Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Moga sihat ceria gembira dan dimurahkan rezeki sentiasa.
Teruslah berdoa buat saudara kita di G@Z@ dan negara2 Islam lain, yang dalam kesulitan.
Esok hubby nak masuk laut lagi. Kita masak ikan lah untuk lunch hari ni.
Ikan ni lebih 6kg, hubby tangkap lepas Raya Haji. Paling besar tangkap katanya.
Hari tu lah dapat 3 ekor besar2 Alhamdulillah. Ikan2 ni semua kerja hubby lah. Dari tangkap, siang, potong, semua kerja dia. Besar2 ikan, tak padan tangan ma'am dia yang comel dan malas.
Bahagian isi ni, fillet kan sebelah. Marinate ikan dengan lemon dan bawang putih. Cairkan butter dengan bawang putih cincang. Letak ikan dan tabur chili flakes. Malas nak grill. Masak dalam periuk non stick, tutup supaya tak percik. Spesis malas lap dapur beria2.
Api jangan besar, supaya tak hangus cepat. Jangan terbalikkan selalu. Intai2 je jangan bagi hangus. Nanti pecah2 ikan ni kalau selalu terbalikkan.
Bila dah agak masak, letak sliced cheese.
Jumpa nasi putih dalam freezer. Buat Nasi Goreng Butter Garlic. Alah, cairkan butter, masukkan garlic cincang, kemudian nasi dan tabur mushroom powder. Kalau tak ada, letak garam sikit. Makan dengan apa2 sayur yang ada dalam fridge.
UDON & SUP GOCHUJANG
Minggu lepas, bila malas. Jumpa semua bahan2 berkenaan dan berkaitan dalam fridge. Celur udon. Tumis garlic cincang, masukkan air sikit & pes Gochujang. Bila menggelegak, masukkan fishcake, egg tofu, enoki mushroom, daishi (atau kiub bilis), hirisan tebal timun. Makan dengan telur rebus & seaweed flakes. Alhamdulillah.
MI GORENG LEMBIK
Banyak kali tengok mi goreng ni di blog kawan2 antaranya Suria Amanda. Jumpa mi kuning dalam freezer tapi yang dah dicelur. Patutnya mi kuning dibilas je. Tak apa, kita yang makan. Tumis garlic cincang, sedikit serbuk kari & ciliboh, masukkan ayam potong dadu (tak jumpa udang dalam freezer), kacau hingga ayam masak. Masukkan sawi, kicap pekat, sos cili, sos tiram, garam gula dan akhirnya mi kuning. Alhamdulillah anak soleh kata sedap.
SUP GEARBOX
Lunch berdua dengan hubby, minggu lepas. Dapat gearbox untuk bahagian korban. Masak dalam Noxxa HP45. Masukkan sekali rempah Sup Siam dan pes Sup Puteri Ayu, seperti di bawah.
Bila penutup Noxxa boleh dibuka, tukar setting ke STIR FRY. Biarkan sup menggelegak dan makin kurang, kemudian tambah apa yang kurang, ikut citarasa masing2.
Gearbox tak habis. Hubby kikis isi dan lemak.
Sup ada lagi.
WANTAN MEE SUP GEARBOX
Jumpa mee wantan dalam freezer. Hiris daun salad. Sekali dengan sup dan hirisan kikisan gearbox. Jadilah dinner untuk anak soleh balik kerja. Mak Pak dah kenyang.
BIHUN MIHUN GORENG + TELUR MATA + KEROPOK
Breakfast pagi semalam.
Bila travel, bermusafir kadang tak sempat masak. Di Putrajaya ada frozen food dari Kuantan, stock up siap2 senang nak makan, reheat je. Kadang masak juga yang simple2. Rindu masak2. Bila sempat atau ingat, dapat lah snap foto. Simpan untuk rujukan, bila tak ada idea.
Terima Kasih singgah baca/komen dairi seorang Mulan. Take care, ceria dan senyum selalu.
Seronoknya saya tgk gmbr pelbagai juadah..semuanya sedap dan membuka selera..byk2 tu saya terliur udon dan soup tu
ReplyDeleteUdon dan sup favorite kat rumah ni.
DeleteNasi goreng & filet ikan tu dah macam plating dekat hotel Kak!
ReplyDeleteSy pun smlm ada kuah sup daging, celur mee kuning jadilah mee sup :D
Alaa susun2 je PH 😍😍 feeling2 kat hotel.
DeleteSenang kan ada sup lebih, boleh buat mi sup dll
Ikan bayan ke tu Mulan? Teringat dulu waktu hayat FIL masih ada. Selalu arwah beli kepalanya, kadang berat satu kepala ikan tu mencecah 5 kg. MIL suka masak sambal Cocos style. Isi ikan ni putih dan lembut sangat kan.
ReplyDeleteTak tau la Kak Amie, tanya hubby tadi ya kot ikan bayan katanya hehe. MIL Kak Amie masak sambal Cocos style sedapnya
DeleteBesarnya ikan tu macam sekampit beras! Dia warna biru2 macam ikan kat sabah pulak
ReplyDeleteRasa ikan besar ni mcm isi dory ke?
Ada jugak di Pantai Timur ikan ni tapi jarang jumpa. Hehe ikan ni bila disimpan dalam freezer dah tak tau mana satu. Rasanya ya isi lembut macam dory jugak.
DeleteBestnya, dapat makan ikan segar dari laut. Ikan besar macam susah sikit nak siang, kan.
ReplyDeleteSuka tengok gambar hidangan, nampak sedap belaka. Tak pernah masak ikan letak cheese kat atas.
Alhamdulillah. Besar ikannya payah tangan kita nak handle, berat.
DeleteThanks Nur, alaa kita masak acah2 ikut chef2 tu 😍😍
Terus lapar kita masuk sini tengok olahan makanan sedap-sedap yang jarang kita dapat makan. Seronoknya sekali kelaut dapat ikan besar macam tu. Macam pernah tengok ikannya. Nama tu memang tak tahu lah. Tapi comel rupa parasnya. Jadikan ikan hiasan cantik. hihi...
ReplyDeleteSenang kerja kita tinggal masak kan je. Tambah pulak dah di fillet kan. Senang makan pun. Masak begitu pun dah sedap.
Untung ada noxxa, senang kerja memasak daging. Bagus juga kan ada stock lauk di frozenkan, jimat masa memasak. Reheat je sudah.
Thanks Fiza. Masak untuk family je 😍😍 acah2 makan kat cafe. Alhamdulillah hubby dapat banyak ikan.
DeleteBetul bila fillet, senang nak masak.
Alhamdulillah Noxxa banyak sangat bantu. Jimat masa, tak ada lah hangus macam dulu2 😄😄
kakMulan kena buat buku masakan, walaupun masak apa yg ada tapi dia punya plating tu ala hotel.
ReplyDeleteEhhhh mana ada, plating kita tiru2 je lah 😄😄
Deletemakkkk aiiii besarnyaaaa ikannnn
ReplyDeletepuas makan tu
boleh masak mcm2
Alhamdulillah
Deletehahaha kebetulan kot
ReplyDeletesmlm tertengok resepi lama KA
dia buat sup siam
hari ni jumpa rencah sup siam kat sini pula hehe
Senang guna pes siap kan.
Deleteseronok tengok pelbagai hidangan..nyumss
ReplyDeleteAlhamdulillah dan Terima kasih
DeleteBesarnya ikan tu. Banyak hasil tangkapan.
ReplyDeleteAlhamdulillah
DeleteFuhhh! Ikan ni kalau goreng tak muat kuali!
ReplyDeleteMemang tak muat, kena potong banyak tu.
DeleteLawa betul kejadian telur mata tu
ReplyDeleteAlhamdulillah memang suka telur mata macam tu
Deletesedapnya sup gearbox..besar btul ikan hasil tangkapan husband tu..dlu husband suka juga pi mancing lps covid dh stop..bila die bw blk ikan besar mcm tk brp lalu sgt nk mkn tp belah la 2 ikan tu
ReplyDeleteSup gearbox memang sedap kan. Kadang hobi ni boleh bertukar2 kan, atau dah tak minat. Ikan besar ni sedap ambil bahagian isi, boleh buat grilled fish atau fish & chips kan.
DeleteKalau bab- bab ikan ni SA suka..ikan besar tu namanya ikan bayan, Selalu nampak orang share kat FB...cumanya SA x pernah makan lagi...separuh orang cakap sedap...ya allah nampak sedap semua masakan akak ha...lapar SA tengok...
ReplyDeleteBetul rasanya ikan bayan tu. Ikan semua sedap hehe sebab memang suka ikan. SA masak pun sedap2 tau.
DeleteFuhhhh... nasi pun boleh jumpa dalam fridge ya😅. Kadang nasi tinggal sikit sayang kan.. bubuh lah dalam fridge. Bila² boleh digoreng. Kadang tu sampai beberapa bekas.
ReplyDeleteYang menangkap ikan pun kena pandai siang dan potong.. lagi² ikan besar.
Kita ni beli ikan siakap pun suruh orang kedai selesaikan semua😁
Nasi lebih memang simpan, takkan nak buang kan. Boleh buat nasi goreng.
DeleteIkan besar memang tak larat nak pegang. Hubby settle semua lah. 😄
Bertambah kelaparan membaca post Mulan di malam hari ni. Padahal udah makan maggi goreng tadi. Semua menu yang Mulan masak macam dekat restoran ni. 😋😋😋
ReplyDeleteTak lah, ni masak apa yang family makan. Pastu senang masak ni, takyah tomis2 beria. 😄😄
DeleteYa Allah besarnyaaaaa ikan tuh 😍😍😍. Saya memang sukaa ikan, tp masak sendiri tak pandai. Takut amis lah, takut masih mentah di dalam etc. 😅. Makanya tak pernah masak ikan di rumah. Kalo kepengin, biasanya beli.
ReplyDeleteSup gochujang ini yg saya kurang suka. Dulu saya pikir pedas, jadi semangat nak makan. Apalagi merah begitu kan. Tp ternyata tak ada pedasnya 😅😅. Makanya jadi kurang suka. Tp masih mau nak makan.
Mi goreng lembik tuh saya suka. Di sini sebutnya mi goreng bun. Bun maknanya basah. Jadi tak kering sangat.
Daging gearbox tuh sedap sangat nampaknya kak 😍😍😍. Memang pas lah jadi topping mi
Ya ikan ada kala berbau tapi boleh dimasak lebih lama atau dengan rempah yang sesuai. 😍
DeleteSup Gochujang ni memang favorite kami, ada yang lagi pedas sebenarnya. 😊
Ohh bun tu maksudnya lembik ya.
Daging gearbox memang sedap kan apalagi daging korban yang fresh