Tuesday, February 13, 2018

MEMANDU DI NEGARA SCHENGEN (EROPAH TIMUR) & SEBELUMNYA.. BAGAIMANA & SEBAGAINYA..

Ada rakan bertanya bagaimana utk plan percutian kalau memandu sendiri.. 



Kami tak ada tips nak kasi sbb kami bukan pakar, cuma dari pengalaman sebelumnya yg boleh dikongsi sikit2. Juga kami search di internet, buku KHAIRUL ABDULLAH (I'm A Backpacker : Europe) juga berkongsi pengalaman dari blogger lain seperti HANIS AMANINA, MY SUPER KIDS, IG Backpackerbusuk, IG Zahariz, website2 yg berkaitan & forum di Tripadvisor.. Apapon semua peraturan dll mungkin berubah dari masa ke semasa so wajib teliti semuanya yg paling terkini.. Nak masuk negara orang kan, better prepare se-MAKSIMA mungkin..

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.. Happy & healthy semua..

Percutian baru ni kami ke Eropah Timur.. Kebanyakannya negara SCHENGEN. Sebelum ni kurang sangat pengetahuan dgn istilah ini.. Dapat ilmu baru. (Source: schengenvisainfo.com)


TEMPAT YG AKAN DILAWATI

1. Sesudah confirm negara2 yg akan dilawati, TAG tempat2 berdekatan sepanjang jalan yg agak menarik utk dilawati

2. Tag juga bandar2 yg ada INTERNATIONAL AIRPORT utk mencari tiket paling murah dari KLIA
(Source : maps.google.com)


BELI FLIGHT TIKET

1. Search di SKYSCANNER & FARECOMPARE (antara website utk tiket murah).. Boleh jgk terus ke website airlines seperti EMIRATES, QATAR AIRWAYS dll

2. SKYSCANNER contohnya.. Dari KLIA kami akan key in semua bandar2 yg ada airport, utk cari flight ticket yg paling murah. Antara yg kami cuba ialah dari KLIA ke Rome, Venice, Zagreb, Prague, Munich, Salzburg & Milan. Keika itu yg harga & waktu yg paling reasonable ialah ke Rome, maka kami memilih utk fly ke Rome dari KLIA, transit di Dubai..
(Source : skyscanner.com)


3. Tukarkan currency di website tu terus ke RINGGIT MALAYSIA (seperti dalam bulatan Merah) utk mudahkan pengiraan dalam RM.

4. SORT BY - Cheapest FIRST (dalam bulatan Merah) khasnya bagi kami yg sentiasa mencari tiket yg paling murah. (Source : skyscanner.com)


5. Sila teliti waktu utk transit (arrow merah) dll.. Berapa lama jangka masa yg utk transit. Transit lama lagi murah tiketnya.. Sesudah itu SELECT aje pilihan tiket & selesaikan pembelian jika berpuashati dgn semua nya. (Source : skyscanner.com)

**********************************************


MERANCANG PERJALANAN MEMANDU

1. Kami guna GOOGLE MAPS (klik) utk dapatkan jarak dari satu tempat ke tempat yg lain. Gunakan anak panah utk pilihan destinasi berikutnya. Maksimum utk 10 destinasi, senang nak plan perjalanan. (Source : maps.google.com)


2. Kami selalu allocate 250-350km sehari utk memandu ke destinasi bermalam seterusnya. Seperti map di atas, dari Rome kami drive ke Florence utk malam berikutnya. Oleh kerana PISA agak dekat, kami ke PISA sebelum ke Florence. Ada kala kami bermalam utk 1 malam, ada ketika nya 2 malam bergantung kepada berapa lama kami ingin explore sesuatu tempat itu. (Source : maps.google.com)


3. Dari Florence kami memandu ke Venice yg mana jaraknya dalam plan memandu kami. Juga antara tempat yg kami ingin visit dan bermalam. (Source : maps.google.com)


4. Seterusnya dari Venice, kami ke LJUBLANA di SLOVENIA.. Alhamdulillah jaraknya juga dalam plan perjalanan kami.. Ljublana juga antara tempat kami bermalam & explore.
 (Source : maps.google.com)


5. Bandar2 di atas merupakan bandar2 tempat kami bermalam baru2 ni. Purata drive dari dari satu bandar ke bandar lain adalah 250-350km. Tetapi ada juga 1-2 perjalanan yg kami memandu lebih dari  jarak tersebut seperti dari SARVAR, HUNGARY ke PRAGUE, CZECH yg jaraknya 470km atas sebab masa yg agak limited. Maksimum 10 destinasi yg boleh di-TAG menggunakan GOOGLE MAPS ni..
 (Source : maps.google.com)

************************************************


SEWA KERETA

1. Search CAR RENTAL IN ROME. Berbagai website akan keluar.

Banyak faktor yg perlu diambil serius ketika ingin menyewa kereta.. Bukan semua company yg benarkan kereta mereka dipandu masuk ke semua negara. 
(Source : google.com)


2. Baca dgn teliti RENTAL INFORMATION (TERMS & CONDITIONS) utk mendapat maklumat penting seperti screenshot di atas. 
(Source : sixt.com)

3. Sekiranya kurang faham, email company yg berkenaan atau gunakan LIVE CHAT utk mendapatkan maklumat yg lebih detail.

Kami share pengalaman baru2 ni.. Setelah berkomunikasi dgn beberapa company, kami akhirnya memilih SIXT sbb respon yg cepat & company ini juga benarkan keretanya disewa dari Rome utk masuk ke negara yg kami akan pergi iaitu SLOVENIA, CROATIA, HUNGARY, SLOVAKIA, CZECH, AUSTRIA & GERMANY seperti yg dinyatakan dalam websitenya iaitu di bahagian RENTAL INFORMATION - TERMS & CONDITION.


4. Memilih Country, City, Branch, Pickup/Return Date & Time. Untuk makluman, harga sewa kereta yg dipulangkan di cawangan yg lain adalah lebih mahal sekiranya kereta dipulangkan ke cawangan yg sama.. Kami tiada pengalaman pulangkan kereta di cawangan lain, selalunya ke tempat yg sama. (Source: sixt.com)


5. Tukarkan CURRENCY kepada RINGGIT MALAYSIA untuk memudahkan pengiraan.

6. Sila pilih JENIS KERETA mengikut ZONE negara yg akan dilawati, seperti yg tercatat dalam RENTAL CONDITION yg telah dinyatakan di atas, dikhuatiri kereta tidak dibenarkan melepasi sempadan negara berkenaan nanti. (Source: sixt.com)



7. Antara tambahan keperluan yg perlu diambil kira ketika menyewa kereta. Pilihan masing2. (Source: sixt.com)

7a. Nota tambahan dari Nina (hanisamanina.com) di ruangan komen : Ada car rental company sediakan Insurance FOC, ada yg kena bayar. Pengalaman rakannya yg sewa kereta & beli Insurance tetapi kena speeding ticket, car rental company gunakan Insurance tersebut utk cover sbb tiada masalah teknikal lain dgn kereta tersebut.

8. Confirmation sewa kereta akan dihantar melalui email. Tunjukkan Salinan Email ketika sampai di company Car Rental seperti di TERMINAL AIRPORT andaikata memilih utk mengambil kereta di airport yg anda tiba. (Source: sixt.com)

9. LESEN MEMANDU ANTARABANGSA berserta LESEN MEMANDU MALAYSIA wajib dibawa ketika ingin mengambil kereta sewa. Ada company yg perlukan kedua2 lesen ini, bukan hanya lesen antarabangsa. 

Di ICELAND, Surat JPJ diperlukan utk memastikan kita masih memandu dalam tempoh 2 tahun sebelum tiba di ICELAND (kalau tak silap, ada kawan share info ini, MAAF kalau kurang tepat)

**************************************************




HIGHWAY TOLL & VIGNETTE
(Source: dalnicni-znamky.com/en)

VIGNETTE ni umpama bayaran TOL tetapi dibeli awal sebelum masuk ke sempadan negara yg menggunakan Vignette. 

"Vignette is a form of road pricing imposed on vehicles, usually in addition to the compulsory road tax, based on a period of time instead of road tolls that are based on distance travelled. Vignettes are currently used in several European countries. The term is of French origin, and is now used throughout Central Europe, as well as in Italy (vignetta).

Vignettes are used in Austria, Bulgaria, the Czech Republic, Hungary, Moldova, Romania, Slovakia, Slovenia and Switzerland. In most of these countries a small, coloured sticker is affixed to a vehicle windscreen, but in Hungary, Romania and Slovakia these have been superseded by electronic vignettes. In Moldova and Romania vignettes are required for the use of any road, and in Bulgaria are required for the use of any road outside built-up areas. In the other countries vignettes are required only for the use of motorways and expressways." (Source: Wikipedia)


Tol terakhir di Villesse, Italy sebelum memasuki Slovenia..


STESYEN MINYAK di Gorizia, Italy. Selain mengisi minyak, kami beli Vignette sebelum masuk ke sempadan Slovenia.


Plaza Vignette pertama selepas saja melepasi sempadan Italy iaitu di Sempeter-Vrtojba, Slovenia.. Usai melepasi plaza Vignette ni, terdapat Border Guard yg bertugas di hujung plaza. Jangan ambil mudah dengan Vignette sbb andaikata ditahan tanpa Vignette, denda boleh mencecah ratus EURO. Ada juga ketika tiada langsung Border Guard yang bertugas di luar plaza. Tak diketahui samada mereka mempunyai CCTV..

Road traffic is often monitored by roadside cameras, and vignettes are verified by state officials, such as border guard and national police. Hefty cash fines are often charged to travelers using public roads without a valid and properly affixed vignette." 
(Source: Wikipedia)


Ini lah VIGNETTE.. TOLL STICKER.. Hanya sticker yg perlu ditampal pada cermin depan kereta. Kedudukan Vignette pada cermin kereta ni telah ditetapkan mengikut negara yg menggunakannya. Ada juga tanpa sticker. Auto-elektronik Vignette yg dah dibeli & dah dimasukkan dalam sistem di plaza negara berkenaan.


2 lagi sticker Vignette di sebelah kiri cermin depan kereta.. Lupa negara mana. 


VIGNETTE boleh dibeli di kaunter di dalam STESYEN MINYAK atau pon di outlet2 yg terdapat di luar terminal Stesyen Minyak seperti foto di atas. 

"Vignettes can usually be obtained at border crossings, gas stations and other outlets. Improperly used or lost vignettes are usually not refunded. Vignette stickers are usually constructed in such a way that detaching and reattaching them is impossible without destruction, ensuring that they cannot be used on more than one vehicle. (Source: Wikipedia)

***********************************************************


HOTEL BOOKING

Terdapat banyak website utk pilihan hotel, motel, homestay dll.. Ada juga yg menggunakan AIRBNB.. 

1. Pilih website yg dirasakan sesuai. Kami selalu gunakan booking.com sbb ianya straightforward khasnya utk kami yg mencari 1 bilik utk 4 orang. Namun begitu baca dgn teliti semua condition utk booking.. (Source : booking.com)


2. Seperti biasa kami akan cari dgn pilihan LOWEST PRICE FIRST.. Tak kira samada hotel, backpacker hostel, apartment, homestay & sebagainya, asalkan murah..
(Source : booking.com)


3. Ruangan FILTER juga boleh mudahkan proses mencari hotel seperti kami yg memilih hotel dll nya dgn FREE PARKING, atau FREE WIFI dgn Kitchenette.. Kami utamakan FREE PARKING sbb selalunya memandu sendiri.. (Source : booking.com)


4. Baca dgn lebih teliti. Harga apartment/hotel dll ada kalanya tidak termasuk additional charges seperti DESTINATION FEE PER PERSON PER NIGHT atau CLEANING FEE PER DAY atau lainnya.. Semuanya dinyatakan pada booking page ni. Ni contoh semata. Kebanyakan AIRBNB & Homestay kenakan CLEANING FEES ni. Kalau hostel & backpackers hostel, tak pernah kami jumpa. Apapon kita ada pilihan utk cari yg lain. Cuma pastikan, BACA DGN TELITI..
(Source : booking.com)

Harap dapat dijadikan panduan sikit2. Kami bukanlah pakar. Hanya berkongsi secebis dua dari pengalaman sebelumnya. Sekiranya ada penambahan atau kesilapan, post ini akan di-edit dari masa ke semasa utk dapatkan info yg terkini.. Harap refer pada website lain jugak utk info yg lebih tepat. Ampun & maaf atas segala kekurangan. 

7 comments:

Hanis Amanina said...

Boleh kata lengkap dah ni kak :D hahaha best sgt baca!

Another thing boleh add on:
- ada rental company sediakan insurance foc dan ada yg kena bayar. My friend's experience, ada one time ni dia beli insurance kereta then bila dah balik Malaysia, rupanya dia kena speeding ticket somewhere. And company tu guna insurance tu je utk cover (since dia takde masalah teknikal lain kat kereta tu)

hanisamanina.com

m.u.l.a.n said...
This comment has been removed by the author.
m.u.l.a.n said...

Nina: Thank youuuuu so much. Tolong tambah lagi ya :)

aizamia 3 said...

Thanks for the info.. ;)

Hans said...

thanks sudi kongsi pengalaman
nice info nih

m.u.l.a.n said...

Aiza: Welcome tapi kena search deep lagi takut belum tepat

Hans: Sama2, hanya secebis dari pengalaman kami..

Khairul Abdullah said...

Assalamualaikum Kak,

Good tips. Dah detail dah tu :) Cuma saya rasa Lesen Memandu Antarabangsa tu perlu tukar kepada Permit Memandu Antarabangsa (International Driving Permit) kerana ianya bukanlah lesen, cuma permit. Oleh sebab itu ia mestilah ditunjukkan bersama lesen memandu yang sah. Ramai orang salah faham berkaitan permit ini.

Semoga post ini dapat memberi manfaat kepada semua.