Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Moga sihat ceria gembira dan dimurahkan rezeki sentiasa.
Teruslah berdoa buat saudara kita di G@Z@ dan negara2 Islam lain, yang dalam kesulitan.
Isnin baru ni, dari Putrajaya nak balik Kuantan, ngam2 lunch time bawa mak makan di GOBANG MAJU, Temerloh.
First time tengok menu ni. Next time lah rasa.
First time juga beratur, macam ada yang belum siap. Tapi sekejap je. Masa tu 12 lebih. Tengok menu pada signboard sedapnya.
Wah dah ada Nasi Kerabu Tumis Mokti Lemak Bakar.
Jajan. Bahulu, Acar Buah dll.
Patin Bakar dan Pais.
Patin Goreng rasanya.
Sayur aneka jenis.
Durian Crepe.
Lauk pauk lain2.
Order Sparkling Lemonade.
Beli satu untuk Mak. Selalunya KUIH 3 BERADIK tapi yang ni, 4 BERADIK termasuk Kole Kacang.
Puding Raja.
Patin Tempoyak, Sayur Rebung, Telur Dadar & Siput Sedut.
Alhamdulillah sedap. Kuah tempoyak pekat. Sedap hirup.
NASI KERABU KEMIRA
Pagi semalam, Rabu ke JPJ Kuantan, renew lesen kereta, tak boleh nak register dan renew online. Hubby ajak breakfast di Jungle Food Court sebab nampak signboard Nasi Kerabu Kemira. Last week tapau dari Warung di Balok.
Tanya adik tu lauk apa, dia kata Paru Goreng. Customer belakang cakap sedap. Kami je baru tau Nasi Kerabu Kemira ni, dah viral lama di Kuantan. Tapi next time lah sebab dah order ayam bakar.
Nasi Dagang dan Nasi Hujan Panas pun ada.
Hubby punya, dengan daging bakar.
Ma'am punya ada ayam bakar + solok ikan. Sedap.
Semalam hubby work from home. Kita dah kenyang tak nak makan lunch. Teringat ada durian hubby beli kelmarin, dalam freezer. Masak nasi. Defrost sekejap durian. Hubby makan nasi putih panas2 dengan durian + semangkuk air garam. Perak style. Kalau ada anak2 memang laju lah makan. Kalau tak kenyang, memang join. Tapi kenyang dengan nasi kerabu.
Siapa pandai atau pernah makan, nasi dengan durian dan air garam?
Terima Kasih singgah baca/komen dairi seorang Mulan. Take care, ceria dan senyum selalu.
Wahhhhh bestnya tengok semua menu tu, kat kl dh takde gobang maju dh tutup la . Kena ke temerloh la kalau teringin... dah makin banyhak pilihan lauk ye sekarang ni
ReplyDeleteAda dengar jugak Gobang Maju KL dah tutup. Betul makin banyak pilihan makanan.
Deletesekarang dah senang nak cari nasi kerabu kemira tu kak..dah banyak tempat dia buka
ReplyDeleteSenang ada di IM ni dekat rumah kami je.
Deletewaduh waduhhhh ternampak puding raja
ReplyDeletearghhh tidakkkk
Sedap puding raja ni.
Deletenanti try laksa lemak udang tu...
ReplyDeletenak tahu juga mcm mana rasanya... ;-)
Kami pun belum try.
DeleteWah...ini serba beragam sajian hidangan yang sangat mengundang selera.
ReplyDeleteBingung saya mesti pilih menu yang mana...
Saya ingin kue saja Mbak, itu yang durian crepe...ah rasanya saya belum ketemu disini.
Salam,
Betul bila terlalu banyak jadi rambang mata tak tau mana yang mau. Oh di sana tiada Durian Crepe, saya rasa ada.
DeleteKuih 3 beradik tu jumpa dekat Pekan Sehari Temerloh hari tu :)
ReplyDeleteTak reti makan durian dgn nasi tapi dgn pulut & santan, my favourite Kak 😁
Pekan Sari Temerloh memang ada jual 3 Beradik ni. Lepas kawin dengan orang Perak ni lah baru tau makan durian mentah dengan nasi + air garam.
DeleteMakan jugak nasi dengan durian tapi boh santan. Aduh, sy kalau masuk kedai makan macam ni mesti rambang tekak nak makan apa, hihi.
ReplyDeleteSebelum ni memang tau makan dengan santan, lepas kawin baru tau makan dengan air garam, sedap jugak. Betul kalau kedai banyak menu memang rambang mata kan.
DeleteDah siap susun2 cam tu... main ambik je.
ReplyDeleteSenang nak kira
Ya uncle senang kira kan.
DeleteRamai orang suka makan kat Go Bang Maju tu. Cie tak pernah lagi makan situ.
ReplyDeleteSebab banyak pilihan makanan kan, dengan dessert sekali.
DeletePernah singgah Gobang Maju ni tapi nampak macam dah maju sangat ni. Besar kedainya dah. Patin goreng tu sedap ke....tak pernah la makan lagi. Laksa lemak udang tu pun rare. Tak pernah rasa.
ReplyDeleteAda lebih banyak pilihan makanan dengan dessert tu yang ramai suka. Laksa Lemak Udang tu kami pun first time tengok tapi belum try.
DeleteWaalaikumussalam.
ReplyDeleteMata terus tertumpu ke patin tempoyak!
Kenapa ye kalau makan nasi dengan patin tempoyak di kedai makan dah cukup sedap. Itu belum tambah ulam dan sambal belacan atau sambal tempoyak. Tapi kalau masak patin tempoyak di dapur sendiri kurang ummpphh pula hihihihi.
Sama lah kita Kak Amie bila makan Patin Tempoyak memang sedap di kedai. Sebab ada pilihan lain jugak kot hehe.
DeletePernah makan kat Go Bang Maju.. suka style serving mereka sebab dah siap-siap isi dalam mangkuk. Set patin tempoyak + sambal belacan... fuhhhh.. pada kami agak pedas tapi habis licin sebab sedap.
ReplyDeleteoo.. kalau 4 beradik tambah kole kacang rupanya. Semua makanan lembut tu.
Belum pernah try makan durian + nasi kecuali pulut je. Kalau beli durian pun dan-dan tu juga boleh habis tak sempat makan dengan makanan lain 😁
Senang kan lauk2 siap dalam mangkuk kecik. Tak kuat pedas jugak tapi licin je hirup kuah hehe. Betul 4 Beradik ads kole kacang. Try la nasi dengan air garam pulak.
DeleteMakk aiii makanan dia variety sgt... Juling mata nak makan yg mana.. Go bang Maju ni so far tak pernah lagi singgah makan.. insyallah next time boleh la try makan sini.. nampak menarik sgt . 🤗
ReplyDeleteMemang rambang mata sebab banyak pilihan. Keluar Tol Temerloh je. Try la nanti.
DeleteFirst time juga dengar menu tu. Macam menarik untuk dicuba kan.
ReplyDeleteBila dah sampai waktu makan, semua benda kita rasa macam sedap.hihi
Sekarang dah popular nasi kerabu lemak bakar. Merata orang jual.
Menu bakar-bakar tu yang sodap tu. First time tengok ada menu patin goreng. Biasanya patin ni popular dengan masakan tempoyak je. Okay juga ada pilihan lain selain menu tempoyak tu.
Banyak menu pilihan jenis masakan di sini. Pemanis mulut pun macam-macam ada. Rambang mata dibuatnya.
Bila banyak sangat menu memang rambang mata kan, kena datang lagi try yang lain. Betul lately viral Nasi Kerabu Lemak Bakar. Patin Goreng memang biasa jugak di sini tapi yang famous sangat Patin Tempoyak lah. Dessert pun banyak, juling mata.
DeletePernah nampak pakcu di Kuale makan nasi + durian. Air garam mungkin ada..tapi tak perasan..kut2 la ingat air basuh tangan..hehehehehe
ReplyDeleteMesti ada air garam tu hehe cuba tanya semula.
Deletepernah pergi sekali aje ke Go Bang Maju Temerloh ni..pun dah lama sangat.. sepuluh tahun lepas agaknya
ReplyDeleteNanti free datang lah lagi.
Deleteteringin la nasi kerabu tumis, sbb jrg2 tempat jual versi tumis tu...most tempat jual nasi kerabu yg tak de tumis
ReplyDeleteTu lah nak kena try jugak nanti Nasi Kerabu Tumis, macamana lah ya.
DeleteSedapnya ikan patin asam tempoyak tu..my favourite
ReplyDeleteAlhamdulillah memang sedap
Deletesemuanya sedap. rasa mcm nak try belako. dessert pun mengancam, terancam gitew!
ReplyDeleteAlhamdulillah semua sedap, dengan dessert sekali.
Deletewaahhhh laksa kuah lemak tu nakkena cuba tu sbb tak pernah lagi rasa! waduhh sedapnya nasi kerabu kemira!
ReplyDeleteLaksa kuah lemak ni banyak versi kan. Nasi Kerabu Kemira memang sedap pada kami.
DeleteSaya sampai sekarang tak pernah makan lagi nasi kerabu lemak bakar tu, rasa serbasalah 🤣 tetaplah dgn lauk daging bakar atau ayam percik je hehe
ReplyDeleteKami pun belum 😍
DeleteSaya sampai browsing lokasi go bang maju ini ada di mana saja, manalah tahu ada di KL hahahah. Ternyata tak ada yaaa.
ReplyDeleteTertarik sangat coba kulinernya kak, terutama yg nasi kerabu lemak bakar tuh 🤤🤤😍😍😍. Nampaknya sedap sangaat lah.
Aneka jajanan. Juga buat Rambang mata 😅❤️. Terkadang langsung beli banyak, tak pikir lagi sanggub habiskan atau tak hahahah
Durian makan dengan nasi, di tapanuli juga suatu hal yg wajar 😄. Tapanuli ini di Sumatera Utara, kampung saya pun masuk dalam area Tapanuli tengah. Memang durian banyak dipakai utk buat masakan atau makan begitu saja dengan nasi, pulut, lemang . Memang sedaap lah. Tp saya prefer pakai lemang drpd pakai nasi 😅😅
Sebelum ni memang ada di KL tapi sudah tutup.
DeleteNasi Kerabu Lemak Bakar nampak sedap kan.
Betul kadang beli jajan sebab rambang mata 😍😍😍
Durian dimakan dengan nasi atau pulut semua pun sedap 😋😋
Eh nasi kerabu lemak bakar yg waktu itu sering ditulis mamatisya dah tutup kah??? Aiiiih padahal saya nak kesanaa pas ke KL nanti 🤣🤣🤣.
DeleteYang dah tutup tu, Gobang Maju cawangan KL. Yang di Temerloh masih ada.
DeleteTapi di KL memang agak banyak kedai jual Nasi Kerabu Lemak Bakar sekarang rasanya, boleh cuba nanti Fanny.
Walaupun saya orang Perak, saya tak reti makan nasi dengan air garam dan durian. Kalau durian tu, saya letak dalam budu, pernah. Itu pun, kena goreng telur. 😁
ReplyDeleteTu lah lepas kawin dengan orang Perak ni baru tau makan durian dengan nasi + air garam
DeleteNgiler jadi pengen nyoba.
ReplyDeletesalam kenal bu ^_^
Salam dan Terima kasih singgah blog saya.
DeleteTak pernah makan kak, tp PZ suka makan nasi panas ngan durian yang diletak santan serta air garam...
ReplyDeleteNext time nak cuba dengan santan lah pulak mesti sedap kan.
Deletelaksa lemak udang ..menarik tu...meriahnya tgk gmbr makanan..dugaan tgh puasa ni hehe
ReplyDeleteMacam menarik kan laksa lemak udang.
Deletewah..semua menu nampak sedap
ReplyDeletepatin tempoyak tu..yum yum
MIL MA pandai makan nasi ngan durian tu..
Alhamdulillah. Patin Tempoyak memang yummm.
DeleteOhh MIL pandai makan nasi, durian + air garam ya. Geng kami tu. Hehe.
Linda makan pulut dengan kuah durian je pandai..
DeleteLain2 semua tak reti..
Senang makan nasi berlauk mcm tu, lauknya semua dah letak dalam piring, boleh la share makan.. Kadang tu portion besar sgt untuk makan sorang.
Linda: Memang tak ramai tau durian makan dengan nasi dan air garam kan.
DeleteBetul lauk dah siap dalam mangkuk, senang ambil dan boleh share kan.
KSarie dari kecik makan nasi + durian + air garam. Tiba-tiba rindu dengan arwah mak dan arwah abah sebab depa yang ajar KSarie makan durian macam ni. Tengok gambar pais teringat dekat arwah emak mertua sebab dia memang masak pais molek teruk. KSarienya tukang makan je la😅. Nampak menggiurkan bila tengok gambar semua makanan yang dikongsikan tuh.
ReplyDeleteKami baru tau durian makan dengan nasi dan air garam. Memang sedap KSarie. Moga rohnya arwah mak, abah, mak mertua KSarie dan ayah kami dicucuri Rahmat dan ditempatkan bersama mereka yang beriman.
DeleteMeleleh tengok satu-satu. Semua nampak menggoda selera!
ReplyDeleteAlhamdulillah semua sedap
Delete