Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Moga sihat ceria gembira dan dimurahkan rezeki sentiasa.
Lama betul tak update blog, tak sempat BW. Busy kalah menteri. Tak keluar radar pun weekend ni. Ada je di Kuantan.
Ahad, pagi tadi anak soleh buatkan pancake untuk breakfast. Dia memang lagi terer dari mummy. Fluffy lain macam. Malas mintak resepi sebab dia boleh buat, dia pun suka buat.
Jumaat. Konon nak update blog. Penat, lepas kerjakan tanah ni walaupun mostly hubby dan Abang Kebun buatkan. Heliconia dah jadi super subur. Dah diletak kepingan batu yang sangat2 berat, namun tetap tumbuh dengan jayanya. Kalau lah ubi kayu atau lengkuas halia, dapat jugak makan, kan. Tinggi melangit jugak ads lebih 8 kaki. Tinggi dari pagar jiran yang memang jugak tinggi. Abang Kebun tu datang tolong bila kami panggil je.
Alhamdulillah banyak membantu. Dah lama hubby beli. Memang digunakan dengan bangganya. Gergaji ber-bateri. Kena charge lah. Memang power. Tak lah terkial2 nak potong batang2 pokok yang agak keras tu. Beli di mana? Shopee hehe.
Ini lah rupa peladang jaya. Sunscreen bertepek kat pipi. Pigmentation dan kawan2 nya, musuh ketat. Susah betul nak hilang.
OPOR DAGING.
Jumaat pagi, bawa keluar daging korban awal2 sebab hubby WFH. Dia nak makan lepas Solat Jumaat. Pukul 12 masukkan daging dipotong ketul2 2x2 inci dalam Noxxa. Masukkan juga REMPAH PES OPOR PUTERI AYU. Air sama paras daging, atau kurang kan sikit sebab air daging akan keluar jugak kan. HP50. Siap tu, buka penutup, masukkan kerisik 1 suduteh & santan satu kotak kecil. Guna mode STIR FRY. Masak dan kacau hingga kuah pekat, ikut masing2 lah.
Ini lah pes rempahnya. Memang sedap. Masa Raya Haji, guna rempah serbuk. Susah sebab kena blend bahan dan tumis. Yang ini, lebur je semua dalam periuk.
Buat acar mentah yang rajin. Hiris mayang carrot, timun dan bawang besar. Gaul dengan cuka dan gula. Cukup. Sambal Hitam pun ada. Buat2 pemain tambahan lah.
NASI KERABU
Sabtu Pagi. Sambung kerja tumbangkan pokok heliconia tu. Pukul 8 stop kejap, keluar makan dengan hubby. Anak soleh kerja half day. Moga boss company tu berubah fikiran, supaya Sabtu tak kerja. Kami ke JUNGLE FOOD COURT INDERA MAHKOTA. Opposite KMI Medical Center. Bukan Nasi Kerabu Kemira tapi Nasi Kerabu Tumis.
Ada Lemak Bakar, Ayam Percik, Ayam/Daging/Kambing Bakar, Solok Ikan, Ikan Bekok. Semua nampak sedap. First time ke sini.
Nasi Kerabu Sedak Dooh 2. Nama dalam bahagian aircond.
Ini signboard di luar. Tak kisah nama apa. Janji sedap. So far paling sedap di Kuantan. Ehh Nasi Kerabu Mekla dah 5 tahun kot tak pergi. Nanti nak ke sana lah jugak.
Petang Sabtu. Alhamdulillah dapat juga BUBUR ASYURA walaupun tak selembik bubur. Dari 2 sumber, lain2 area. Yang bekas bulat, team warga lebih muda dari biasa, yang buat. Kacang yang patut direbus dulu, hanya direndam semalaman. Tapi tetap sedap. Texture lembut tapi bukan macam bubur. Kena makan dengan sudu. Yang bekas 4 segi tu, team warga senior di area rumah mak. Keras sikit, boleh dipotong, rempahnya lebih. Juga sedap. Nak request buat tiap bulan boleh ke. Sedap sangat Asyura ni. Alhamdulillah.
Selasa baru ni, actually ada program dengan cikgu2 sekolah menengah dulu di Balok. Pergi dengan adik2 junior satu dorm dulu, sebab batchmate berdekatan mostly kerja dan ada hal. Rabu ada electrician datang buat kerja di rumah ni. Khamis pagi balik rumah mak. Bawak mak settle hal2 nya. Semua dekat2 je. Minggu ni agak padat itinerary. Lemau jugak badannya.
Terima Kasih singgah baca/komen dairi seorang Mulan. Take care, ceria, sihat dan senyum selalu.
No comments:
Post a Comment
Thank you for dropping by.
Thank you for the comments.
Please email me for any inquiries :
o-mulan@hotmail.com