Tuesday, October 18, 2016

TASIK PUTRAJAYA & TASIK CYBERJAYA..

"Dont compare your life with others.. You have no idea what their journey is all about.."

ASSALAMUALAIKUM & SALAM SEJAHTERA.. Moga sentiasa sihat, dilindungi & dirahmati Allah.. 

Subhanallah cantik sangat..!! Kebiasaannya pada hujung mknggu selepas Subuh, tatkala sebelum mentari bersinar sepenuhnya.. Suka sangat cycling keliling tasik wa imma mukim Putrajaya mau pun Cyberjaya.. Bersempadan aje nya.. Cantik sgt macam kat oversea gitu..


BLOGGERS MEETUPS & HAPPY 10th ANNIVERSARY..

Wallaaaaa dah 10 tahun jadi blogger..?? Walaupon timbul tenggelam, blog ini kekal disayangi.. 

ASSALAMUALAIKUM & SALAM SEJAHTERA.. Moga sentiasa sihat, dilindungi & dirahmati Allah..

October 2006 mula karier sbg blogger siput.. Kisah berkitar tentang kehidupan kami anak beranak di Vietnam, di tahun2 terakhir selama 10 tahun menetap di sana.. Kini kitaran kisah telah berubah namun semua yg dicatit akan menjadi memori yg sangat indah.. 


3 weeks ago.. Managed to vrooomm to KLIA jumpa blogger hanisamanina.com (bakal Doctor tak lama lagi) sebelum si manis ni terbang pulang ke Prague utk meneruskan pengajiannya.. All the best..!!  Jumpa di Prague In syaa Allah.. Love her stories, kisah pengembaraan "nature" ke bumi Eropah & Czech khasnya.. 


Alhamdulillah finally dapat juga bersua blogger Kak Azian Elias (yan-yanjournal.blogspot.com) di Shah Alam 2 minggu lepas.. Panjang borak kami memang tak cukup masa, most interesting kisah Kashmir yg dah macam second home to Kak Yan..


My classmate Darjah 5 dulu, was also a blogger.. Bertemu semula after 35 tahun.. Tqsm for your time Rudy..!! Take care & Stay strong dear..


Rupanya tak jauh rumah kami, dlm 15km saja.. Hhmm dah last2 ni baru dapat jumpa.. Kenal Cik Nurul di IG but also a blogger - cake-2-u.blogspot.com, Cik Nurul hebat dgn masakannya esp Bento beraneka rupa utk anak2 ke sekolah.. And yeeyyy Alhamdulillah Cik Nurul jamu Macaroons hari tu.. Yummeh..


Last but not least utk ketika ini, sessi terjah ke rumah blogger masakan tersohor ie mamafami.blogspot... Apa lagi food she served mmg awesome esp Grapefruit Cake.. Wallaaaaa makan tak hengat doniya.. Sbb tetamunya ai ai sorang aje so hhmm takde org lain kisah kan.. Tak cukup masa borak lah jgk..

Tqsm kerana sudi bersua mata.. Jumpa lagi In syaa Allah..

Monday, October 03, 2016

LAMPU HAZARD = TERIMA KASIH

Memandu sendiri sewaktu bercuti di luar negara, banyak yg kami pelajari.. 

ASSALAMUALAIKUM & SALAM SEJAHTERA.. Moga sentiasa sihat, dilindungi & dirahmati Allah.. 


Highway PLUS arah Selatan..
Sabtu & Ahad baru ni.. 
Selangor-Johor-Selangor..
"HAZARD LIGHT" saya = "TERIMA KASIH"

Memandu di banyak negara, pengalaman di South Africa antara yg paling teruja, Cape Town - Port Elizabeth - Cape Town.. Berhenti tidur di beberapa daerah.. Highway di sana gersang, tak banyak kereta.. Tapi pemanduan penduduk setempat di highway agak beradab & berbahasa..

Di sana, ketika memandu di fast lane (kanan), kalau kereta di hadapan (kasi nama Brad Pitt lah) agak kurang laju dinhiway, kereta yg hendak overtake akan kasi signal ke kanan utk memberi isyarat pada kereta Brad Pitt di hadapan, utk maklumkan dia nak overtake.. So Brad Pitt akan ke kiri utk beri laluan.. Maka diorg akan overtake & kasi signal *HAZARD* utk mengucapkan *TERIMA KASIH*..!! Brad Pitt kemudian kasi angkat high beam utk cakap *"SAMA SAMA"*.. Sweet kan..

Terasa nak kongsi sbb nak ucap Terima kasih kepada pemandu yg kasi laluan tatkala akak nak overtake di lane kanan.. Drive kat hiway kadangnya ngantuk jugak esp hari Ahad baru ni sbb masih kurang kereta atas jalan berbanding hari ni (Isnin) sebab hampir semua pulang ke KL/Selangor, esok kerja/sekolah dah kan.. Kalau kereta sesak atas hiway memang tak sempatlah nak berHAZARD unless drive di lane emergency kan..

Berbahasa di highway, saya adaptasi dari pengalaman memandu di Cape Town & daerah lain di South Adrica sebab tiada signal liplap atau loud speaker utk mengucapkan TEPI SIKIT, TERIMA KASIH @ SAMA SAMA dll nya..

Pengalaman yg lainnya bikin teruja, memandu di AUTOBAHN GERMAN.. Pegang stering & tekan minyak aje 😄😄😄

Saturday, September 17, 2016

RESTORAN TERAPUNG SEAFOOD BUJANG FIREFLY..

Haaaa panjang nau nama kedai.. Lokasi dalam mukim Desaru & Bandar Penawar, Johor.. Serves seafood, belangkas, siput gonggong & trip tengok firefly..

ASSALAMUALAIKUM & SALAM SEJAHTERA.. Moga sentiasa sihat, dilindungi & dirahmati Allah.. 


Ikut hubby ada hal di Bandar Penawar.. Langsung ke restoran ni.. Alhamdulillah cantik cuaca..


Restorannya terapung.. 


Nyaman aje rasa..


Alhamdulillah tak ramai orang..


Sepanduk baru, last trip tak ada..


Bot besar tu utk tengok kelip-kelip pada malam hari..


Seronok adik2 tu bercuti ya..


Siput Gonggong Masak Sambal Telur.. Alhamdulillah so yummeh.. Last trip datang, siput ni takde tapi ada belangkas.. Masak Black Pepper masa tu sedap sangat.. Kali ni datang belangkas takde tapi ada siput.. Alhamdulillah dapat lah rasa keduanya sudah.. Memang sajian yg dinanti pengunjung kata suami, bagi yg suka lah kot sbb jarang ada kan..


Tomyam..


Kangkung Ikan Masin


Ikan Kukus Masam Manis


Butter Prawn.. Semua lauk di atas kecuali Siput, dgn Nasi Putih + Air Tembikai utk 4 org, pakej nya RM90.00, not bad kan.. Siput satu portion dijual RM15.. Sangat reasonable kan..


Dah kenyang maka balik lah kita..


Banner baru..


Semua ni terapung..


Alhamdulillah cuaca cantik..


Bye bye, till next time In syaa Allah..


Suka the nature..


See u again..


Jauh sikit nak masuk ke restoran ni, kena lalu ladang sawit.. But its worth the trip..


Ni signboard dari main road, kalau dari Kota Tinggi..

Thursday, September 15, 2016

RAYA QURBAN & MANDI SUNGAI..

Aidil Adha lain specialnya.. Ibadat Qurban antaranya banyak mengajar kita makna yg termaktub di sebalik sejarahnya..

ASSALAMUALAIKUM & SALAM SEJAHTERA.. 

Kami buat qurban di Sg Bayor, Selama, Perak tempat lahir hubby.. Seronok tak terkira.. 



Monday, September 05, 2016

UPSR : Rekod Sekolah vs Rekod Diri..

Sejarah berulang lagi.. Kini UPSR 2016.. ASSALAMUALAIKUM & SALAM SEJAHTERA.. Moga sentiasa sihat, dilindungi & dirahmati Allah.. 



Both my kids amik exam last year.. UPSR & PT3.. First time exam besar bagi mereka.. My aboy tak amik UPSR dulu.. Tough for all of us esp my amoi yg amik UPSR, sometimes cannot tahan the pressure from the school.. Nak kekalkan rekod highest result 5As.. Nak kan sekolah menjadi sekolah terbanyak students dapat 5A..

Yes siapa yg tak nak anak dpt 5A.. Saya pon asalnya kiasu jgk. Then hubby marah kata they are only 12 yo kids.. Jgn pressure sangat diorang.. Pi sekolah, pi kelas tambahan, tuition jgk, buat homework, solat 5 waktu, solat hajat kat sekolah, baca Yasin tiap pagi kat sekolah, pergi Kem Jawap Soalan UPSR, pergi Kem Kecemerlangan, semua tu dah usaha bagi saya.. Lain lah kalau depa tak buat.. 

And bila anak tak dapat 5A, lepas saja keputusan diumumkan, cikgu2 jadi agak "cold".. Hati tetiba jadi kecik.. Terasa bagai tiada tempat lagi di sekolah itu.. No eye contact, not even a word cuma dipanggil ambil result oleh guru kelas.. My aim was to comfort my darling daughter.. Alhamdulillah she cud take it tho menangis sikit jgk.. Saya cakap "I always pray for the best from Allah.. And please believe Allah has better plan for us.." (Fyi. the mother tak mau anak masuk asrama wahahaha & the doter kejap nak, kejap tak nak)...

Saya tau dia sedih.. 3 out of 24 yg dlm kelas pertama tak dapat 5A.. She was one of the 3.. Tapi Alhamdulillah she is one happy-go-lucky girl.. Siap post result dalam INSTAGRAM..!!!! Wahaha mak nya pon mcm tak sanggup.. Later only lah u learn siapa true kawan, datang bila perlu & hilang selepas itu, susah senang sama mengadu & sedih hati sendiri terkedu hahaha thats life kan.. 

Kami faham cikgu2 jalankan tugas mengajar anak2 utk dapat result exam yg cemerlang, juga nak kekalkan rekod terbaik sekolah.. Nanti dapat macam2 dari Jab Pendidikan.. Tapi saya tak blame langsung cikgu2 sbb anak tak dapat 5A.. For me, the cikgu2 & my kid did their best.. Dah usaha sedaya upaya.. Cuma sikap cikgu2 selepas result diumumkan, agak mengelirukan jiwa.. Juga berlaku 2 tahun sebelumnya pada seorang sahabat & anaknya.. Kami semua redha.. Tiada siapa yg mahukan nya, tak dapat 5A.. MAAF CIKGU, ANAK KAMI TAK DAPAT 5A..

Kids were praised when they achieved excellent results.. Takpe, saya kata enjoy & cherish primary school life.. My amoi ni, suka sangat wakil sekolah dlm beberapa pertandingan kadang risau jgk tapi dia suka, support je lah.. Habis tu, cikgu2 jgk yang pilih.. Sampai dah habis UPSR pon masih wakil sekolah hingga ke peringkat negeri.. Sebelum sekolah tutup tahun lepas, during Majlis Penyampaian Hadiah, my amoi byk naik pentas.. 6 kali kot, antara paling banyak hahaha.. Amik hadiah entah apa tak ingat dah tapi bukan hadiah 5A.. I AM SO PROUD OF U, my darling daughter..!!! Rekod pengalaman yg berharga buat dirinya sendiri..

Buat semua cikgu2, jutaan Terima kasih atas segala jasa mengajar & mendidik anak2 kami.. Hanya Allah yg dapat membalas jasa cikgu2.. Kami sentiasa doakan buat semua cikgu, "Moga sentiasa dimurahkan rezeki & Moga sentiasa sihat, dilindungi & dirahmati Allah.."

The best part was, KAMI PINDAH jauh pada hari pertama cuti sekolah hujung tahun lepas..!!! Tiada lagi kenangan kurang manis.. Terus hilang rasa sedih.. Excited with our new venture.. Alhamdulillah we are jauh2 from the pressure & nestapa..

My dearest soleh & solehah kids, may your days be filled with happiness, success, great health & Rahmat Allah forever.. Janganlah kelak terlalu bangga dgn result exam yg sangat cemerlang.. Jaga lah adab & adat kamu sebagai seorang Muslim yg mulia pekerti serta bertanggungjawab pada semua insan di sekeliling kamu..

Buat anak2 UPSR 2016, All the best..!! 




Wednesday, August 31, 2016

SELAMAT HARI MERDEKA..

ASSALAMUALAIKUM & SALAM SEJAHTERA.. 

Moga sentiasa sihat, dilindungi & dirahmati Allah.. 


Moga Malaysia sentiasa aman damai.. Moga rakyat Malaysia yg berbilang bangsa kekal #sehatisejiwa

Dagu saya berjahit, parut kekal hingga kini.. Mengimbau sejarahnya.. Kisah pada tahun 70-an di TRANSIT QUARTERS, KUANTAN (sekarang tersergam EAST COAST MALL di atas tanah itu).. Jatuh tersungkur slide sbb lantai rumah basah (saya tak buas, cuma suka berlari hahahaa).. Rasanya aunty/uncle (berbangsa China) sebelah rumah yg hantar ke hospital, kalau pon saya silap, mereka memang sentiasa baik & helpful.. 

Di kala itu juga, Mak & arwah Papa both bekerja.. Tiada pengasuh & tiada Taska ketika itu.. Saya dihantar ke rumah jiran depan (berbangsa India) sewaktu mereka bekerja utk seketika waktu.. Saya dijaga dengan baiknya..

Bila terpegang dagu, saya teringat mereka, jiran2 lama saya.. Moga mereka sihat & gembira..

Wednesday, August 24, 2016

Friday, August 12, 2016

PULAU LANG TENGAH.. LAST STROLL..

ASSALAMUALAIKUM & SALAM SEJAHTERA.. 

Moga sentiasa sihat, dilindungi & dirahmati Allah.. 

Day 3 & 4 in Lang Tengah.. Subhanallah memang cantik pulau ni..


Tuesday, July 12, 2016

CampRaya 2016

ASSALAMUALAIKUM & SALAM SEJAHTERA..

Ramadhan pergi, Syawal kembali.. Moga sentiasa gembira di sisi keluarga, sihat, dilindungi & dirahmati Allah.. 


Taqobbalallahu minna waminkum.. Maaf Zahir Batin.. Selamat Hari Raya.. 


30 Ramadhan yg lepas.. Sementelaah ramai balik utk beraya, juga menyambut mak yg akan sampai dari Madinah, last minute kami adik beradik & cousin2 plan utk ber-BBQ utk iftar terakhir tahun Hijrah ni.. Haaahh sekali harung kasi anak cucu Nenek bercamping di luar rumah..


The youngest camper yg sangat excited..


Cucu2 nenek yg tak tahan tunggu azan Maghrib..


All of us pada petang tu minus some yg sedang membakar & di dapor..


Semua ada tugas masing2.. 


Pukul 5 dah start berasap..


Kami dah berada di Kerteh since Ahad petang ikut hubby kerja.. Alhamdulillah pagi Selasa dapat ke Pasar Tani Raya nak cari ikan kembong dll.. Takde rezeki tapi Alhamdulillah ada sotong & pari.. Tengahari tu terus ke Kuantan lepas hubby siap kerjanya..


The kids dah tak sabar nak berbuka..


Sabor aje nyer menanti..


The hidden spread..


Senyap agak seketika semua makan dgn lahapnya hahahaa.. Kejap je sepi lepas tu mcm pasar malam bisingnya..


Ayam BBQ, wedges & cheese dip, salad, mashed potato & gravynya..


Nasi putih, Ayam BBQ, Salad & Daun Belalai Gajah (petik dari pokok mak aje)..


Sila lah makan yg paling berkhasiat ni..


Taman (Koperasi) Guru, Kuantan.. Perumahan yg lama.. Rumah kami membesar since 1987.. Jauh dari bandar Kuantan.. Arwah papa kata tak payah tanam pokok biar kosong je laman senang anak cucu nak main bola.. Tau lah dia pemain bola nak jgk cucu2 main jgk hehe.. Ramai tanya ngapa tak tanam pokok, katanya nanti dia takde susah mak nak jaga laman sorang2..


Dah siap makan, berlasak & main bunga api, semua excited nak tido dlm tent..


Alhamdulillah lena semuanya walopon dentuman mercun silih berganti.. I is oso tido dlm tent cucu pompuan.. Mcm risau jugak walopon dlm pagar rumah berkunci..


The earliest.. My uncle dgn cucu sulongnya Amir..


Mak, Aunty & sistas..


My two darlings..


Dengan cheekiest uncle.. Missing uncle Alain yg masih di Putrajaya..


My Tokki yg baru menyambut 90 tahun umurnya.. Juga di Taman Guru aje..


"Sepitpod"... Di jaman yg serba canggih, semua nak beli.. Alih2 semua tak bawak balik tripod, monopod, mekpod, tokpodnya.. Hubby's  idea few years yg lalu.. Photoshoot kat porch rumah Tokki, ampaian kain tepi rumah aje nyer.. Capai la apa yg patut.. Tenggek je lah hp tu atas apa yg ada di depan mata kaaaann hahahaa..


Hasilnya lah dengan "sepitpod".. 


Konvoi to Medan Tok Sira.. Wajib ke rumah Tok Amnah.. Mcm pasar besar riuhnya.. 


Alhamdulillah smooth semuanya.. Rabu petang kami vroooommm ke Taiping pulak ke rumah mertua.. Alhamdulillah smooth journey..