Tuesday, January 14, 2020

DAY 3 (Part 2) - LAST DAY IN SANTORINI, GREECE

15 Dec 2019.. Last day in Santorini..

Assalamualaikum & Salam Sejahtera..


Setelah Peter bawa kami tour ke Red Beach, Akrotiri Lighthouse & Prophet Elias Monastery, kami dihantar ke Oia.. Ketika itu jam 12pm. Kami ada dalam 3 jam lebih utk explore Oia sebelum terbang ke Athens..


Lengang dan sunyi.. Memang seronok & sejuk menyusuri semuanya di Oia ni..




OIA adalah sebuah bandar pesisir di hujung barat laut Santorini, sebuah pulau Aegean Yunani. Pekan ini mempunyai rumah-rumah bercat putih yang diukir ke dalam lereng-lereng kasar, dan menghadap kaldera yang luas dipenuhi air. Di rumah agam abad ke-19, Muzium Maritim Laut telah mempamerkan sejarah pelayaran tempatan, termasuk tokoh lama, dada pelaut dan model kapal lama. Berdekatan adalah Istana Oia yang hancur, yang terkenal dengan pemandangan matahari terbenamnya. (Sumber : Google)





Kagum dgn design2 pintu di Santorini ni..






Angle yang paling masyhur di Santorini ni.. 





OIA adalah sebuah kampung kecil dan bekas komuniti di Aegean Selatan di pulau-pulau Thira (Santorini) dan Therasia, di Cyclades, Greece. Sejak pembaharuan kerajaan tempatan 2011 ia menjadi sebahagian daripada perbandaran Santorini, yang mana ia adalah unit perbandaran. Ia merangkumi seluruh pulau Therasia dan bahagian barat laut Santorini, yang mana ia berkongsi dengan unit perbandaran Santorini. Jalan utama bernama Nikolaou Nomikou. Penduduk adalah 1,545 penduduk pada banci 2011, dan kawasan tanahnya ialah 19.449 km2. 

Oia sebelum ini dikenali sebagai Apano Meria ("bahagian atas"), nama yang masih berlaku di dalam negara sebagai Pano Meria, dan penduduk masih dipanggil Apanomerites (Απανωμερίτες). Greek Kuno Oia adalah salah satu daripada dua pelabuhan Thera purba dan terletak di tenggara pulau, di mana Kamari sekarang.

Oia mencapai puncak kemakmuran pada abad ke-19 dan awal abad ke-20. Kemakmuran ekonominya didasarkan pada armada dagangnya, yang merangkumi perdagangan di Mediterranean Timur, terutama dari Alexandria ke Rusia. Rumah-rumah kapten dua tingkat yang dibina di bahagian tertinggi kampung ini merupakan peringatan keadaaan bekas kampung. Sebahagian daripada bandar ini telah musnah akibat gempa bumi 1956. (WIKIPEDIA)



Dah tak ada caption nak ditulis.. Subhanallah.. Saya share foto2 yang dah dipilih, hampir 3000 semuanya dalam camera, tak termasuk dalam hp kami 4 beranak.. 




















Another rustic one..





My 3 jantung hati..


OK.. Thats all for now. Tak terasa kematu & letihnya kaki menyusuri Oia ni.. Memang sedih sangat nak meninggalkan Santorini.. Alhamdulillah kami panjatkan pada Ilahi atas pengalaman ini..


Kami tak sewa kereta di Santorini sebab dah plan untuk berjalan sahaja + turun naik tangga lagipun Solaris Apt dekat sangat dgn Fira. Cuma last day kami book dgn Peter from Solaris tu utk tour few places & terus hantar ke airport..

5 comments:

nohas said...

bestnya..

m.u.l.a.n said...

Nohas: Alhamdulillah.. Insya Allah Nohas sampai sana nanti..

Ibu Lala said...

wow bestnya. bila la nak dapat pegi sini.

Darling Pya said...

Cantik2 nye gambar akak.
Saya ada merancang nak ke Santorini bulan April ni.
Tapi macam tak jadi je.. kekangan kerja huhuhu :(

m.u.l.a.n said...

Ibu Lala: Insya Allah Ibu Lala sampai sana nanti

Darling Pya: Insya Allah sampai sana nanti. Alhamdulillah semua cantik kat sana