Sunday, July 21, 2019

SUP TULANG MERAH SINGAPORE & RAYA MANGGA...

Spring cleaning freezer jumpa 2 gearbox.. Alhamdulillah jadi lah hidangan lunch semalam..

Assalamualaikum & Salam Sejahtera..


RESIPI CAMPAK BUANG :-

2 gearbox
3 sup punjut
2 asam keping

- Rebus semua di atas dalam Noxxa HP45

TUMIS ATAS DARAT (dalam periuk lain):-

1 bawang besar dikisar
2 sudu besar cili boh
3/4 atau 1 cawan sos tomato
1/2 cawan sos cili
2 sudu besar serbuk ketumbar

- Tumis bawang & ciliboh. Masukkan sos tomato, sos cili & serbuk ketumbar. Curahkan dalam Noxxa yagn telah siap direbus gearbox. Guna mode Stirfry, tambah garam gula sesedap rasa. Masak hingga kuah pekat. Terbalik2 kan tulang biar sekata rasanya. Kuah kena pekat. Andaikata kuah agak cair boleh juga pecahkan sebiji telur yg dipukul sikit, dimasukkan dalam sup yg menggelegak, dikacau2 rata, untuk memekatkan sup. Biasanya dimakan dgn Roti Baguette atau roti sandwich biasa.. Juga boleh dimakan dgn nasi. Di Singapore, dihidangkan dgn kobis dihiris halus. Tapi sbb tak ada kobis, guna salad saja lah..


Hhhmm yummeehh.. Lama tak ke Singapore, maka kena la buat sendiri.. Memang wajib makan kalau ke sana sebelum ni.. Selalu nya kami makan di NEWTON CIRCUS, SINGAPORE


Alhamdulillah mudah kerja dgn Noxxa ni..


Jangan gunakan  banyak sangat air sewaktu merebus, supaya tak tunggu lama utk sup nya pekat.. Make sure terbalik2 kan gearbox supaya sekata dimasak dalam sup.. Alhamdulillah..

RAYA MANGGA..

Setelah discharge dari wad akibat terpaksa buang batu & hempedu, pulang ke rumah disambut dengan rezeki mangga2 yg lebat. Kata Kak Ha & makcik2 gardener yg dah bekerja lebih 20 tahun di sini, pokok2 ni tak pernah berbuah sebelum ni..


Begini lah lebatnya.. Berbuah selepas 5 tahun kami menyewa rumah ni..



View belakang rumah menghadap ke Barat..


Memang banyak jatuhnya.. Alhamdulillah..


Kak Su belakang rumah, geng kebun kutip buah pagi & petang.. Memang tak terhabis, kongsi2 dgn sahabat lain..

BRUNCH RAYA BAWAH POKOK MANGGA..

Kisah satu hari di bulan Syawal.. 




Bila agak muak dgn menu jamuan Raya yg biasa... Maka potluck BRUNCH lah kami dgn lauk kampung jam 10am.. 



Alhamdulillah cuaca cantik..



Yg berpantang tu pun makan ala kadar je, beraya tak ke mana pun tahun ni.. Beraya ceria gembira belakang rumah je dgn kawan2 tercinta..



Geng Perak & Kedah.. Ada geng Bini Mamak jugak ni..


Perumahan lama, pokok2 juga lama.. Umpama LAKE GARDEN TAIPING kan.. Ada jugak org Tepen & menantu Tepen sini.. Belakang rumah je ni.. Alhamdulillah atas segala nikmatnya..

No comments: