyaaaaaaa
Kurang 20cm ikan tu
Deletesedapnyaaa roti jala cicah kari ikan ni... mau bertambah2 sy dibuatnya...
ReplyDeletesy roti jala cicah kari, laju je makan. kalau dgn kuah serawa kureng sikit ;-)
Roti jala cicah Kari memang sedap kan.
DeleteCantiknya kejadian roti jala Mulan. Sedap, cicah kari ikan kembung atau kepala ikan. Saya suka kari ikan kembung, satu hidangan nostalgia, sejak dari zaman sekolah. Tapi saya tak reti buat. Ikan tu nanti hancur, masak kari lama.
ReplyDeleteAlhamdulillah, sorok2 bahagian yang buruk jala tu. Kari ikan kembung memang sedap kan.
DeleteMasa duduk melaka, peti ais 2 pintu, selalu juga simpan leftover dekat tempat keras...sekarang dok guna peti ais 1 pintu, tak boleh simpan lama2 leftover nya...cepat rosak...agak nya sebab sharing pintu kan...asyik buka tutup, buka tutup je.
ReplyDeleteMungkin jugak kot.
DeleteSenang dah leftover semua tu. Tinggal panaskan dan masuk ikan baru je. Senang kerja masak kita pun. Sedap tu roti jala cicah kuah kari kepala ikan. Cantik je hasil kejadian roti jala tu. Lama juga tak makan roti jala, macam kena buat juga ke macamana. Hihi...
ReplyDeleteBetul ada leftover senang dan cepat. Tak membazir jugak habiskan lauk yang ada. Roti Jala memang sedap cicah kari kan.
DeleteRoti jala tu bila dah gulung cantik je....
ReplyDeleteSorok la bahagian tak cantik tu hehe.
DeleteTerliur kari kepala ikan tu sedapnya la.
ReplyDeleteAlhamdulillah
DeleteSebenarnya mmng disarankan dinner before pukul 8 malam. Dulu arwah opah mmng tak makan malam, sihat sangat dia. Anak cucu menantu yg asik melantak lewat malam ni huhu
ReplyDeleteCantik je roti jala tu, bila dah lipat tak nampak sangat pun rupa buruk ke apa. Masuk ke perut juga akhirnya hehe. Saya pula tak gemar kari kepala ikan 🤭
Tapi miang pla tu nampak sedap.
Bila dah terbiasa, jadi biasa kan. Kadang2 bila ramai2 memang lambat dinner nya macam time Raya.
DeleteSorok je bahagian buruk roti jala tu hehe. Dulu kurang juga makan Kari Kepala Ikan ni.
Miang Pla memang sedap.
fuhh sedap sungguh ni! MZ suka ikan ikan ;)
ReplyDeleteIkan memang sedap kan
Deletekita dan daktiga memang dinner sebelum pukul 8pm, balik tuan asben memang terlajak dinner weols.
ReplyDeletemcm biasa, ur menu menjadi inspirasi kita, thank you for sharing dan bagi semangat.
mmg berhajat nak buat roti jala dgn kari ayam, tapiii tu ler tunggu dapur elok baru back to track.
Sama2 😄😄 dinner dah terbiasa awal, memang awal lah. Jugak malas nak lama2 kat dapur malam2 hari. Siap dapur nanti, start enjin ya. 😍
DeleteGeram nengok ikan akak tu nampak fresh sungguh, besar pun iya jugak.. Sedap kari ikan tu di cicah dengan roti jala, rajin akak menjala ye, kalau dana yang malas ni cicah roti keping je hehehhe
ReplyDeleteAlhamdulillah memang fresh. Roti Jala cicah kari memang sedap kan. Sebab tak kena masak kari, ada masa, maka paksa lah badan buat roti jala ni hehe. Favorite kami ni.
Deletesedapnya ikan beso buat kari...cicah pulak dgn roti jala..nikmat2...miangpla pao..belum pernah makan..
ReplyDeleteAlhamdulillah senang masak kari sebab dah ada kuah leftovers. Tengok Khairul Aming baru tau Miang Pla ni. Sedap tau.
DeleteSedapnya semua makanan. Paling win kari ikan tu. Miang Pia....lama tak makan. Kena cuba dinner awal sebagaimana saranan Dr.
ReplyDeleteKari Ikan senang sebab kuah kosong dah ada, masuk kepala ikan saja. Kami dari dulu dah terbiasa masa arwah ayah ada, doktor yang suruh.
DeleteKari kepala ikan sedap tapi kalau buat dlm rumah ni tak laku sebab budak budak dgn wife tak makan katanya.. tapi kalau masak kat rumah ayah mertua kari kepala ikan mmg terbaik huhuu..
ReplyDeleteBetul bukan semua orang suka atau makan kepala ikan ni kan.
DeleteLagian sayang juga nak buang kan kak. Saya tak suka buang makanan soalnya. Selagi bisa disimpan, saya pasti simpan . Kepala ikan fav suami saya. Saya memang tak makan. Lebih suka ekor ikan drpd kepala ,❤️🤣🤣.
ReplyDeleteDulu suami pernah cakap, yg suka ekor drpd kepala, dia biasanya lebih suka jadi pengikut drpd pemimpin.
Betul juga. Sebab saya tak suka memimpin. Lebih suka kerja sendiri, atau jadi bawahan, drpd atasan 😄. Tak berjiwa pemimpin saya. Beda dengan suami .
Bahagian kepala ini mungkin orang lelaki yang suka ya. Kakak pun lebih suka bahagian ekor. Tapi makan saja kalau sudah masak.
DeleteOh ya ke, kalau makan kepala, lebih kepada pemimpin 😊
Entry resipi, makanan yang sedap Allah anugerahkan
ReplyDeleteAlhamdulillah
Deletesedap tgk kepala ikan masak kari....fav miang pla pao
ReplyDelete