Wednesday, March 20, 2024

TRX CITY PARK. LA RIZZ. GIRLS DAY OUT. MEMORI SEBELUM PUASA.

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. 
Moga sihat ceria gembira dan dimurahkan rezeki sentiasa.

Allāhumma innaka 'afuwwun karīmun tuhibbul 'afwa, fa'fu 'annī.
"Tuhanku, sesungguhnya Kau Maha pengampun lagi pemurah. Kau menyukai keampunan, oleh kerananya ampunilah aku."

FROM THE RIVER TO THE SEA PALESTINE WILL BE FREE.


Kawan dari tadika, sekolah dan merata berkelana, juga mula kenal di alam Maya, di media sosial.


2 minggu sebelum Ramadhan, hubby ada meeting dan kerja di KL. Ajak anak soleh spend weekend sama2. Daddy dia pergi kerja, ajak dia ke TRX. Kami jalan dari hotel, naik MRT dari Persiaran KLCC. 2 station je. Keluar pukul 10 lebih, kena balik sebelum 12pm nak check out.


Target nya TRX CITY PARK (ROOFTOP). Park ini lah agaknya yang jadi isu sekejap ketika baru buka kan. Lupa isu apa.


Woww.



Memang banyak attraction untuk kanak2.


My anak soleh.


Best jalan2 time ni sebab tak ada orang. 


Jatuh cinta dengan tempak duduk lepak ni.


Oh first time tengok pokok ni.


Macam open space, probably untuk event kecik2 kot.


Cantik deko dalam nya. Ramai beratur di TIFFANY. Panjang queue nya, siap duduk atas lantai. Maybe ada launch produk baru, atau apa2 lah. Turun dari TRX CITY PARK, terus ke PARIS BAGUETTE. Beli dessert, tapau.


Ketika nak balik, dah mula ramai ke TRX. 


Kami sampai TRX 10.30am. Balik pukul 11.40am. Sekejap je nak tengok TRX CITY PARK tu je. Dalam Mall next time lah. Insyaa Allah.


Weekend ambil anak solehah untuk breakfast. Sebelum tu, daddy kata round tasik dulu.


TASIK KELANA JAYA.



Sunrise. Subhanallah cantiknya. Siap makan, hantar anak solehah balik kolej. Banyak assignment dan appointment.


Esoknya lepas Subuh sepi'e Jeneral ajak brisk walk lagi. 


TAMAN TASIK CEMPAKA BANGI.


Mendung, mentari belum keluar.


Besar jugak tasik ni, first time. Tak lama brisk walk, kejap je sebab hubby ada hal. 


Pagi2 tak ramai lagi.


Yumm sedap nampaknya.


Nasi Lemak siap bungkus.


Dah banyak lauk pagi2 tu.


Ada GARLIC BREAD & MUSHROOM SOUP.


MI KARI.


Aneka mi, pasta.



SATAY & TAHU BEGEDIL



PIZZA pun ada.


Ni favorite saya. Kuih muih.



RENDANG PUCUK UBI. First time, memang ambil, makan dengan NASI IMPIT. Serious sedap. Alhamdulillah.


RESTORAN LA RIZZ, BANGI. 
Berbaloi sedap semua yang makan, sedap. Malam tu Ahad, hubby fly ke CHINA. Esoknya Isnin pagi, anak soleh drive balik. Tinggal lah sensorang di Putrajaya.


MRT & LRT.


Best ada koc wanita.


Ni escalator di stesen MRT. Woahh sayup.


Pagi2 memang lengang.


Suami tinggal kita pergi China. So kita dating dengan girlfriend di Restoran Jepun. Siap makan ke kedai kopi pulak.


Kami study di ITM dulu. Room mate jugak. Bukan dia je, ramai lain meeting sambil mengopi jugak rupanya. Teman je lah. 


Kenal sewaktu kami merantau ke Vietnam. Duduk di Cyberjaya. Hello2, terus datang rumah. Lunch di IOI Mall tapi lupa snap foto. Borak sakan. Best dengan bff ni sebab sama2 surirumah, saling memahami.


5 hari kena tinggal, kita berjimba, bila suami tiada haha.

Kawan yang kenal dari Vietnam.
Kawan yang suami mula2 sama kerja.
Kawan sekolah menengah.
Kawan sama study di ITM.
Kawan berjiran di Putrajaya.
Kawan blogging, wartawan & baker roti sourdough.
Kawan kenal di Kerteh, geng mak di sekolah, ngopi.
Kawan dari tadika, sekolah rendah/menengah (kawan paling lama)

Mostly mereka berkerjaya. 1-2 yang sesurirumah. Ada ketika dulu segan nak berukhuwah dengan kawan2 yang bekerja apa lagi yang berkerjaya tinggi2. Ya, ada insiden dan isu, malu jadinya. Namun pada ukhuwah yang ikhlas, kita tepis segalanya.

Yang last tu, breakfast dengan girlfriends sekolah di kedai mamak, terjumpa classmate di ITM.

Alhamdulillah untuk ukhuwah ini. 
Insyaa Allah satu hari nanti dapat jumpa sahabat2 blogger juga. 

48 comments:

  1. park tu kalau weekend
    perrghhh penuh!

    warghhhh banyakkknyaaa makanan
    sik baik sy dah berbuka
    🤣

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul weekend memang ramai. Weekdays pagi2 memang tak ramai langsung.
      Hehe memang sedap semua tu

      Delete
    2. ya. kalau ramai pun sbb pekerja kat situ
      opis kat trx tu dah buka tp x byk company yg ada kat situ
      mgkn akan datang bla dah byk opis ramai laa org pagi2 weekdays

      Delete
  2. Cantiiiiik tamannya kak. Saya belum pernah ke TRX ini. Waktu itu ada temen yg baru balik dari KL cerita di blog nya ttg trx. Kliatan menarik memang. Saya pula kalo ke KL jarang lama2, biasanya hanya untuk transit. Makanya tak banyak yg pernah saya visit di KL.

    Saya pernah berpikir yg sama, Krn skr udh housewife, tak kerja lagi, seakan ada rasa canggung nak ketemu teman kantor yg lama atau teman2 yg bekerja. Cuma saya pikir, kenapa harus malu kan. Suri rumah pun bukannya santai2 di rumah 😄. Itu kerja mulia juga. Jadi berusaha ubah mindset utk tak malu lagi bertema dengan yg lain.

    ReplyDelete
    Replies
    1. TRX baru saja dibuka beberapa bulan. Attraction buat kami adalah park itu. Rooftop park yang besar di Malaysia rasanya. Betul Fanny kalau datang holiday kadang tak sempat visit banyak tempat.

      Sekarang kalau jadi surirumah macam sudah biasa. Tapi kalau dulu2 being a housewife macam lain kategorinya, tapi kita pun sudah prepare kan. Alhamdulillah circle of friends terdekat kini sangat understanding.

      Delete
  3. saya pun segan ni kalau jumpa akak..dari blog nampak akak surirumah,isteri&ibu yang perfect

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya ke. Kita dulu kat sekolah selalu kena denda, kena panggil dgn cikgu disiplin & pengawas. Hehe. Budak noti.

      Delete
  4. oh 2 jam pegi rooftop park tu..isu awal dlu sbb rmi mcm merosakkan landskap kt situ....tk smp lg sbb tgk rmi org kan...1st time dgr menu rendang pucuk ubi..meriah lauk pauk tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak sampai 2 jam pun, besar jugak park tu. Weekdays mmg tak ramai langsung.
      Mmg sedap Rendang Pucuk Ubi tu.

      Delete
  5. best dpt jumpa kawan!! anyway, i lom sempat buat site visit kat TRX tu hahahahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yessss mmg best, apa lagi yg lama sgt tak jumpa. MZ pergi TRX weekend tapi awal pagi time baru bukak hehe surely tak ramai org

      Delete
  6. Laju akk dah sampai TRX tu :)
    Rendang Pucuk Ubi PH pernah masak. Sedap!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila tau TRX ada rooftop park, mmg dah target nak tengok. Tau sgt weekend ramai org, bila anak soleh ada boleh teman, Alhamdulillah sampai jugak.
      RENDANG Pucuk Ubi mmg sedap. Ohh PH pernah masak ya. Boleh tempah ni.

      Delete
  7. Menarik TRX park tu.

    Puas berjimba dengan kawan selama 5 hari ya 😁

    Saya agak kekok kalau nak jumpa kawan lama/baru, kecuali kawan zaman sek menengah. Mungkin sebab 5 tahun bersama kat asrama. Kalau jumpa kawan blog depan mata mungkin terus jadi pendiam tak tau nak borak apa 😄

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang syok TRX PARK tu. Kalau malam mesti lagi best.
      Alhamdulillah puas berjimba dgn kawan2.
      Yang jumpa ni pun mmg geng sekepala. Yang nak sangat berjumpa, selalu berwhatsapp je.

      Delete
  8. cantiknya taman2 di KL skrg. Kena bykkan ruangan hijau utk bagi peluang kpd warga kota beriadah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul AK mmg cantik taman tu. Memang patut dimanfaat tempat kosong utk buat taman

      Delete
  9. Park kat atas TRX u cantik tapi masa kami pergi tu hujan lebat jadi tak explore sangat park tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ohhh makan nya kena pergi lagi tu, malam mesti cantik kan.

      Delete
  10. oo mas cotek tu nama herba tumbuhan erk., hahaha

    ReplyDelete
  11. Subhanallah cantiknya itu sunrise 😍

    ReplyDelete
  12. memang best kalau jalan-jalan sewaktu tiada orang ramai sangat...suasana akan jadi santai dan cool

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya betul memang santai jalan2 pagi tu sebab tak ramai orang.

      Delete
  13. saya jadi pengen makan nasi lemak karena foto nasi lemak disini

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nasi Lemak memang sedap. Terima kasih singgah di blog ini

      Delete
  14. Kawan dari tadika? Woih! Lamanya!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya kawan dari tadika, sekolah rendah dan menengah memang lama :)

      Delete
  15. Menariknyalah makanan kat Restoran La Rizz Bangi tu.

    ReplyDelete
  16. Tak pernah makan di La Riz ni..boleh cuba dengan jemaah baru, i.e. mak n abah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap dan banyak menu nya. Nanti try tau :)

      Delete
  17. Cantik TRX tu, saya belum lagi ke sana. Belum berminat nak ke sana sebab malas nak masuk KL.. hehehe..
    Bila dapat berjumpa dengan pelbagai lapisan kawan, seronoknya.. tambah lagi bila dia sekepala dengan kita.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang cantik TRX especially park tu lah. Try pergi awal2 pukul 10 pagi maybe orang belum ramai.
      Betul memang seronok jumpa kawan2 apa lagi yang memang sekepala.

      Delete
  18. Bila zaman la boleh pergi ke TRX ni... Aduhai.. kenapa sedap sedap sangat makanan tu? menariknya tengok nasi lemak bungkus. payah nak jumpa bulan posa ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyaa Allah sampai TRX tu nanti :)
      Alhamdulillah memang sedap2 makanan di La Rizz tu.

      Delete
  19. Menarik taman rooftop ni. Patutlah jadi tarikan utama dia. Buat event memang menarik. Isu taman ni dulu viral sebab orang awam jadikan taman ni waterpark, sedangkan ia taman permainan interaktif air.

    Sesekali berjimba dengan kawan-kawan memang best. Saya pun segan kalau nak jumpa kawan-kawan bekerjaya dan kerja bagus bagus ni. Kekok juga kadang bila lama tak jumpa kawan-kawan. Kalau kawan baru dia akan jadi auto pendiam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul masa mula tengok di TV news tentang TRX PARK ni, memang excited nak pergi. Bukan dalam mall tapi rooftop tu. Ohh kisahnya ya, jadi water park.

      Berjimba dgn kawan2 yang sekepala memang best sebab dah agak lama serasi. Ya betul kalau kawan baru kadang katup mulut. Kawan2 yg professionals ni, kalau dah lama sekepala memang ok. Tapi tak ramai. Bila dah jadi surirumah maka yg ramai nya, surirumah lah.

      Delete
  20. Banyak nya point utk di komen.. aaaa nak komen mana satu ni hahaha..
    TrX tu belum pernah jejak kan kaki lagi.. walau tak jauh mana dri rumah drive tak smpai 10 dah sampai hahaha.. tgk la nanti time raya takde org boleh jenjalan situ hahaha..
    Makanan dia meriah betul penuh beribu ribu leoman gitu hahaha.. seronok boleh piliha apa sahaja yg diinginkan hihihii...
    Alhamdulillah kawan2 tak kira dari mana dan di maan kita kenal yg penting kena selalu menjaga ukhwah yg telah terbina.. lagi2 kalau sahabat yg baik hati nya..tak rugi pun kita keep i touch :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha pelan2, memang kalau post, macam2 cerita dalam satu post.
      Ya betul pergi TRX masa tak ada orang baru aman.
      Alhamdulillah makan ramai2 memang sedap dan seronok.
      Betul, kawan2 boleh tarik kita sama2 ke syurga Aamiin Ya Rabbal.

      Delete
  21. SA x pernah lgi pi TRX t ingat cuti lama raya ni suami ada boleh la kot pi jenjalan TRX...hahaha..berangan dulu la..sebab dari pembacaan dengarnya banyak jenama mewah dalam mallnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dengar nya begitu, tapi kami target park kat rooftop tu memang best lagi2 tak ramai orang langsung masa tuln

      Delete
  22. cantik trx ni mama tak penah sampai lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Besar betul TRX ni, tapi favorite kami kat park atas tu

      Delete
  23. Restoran La Rizz Bangi tu dah memang dekat dah dengan rumah saya tu.....

    Park atas TRX tu cantik tapi masa gi tu tak boleh nak explore sebab hujan dah turun....

    ReplyDelete

Thank you for dropping by.
Thank you for the comments.
My email : o-mulan@hotmail.com