Wednesday, March 7, 2018

HOMECOOK KOREAN FOOD

Alhamdulillah tercapai hajat nak masak sendiri Korean Food ni..



Trip ke Jaya Grocer Kuantan yg baru bukak di Kuantan City Mall memang awesome, jumpa Korean Glass Noodle.. Rembat sebungkus.. Masak separuh, buat CHICKEN JAPCHAE ngam2 utk kami empat beranak.. Search resipi banyak di internet, tapi sbb masa suntuk, buat versi sendiri, versi yg malas..

Tumis bawang putih, masukkan isi ayam & goreng sebentar hingga ayam agak masak. Masukkan sayur yg dipotong memanjang (Julienne) ie carrot, capsicum berbagai warna, shitake mushroom. Masukkan kicap cair, kicap manis, oyster sos sikit & sesame oil. Maaf tak sempat nak sukat, letak sikit2 & sesuaikan rasa ikut masing2.. Tambahlan telur dadar & bijan yg digoreng sebentar sebelum makan.


Singgah ke Cyberjaya baru2 ni sementara hubby selesai urusannya, terus lah lencong ke Jaya Grocer De Pulze.. Yeyyy jumpa Rice Cake, semalam masak TTEOKBOKKI.. Tumis bawang putih, masukkan carrot dipotong memanjang (Julienne) & fish cake.. Masukkan air sikit, GOCHUJANG (Korean Red Pepper Paste) & rice cake. Tambahkan sesame oil & garam gula jika perlu. Setelah masak tabur grated cheese & Aonori.. Tak suka pun tak pe.. 


Scroll2 IG 2 bulan lepas, jumpa IG Marimogo yg jual pes JAJAMYEON. Woaahhh melompat suka.. Ada pulak ejen di Dungun maka cepat lah dapatnya. Cepat tak cepat, second order baru dapat sbb first time nak order, stock semua sold out. Waahhh ramai peminat Jajamyeon jugak di area ni.. Tak susah nak buat cuma masakkan minced chicken/beef dgn pes. 1/2 botol pes tu masak dgn 1 peket kecik minced chicken Ramly. Cukup2 utk kami berempat.. Makan dgn sebungkus mee lidi yg direbus terlebih dulu.. 3 menu ni kalau makan kat kedai, maakkk aaii mahal. 

6 comments:

Scdha Sein (SS) said...

Adehhh... Terliur...

m.u.l.a.n said...

Scdha: Mai la makan :)

Hans said...

perghhh
nampak sedap

m.u.l.a.n said...

Hans: Boleh la utk makan kat rumah :)

nohas said...

Sedapnya..suka korean foods..jajamyeon teringin nk mkn..

m.u.l.a.n said...

Nohas: Korean food ada umpph dia sendiri so mmg sedap kan