Sunday, May 13, 2018

UBAHLAH.. MARILAH BERUBAH..

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.. Moga sentiasa sihat, dimurahkan rezeki, dilindungi & dirahmati Allah..


Saya mula mengenali penulis buku di atas dari blog nya dulu www.khairulabdullah.com  "KHAIRUL ABDULLAH - ENTAH LAH I DONT KNOW".. Banyak yg saya belajar & tersentap tersedar dari pengalaman & hasil pemerhatiannya sewaktu menetap di Germany & merantau seantero dunia, yg mana beliau cuba mengajak kita utk apply & ambil iktibar dlm kehidupan seharian. Banyak post beliau di FB telah di-share beribu2 kali, Alhamdulillah, tho ada juga yg kurang menyenangi. Mungkin dah terbiasa dgn cara & gaya hidup masing2..

Tapi, apa yg KA kongsi dlm penulisannya, terang & nyata ianya adalah tuntutan asas dlm agama Islam & pastinya agama lain juga begitu. Antara ketegasan KA dlm penulisannya ialah berkaitan dgn kebersihan, adab, budi bahasa & attitude rakyat Malaysia yg kian merisaukan.. KA sangat cakna, sangat prihatin..


Foto di atas adalah screenshot Page KHAIRUL ABDULLAH dgn antara beberapa buku yg HOT dlm pasaran. Semua buku beliau mmg hot.. 

Di bawah adalah post beliau di FB baru2 ni. Menyedihkan kerana ada yg hanya copypaste (bukan share) lalu mendapat pujian bertalu2, tanpa memberi credit kepada KA yg merupakan penulis asal. Memeranjatkan antara si pelaku adalah selebriti artis yg amat tegas. Alhamdulillah semua telah saling memaafi..

Post FB dari KHAIRUL ABDULLAH..

Tak guna kalau ada kerajaan yang boleh turunkan kos hidup, namun kau masih mengharapkan brim. Tak guna ada kerajaan yang boleh menghentikan rasuah, namun kau masih lagi dok hulur bawah meja nak dapat job, nak kelulusan segera dan sebagainya.

Tak guna ada kerajaan yang boleh buat infrastruktur canggih dan hebat sedangkan kau masih lagi tak reti beratur naik tren, tak reti bagi signal ketika memandu dan masih langgar lampu merah tak kira siang atau malam.

Kau bersungguh-sungguh nak kerajaan tegakkan syiar islam, tapi kau masih buang sampah merata-rata. Tandas kau masih lagi kotor ya robbi. Tandas kat masjid dan surau pulak tu. Kau langgar segala undang-undang yang kerajaan buat tanpa rasa bersalah dan berdosa pun. Habluminannas kau tak peduli langsung.

Kau harapkan Tun yang dah tua tu untuk tolong kau, majukan negara, tingkatkan ekonomi supaya hidup kau lebih senang. Tapi kau setiap malam lepak mamak sampai lewat malam dok berborak kosong.

Kau harapkan kerajaan baru sediakan banyak peluang kerja buat kau. Tapi kau memilih bukan main, nak kerja sedap dan nak gaji sedap. Susah dan berat kau tak mau, biar bangla sahaja yang buat.

Ehhh macam-macam lagilah.

Kau kalau takat ubah kerajaan lepas tu harap hidup kau terus bahagia maka jangan kau mimpilah. Kalau kau malas, maka hidup kau tetap sama.

Kalau kau jenis pengotor, baling sampah ikut tingkap kereta, ikut tingkap rumah maka persekitaran kau juga masih akan tetap kotor. Sampaikan orang luar tanya kenapa negara islam ni kotor-kotor belaka. Nak tegakkan syiar islam konon.

Kalau kau jenis tak reti bagi signal, tak reti tunggu lampu hijau dan tak reti guna seatbelt dan suka main phone ketika memandu, kadar kematian atas jalanraya yang berjumlah sekitar 7,000 orang setahun tu akan tetap tak berubah juga.

Kalau kau jenis yang tak reti guna lane yang betul untuk pandu perlahan atau laju, maka kalau kerajaan buat lebuhraya 12 lorong pun masih tetap akan jem sampai kiamat.

Kalau kau yang jenis berjanji pukul 8 datang 8.30 dan tak pernah hormati masa, jangan ada hati nak maju macam orang lain. 

Apa gunanya kerajaan baru kalau hidup dan perangai kau masih tetap sama.

Jadi, kau ubahlah. 

Buanglah mentaliti dunia ketiga atau mentaliti jamban tu dengan mentaliti kelas pertama.

Inilah masa yang sesuai. 

Malaysia sekarang ini adalah untuk mereka yang mahu berubah.

KHAIRUL ABDULLAH

#jomubah
#mentalitimasihjamban

3 comments:

  1. bad habits die hard..tapi kalau istiqomah, in shaa Allah, menjadi..

    geli tgk cover buku tu..huhu..

    ReplyDelete
  2. Nohas: Moga kita terus istiqomah ke arah yg lebih baik sbg hamba Nya.

    ReplyDelete

Thank you for the comments. Nanti singgah lagi ya :) Take care & stay safe.