Sunday, June 22, 2025

AHAD YANG PADAT

 

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. 
Moga sihat ceria gembira dan dimurahkan rezeki sentiasa.

Teruslah berdoa buat saudara kita di G@Z@ dan negara2 Islam lain, yang dalam kesulitan.

Hubby ke laut di Kemaman lepas Subuh. Macam2 lah kerja buat di rumah dengan anak soleh ni. Selalu keluar radar kan. Tengok mana nak kena kemas cuci buang. Masak pun yang senang2 lah.


FOCACCIA. Lunch tadi. Buat versi kecil. Umpama burger bun. Selalu buat dalam loyang. 


Klik -->> RESEPI FOCACCIA 


Buat separuh adunan saja, tapi shortcut macam di bawah ni.

1. Gaul semua bahan macam buat cekodok tapi jangan lembik sangat. 
2. Siap gaul, tutup mangkuk, biarkan 30 minit dan naik.
3. Lepas 30 minit, guna spatula atau senduk, kaup bancuhan tepung, luar ke dalam beberapa pusingan/kali. Tutup semula mangkuk adunan, bagi adunan naik.

Ulang langkah 2 dan 3. 


Selalu buat dalam loyang square. Tapi kali ni guna loyang bulat kecik, macam saiz bun burger. Gris kan dulu dengan butter atau baking spray. Masukkan adunan dalam loyang kecik tu, guna senduk sebab adunan lembik macam cekodok. Hias sesuka hati. Tadi guna baby tomato, daun saderi dan capsicum. Tu je yang ada. Sapu bahagian doh dengan minyak zaitun. Tutup dan tunggu 20-30 minit. Bakar 200'C hingga kekuningan atas nya.


Sementara itu, kisar daging dalam food processor. Anak soleh yang perasakan beef patty ni, dia main agak2 je tadi. Daging dalam 500gm, 1 telur, lada hitam, garlic powder, garam, 2 sudu besar bread crumbs. 


Alhamdulillah dah siap masak. Search je di socmed, FOCACCIA.


Satu mini focaccia ni anak soleh dah kidnap dulu. Sebab beef patty dia dah masak. Sedap makan panas2 kan.


Mummy punya beef patty, bila dah masak, letak sliced cheese atasnya. Yummm tengok melting cheese tu. Beef patty ni anak soleh pandai perisakan, memang sedap. Jangan letak banyak sangat spices. Hilang rasa daging, katanya. Mummy dia kalau letak spices, boleh jadi benda lain dah daging tu. 


Alhamdulillah sedap. Focaccia ni tak macam roti, dia lembap sikit dan berat. 


MUSHROOM SOUP 
Cairkan 1 sudu besar butter, tumis 3 garlic cincang, 1/2 bawang besar di-dadu & 3 shitake mushroom dicincang/potong kecil. Tutup api.


Blend dengan 1 cawan susu.


Masak dalam periuk, api sederhana slow. Tambah serbuk lada hitam & 1/2 kiub ayam. Perisa kan lah ikut citarasa masing2 ya.


Sebab dah pekat, so tak campur lagi bancuhan sedikit tepung gandum dan air untuk pekatkan. Nak banyak sup, boleh tambah bancuhan tepung dan air. Perisakan, perasakan. Mana yang betul ya, hehe.


FOCACCIA BUN & MUSHROOM SOUP 

Dua bun (burger mummy dan anak soleh) habis untuk lunch,  extra dua lagi untuk early dinner.


PUDING RAJA TAK CUKUP BAHAN


Pisang Emas dan Jala Emas.


Ceri merah hijau tertinggal di Putrajaya. Ada prunes dan walnut, guna ni je lah.


Jumpa biji labu. Kuah susu leftover dari Putrajaya. Pisang Emas tu pun sama, ada seikat lagi. Habiskan lah. 


Pagi tadi ketika buat kerja di dapur, defrost tulang daging. Rebus dalam Noxxa HP50. Letak sup punjut dan Pes Sup 


Alhamdulillah lembut. Simpan dulu dalam fridge. Nanti nak buat apa2, senang sikit.

Terima Kasih singgah baca/komen dairi seorang Mulan. Take care, ceria dan senyum selalu.

44 comments:

  1. Tengok rupa pun dah tahu sedap. Versi homemade ni confirm lembut dan penuh kasih sayang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak sedap pun, semua kat rumah ni kena makan hehe.

      Delete
  2. Rajinnya akak... cantik presentation mcm syg je nk mkn foccacia tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Focaccia lagi senang dari roti, bancuh macam cekodok, cuma nak kena tunggu adunan naik.

      Delete
  3. Lawa pulak nampak focacia…eh camna eja tadi tu? Ammi kan sepanjang usia nak masuk 46 belum pernah cuba apa2 resepinyg melibatkan yis. Apa yg ammi tkaut sgt dgn yis ni ntahlah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau yis baru buka, Insyaa Allah ok. Takut yang dah buka, masuk angin. Try la senang je focaccia ni.

      Delete
  4. Lucu sekaliiii, dan ini ada kandungan dagingnya yaa. Mantap.
    Oya, doa terbaik untuk teman2 di g4z4 jugaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe. Terima kasih singgah sini. Aamiin untuk G@Z@

      Delete
  5. semua pun sedap laaa...focacia tu makes me drooling

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Try la buat focaccia, senang je.

      Delete
  6. Kreatifnya focacia sebagai bun burger! Ini kalau jual ni..... laku keras agaknya!
    Patty yg kita buat sendiri lagi best boleh adjust rasa, buat besar dan tebal2 🤭

    Senang rupanya buat mushroom soup tu. saya selamani ingat pakai cendawan putih tu, rupanya cendaean shitake je ya. Boleh try ni!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Malas nak beli bun, bahan ada so kita buat lah. Patty buat sendiri boleh buat ikut suka kita kan.

      Senang je, ni cara cepat dan senang 😄😄

      Delete
  7. berkali-kali kita telan liur, presentationnya fuh! letopan sekali sista...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita nak makan feeling2 kat cafe haha.

      Delete
  8. Comel, cantik kejadian focaccia tu dengan pelbagai rupa hiasannya. Nampak senang gaya nak membuatnya. Semua menu di atas belum pernah makan kecuali mushroom soup dan sup tulang daging. hihi...
    Puding tak cukup bahan pun takpe, tetap sedap kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Senang je buat focaccia ni. Cuma kena tunggu adunan naik. Mushroom Soup pun senang.

      Delete
  9. Mushroom Soup tu saya paling suka. Jala emas tu kadang bulan puasa saya cari juga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mushroom Soup memang sedap makan panas2 cicah dengan garlic bread dll kan. Oh jala emas ada jual pada bulan puasa ya.

      Delete
  10. Nampak senang je akak buat roti tu, dana dah lama teringin nak buat tapi tak terbuat-buat. Tapi kali ini kene buat jugak lah.... sebab mudah buatnya tak payah pakai mesin kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Senang je Dana bancuh macam cekodok.

      Delete
  11. Tak pernah tak menggoda airtangan Akk ni...

    ReplyDelete
  12. sedap tgk FOCACCIA BUN & MUSHROOM SOUP tu....sup tulang tk mkn lg kalini ..biasa time aidil adha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Try la buat weekend, senang jugak. Tulang ni dah siap rebus, bila2 nak makan senang sikit.

      Delete
  13. Dah jadi homemade burger. Patti dan bun buat sendiri. Bagus betul. Seronok saya tengok orang yang pandai masak ni. 😊👍

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kami dulu duduk tempat yang susah makanan halal, pastu duduk bandar kecil, nak makan yang barat2, kena belajar buat 😄😄 tak sedap pun kena makan

      Delete
  14. Kalau tak bagitau mati2 ingatkan roti burger

    ReplyDelete
  15. Berbagai menu masakan...ternyata Mbak Mulan jago masak rupanya...
    Pastinya masakannya sedap sedap semua...
    Demikian cara seorang ibu membahagiakan keluarganya ya Mbak.

    Salam,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan jago Pak, suka2 masak untuk keluarga. Apalagi kalau yang susah jumpa di sini.

      Delete
  16. SA craving mushroom soup...nak belajar la buat...semalam nak nangis rasanya pi sana sini cari mushroom soup, dh rupa orang preggy dah...suami sampai cakap, awak ni pregnant kot yang...eh...eh..dia tu...jangan macam macam erk...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Try la senang je tapi ni versi malas dan senang. Kalau pregnant, Alhamdulillah rezeki tu SA.

      Delete
  17. ooo size bun rupanya focaccia tu.. menarik hiasannya.
    Nampak tulang rebus tu ingat nak buat camtulah kat daging. Rebus siap².. nanti nak guna senang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Focaccia ni kalau gugel memang diorang hias atas nya. Ikut masing2.
      Senang kan rebus tulang siap2 boleh guna bila perlu.

      Delete
  18. x pe tak cukup bahan
    janji sedappppppppppp

    ReplyDelete
  19. foccacia tu tak apa ke kalau makan sejuk? dia takkan keras kan?

    ReplyDelete
  20. Tak pernah tak menggoda masak Mulan. Feast to the eyes begitu. Terus lapar jadinya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekali sekala tukar selera. 😄😄

      Delete
  21. Focaccia 😍😍😍😍. Susah sangat nak cari roti ini. Tak banyak yg jual. Buat sendiri blm ada niat saya hahahaha. Nanti nak minta dari baker di toko roti papa utk buatkan lah 😄.

    Setujuuu dgn yg dibilang anak Sholeh. Saya pun kalo masak daging tak ingin terlalu banyak spices. Sebab rasa Umami dari daging akan hilang. Less bumbu saja.

    Mushroom soup nya mirip dengan yg saya suka. 😍😍😍. Pakai Shitake pula yaa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ohh papa ada toko roti, wah bagus ni Fanny. Boleh makan apa saja jenis roti nya. Mesti semua nya sedap. 😋😋

      Ya kalau beef patty seeloknya tak banyak spices kan. Nanti hilang rasa dagingnya.

      Yang ini mushroom soup yang pantas dan malas. Hehe semua mau cepat dan ringkas.

      Delete

Thank you for dropping by.
Thank you for the comments.

Please email me for any inquiries :
o-mulan@hotmail.com