Thursday, November 14, 2019

QUEEN OF LEFTOVERS..

Bila breakfast sorang2..

Assalamualaikum & Salam Sejahtera..


 Teringat dalam freezer ada sebekas kecik dalam 1/2 cawan kuah Asam Pedas yang dibekukan, balance lunch beberapa minggu lepas. Juga ada satu tin kecik Sardin Pertima dalam kabinet dapur dan frozen Pratha Tisya's. Defrost kuah asam pedas dalam periuk, masukkan satu tin kecil sadin tu. Goreng Pratha. Wallaaa siap breakfast sorang2.. Tak cukup pulak. Tapi takut akan kalori Pratha kononnya, goreng sekeping lagi frozen Capati. Hhhmm kenyang sangat Alhamdulillah..

Kalau ada balance kuah apa2 pun macam kari, sup, masak asam pedas, masak kicap, masak kurma, kerutuk, kuzi dan apa2 jenis kuah lah pun, selalu simpan terus dalam freezer biar ianya beku hingga ianya diperlukan. Selalunya simpan dalam bekas kecik2, budget utk sekali makan nanti tak perlu defrost kesemuanya. Bila nak guna, tambahkan aje ikan atau ayam atau atau daging siap rebus atau telur dipecahkan atau sadin dalam tin (tengok lauk jugak). Tak membazir kan.. Jangan kerap defrost atau bawa keluar makanan sejukbeku dari freezer sbb tak elok. Sekali bawa keluar, elok guna terus. 

7 comments:

Jari Manis said...

ahaaa bagus jgk tips ni..ada kuah lebih2 tu letak dlm freezer..biasa JM letak kat fridge biasa jek..lepas ni masuk terus dalam freezer..

betul tau..pernah dgr..jgn defroz byk kali nanti jadi racun..let say bayk buat byk bekas so kuarkan defroz abiskan jgn masuk blk peti n defroz..

Ehh sedap plak sardin letak dlm kuah asam pedas..baru tahu ni

NekCik said...

itulah bila ada makan makan mmg nanti adalah lebihannya
nekcik pun packed utk sekali makan

norhidana said...

saya pun macam tu jugak, suka simpan kuah-kuah yang elok bila di perlukan tinggal panas kan je. nak buang kadang sayang

m.u.l.a.n said...

JM: Sayang nak buang pastu malas nak masak pun ya hahaa..

Nekcik: Senangkan nekcik

Dana: Betul sayang nak buang

aizamia3 said...

Part simpan kuah tu memang biasa buat, sejukbekukan.. bila nak masak, panaskan je balik. Apa-apapun menu tu nampak simple tapi sedap.. ;) ai is suka..


psstt: Lama tak singgah sini.. maaflah ye.

m.u.l.a.n said...

Aiza: Sayang nk buang kan so kita simpan je lah sbb ada belen..

Ehh takpe kita pun mcm chipsmore BWnya

Azhafizah MN said...

betul. kalau ada kuah lebih memang simpan. Boleh dipelbagaikan untuk next menu. memang tak membazir :)