ASSALAMUALAIKUM & SALAM SEJAHTERA.
Moga sentiasa sihat, dilindungi & dirahmati Allah.
SEPTEMBER memang dikenang sentiasa. September 1997 kami mula berkelana. Menuruti suami ke atas sebab kerja. Asalnya 3 tahun, tapi 10 tahun jadinya. Perancangan memang usaha kita. Yang menentukan, hanya lah Yang ESA.
Post ni, post lama. Throwback gitu. Hanya sebahagian kecil dari cerita kehidupan 10 tahun di sana. Mula ber-blog pun tahun 2006, sewaktu masih di sana.
Asalnya nak sambung study. Atas nasihat uncle, disuruh ikut jugak suami ke Saigon (Ho Chi Minh City). Maka jadi lah kami warga asing di bumi Vietnam. Ketika itu 1997, HCMC umpama Malaysia di tahun 60-70an rasanya. Kereta boleh dikira dengan jari. Bangunan tinggi cuma 3. Basikal memenuhi jalanraya. Motorsikal tak banyak mana. Masa tu tak ada handphone+ camera. Nak ambil gambar kena guna camera ber-kodak. Maka foto yang ada mostly di tempat2 attraction.
BEN DEN DUOC (Foto di atas)
Ni first outing, weekend, keluar sikit dari bandar. Keluar dengan kereta company, wajib la dengan driver company. Ben Den Duoc ni adalah kuil memorial, antara tempat bersejarah di sana. Dibina utk mengingati askar2 yg terbunuh sewaktu SAIGON-GIA DINH REGION, di kala perbalahan Anti Amerika & Anti Perancis. Berhampiran Cu Chi Tunnel.
Vietnam ni memang luas tanahnya, dimanfaat utk penanaman padi.
Yeaahh cuba skill katanya.
CU CHI TUNNEL
Ni badan sado kalau masuk memang penat lah tak macam badan2 org Vietnam yg halus2 tu. Tunnel yg kecik tapi amat panjang yg digunakan oleh Viet Cong sebagai tempat persembunyian & perhubungan sesama mereka tatkala Perang Vietnam dulu. Juga digunakan sebagai hospital, tempat penyimpanan makanan dan senjata.
Penat2 explore tunnel, kami dihidangkan uji rebus cicah kelapa parut. Sedap.
LIEN KHUONG
20km dari Dalat. Lokasinya di bahagian tengah tanah tinggi Vietnam. Tak dapat ke waterfall sebab cuaca kurang baik. Airport DALAT terletak di bandar ni.
LANG BIANG MOUNTAINS
Legenda mengatakan bahawa nama Lang Biang berasal dari nama pasangan yang sangat menyayangi antara satu sama lain - lelaki bernama K'lang dan perempuan bernama Ho Biang. Mereka jatuh cinta antara satu sama lain selepas K’lang menyelamatkan nyawa Biang daripada kedengaran ganas tentang serigala. Walau bagaimanapun, mereka tidak dibenarkan berkahwin kerana perselisihan yang berpanjangan antara puak mereka.
Dengan anak2 yg menetap di kawasan pergunungan Lang Biang.
DALAT
Đà Lạt, 306km dari Bandar Ho Chi Minh, ibu kota Wilayah Lâm Đồng di Tanah Tinggi Tengah Vietnam selatan, 1500m di atas paras laut, berpusat di sekitar tasik dan padang golf, serta dikelilingi oleh bukit, hutan pain, tasik dan air terjun. Dikenali sebagai "City of Eternal Spring" kerana iklim sederhananya yang tersendiri. (Google)
THAC DATANLA (Datanla Falls)
Antara 3 waterfalls yg awesome di Dalat.
Ramai pengunjung, sejuk jugak masa tu.
TUYET LAM LAKE, DALAT
Tasik Tuyen Lam (Tasik Syurga), 6km ke Selatan Dalat, mempunyai permukaan air seluas 350 ha. Ia dicipta oleh aliran Tia - air sungai Da Tam. Tiada siapa yang tahu bila dan mengapa ia dipanggil Tuyen Lam, tetapi mungkin kerana alam semula jadi di sekelilingnya – sungai dan hutan berdekatan antara satu sama lain. Tuyen bermaksud sungai, Lam bermaksud hutan. Tuyen Lam ialah tempat air dan pokok bertemu antara satu sama lain. (Info : dalattrip.com)
XQ ART HOUSE
Semua di belakang kami itu adalah sulam embroidery hasil kerja tangan pekerja XQ. Semua disulam dgn tangan..!! Sulam yg amat halus. Company XQ ni memang HQ nya di DALAT.
Elephant Ride along Paradise Lake & pine forest. Sekarang dah ada cable car. Tak sempat nak try sebelum balik for good dulu.
NHA TRANG
Vietnam's most famous seaside resort city. Ramai ke Nha Trang untuk pantai dan scuba diving. Namun banyak attraction lain nya sekarang. 434km dari Ho Chi Minh City.
Sempat jugak hubby scuba dive di Nha Trang dulu.
Stroll petang. Zaman dulu menggamit kalbu.
Korban lembu dalam kawasan masjid berlantaikan simen. Tanah sangat terhad & mahal. Selalunya kami akan melakukan ibadah korban di kampung di Chau Doc, bersempadan Cambodia. Tapi kali itu, kami buat di masjid, bahagian lembut yg tak diambil, dibawa jauh untuk ditanam.
Wedding Falahiya, gadis Cham Muslim. Falahiya ni nanny kepada kawan kami. Baik & pandai masak. Rasanya wedding di Chau Doc.
NGUYEN HUE Street, Ho Chi Minh City
Yeeyy mak datang tahun 2000, nak visit anak dia yg baru disahkan mengandung anak pertama, cucu pertama & cicit pertama. Alhamdulillah.
Mak buyung sibuk nak tengok lembu dikorbankan. Raya Haji 1999.
Habiskan cuti hujung tahun.
Chalet yg awesome, dibuat dari bahan semulajadi.
Chalet kami.
Stroll petang. Sukanya diorang sebab jumpa orang luar yang bercuti ke situ. Katanya payah ada orang luar ke sana. Kami pun was was asalnya tapi tawakal.
PHAN THIET
Hari Merdeka 31 Ogos 1998. Sambut ramai2 di Phan Thiet. 214km dari Ho Chi Minh City.
RED DUNES, PHAN THIET
Life di Vietnam. Kadangnya Farewell atau Ladies Get Together di Ho Chi Minh City.
Kadanya ada yang organize Bowling games utk Malaysian Ladies.
Bila beraya di tempat asing, satay pun kena buat/bakar sendiri. Kalau order, mahal sangat harga macam hotel. Nasi Lemak pun RM12 di kedai halal.
United Nation Day/International Day di sekolah. Mak2 sama naik menyiapkan booth utk mempromosi Malaysia.
International Bazaar. Sama2 membantu Consul General's office & Tourism Malaysia.
Ketikanya lawatan Almarhum KDYMM Ayahanda Sultan Ahmad Shah.
Tun M's visit. Time ni la berpeluang berdepan mata, bersalam mesra.
Kapal ATM berlabuh di pelabuhan Saigon.
Menghiburkan anak2 kurang bernasib baik. Ok, thats half of the story, life di Vietnam. Hanya sebahagian. 10 tahun memang jangkamasa yg sangat lama. Alhamdulillah diizinkan Allah menimba pengajaran & berkongsi pengalaman di bumi yg ketika itu serba kekurangan. Kami menyaksikan pembangunannya, dari serba kekurangan kepada lajunya pembangunan. Dan kini ianya antara destinasi perlancungan. Kampung ke dua kami konon nya lah.
For more stories, asam garam kehidupan kami dll di Vietnam. Di kolum kanan ni 😊
teringin nk gi Dalat..cantik tempatnya..
ReplyDeletemacam baca buku sejarah je tgk gambar2 lama akak ni, hehe
ReplyDelete1997 sy baru habis spm tu kak
1998 sy start keje di klia
rindu nak gi vietnam, insha ALLAH jan nanti
Nohas: Skrg Dalat dah ada cable car rasanya mmg lagi develop dari jaman kami dulu 😄😄
ReplyDeleteIrfa: Nak ikootttt..
kenangan sungguh!
ReplyDeletemmg legend pic2 lama ni..
betsnya akak..byk pgalaman mrantau negara org..
**pgantin zaman dulu, mesti ade buat rambut curl halus2 berjuntai kat tepi ..
akak dulu takat boleh jengah Hanoi je Mulan..
ReplyDeleteteingin nak ke HCM.
nak berjimba.
Lya: Memori, pengalaman & pengajaran.. Alhamdulillah diizinkan Ilahi..
ReplyDeleteKak Yan: Yes yes plan for next visit tau..