Sunday, April 03, 2022

RAMADHAN MUBARAK

Assalamualaikum, lama betul tak bersiaran. Pejam celik, Ramadhan tiba lagi. Alhamdulillah. 


Semoga semua nya sentiasa sihat, diluaskan rezeki, dilindungi & dirahmati Allah. 




Monday, February 07, 2022

PEKAN SARI TEMERLOH

Bila dah tinggal berdua, senang nak menyinggah ke sana sini. On the way balik Kuantan hari Ahad semalam, dapat melencong ke Temerloh. Apa lagi ke Pekan Sari lah kita. First time..!! Sejak pindah Kuantan tahun lepas, sebab PKP juga, tak berkesempatan kami. Alhamdulillah kali ni diizinkan. 

Assalamualaikum & Salam Sejahtera. 


Friday, January 28, 2022

PAGI CAKES

Lama tak jamu kek berbagai jenis. 

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Happy & healthy always semua.


Alhamdulillah ada promo dapat rasa berjenis2. Semua pun sangat sedap. Recommended.

Friday, January 14, 2022

2021 DALAM KENANGAN

2021 dah pergi dengan pelbagai memori.
Assalamualaikum & Salam Sejahtera.


Taman Guru, Kuantan. Rumah mak. Rumah kami membesar sejak 1987. Dikelilingi sanak saudara. Ya, rumah mak naik air paras atas lutut saja dalam rumah. Atas pinggang paras di luar rumah. Tilam, sofa dan banyak lagi terendam berbau. Sikit je. Tinggal video je, adoi foto semua terdelete. 

Ya, rumah mak tak seteruk rumah orang lain. Kami simpan sebagai kenangan. Rumah uncle, aunty, tok2 saudara & lainnya terkesan juga. Semoga dipermudahkan segala urusan mereka yang terkesan. Cuti suami 2 minggu terakhir tahun 2021 memang sangat bermanfaat. Alhamdulillah, sebab memang plan tak ke mana2 pun, cuma nak visit anak soleh di Terengganu. 

Alhamdulillah smooth semua kerja2 cuci walaupun cuma bertiga dgn hubby & anak solehah. Mak memang kami dah pesan cuma cari & tengok barang penting. Penat jangan cerita lah. 100 Plus je sedap kat tekak untuk teruskan mencuci, Alhamdulillah. After a week, adik sekeluarga nak balik jugak utk tolong bahagian dalam cabinet. Padahal rumah sendiri (dua beradik tinggal berdepan) di Klang pun first time naik air paras buku lali, cecah jugak sofa2, fridge dll. Alhamdulillah semua redha. 

Take care & stay safe semua. Stay strong. Semoga dipermudahkan segala urusan. Aamiin.

Friday, November 05, 2021

BUKIT PANORAMA, SG LEMBING, KUANTAN..

Asalnya nak ke Bukit Pelindung. Tiba2 teringat Bukit Panorama. Bukit Pelindung dah naik few times. Dalam hati, cuba je lah setakat yang mampu.  


Monday, October 18, 2021

TAIPING, SETELAH SETAHUN..

 Alhamdulillah.. Back in Taiping melawat ipar duai. Last minute sebab kami di KL. Walaupun kesuntukan masa, Alhamdulillah smooth short trip 1 malam. 


Friday, October 01, 2021

SAYANG MALAYSIA

 Alhamdulillah diizinkan merentas. Cuci mata, cuci minda. Tumpang 1 malam di sini sebab kena angkut bag dia, other half tu 3 malam atas urusan kerja. Banyak hal nak kena settle. 3-4 kali dah sebenarnya ke kota namun tak kemana2, hanya urusan penting semata2.


Kebanggaan rakyat Malaysia..!! Doa lah berterusan agar negara kita terus kekal aman makmur bersih cantik ceria gembira berbilang berbagai agama & bangsa yang saling bertanggungjawab, sihat walafiat, saling menyayangi & menghormati. Aamin.

Thursday, September 09, 2021

MUSHROOM TUNA QUICHE YANG MUDAH

Alhamdulillah jumpa lagi resipi yang mudah. PKP ni kan memang lama duduk rumah so kita explore lah resipi2 baru & yang lama tak buat.

Tuesday, September 07, 2021

RED VELVET CAKE YANG SEDAP & MUDAH

Alhamdulillah jumpa resipi yang mudah & sedap dari YouTube Apa Kau Rasa. Tak guna mixer tau. 

Wednesday, September 01, 2021

MINI CHOCOLATE TARTS

Tak lama lagi boleh rentas negeri ya. Alhamdulillah. Moga semuanya sentiasa sihat & ceria.

Friday, August 27, 2021

ANAK KECIL MAIN API..

Terbakar hatinya yang sepi
Air mata darah bercampur keringat
Bumi dipijak milik orang...

Tuesday, August 10, 2021

CHOCOLATE CHIPS COOKIES

Salam Maal Hijrah. Didoakan moga sentiasa diteguhkan iman amal & pengakhiran kita dalam Husnul Khatimah. Aamiin. 

Emotional. Life must go on. Hari ni layan emosi buat Triple Chocolate Chips Cookies. Sedap.


Thursday, August 05, 2021

FOCACCIA - SENANG BUAT ROTI NI..

PKP masih lagi. 

Manfaatkan masa tenaga usaha selagi daya. Cuba yang baru, tambahkan ilmu, hilangkan rasa tepu.